Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🍀BAB 24


Setelah mengemas apa yang patut,mereka pun berangkat dari Itaewon dengan menaiki teksi ke Incheon International Airport untuk pulang ke Malaysia setelah 4 hari 3 malam mereka menghabiskan masa bersama berbulan madu.

Ia adalah kenangan paling indah bagi mereka berdua untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Tiba di Incheon International Airport,Naura dan Ariff terus menaiki kapal terbang kerana penerbangan mereka sudah tiba.Sebelum masuk Naura sempat menghubungi abangnya supaya ambil mereka di KLIA setelah tiba di sana.

Di dalam kapal terbang Ariff hanya diam dan asyik termenung,Naura perasan akan perubahan ariff bertanya.

"abang ok tak?".Naura menepuk perlahan bahu ariff.

Ariff tersedar dari lamunan dan memandang Naura.

"abang ok".Ariff hanya jawab sepatah.

"abang janganlah fikir sangat pasal semalam ya,semuanya akan baik-baik je."Naura memegang tangan Ariff erat untuk menenangkanya.

"Thanks,honey".Ariff membalas pegangan Naura dan tersenyum.

"abang lupa nak bagitahu honey, mama ada telefon kelmarin dia kirim salam rindu kat honey".Ariff mula ceria dia buang segala perasaan risaunya jauh-jauh.

"walaikumalam,bila mama telefon".Naura bertanya.

" masa kita dalam bas,nak balik kelmarin".

"kenapa tak gerak honey boleh cakap dengan mama".

"abang tengok honey tidur lena je siap ternganga macam harimau nak makan orang je.Malaslah abang kejut".Ariff beriak selamba,dia mulal ceria.

Naura mengecilkan matanya memandang Ariff.

"suka hati je kutuk orang macam harimau kan?".Ariff ketawa kecil melihat Naura.

"malaslah layan abang, baik honey tidur lagi bagus".Naura memejamkan matanya rapat,kemudian Ariff menghadiahkan ciuman di pipinya,tapi Naura masih memejamkan mata.Dalam hati ni dah menjerit suka.

Ariff tersenyum melihat muka Naura yang merah macam pakai blusher,nampak comel sangat di matanya. Walaupun mata tertutup dia tahu Naura hanya buat-buat tidur,lalu dia pun menyandarkan kepalanya ke bahu Naura,perlahan bibirnya mengukir senyum dan mereka pun sama-sama lena dibuai mimpi.

Naufal yang baru hendak masuk ke dalam kereta untuk mengambil Naura dan Ariff yang akan tiba di KLIA terhenti,kerana ada panggilan masuk dari uminya.

Naufal terkejut dengan berita yang disampaikan oleh uminya yang mengatakan bahawa mama dan abah Ariff telah meninggal dunia di mekah pagi tadi.Uminya cuba call Ariff tapi tak dapat mungkin kerana mereka berada dalam kapal terbang.

Dia disuruh balik ke kampung selepas mengambil Naura dan Ariff di KLIA ,kerana nak buat majlis tahlil di rumah mereka.

Naufal melangkah masuk ke dalam kereta,tiba-tiba hatinya dipagut sedih. Macamanalah dia nak memberitahu berita sedih ini kepada Ariff.

'kau kena kuat riff aku tahu kau kuat hadapi semua ni".Omelnya sendiri lalu terus dia hidupkan enjin kereta dan keluar dari kawasan parking.

Sampai di KLIA,Naura dan Ariff turun dari kapal terbang,Setelah ambil luggage dan barang mereka,Naura terus mencari kelibat abangnya,dari jauh naura ternampak Naufal sedang duduk termenung di satu sudut ruangan menunggu,lalu mereka pun menghampirinya.

"assalamualaikum".Ariff memberi salam dan menepuk bahu Naufal perlahan.

Naufal tersentak dari lamunan.

"walaikumsalam,ehh! bila korang sampai".

"Baru je,abang ok tak ni".Naura bertanya kerana dia melihat wajah abangnya harini tak seceria selalu 'takkan gaduh dengan kakak kut'.Tebak hatinya risau.

"abang ok je".Naufal cuba mengawal riak,"sebenarnya abang nak bagitahu sesuatu kat korang ni".Dia ing

"apa dia fal".Ariff menanti kata dari Naufal.Naura pun memandang Naufal.

Naufal memandang Ariff sayu kerana dia tahu Ariff terlalu sayangkan mama dan abahnya. Dia sudah kenal Ariff dah lama.Bagi ariff, mama dan abahnya adalah segalanya buatnya,Naufal menghampiri Ariff lalu memeluknya erat.

Ariff hairan dengan Naufal tapi dia membalas juga pelukan Naufal,mungkin sebab mereka sudah lama tidak berjumpa.

"aku nak kau kuat bila kau dengar berita ni".Naufal menepuk belakang Ariff perlahan.

"kenapa ni fal,kau jangnlah buat aku risau".Naufal melepaskan pelukanya.

Naura sedari tadi hanya diam dan hairan dengan perangai abangnya.

Naufal menarik nafas sebelum meneruskan bicara.

"Riff sebenarnya mama dengan abah kau dah meninggal dunia dekat mekah pagi tadi".

Ariff terkejut mendengarnya,menggigil tanganya menahan sebak.

"kau tipu aku kan? fal,kelmarin baru je mama aku telefon aku dengar suara dia sihat je".Nadanya tersekat-sekat untuk berbicara.

"aku tak tipu Riff,umi yang bagitahu aku tadi,dia cuba hubungi kau tapi tak dapat,kau kena banyak istighfar Riff".Naufal cuba menenangkan Ariff.

Ariff terduduk lemah di situ,dia masih berat untuk menerima berita tersebut.

Naura pula sudah menitiskan airmata,dia menghampiri Ariff yang sudah menangis teresak-esak dan memeluknya erat.

"abang sabar ya.Allah lebih sayang mama dengan abah berbanding kita,kita kena kuat".Naura menenagkan Ariff sambil mengusap belakang suaminya perlahan.

Naura menguatkan pelukanya terhadap Ariff,ariff berasa tenang kerana Naura sentiasa ada di sisinya,dan dia menangis sepuas-puasnya dalam pelukan isterinya.Dia langsung tidak hiraukan pandangan sekeliling yang sedang memandang mereka.

Naufal yang berada di situ akhirnya mengalirkan airmata yang ditahan sedari tadi,melihat Ariff dan Naura.

Naufal terus balik ke kampung bersama Naura dan Ariff setelah mengambil isteri dan anak-anaknya di rumah.

Di rumah tadi Medina juga terkejut dengan berita mengenai mama dan abah Ariff, dia memeluk Naura erat untuk memberi kekuatan.

Selesai majlis doa tahlill yang diadakan di rumah puan Naimah,jiran terdekat yang hadir beransur pulang ,hanya tinggal saudara mara sebelah Ariff sahaja.Semua yang hadir mengucap takziah kepada Ariff,ariff hanya mengganguk lemah,pak Razif merupakan ketua kampung di situ juga hadir,dia memeluk Ariff erat dan menasihatinya agar bersabar dengan segala ujian.

Setelah semua saudara maranya balik,Ariff pergi ke rumahnya untuk mengambil beberapa barang miliknya.Setelah melangkah masuk Ariff memandang sekeliling dalam rumahnya sayu hatinya megenangkan mama dan abahnya,setelah ini tiada lagi wajah ceria mamanya yang menyambutnya setiap kali pulang ke kampung,dan gurau senda ayahnya yang selalu buat dia ketawa.

Dia terduduk lemah di atas lantai sukar untuk dia terima pemergian mama dan abahnya.Apa yang buat dia terkilan dia tidak dapat melihat wajah mama dan abahnya buat kali terakhir kerana mereka sudah selamat dikebumikan di Mekah.

Naura kehulu-kehilir di dalam rumah mencari Ariff. Dari tadi dia tak nampak suaminya di dalam rumah setelah selesai doa tahlil.Dia pergi ke bilik juga tiada Ariff di situ,kemudian Naura bertanya abangnya yang sedang menonton tv di ruang tamu.

"abang nampak Ariff tak".Naura bertanya.

"la adik tak tahu ke? Ariff pergi rumah dia nak ambil barang katanya".Naufal bertanya kepada Ariff yang melangkah untuk pergi ke rumahnya,semasa dia menyembang dengan rakanya di luar tadi.

"dia tak cakap dengan adik pun".Naura mula risau.

"adik pergilah tengok dia,risau pulak abang sebab dia pergi dah lama".

"yelah,abang adik pergi dulu ya".Naura meminta izin kepada abangnya.

"yelah,elok-elok".Abangnya sempat berpesan sebelum Naura keluar dari rumah.

Naura melajukan langkahnya ke rumah ibu mertuanya,dia risau Ariff akan membuat sesuatu di luar jangkaan.

Naura masuk ke dalam rumah mencari Ariff tapi tiada, kemudian langkahnya terhenti kerana dia mendengar suara orang mengaji yang indah didengari di dalam bilik arwah ibu dan ayah mertuanya.

Perlahan Naura melangkah masuk ke dalam bilik,dia melihat Ariff sedang khusyuk mengalunkan ayat-ayat Al-Quran,tanpa menyedari kehadiranya di situ.

Naura melangkah mendekati Ariff,Ariff yang menyedarinya meneruskan bacaanya sehingga habis.Menitis airmata Naura mendengar kemerduan suara ariff mengaji ,dia beruntung kerana mendapat suami yang soleh seperti Ariff.Setelah habis mengaji Ariff menoleh memandang naura yang ada di sebelahnya.

"kenapa honey menangis".Ariff mengelap airmata di pipi Naura.

"suara abang sedap sangat".Ariff tersenyum mendengarnya.

"kalau ada masa nanti kita mengaji sama-sama ya".

Naura mengganguk mengiyakan.

Ariff menarik Naura kedalam pelukanya,dia perlu kuat tempuhi segala dugaan dalam hidup,kerana kekuatanya sentiasa ada di sisinya iaitu isterinya dia tak boleh lemah semangat,dia akan sentiasa mendoakan kebahagiaan buat mama dan abahnya di sana.

Naura membalas pelukan Ariff erat,dia tidak mahu Ariff bersedih,dia akan sentiasa berada di sisi suaminya walau apa pun dugaan yang berat menimpa mereka satu hari nanti.

Thanks pada yang sudi baca.
Jangan lupa vote and komen,😊😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro