🍀BAB 27
Faiq melihat jam di tanganya yang sudah menujukkan pukul 1.30 tengahari,hampir sejam dia menuggu di dalam kereta,perutnya juga sudah bernyanyi riang.
"mana Qaira ni kata sekejap je,tak boleh jadi ni aku kena cari dia juga".Omel faiq sendiri lalu dia keluar dari kereta dan naik ke atas untuk mencari Qaira.
Sampai di cafe,Qaira memilih tempat yang paling hujung supaya tiada siapa mendengar perbualan mereka.
"I nak Ariff balik,sebab I masih cintakan dia,I harap you bagi izin Ariff untuk kahwin dengan I".Qaira berterus terang apa yang terbuku dalam hatinya.
Naura terkejut mendengar luahan Qaira,dia rela dilepaskan daripada bermadu,dia tak sanggup berkongsi suami,lagipun dia terlalu sayangkan Ariff tak mungkin dia akan tinggalkan Ariff.Dia yakin Ariff tidak akan menduakan dirinya.
"apa yang cik Qaira maksudkan ni,saya tak faham".Naura hanya beriak tenang.
Ketika Faiq ingin naik ke atas dia ternampak dari jauh Qaira bersama dengan seorang wanita di kafe.
"siapa perempuan tu".Omelnya sendiri lalu mendekati Qaira.
Qaira bangun dari duduknya kerana geram dengan Naura yang hanya beriak tenang dari tadi.
"hei! you dengar sini ehh!, I tetap akan dapatkan Ariff sebab you tak layak untuk dia dasar perempuan kampung!".Tinggi suara Qaira hingga didengari beberapa orang yang berada di situ.
Naura menahan sebak ,hampir menitis airmatanya apabila mendengar kata-kata tajam dari mulut Qaira yang menusuk dalam hatinya.
"qaira!"faiq yang baru sampai terkejut melihat Naura rupanya yang bersama dengan Qaira.Naura juga terkejut melihat Faiq,hatinya berasa lega dengan kehadiran Faiq.
"apa awak buat ni,kenapa awak marah dia".Faiq memarahi Qaira yang meniggikan suara ke arah Naura.Walaupun dia sudah tidak ada perasan pada Naura tapi dia sayang Naura tidak lebih dari seorang kawan.
"you kenal dia ke?"kenapa semua orang nak backup perempuan kampung ni ha!!".Qaira meniggikan suara ke arah Faiq.
" jaga sikit mulut tu Qaira,jangan main cakap je,awak tak kenal dia macamana".Faiq menyebelahi Naura.
"ohh jadi you kenal dia lah ya,untuk pengetahuan you perempuan ni perampas tunang orang,dia dah rampas Ariff dari I.
Baru Faiq tahu rupanya Nauralah isteri kepada bekas tunang Qaira.
"dia ke? atau awak yang jadi perampas suami orang" Faiq membalas kasar kerana geram dengan Qaira yang masih tak boleh terima kenyataan.
Naura sedari tadi hanya diam melihat pertengkaran antara Qaira dan Faiq.Akhirnya menitis airmatanya yang ditahan sejak tadi,dia bangun dan terus pergi dari situ,Faiq yang menyedarinya terus mengejar Naura dari belakang meninggalkan Qaira di situ.
"Faiq you nak pergi mana?"Qaira memanggil Faiq tapi tidak dihiraukan olehnya dan terus melangkah laju mengejar Naura.Qaira menghentak kakinya kuat dan terus berlalu dari situ dengan hati yang geram.
Ariff dan Naufal masuk ke dalam lif untuk naik ke pejabat,sepatutnya mereka balik lambat lagi kerana banyak urusan yang harus diselesaikan,tapi Ariff tidak sedap hati memikirkan isterinya dari tadi menyebabkan dia membatalkan semua appointment dan balik ke pejabat semula.
Naura berlari ke arah lif ,tapi Faiq sempat menghalangnya.
"Afiya tunggu sekejap,aku nak minta maaf pasal Qaira".Faiq memanggil Naura.
"takpe Faiq bukan salah kau,aku memang tak layak untuk Ariff".Naura sudah menangis teresak-esak.
"kau jangan cakap macam tu Afiya,Ariff memang ditakdirkan untuk kau ".Faiq kesian melihat Naura menangis tak henti-henti ,lalu dia mengambil sapu tangan dalam poketnya dan mengelap airmata Naura yang sudah jatuh ke pipi.
'ting'bunyi lif terbuka, Ariff menyaksikan adegan romantik antara Faiq dan isterinya dengan hati yang panas membara,dia punyalah risau sampai sanggup cancel semua oppoiment,tapi hatinya jadi sakit bila nampak Naura dengan lelaki lain.
Naufal yang berada di belakang Ariff terkejut melihat Faiq bersama adiknya.
"apa yang korang buat ni".Ariff menegur Naura dan Faiq setelah keluar dari lif.Naufal hanya diam di belakang Ariff.
Naura terkejut melihat Ariff depanya,Faiq pula cepat-cepat melepaskan tanganya yang mengelap pipi Naura dengan menggunakan sapu tangan.
"abang...".Naura memanggil Ariff tapi tidak dijawab olehnya.
Ariff memandang Naura dan Faiq silih berganti dengan pandangan yang tajam dan terus berlalu dari situ dengan hati yang sakit,Sungguh dia sangat cemburu.
Naura ingin mengejar Ariff tetapi ditahan oleh Naufal yang masih ada di situ.
"apa yang terjadi ni adik,Faiq korang kena jelaskan pada abang sekarang".Naufal meminta penjelasan.
Faiq menjelaskan kepada Naufal tentang apa yang berlaku,dan barulah Naufal faham tentang situasi sebenar.
"adik kena jelaskan dekat Ariff perlahan-lahan,abang yakin dia akan faham".Naufal menepuk perlahan bahu adiknya.Naura hanya mengganguk lemah.
"abang biar saya je yang jelaskan pada Ariff apa yang berlaku".Faiq mencelah kerana simpati terhadap sahabat baiknya.
"abang rasa buat masa ni tak perlu lagi,biar semuanya reda dulu abang risau kalau kau muncul perkara akan jadi lebih besar".
"baiklah abang kalau macam tu,saya minta diri dulu".Faiq terus berlalu dari situ.
Naura dan Naufal pun naik ke pejabat.
Sampai di pejabat Naura mengetuk pintu bilik Ariff.
"masuk".Ariff hanya menjawab datar,dia tahu Naura yang mengetuk pintu.
Setelah masuk ke bilik,Naura menghampiri Ariff yang sedang sibuk membuat kerja di dalam laptop,padahal Ariff hanya pura-pura sibuk kerana marahnya masih ada pada Naura.
"abang.. honey boleh jelaskan apa yang jadi".Naura memandang Ariff penuh pengharapan.
"awak tak perlu jelaskan apa-apa pada saya".Ariff tidak memandang Naura dan matanya masih fokus memandang laptop.Panggilanya juga telah bertukar.
"tapi,abang..".belum habis naura bicara Ariff memotong.
"saya rasa awak boleh keluar sekarang".Ariff berkata dengan tegas.Naura terdiam dan melangkah longlai keluar dari bilik Ariff.
Ariff mendonggakkan kepalanya memandang Naura yang melangkah keluar dari biliknya.
'maafkan abang honey'.Desisnya dalam hati.Ariff tidak marah pada Naura tapi setiap kali dia ingat kejadian petang tadi,hatinya makin sakit.
Sampai di rumah Ariff terus merebahkan dirinya atas sofa sambil menyandarkan kepalanya.
"abang nak makan-makan apa-apa ke?kalau nak honey siapkan".Naura ramah bertanya setelah mereka masuk ke dalam rumah.
"takpelah,saya dah kenyang".Ariff bangun dan terus masuk ke bilik.Naura mengeluh perlahan dia tak tahu macamana lagi nak jelaskan pada Ariff .Dari tadi ariff tidak mahu bercakap denganya dalam kereta tadi pun,hanya bunyi radio je yang menemani mereka.
Naura telah bersiap pada pagi itu,tapi Ariff melarangnya dari pergi ke kerja.
Dia cuba lagi memujuk Ariff tapi tak diendahkanya.Selepas Ariff pergi kerja Naura terus masuk bilik dan menangis sepuas-puasnya.
Faiq menuggu Ariff di pejabatnya untuk menjelaskan apa yang berlaku semalam,dia tak tenang selagi dia tak menolong Naura.
Sampai di pejabat Ariff melihat Faiq sedang menuggunya,dia menghampiri Faiq dan memandangnya tajam.
"kau nak apa datang sini".Ariff bertanya kasar.Tanganya terasa ringan hendak memberikan satu tumbukan ke muka Faiq,tapi ditahanya kerana dia ada dalam pejabat kalau di luar mungkin teruk Faiq dikerjakanya.
"aku nak beritahu sesuatu kat kau".
"aku perlu dengar ke?penjelasan kau".Ariff membalas kasar dan ingin berlalu dari situ tapi ditahan oleh Faiq.
"Ariff,tolonglah aku tak tenang selagi aku tak jelaskan pada kau".Bersungguh-sungguh Faiq menyakinkan Ariff
"kau boleh masuk bilik aku sekarang".Ariff terus masuk ke biliknya dan diikuti Faiq di belakangnya.
"apa yang kau cuba nak jelaskan pada aku .Ariff sudah melabuhkan duduk di kerusinya.
Faiq pun menjelaskan segalanya yang berlaku semalam,baru Ariff faham dan rasa bersalah kerana telah menuduh Faiq yang bukan-bukan dan Naura yang terkena tempiasnya hanya disebabkan cemburunya yang tak bertempat.
"Sekarang apa yang kau nak buat".Ariff bertanya kepada Faiq apa rancanganya untuk menghalang Qaira dari menggangunya lagi.
"aku akan cuba halang Qaira daripada hancurkan rumahtangga kau,sebab aku anggap Naura macam keluarga sendiri ,aku harap kau percayakan aku".Faiq cuba menyakinkan Ariff.
Perlahan-lahan Ariff mula mempercayai Faiq,kerana dia rasa Faiq bersungguh-sungguh dengan kata-katanya.
"aku harap kita boleh jadi kawan".Faiq menghulurkan tanganya kepada Ariff dan disambut baik olehnya.
"aku pun sama,aku nak minta maaf sebab dah fikir yang bukan-bukan terhadap kau".Ariff mengungkapkan kata maaf kepada Faiq.
"kau tak salah apa pun,suami mana yang tak cemburu bila tengok isteri dia dengan lelaki lain kan?".
"kau betul,aku memang cemburu gila bila kau dengan isteri aku".Jawapan Ariff membuatkan mereka sama-sama meletuskan tawa.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro