Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🍀BAB 31

Ariff mengemas barang Naura,kerana harini Naura dibenarkan pulang ke rumah setelah 3 hari berada di hospital.

kesihatan Naura pun sudah semakin baik,doktor sarankan supaya Naura banyak berehat di rumah.

Sampai je di rumah,Ariff menyuruh Naura berehat di dalam bilik,biar dia saja yang memasak,nama pun Ariff Hakim mestilah Arif dalam semua hal.

"honey masuk bilik ya rehat,nanti kalau dah siap abang panggil k".Ariff sudah pergi ke dapur setelah letak beg Naura di dalam bilik.

"ok,abang jangan lambat tau,honey dah lapar la".Naura menepuk perutnya sambil membuat muka kesian.

"ala sianya sayang abang ni".Ariff menghampiri Naura dan mengusap kepalanya perlahan.

Naura tersenyum, dia suka dilayan sebegitu oleh Ariff dia terasa disayangi sangat sebagai isteri.

"pergilah rehat,abang masak sekejap je k".Naura mengganguk mengiyakan dan terus melangkah masuk ke dalam biliknya.

Di dalam bilik Naura mengeluarkan semua barangnya dan susun balik di tempat asal,setelah susun Naura naik ke atas katil, baru je dia nak lelapkan mata iphone6 nya berbunyi tetera no yang tidak dikenali.

"siapa pulak yang call ni".omelnya sendiri.

Mulanya Naura menolak panggilan tersebut,tetapi iphone6nya berbunyi lagi dengan nombor yang sama terus dia mengangkat panggilan itu dengan hati yang risau.

Naura:"hello,siapa ni.Naura mulakan bicara".

Syafiq:"aku rasa aku tak perlu bagitahu kau nama aku,satu je yang kau perlu tahu aku ni musuh suami kau,Ariff Hakim.Lelaki itu menjawab".

Terkejut Naura mendengarnya,mula perasan tidak sedap hatinya muncul.

Naura:"awak jangan main-main boleh tak,tak lawak".

Syafiq:"(ketawa).Aku tak pernah nak main-main dengan kata-kata akulah".

Naura:"apa yang dia dah buat,saya tak rasa pun suami saya ada musuh".

Syafiq:"ikut kau lah nak percaya atau tak,yang penting aku akan pastikan suami kau hidup merana macamana aku pernah rasa dulu".

Naura:"Encik nak apa?sebenarnya ni".

Syafiq:"aku nak kau tinggalkan suami kau,baru dia akan rasa deritanya".

Naura:"Encik jangan mengarut,saya takkan ikut arahan orang yang saya tak kenali.Sebab saya sayang dia sangat-sangat".

Syafiq:"so sweetnya korang ni kan,kalau kau tak buat apa yang aku suruh , aku akan sakiti Ariff sampai kau tinggalkan dia".

Naura:"Encik ni siapa sebenarnya?kenapa encik nak gangu rumahtangga kam"i.

Syafiq:"aku orang yang berdendam dengan suami kau,dia dah buat hidup aku menderita,aku nak hancurkan hati dia macamana hancurnya hati aku".

Naura:"saya tak tahu encik ni siapa,tapi saya nak encik tahu saya takkan sekali pun tinggalkan suami saya.Naura bersuara tegas dan terus dia matikan panggilan tersebut".

Syafiq gelak besar."kau tunggu dan lihat je nanti apa yang aku nak buat kat suami kau Naura Afiya".Dia berkata sinis.

Naura termenung seketika tentang apa yang lelaki tadi maksudkan,terngiang-ngiang di benaknya kata-kata lelaki tersebut.
Mula muncul perasaan risau di hatinya.

Beberapa minit kemudian Ariff masuk ke dalam bilik untuk memanggil Naura makan,dia melihat Naura sedang duduk termenung, sampai tak sedar dia dah ada atas katil di sebelahnya.

"honey..honey"Ariff memangilnya sambil menepuk bahunya perlahan.

Naura tersedar dan memandang wajah suaminya lama,hampir menitis airmatanya lalu dia terus memeluk Ariff erat dan menangis teresak-esak di dalam pelukanya.

Ariff hairan dengan sikap isterinya tetapi dia tetap membalas pelukan isterinya erat.

"honey kenapa ni ok tak".Ariff mengusap belakang Naura perlahan.

Naura lepaskan pelukanya dan memandang Ariff tepat ke dalam anak matanya, dia tak nak sesuatu yang buruk berlaku pada suaminya.

"honey nak abang tahu yang honey sayang abang sangat- sangat tau".Naura memegang kedua belah pipi Ariff.

"abang pun sayang honey,abang tak boleh hidup tanpa honey,biarlah mati je yang memisahkan kita".Ariff tersenyum melihat Naura.

Ariff mengelap airmata yang jatuh di pipi isterinya lalu mencium dahinya lama,kemudian dia menarik semula Naura dalam pelukanya,Naura merasa tenang berada dalam dakapan suaminya.

'ya Allah aku tak sanggup tinggalkan dia,aku tak boleh hidup tanpa dia,selamatkanlah rumahtangga kami ya Allah'.Doanya dalam hati.

Faiq membawa Qaira ke suatu tempat,dia ingin melamar Qaira menjadi isterinya.Qaira hairan melihat Faiq di sebelahnya yang asyik tersenyum dari tadi.

"you ok tak? kenapa I tengok you asyik tersengih je dari tadi,ada perkara gembira ke yang you tak beritahu I".Qaira bertanya.

Qaira memandang Faiq di sebelahnya, terpegun dia seketika melihat wajah Faiq dari tepi,sangatlah menawan yang boleh mencairkan hati semua perempuan termasuklah yang bernama Qaira Melissa.

"Ada nanti saya beritahu awak,suprise for you,saya tahu saya ni handsome tak payah pandang saya macam tu sangatlah".Faiq perasan akan pandangan Qaira terhadapnya.

"you ni suka perasan kan?".Qaira berpaling mukanya memandang depan padahal nak cover malu sebab curi-curi pandang si jantung hati.

Faiq tersenyum,hatinya sudah kembang setaman,dia suka sangat bila Qaira memandangnya begitu,sawittt..sangat.

Sampai di Kl Tower Faiq membawa Qaira naik ke atas di mana terletaknya sebuah restoran yang mempunyai pandangan menara berkembar petronas,dan boleh nampak pemandangan bandar Kl dari atas.

Faiq membawa Qaira di suatu sudut restoran yang telah ditempah khas olehnya.Hanya ada mereka berdua sahaja di situ.

Qaira teruja dan terharu apa yang dilakukan oleh Faiq.Mereka menuju ke meja yang telah dihias cantik, di tengah pula mempunyai lilin,candle light dinnerlah katakan.Faiq menarik kerusi memberi ruang untuk qaira duduk.

"thanks".Qaira tersenyum ke arah Faiq.

"welcome yang dicintai".Faiq membalas dengan senyuman manis di bibirnya.

Beberapa minit kemudian,makanan pun sampai di meja mereka,waiter yang menghantar makanan tersebut melemparkan senyuman paling manis kepada mereka dan terus berlalu dari situ.

Menu yang simple sahaja yang diorder oleh Faiq iaitu spahgeti blognese dan fresh oren kerana itu adalah makanan kegemaran mereka berdua.

"I ingat you dah lupa makanan kegemaran I".

"saya tak pernah lupa apa yang awak suka termasuk saya kan?".Faiq mengenyitkan mata ke arah Qaira.

Muka qaira sudah merah menahan malu tetapi dia cuba mengawal riak mukanya.

"dah,jomlah kita makan dulu".Kata Faiq,Mereka pun senyap menikmati makanan masing-masing.

Faiq mengambil makananya sedikit dengan menggunakan garphu untuk menyuap Qaira,dia terkejut dengan tindakan Faiq dan teragak-agak mengambil suapan tersebut,tetapi Faiq terus meyuakan makanan tersebut ke arahnya.

"ambilah makanan ni lenguh tau tangan saya tunggu".Akhirnya Qaira menerima suapan tersebut.Faiq tersenyum melihatnya.

Setelah habis makan mereka disajikan dengan alunan muzik yang romantis yang dimainkan oleh dua orang pemain biola professional yang ditempah khas oleh Faiq.

Kemudian datang seorang waiter lelaki dengan membawa jambangan bunga ke arah mereka dan berikanya kepada Faiq.

Faiq bangun dari tempat duduknya dengan membawa jambangan bunga tersebut ke arah Qaira, dan memberikan jambangan bunga dengan melutut di depan Qaira.

"sudi tak awak jadi isteri saya".Faiq memandang Qaira dengan penuh pengharapan agar lamaranya diterima.

Qaira sudah menitiskan airmatanya,sungguh dia nampak keikhlasan di mata faiq yang benar-benar ingin menjadikan Qaira suri hati dalam hidupnya.

"yes I setuju untuk jadi isteri you,I akan jadi yang terbaik untuk you".Qaira menerima bunga tersebut.

Dia taknak buat kesilapan yang sama lagi,Qaira yakin yang faiq adalah jodohnya dari allah.

"Thanks Qaira,saya akan jadikan awak wanita yang paling bahagia bila awak dah halal untuk saya nanti".Faiq bersyukur kerana lamaranya diterima.

Faiq mengambil kotak cincin yang ada dalam jambangan bunga,kemudian dia membuka kotak tersebut untuk mengambil cincin,dan sarungkan cincin tersebut di jari manis Qaira sebagai tanda bahawa Qaira bakal menjadi isterinya.

"Terima kasih untuk segala-galanya yang telah you buat pada I Faiq".Qaira menangis kegembiraan.

"welcome yang dicintai".Faiq tersenyum bahagia.

Malam itu adalah kenangan yang terindah buat mereka berdua.

Hatimu memutuskan siapa yang bisa kau cintai,
Tapi sifatmu memutuskan lamanya dia bisa mencintaimu.

Thanks pada yang sudi baca jangan lupa komen dan votes ok TQ😍😘






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro