🍀BAB 29
Ariff memandang wajah comel isterinya yang sedang lena tidur,perlahan dia mencuit hidung isterinya dan mengusik telinga isterinya menyebabkan dia terjaga.
"Assalamualaikum,sayang abang".Ariff mencium dahi Naura sekejap.
"walaikumsalam".Naura bangun sambil meneyehkan matanya,setiap pagi matanya dihiasi wajah suaminya,dia takut suatu hari nanti,wajah itu tidak lagi menjadi tatapanya lagi.
Naura menghampiri Ariff dan memeluknya erat,dia merasa dua tiga hari ni hatinya tak sedap seperti ada seseorang yang akan menganggu rumahtangga mereka walaupun dia dapat menggagak siapa orangnya.
Naura merasa tenang apabila berada dalam pelukan suaminya yang tercinta
"pagi-pagi dah nak manja dengan abang kan?". Ariff membalas pelukan Naura erat sambil mengusap belakangnya perlahan.
"honey lepas solat teman abang jogging boleh?,abang bosanlah pergi sorang-sorang" .Ariff memujuk Naura dengan suara manja.
Ariff memang selalu berjogging setiap pagi,selalunya elok je pergi seorang,hari ni pulak nak teman bagai.
"ok honey teman,tapi abang lari pelan-pelan tau jangan tinggal honey kat belakang,dan jangan pandang bila perempuan mengurat,honey tak suka".
Naura telah menujukkan isyarat amaran kepada Ariff.Dengan selambernya Ariff mengambil tangan Naura dan menciumnya beberapa kali.
Ariff tergelak kecil melihat Naura yang mencekak pinggang memandangya,sambil acah-acah buat muka serious.
"kenapa abang gelak".Naura hairan melihat Ariff ketawa makin lama makin kuat,rasa nak hempuk je Ariff dengan bantal bagi senyap sikit.
"muka honey apasal comel sangat dah macam makcik marahkan anaknya dah abang tengok".Ariff mencubit kedua belah pipi naura.
"ish ami ni ngadalah".Naura mencubit lengan Ariff dengan cubitan ketamnya.
"ouch sakitlah honey".Ariff mengosok lenganya yang kemerahan.
"usiklah orang lagi".Naura tersenyum dengan perangai suaminya.
Qaira pergi ke taman yang berdekatan dengan rumah Ariff,dia yakin pasti Ariff akan keluar jogging harini kerana itulah rutin Ariff setiap hari saat dia mengenalinya dulu.
Ariff tak pernah berubah dia masih Ariff yang sama,cuma masa je mengubah segala-galanya.
Ariff dan Naura berjogging perlahan sambil berpengangan tangan,sweet dan comel jer,setelah penat berjogging mereka rehat sebentar di sebuah kerusi yang berdekatan.
Beberapa orang remaja perempuan dalam lingkungan umur 18 tahun, yang duduk di situ memandang Ariff tidak berkedip walaupun ada Naura di sebelahnya.
"weii!! handsomenya mamat tu".remaja yang dikenali sebagai elly berbisik kepada kawanya tetapi didengari masih boleh didengari oleh Naura yang berada tidak jauh dari situ.
"memanglah handsome elly,tapi masalahnya dia dah ada isteri".Kawanya membalas sambil memuncungkan bibirnya ke arah Naura.
"manalah tahu kot tu adik dia".Elly masih tidak lekang matanya memandang Ariff yang sedang merenggangkan badanya.
Naura yang tidak selesa dengan pandangan Elly terhadap Ariff terus mengajaknya pergi dari situ.
Ariff menghalang Naura dengan memegang tanganya lalu, spontan bibirnya mengucup dahi Naura sekejap di hadapan mereka,membuatkan semua gadis di situ terkejut,hampir terkeluar biji mata mereka memandang Ariff dan Naura.
Muka Naura pula sudah merah menahan malu, blushing gituuu..
Ariff hanya beriak selamba,dan terus dia menarik tangan Naura pergi dari situ meninggalkan mereka yang masih statik seakan tidak percaya di situ.
Ariff perasan sedari tadi,pandangan beberapa orang gadis yang memandangnya tapi diendahkanya.
Dia kan dah ada isteri yang comel buat apa dia nak pandang orang lain kan?
Sebab tu lah Ariff buat aksi spontan nak beritahu yang dia ni dah berpunya.
Semasa mereka terus berjogging Ariff perasan yang Naura hanya senyap sedari tadi.
"honey,kenapa ni senyap jer".Ariff berhenti jogging dan menghalang Naura dari depan.
"tak ada apalah".Naura menjawab dengan nada malas,dia langsung tidak memandang Ariff dan hanya menudukkan wajahnya.
"cemburu erk".Ariff mendoggakan kepala Naura supaya memandangnya.
"mana ada".Naura menafikanya,padahal memang betul dia cemburukan Ariff.
"tepilah abang,Naura menolak perlahan Ariff ke tepi,dan terus dia berjogging semula meninggalkan Ariff di belakangnya.
Baru je jogging separuh jalan,kaki Naura terseliuh dan terjatuh terjelepok di tanah.
Ariff yang tidak berada jauh dari Naura terus berlari ke arahnya.
"honey ok tak ni".Ariff memegang kaki naura yang terseliuh.
"ouch! sakit abang".Naura menitiskan airmatanya menahan sakit.
"boleh jalan tak ni,ami bawak pergi klinik".
"takpe,honey boleh jalan".Apabila dia hendak bangun kakinya tidak dapat menahan sakit dan dia terjatuh semula.
"meh sini".Ariff menepuk belakangnya mengisyaratkan supaya Naura naik dibelakangnya.
"takpelah ami,honey boleh jalan,malulah nanti orang tengok".Naura cuba menolak.
"jangan degil boleh tak?Naura Afiya,cepat naik atas abang".Ariff bersuara tegas.
"yelah honey naik".Ariff kalau dah panggil nama penuh dengan suara serius,tak boleh bantahlah jawabnya.
Sepasang mata sedang memerhati kemesraan mereka sedari tadi,Qaira yang tidak jauh berada dari situ,memandang mereka dengan perasaan yang sakit,lagi bertekad hatinya untuk dapatkan Ariff,kalau boleh dia nak singkirkan terus Naura dari hidup Ariff.
Ariff mengendong Naura di atas bahunya sambil menyanyi ketika berjalan menuju ke tempat parking kereta,Naura seronok mendengarnya sehingga tertidur.
Ariff tersenyum melihat Naura lena beralaskan bahunya.
Ketika Ariff ingin meneruskan perjalananya,Qaira menghalang Ariff dan berhenti di depanya.
Terkejut Ariff dibuatnya dengan kehadiran Qaira,Naura pula terjaga apabila Ariff berhenti mengejut.Ariff menyuruh Naura untuk tidur semula di bahunya kerana tidak mahu Naura terlibat sama.
"honey abang tahu honey dah bangun,abang nak honey pejamkan mata honey,jangan pedulikan apa yang berlaku,peluk abang erat sayang".Ariff berbisik di telinganya,Naura terus eratkan pelukanya di leher Ariff.
"kau nak apa Qaira".Ariff memandang Qaira yang berada di depanya sambil tanganya tidak lepas dari mengendong Naura di belakangnya.
"I nak you Riff,I rindu nak jumpa dengan you".Qaira bersuara sayu supaya Ariff simpati terhadapnya.
"kau tak faham ke?aku takkan terima kau balik Qaira dalam hidup aku,sebab aku dah isteri".Ariff menjawab tegas.
"apa yang lebihnya dia dan kurangnya I Riff".Qaira hampir menitiskan airmatanya.
"yang lebihnya dia sebab dia dapat terima aku seadanya,yang kurangnya kau kau lebih pentingkan kerjaya kau dari aku".
"sepatutnya yang ada dekat belakang you sekarang I bukan perempuan kampung tu!!!" Qaira sudah menjerit ke arah Ariff.Dia sakit hati melihat kemesraan Naura dan Ariff.
Naura yang berada di belakang Ariff menguatkan lagi pelukanya,airmatanya hampir menitis tetapi ditahan.
"hei!!! kau jangan berani nak hina isteri aku,dia ada nama yang boleh dipanggil bukan dengan panggilan macam tu".Muka Ariff merah menahan marah.
"aku tak nak kau ganggu hidup aku lagi".Ariff terus melangkah dan ingin berlalu dari situ.
Qaira memandang mereka tajam,dengan pantas tanganya menarik Naura yang berada di belakang Ariff.
Ariff tidak sempat menyambutnya,lalu Naura terjatuh dan kepalanya terhantuk batu kecil yang ada di tanah lalu pengsan.
"honey,honey..bangun sayang". Ariff menampar lembut pipi Naura,dia risau akan keadaan Naura yang tidak sedarkan diri.
Qaira kaku berdiri di situ,dia tidak sedar apa yang dia telah lakukan.
"puas hati kau sekarang,Qaira Melissa,kau suka kan!!!".Ariff memarahi Qaira yang masih kaku di situ dan memandangnya tajam.
Ariff terus mencempung Naura masuk ke dalam keretanya yang tidak jauh dari situ,untuk membawanya ke hospital.
Tinggal Qaira di situ dengan perasaan yang serba salah,dia langsung tak sedar apa yang dia telah lakukan tadi.
Ariff memegang tangan isterinya erat dan mencium tanganya,dia berharap Naura cepat sedar kerana dia tidak sanggup melihat isterinya terbaring lemah.
Doktor mengesahkan bahawa Naura hanya mengalami hentakan kecil di kepala, tidak memberi kesan apa-apa terhadap kesihatanya.
Naura tersedar dan melihat Ariff sedang tidur lena dengan memeluk erat lenganya,dia mengusap perlahan kepala suaminya.Kesian dia melihat Ariff letih kerana menjaganya semalaman.
Ariff tersedar dan melihat Naura tersenyum melihatnya,dia terus bangun dan memeluk isterinya erat,dia bersyukur kerana Naura telah sedar.
"abang rindu honey ya".Naura membalas pelukan dan mengusap perlahan belakang suaminya.
"rindu sangat.."Ariff menguatkan lagi pelukanya terhadap Naura.
Cinta tak perlu banyak bicara
Hanya ingin memilikimu hingga akhir usia..
Thanks pada yang sudi baca
jangan lupa undi dan vote ok😊😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro