🍀BAB 40(AKHIR)
LUPAKAN BEBAN DI MASA LALU ,MAAFKAN YANG TELAH LALU
BIARLAH PERGI BERLALU,SAMBUTLAH MASA DEPAN,
MASIH BANYAK KEBAHAGIAAN,MASIH BANYAK KESEMPATAN.
Masa berlalu begitu pantas,semakin hari hidup Naura semakin bahagia dengan orang yang tersayang.
Suami yang tidak pernah jemu mencintainya dan anaknya Arissa Afifa adalah anugerah terindah buat mereka,dan menjadikan hidup mereka lebih lengkap dengan kehadiranya.
Dengan rezeki dari yang maha esa,naura dan ariff dikurniakan lagi seorang permata yang bernama Arriyan Anaqi.
Kini Arrissa Afifa permata sulung Ariff dan Naura berusia 3 tahun yang comel,nakal dan manja sikapnya sebiji tak berubah seperti bapanya yang suka mengusik orang.
Kadang-kadang sepupu kembarnya iaitu Abil dan Aim menjadi mangsa usikanya.
Nabil dan Naim juga sudah semakin besar dan semakin cerdik,mereka kini berusia 8 tahun.Di sekolah mereka adalah murid cemerlang kerana sentiasa dapat nombor 1 di dalam kelas masing-masing.
Naufal pula bakal menimang cahaya mata yang ketiga,kerana Medina sedang mengandung 5 bulan.
Abil,Aim dan Afifa berlari luar keliling rumah nenek mereka,mengejar satu sama lain,tapi lebih kepada Afifa yang mengejar Abil dan Aim,badanya tembam tapi lari mengalahkan atlet.
"ha,ita apat abang Abil".Afifa memeluk Abil dari belakang setelah penat mengejarnya.
"lajunya fifa lari,dahlah kita tak nak mainlah penatlah".Nabil mengalah mana tidaknya asyik dia je yang kena tangkap denga Fifa.
"ala,jomlah main lagi Abil,ok kali ni Aim jadi,amacam".Kata Naim.
"Abil,Aim dah main tu,pergi mandi,bawak Fifa sekali masuk".Laungnya ibunya yang sedang sibuk menolong neneknya memasak di luar rumah bersama beberapa orang jiran yang terdekat menolong mereka untuk kenduri aqiqah anak Naura yang kedua.
"baik ibu".Jawab Abil dan Aim serentak.
Ariff dan Naufal baru balik dari masjid mengambil khemah untuk pasang di depan rumah,Afifa nampak papanya terus berlari ke arahnya dan memeluk kakinya erat.
"papa,nak dukung".Fifa menghulurkan tanganya minta didukung.
Tak boleh berenggang langsung dengan papanya,masa Ariff nak ambil khemah tadi pun dia merenggek nak ikut nasib baiklah ada dua orang abang yang pandai memujuk.
Ariff mendukung Fifa dan terus membawanya masuk ke dalam,Naura yang baru keluar dari bilik setelah habis menyusu Arriyan tersenyum melihat Ariff sedang mendukung Fifa,sambil menggelengkan kepalanya melihat anaknya yang tak boleh berenggang sikit pun dengan papanya.
"abang baru balik ke?".Naura menegur Ariff yang menghampirinya.
"aah baru je balik,Arriyan dah tidur ke?".Ariff bertanya.
"baru je tidur,lepas minum susu tadi".Naura menjawab.
"Fifa pergi kat mama jap k papa nak pergi tolong pak long pasang khemah".Ariff ingin menghulurkan Fifa ke tangan naura tapi fifa memeluk lehernya erat.
"tak nak,nak dengan papa".Fifa merenggek dalam dukungan Ariff.Naura hanya menggeleng melihat anak sulungnya ini.
"Fifa papa nak pergi sekejap je meh sini kat mama,kita mandi ya Fifa dah peluh ni sayang,lepas mandi kite keluar tengok papa ya".Naura cuba memujuk puterinya yang sorang ini.
Mungkin masa Naura menggandung dulu dia langsung tak boleh berenggang dengan Ariff,baru berpisah 1 jam pun tak boleh itu yang turun ke anaknya Afifa.
"ok".Fifa jawab sepatah terus lepaskan pelukanya dari Ariff dan pergi ke Naura,Naura tersenyum melihatnya.
"good girl,macam tulah anak mama".Naura mengusap kepala anaknya perlahan.Ariff hanya tersenyum melihatnya.
Faiq dan Qaira baru sampai dari KL pada petang itu,mereka tumpang bermalam di rumah umi dan abi Naura kerana Qaira ingin merasa suasana kampung.
Qaira dan Faiq juga bahagia dengan rumah tangga mereka, sekarang mereka dikurniakan anak kembar sepasang iaitu Fahim Mikail dan Faiqa Mikayla yang hanya muda setahun dari Afifa.
Naura keluar bersama Afifa untuk menyambut Qaira sekeluarga,diikuti umi dan kakak iparnya yang berada di luar menghampiri mereka.
"maaflah umi lambat sikit jalan jem".Qaira menganggap umi naura seperti ibunya maklumlah bestie foreverlah katakan lagipun keluarga Qaira tinggal di luar negara,keluarga Nauralah tempat Qaira melepaskan ridunya buat keluarganya yang jauh.Umi dan abi naura pun menggagap Faiq dan Qaira seperti anak mereka sendiri.
Faiq menyalami Ariff,Naufal dan beberapa orang yang baru hendak mula memasang khemah,kedua-dua tanganya penuh dengan sebelah tanganya mendungkung Fahim dan sebelah tanganya lagi memegang tangan Faiqa.lalu dia menghampiri Qaira.
"comelnya cucu nenek ni".umi Naura mengambil Fahim dalam dukungan Faiq,dia tidak menangis dan hanya tersenyum melihat neneknya.
"umi apa khabar".Faiq menyalami umi Naura.Ibu dan bapa Faiq telah lama meniggal dunia,umi dan abi Nauralah tempat dia menumpang kasih dianggapnya sebagai keluarga,mereka pun melayani faiq seperti anak mereka sendiri.
"umi sihat,dah jom kita masuk".Mereka semua melangkah masuk ke dalam rumah.
Majlis aqiqah beserta dengan majlis cukur jambul Arriyan Anaqi berjalan dengan lancar,ramai jemputan yang hadir ke majlis tersebut diantaranya keluarga,sahabat handai dan juga jiran terdekat.
Ariff dan Naura sedari tadi melayan tetamu yang hadir dan tidak henti-henti mengucapkan tahniah buat mereka dan juga memuji kecomelan anak lelaki mereka.
Setelah selesai majlis,Naura bersama Medina dan juga Qaira menolong uminya mengemas apa yang patut.
Selesai mandi,Naura pergi ke katil anaknya Ariyyan dan melihat anaknya yang sedang lena tidur ,membuatkan dia tersenyum hilang terus segala penat yang ada bila melihat wajah anaknya.
"anak mama ni tidur pun comel,macam papa dia juga,tidur pun nampak handsome".Naura mengomel sendiri.
"memang abang handsome pun".Ariff bisik perlahan di telinga Naura,dia sedari tadi ada di belakang naura sambil memerhatikan isterinya mengomel sendiri comel sangat.
Terjerit kecil Naura dibuatnya."abang...".Naura memukul lengan Ariff perlahan,nasib baiklah anaknya tak terjaga dari tidur.
Ariff tersenyum melihatnya, lalu dia memeluk Naura dari belakang sambil sama-sama melihat anak mereka.
"bapak borek anak rintik kan?,sama-sama cute dan handsome".Ariff bersuara bangga.
"eei perasanya abang ni". Naura melihat Ariff di belakangnya sambil tersenyum.
"dah lama kita tak manja-manja macam ni kan?".Ariff menguatkan lagi pelukanya terhadap Naura dan menompangkan dagu di bahu isterinya.
"yelah,ami asyik layan girlfreind baru ami tu je,girlfreind lama ni dilupakan".Nada suara Naura seakan merajuk.
Ariff melepaskan pelukanya terhadap Naura,dan memusingkan naura menghadapnya,lalu memegang kedua belah tangan isterinya erat.
"mana boleh ami lupa kat girlfreind ami ni,kalau takde honey,takdelah girlfreind baru ami tu".Ariff mencuit hidung Naura,dan perlahan senyuman terukir di bibirnya.
"honey,meh sini".Ariff yang sudah melabuhkan duduk di atas katil menyuruh Naura duduk di sebelahnya.
Ariff terus melabuhkan kepalanya di riba Naura,lalu dia mengambil tangan Naura dan memeluknya erat,Naura menggeleng kepala melihat suaminya yang ingin dimanjakan.
"honey esok abang nak bawa honey pergi satu tempat,only two of us.".Ariff mencium tangan Naura berkali-kali.
"yelah tu anak -anak kita macam mana".Naura bertanya.
"ala tu takpayah risau,besok Naufal nak bawa keluarga dia,pergi jalan-jalan dia nak bawa Fifa sekali,kalau Arriyan pula ami dah minta tolong umi jagakan dia besok,jadi bolehlah kita date".
"oh semua ni abang dah plan dari awal lah ye,pandainya dia".Naura mencuit hidung Ariff.Ariff tersenyum sambil menjongketkan sebelah keningnya ala-ala Ziana Zain.
Baru je nak manja-manja,bunyi pintu diketuk dari luar terdengar suara Fifa memangil papanya.
"papa..papa,buka pintu Fifa nak macuk ni".
"tu ha! girlfreind abang dah panggil."Naura muncungkan bibirnya ke arah pintu.
"ala...baru je nak manja dengan honey".Ariff merengek manja macam budak kecil,anaknya Fifa pun kalah.
"pergilah buka pintu tu abang,kesian fifa tunggu lama kat luar".
Ariff terus bangun dari riba Naura,sebelum tu sempat lagi dia mencium pipi Naura dan terus pergi menyambut puteri kesayanganya.
Naura menggeleng kepala melihat telatah suaminya.
"kenapa sayang".Ariff bertanya kepada puteri kesayanganya.
"Fifa mengantuk nak tito".Fifa meneyeh matanya.
"Jom kita pergi kat mama".Ariff memegang tangan Fifa dan menghampiri Naura yang berada di atas katil.
"arini sayang mama nak tidur dengan siapa".Naura bertanya dengan puterinya.
"rini Fifa nak tito dengan mamalah".Fifa memeluk Naura.Naura tersenyum mendengar jawapanya.
"habis tu papa nak tidur dengan siapa?".Ariff buat gaya merajuk.
"papa tidur sinilah,tapi papa tak leh peluk mama".Petah anaknya bercakap.
"kenapa papa tak boleh peluk mama pulak".Ariff bertanya.
"sebab Fifa kan ada,Fifalah peluk mama".Ariff dan Naura tersenyum mendengar jawapan puterinya.
"oo...Fifa tak bagi papa peluk mama ya".Ariff mengeletek badan Fifa sampai dia ketawa sehingga meleleh airmatanya.
"pa..dah..dah tak layat".Fifa masih dengan sisa tawanya.Ariff masih lagi mengletek Fifa dan mencium pipinya beberapa kali.
Naura tersenyum bahagia melihat telatah anak dan suaminya.
"abang nak bawa honey pergi mana ni".Naura bertanya,Ariff disebelahnya dipandang dengan penuh pengharapan.
Ariff memandang Naura yang sedang memandangnya melalui ekor mata.
"honey ikut je lah,kalau dah sampai nanti honey tahulah kat mana".
Naura hanya mengangguk mengiyakan,malas dia nak bertanya kalau jawapan yang sama diberikan oleh Ariff maknanya kena ikut sajalah ke mana cik suami nak bawa dia pergi.
Destinasi yang dituju agak jauh sehingga Naura tertidur beralaskan bahu Ariff,naik lengguh jugalah bahunya tapi takpelah untuk si isteri apa-apa pun boleh.
Ariff tempah hotel untuk mereka bermalam tanpa pengetahuan Naura,kalau beritahu mesti Naura tak setuju,lagipun dia dah beritahu uminya tentang semuanya.
Ariff tersenyum memandang Naura yang lena di sebelahnya,dia mencuit hidung isterinya perlahan,tenang rasa hatinya apabila melihat wajah tulus isterinya.
"honey bangun kita dah sampai nie".Ariff memanggilnya dan menepuk bahu Naura perlahan.
"kita dah sampai ke?,kenapa honey rasa macam lama je".Naura masih dalam kedaan mamai,dia meneyeh matanya sekejap.
"dah jom kita check in dulu lepastu kita pergi jalan-jalan kat pantai".
"check in?,pantai?".Naura terus membuka matanya luas.Ariff hanya tersenyum melihatnya.
"abang kita kat mana ni,abang jangan main-main".
"kita sekarang ada kat Desaru,kita rehat kat hotel dulu,lepastu baru kita keluar".
"kenapa tak bagitahu awal-awal,dahlah honey tak bawak baju lebih.
"saje suprise,pasal baju honey jangan risau,nanti kita beli lagipun besok kita balik,nanti anak kita tu merenggek tengok kita takde".
Naura hanya mengganguk mengiyakan.Nak buat macamana ikutkan sajalah.
Setelah solat asar,Ariff mengajak Naura jalan ke pantai yang berdekatan dengan hotel.
Mereka berpengangan tangan jalan di tepi pantai,Ariff menghentikan langkah Dan menghadap memandang Maura,dan memegang kedua belah tangan isterinya,Naura tersenyum ke arahnya.
"I love you so much".Ariff mengucapkan kata itu dengan penuh romantik membuatkan Naura terharu mendengarnya,lalu dia mencium dahi Naura.
"I love you too.Naura membalas,dan memandang Ariff dengan penuh kasih sayang,sungguh cintanya pada Ariff tiada galang gantinya,dia akan mencintai Ariff hingga akhir hayatnya dan biar mati je yang memisahkan mereka.
Dan selamanya Ariff Hakim akan menjadi pakcik handsomenya.
Ariff tersenyum mendengarnya,lalu dia Menarik Naura ke dalam pelukan dan memeluknya erat,Naura membalas pelukan Ariff.
Ariff bersyukur memiliki Naura Afiya sebagai isterinya,dia berjanji pada dirinya akan menjaga isteri dan anak-anaknya dengan baik.
Sesungguhnya mereka adalah kurniaan terindah dari yang maha esa buat Ariff Hakim.
SEDERHANA DALAM MENCINTAI
IKHLAS MENERIMA KEKURAGAN.
SETIA DALAM MENJALIN HUBUNGAN.
KUNCI UNTUK MENJALIN HUBUNGAN YANG BAIK.
MENCINTAINYA ADALAH PERKARA PALING BAHAGIA DALAM HIDUPKU.
THANKS PADA YANG SUDI BACA.
JANGAN LUPA VOTES DAN TINGGALKAN KOMEN OK.😘😊😍
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro