Teaser 3
Lelaki yang bergelar tunangan aku itu bertindak memutuskan talian ketika aku cuba memberikan khabar kepadanya yang kami sekeluarga sudah tiba di Melaka.
Hari pertama di Melaka, Zulfi sudah mengguriskan luka di hatiku sedalam-dalamnya. Memang benar apa yang diucapkan Zulfi saat pertemuan tempoh hari.
Sepotong mesej dari aplikasi WhatsApp Zulfi membuat hati aku tercalar hiba.
“Selamat bercuti. Gembiralah sebab dah sakitkan hati I sebelum you bergelar isteri I lagi. Apa pun I akan tunggu you balik walaupun
I rasa nak muntah!”
Mesej dari Zulfi aku bintangkan. Itu satu tanda dan bukti dia melukakan hati aku yang tulus mencintai dia. Hari ini aku akan ketepikan masalah aku dengan Zulfi demi keluargaku sendiri.
Cukup Zulfi menyakiti hati aku beberapa hari ini. Sudah cukup. Aku tidak mahu menambahnya dengan membuat hati ayah pula yang sakit. Sedar Aleeza, hari ini gembirakan ayah dan ibumu. Insya-Allah masalahmu dengan Zulfi akan dipermudahkan Allah.
Aku tersenyum memandang Kak Mila. Aku sudah mendapat sedikit ketenangan.
“Menung apa?” Kak Mila menegur.
“Takde apa. Leez okeylah.” Aku tayang senyum sambil mata melirik pemandangan di hadapan.
arenayidin
11 February 2021.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro