🍀BAB 38
PELANGI AKAN DATANG SELEPAS HUJAN JADI BERSABARALAH
BAHAGIA AKAN DATANG SELEPAS DUGAAN...
Sebulan telah berlalu sejak kejadian itu berlaku dan peristiwa itu menjadikan Naura orang yang lebih kuat menghadapi segala dugaan dan cabaran dalam hidup yang diberikan oleh sang pencipta.
Kubur yang masih merah dipandang sayu,tentang apa yang telah berlaku dia jadikan ia sebagai pengajaran.
Naura bersama abangnya Naufal begitu juga Faiq dan Qaira duduk mengelilingi kubur untuk sedekahkan surah yasin kepada mereka yang telah pergi menghadap ilahi.
Setelah habis membaca yasin,tanpa dia dia sedari airmatanya jatuh mengalir di pipi,lalu lembut satu tangan mengusap belakangnya perlahan untuk menenangkanya.
Naura tersenyum memandang wajah Ariff di sebelahnya yang sedang memandangnya dengan penuh perhatian,dia bersyukur kerana dapat lagi melihat wajah suaminya yang tenang setelah dia fikir bahawa dia tidak berpeluang untuk melihat suaminya di depan matanya lagi.
Ariff Hakim berjaya bertarung nyawa demi orang yang tercinta,dan sekarang dia sentiasa ada di sisi Naura dan menjaganya dengan penuh kasih.
Masih jelas di ingatan Naura semasa Ariff dikhabarkan hanya ada peluang tipis untuk selamat walaupun peluru berjaya dikeluarkan dari badanya. kerana peluru yang ada dalam badanya menebusi dada,doktor memberitahu bahawa Ariff kehilangan banyak darah dan kedaanya sangat kritikal ketika itu.
"Saya harap keluarga encik Ariff banyak bersabar dan banyak berdoa untuk kesembuhan dia".Kata doktor yang merawat Ariff.
Naura memandang sayu Ariff yang terbaring lemah di atas katil ,dia hanya bertahan dengan alat bantuan pernafasan saat itu.
Naura hampir berputus asa tapi dia yakin Allah akan kembalikan semula Ariff kepadanya,dia hanya mampu berdoa buat kesembuhan suaminya.
Keluarga Naura begitu juga Faiq dan Qaira mengelilingi kawasan katil Ariff untuk membaca yasin,setelah itu mereka membuat solat hajat dengan diimakan abi Naura dan berdoa buat Ariff ,mereka menadah tangan dengan linagan airmata di pipi ,memohon kepada yang esa dengan penuh rasa rendah diri,semoga tuhan memberikan kesembuhan buat Ariff itulah doa yang tak henti diucapkan dari mulut mereka dengan hati yang ikhlas.
Dengan berkat doa dari keluarga dan sahabat handai,Ariff berjaya melepasi tahap kritikal orang pertama yang paling gembira adalah isterinya.
Naura berlari ke arah Ariff dan memeluknya erat saat Ariff telah sedar dari koma.
Ariff membalas pelukan isterinya sungguh dia sangat merindui isterinya yang tercinta dia bersyukur kerana dikelilingi orang-orang yang baik seperti ibubapa Naura yang melayanya seperti anak sendiri,dan juga sahabat yang sentiasa ada buatnya seperti Qaira dan Faiq.
Mereka semua yang ada di situ berkali mengucapkan kata syukur kepada yang maha esa kerana telah makbulkan doa mereka.
Naura tersedar dari mengingati saat itu,kerana terdengar lembut suara Ariff memanggilnya dan menepuk bahunya perlahan.
Ariff memberi air mawar kepada Naura dan Naura menjirus air mawar tersebut perlahan di atas kubur Syafiq kemudian dia beralih ke kubur Syafiqah.
Syafiq mengalami tekanan setelah kakaknya meninggal,dia jadi begitu kerana terlalu sayangkan kakaknya.
Syafiq juga disahkan mempunyai penyakit mental menyebabkan dia bertindak melulu.
Naura selalu berdoa supaya Syafiq ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan dapat berjumpa dengan kakaknya apabila dia berada di sana nanti.
Naura dan Ariff jalan beriringan meninggalkan kawasan perkuburan diikuti abangnya ,Faiq dan juga Qaira di belakang.
SEMINGGU KEMUDIAN
Naura sudah lengkap berpakaian pengantin berwarna ungu sesuai dengan kulitnya yang cerah,dan makeup yang simple tapi cantik menampakkan keserian di wajahnya.
Hari ini merupakan hari persandinganya dengan Ariff setelah enam bulan mereka telah bernikah,sepatutnya mereka buat pada tarikh yang ditetapkan sebelum ini tetapi ada perkara yang tak dapat dielakkan berlaku mereka terpaksa menangguhkan hari persandingan tersebut.
Umi dan abi Naura teruskan juga majlis tersebut untuk menunaikan janjinya pada arwah sahabat baiknya,yang teringin sangat melihat Ariff bersanding di atas pelamin bersama dengan Naura.
"cantiknya you".Qaira memuji Naura,dia menjadi pengapit atas permintaan Naura.
Qaira juga tidak kurang cantiknya maklumlah darah manis katakan dia pun akan melangsungkan perkhawinanya bersama Faiq tidak lama lagi.
"thanks Qaira".Naura tersenyum manis,debaran terasa di hatinya.
Setelah siap Naura bersama Qaira terus keluar dari bilik persalinan,sampai di luar Ariff yang juga segak berpakaian pengantin dan tengkolok yang tersarung di kepalanya menampakan lagi kekacakanya.
Ariff tersenyum ke arah Naura bersama Faiq di sebelahnya juga segak sebagai pengapitnya.
Mereka berpengangan tangan dan jalan beriringan ke dewan dengan diiringi paluan kompang yang merdu sehingga masuk ke dalam dewan.
Suasana majlis begitu meriah dengan kedatangan ramai orang dari keluarga kedua belah pihak dan kenalan rapat Ariff dan juga Naura.
Setelah selesai bersanding di atas pelamin mereka pergi ke meja makan untuk makan beradap.
Ariff tidak makan malah menghadap mukanya ke arah Naura sambil tersenyum.
"kenapa,abang senyum-senyum pandang honey".Blushing jugalah muka Naura mana tidaknya dia nak makan pun tak senang,kalau dah orang sebelah dia ni tengok dia macam baru jumpa harini je.
"suka tengok honey makan,comel".Ariff mengeyitkan matanya ke arah Naura.
"abang makanlah,nanti lapar".Naura menyuruh Ariff makan.
"oklah abang makan".Kata Ariff lalu terus mencedokkan nasi dan meletakkan lauk ke dalam pingganya.
Naura memandang Ariff,perlahan dia mengukir senyum.
"swettnya korang,jealous I".Suara Qaira teruja menegur Naura di sebelahnya kerana melihat aksi romantik antara Naura dan Ariff tadi.
"nanti giliran awak pula".Naura menjawab.
"harap-harap jadilah kali ni,Faiq tu asyik tangguhkan je perkahwinan kami".Qaira bersuara sayu.
"insyallah,saya yakin kali ni pasti jadi".Naura menyakinkan Qaira.
"ha!..membawang je kerja korang kan?,kutuk saya erk".Ariff yang telah selesai makan berpaling ke arah Qaira dan Naura kerana mendengar suara mereka menyembang tak habis-habis sedari tadi.
Nama pun orang perempuan kalau dapat bersembang tak ingat nak buat apa dah.Makcik-makcik bawanglah katakan.
"kitaorang bukan kutuk you lah Riff,tu ha! kutuk kawan baik you tu".Qaira memuncungkan bibir ke arah Faiq yang tengah selera makan di sebelah Ariff mengalahkan dia yang jadi pengantin.
Tiba-tiba Faiq tersedak ketika selera menjamah makanan,Ariff menepuk belakang Faiq perlahan dan memberikanya air.
"korang kutuk aku ya".Faiq memandang Naura dan Qaira dengan menjongketkan keningnya ke atas ala-ala Ziana Zain,macam tahu je ada orang kutuk dia,tunang dia sendiri pula tu.
Ariff hanya menjongketkan bahu.
"aah I yang kutuk you kenapa?".Qaira hanya buat muka selamba.
Faiq pula sudah mencekak pinggang memandang Qaira.
Ariff dan Naura pula sudah ketawa kecil melihat telatah mereka berdua.
Setelah selesai solat maghrib,Naura duduk di atas katil dan menyandarkan kepalanya,dia cuba melelapkan matanya sekejap kerana terlalu letih melayan tetamu yang hadir di majlis persandinganya tadi.
Ariff yang baru keluar dari bilik air melihat Naura yang sudah melelapkan mata menghampirinya ,dan meniup telinga isterinya perlahan membuatkanya terkejut nyaris tak tertendang Ariff sampai jatuh katil.
"oh mak kau terkejutt,abang..honey ingat benda apa lah tadi yang lalu kat telinga honey".Naura memukul lengan Ariff perlahan,nasib baiklah suami kalau tak dah merasa dah karate ala Naura.
"honey tu awal sangat tidur,temanlah abang".Ariff terus merebahkan kepalanya di atas riba Naura setelah naik ke atas katil,Naura hanya tersenyum melihatnya.
"honey,abang suka sangat budak-budak kalau ada anak sendiri lagi best".Lembut suara Ariff menuturkan kata,perlahan tanganya memegang tangan Naura erat.
Naura faham dengan kata-kata Ariff tapi dia cuba menenangkan hatinya yang gundah gulana.
Ariff bangun dan memandang Naura dengan penuh pengharapan.
"honey dah sedia ke?".Ariff bertanya.
Naura hanya mengganguk mengiyakan dalam hati ni hanya tuhan je yang tahu,betapa berdebarnya hatinya saat ini.
Ariff tersenyum mendengarnya,lalu dia terus menutup lampu dan mereka pun melayari malam itu dengan penuh kebahagiaan.
THANK PADA YANG SUDI BACA
JANGAN LUPA VOTES AND COMMENT OK😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro