🍀BAB 23
Naura sayu melihat suaminya terbaring lemah di katil hospital.Setelah selesai operasi Ariff masih tidak sedarkan diri,Naura menunggu suaminya sedar dengan sabar.
Nyarislah Ariff sempat dibawa ke hospital jika tidak nyawanya mungkin dalam bahaya,nasib baiklah tikaman di perut Ariff tidak begitu dalam.Naura tidak memberitahu keluarganya di Malaysia kerana takut diaorang akan risau.Naura pilih hanya untuk berdiam sahaja.
Naura memegang tangan Ariff erat.Dia berharap Ariff cepat sedar kerana dia amat merindui suaminya.
"abang cepat bangun,honey rindu abang sangat".Naura mencium tangan Ariff,airmatanya mula mengalir sehingga terjatuh di tangan suaminya membuatkan dia terus tersedar.
"honey...".Ariff memanggil Naura lemah dan mengusap perlahan kepalanya.
Naura terus mengangkat kepalanya mendengar suara Ariff.
"abang dah sedar".Naura terus memeluk Ariff erat betapa gembiranya dia mendengar suara Ariff memangilnya.
"aduhh!!,janganlah peluk abang kuat sangat boleh terburai tau perut abang ni".Ariff bersuara lemah sambil tersenyum.
"eei! dah sakit pun nak buat lawak lagi kan?".Naura buat muka muncung,Ariff mencuit hidung Naura dan perlahan dia mengukir senyum.
"sorry".Ariff memandang muka Naura yang lemah kerana terlalu risau akan dirinya.
"untuk apa".Naura bertanya.
"sebab buat honey risau kat abang".
"takpe,bukan salah abang pun,abang dah sedar pun honey cukup gembira".Naura menangis kegembiraan ,lalu lembut tangan Ariff mengelap airmata di pipi isterinya.
"jangan menangis lagi ya,hati abang sakit sangat bila tengok honey menangis".
"tak ,honey janji tak menangis dah".Naura memegang tangan Ariff di pipinya.
Setelah makan dan makan ubat Ariff tidur semula kerana kesan dari ubat. Ariff dijangka boleh keluar dari wad besok.
Naura yang berada di tepi Ariff sudah tersenguk-senguk tidur akhirnya dia lena berbantalkan lengan Ariff.
Naura terjaga bila dia mendengar Ariff memangil mamanya,"ma..mama........"
Naura menepuk perlahan lengan Ariff dan dia pun tidur semula.'kesian ami mesti dia rindu sangat dengan mama'.Desis hatinya.Naura mengusap kepala Ariff perlahan dan mencium dahinya,kemudian Naura sambung tidur semula.
Naura mengemas barang Ariff untuk dibawa balik kerana hari ini Ariff sudah boleh keluar dari hospital,Ariff pula ke bilik air untuk menyalin baju.
Setelah selesai berkemas Naura membawa Ariff balik ke guesthouse,Naura mengajak Ariff untuk balik ke Malaysia hari ini kerana keadaan Ariff yang tak berapa sihat ,tapi Ariff tetap nak habiskan masa percutian mereka yang berbaki lagi sehari.
Mereka bersiap untuk pergi ke satu tempat,puas naura memujuk Ariff supaya rehat di guesthouse sahaja, kerana esok mereka nak berangkat balik ke Malaysia. Tapi Ariff tetap dengan keputusanya untuk membawa Naura jalan-jalan untuk menghabiskan masa.
"kita nak pergi mana ni abang".Naura bertanya setelah masuk ke dalam teksi.
"Olympic Park".Ariff menjawab
Naura hanya mengangguk mengiyakan.
"aktivit lasak yang abang idamkan tak dibenarkan ya".Naura tunjuk tanda tidak kepada Ariff.
Sebenarnya Ariff merancang nak pergi ke Cheongpung Land untuk aktiviti bungge jumping , kerana keadaan tidak mengizinkan dan mem besar dia pun beri amaran terpaksalah dia batalkan.
"ya puan Naura saya menurut perintah".Ariff membuat tabik dan menundukkan kepalanya.Naura tersenyum melihatnya.
Sampai di Olympic Park Ariff dan Naura jalan berpengangan tangan,sambil melihat pemandangan sekeliling.
Olympic Park adalah salah satu tempat yang menjadi tarikan pelancong kerana kawasanya yang luas dan terdapat pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini.
Ariff membawa Naura ke tempat menyewa basikal untuk dibawa.
"honey jom kita naik basikal nak".Ariff mengajak Naura menyewa basikal yang ada di situ.
"abang kan tak sihat lagi,perut abang pun sakit lagi kan?,kita jalan-jalan je ehh".
"ala,honey bawaklah, abang teringinlah nak naik, tengok tu couple tu naik sweet kan?".Ariff tunjuk kearah perempuan yang memeluk boyfreindnya nya yang sedang mengayuh basikal.
"tak naklah bawa abang dahlah berat nanti tak berjalan basikal tu".Naura sengaja mengusik Ariff.
"takpelah kalau honey tak nak".Ariff buat muka kesian dan ingin berlalu dari situ.Naura tersenyum melihat gelagat suaminya manja bukan main.
"takpelah kalau abang tak nak honey naik seorang je lah macam tu".
Ariff yang baru hendak melangkah pergi berpusing semula memandang Naura yang sudah naik ke atas basikal,Lalu dia menghampiri Naura dan terus duduk di belakangnya dan memeluk erat pinggang Naura.
"dah,jom".Suara Ariff begitu semangat di belakang Naura.
"bukan abang taknak naik ke? tadi".
"tu tadi,ni sekarang".Ariff menjawab selamba.
Cukup satu taman Naura mengayuh dia pun berhenti kerana penat,Ariff ingin menggantikanya tapi dia melarang kerana keadaan Ariff,tapi dia degil tetap juga ingin mengayuh basikal walaupun ditegah.
Mereka berjalan mengelilingi taman, kali ini Ariff mengayuh basikal dan Naura di belakangnya memeluk pinggang Ariff erat,dan kepalanya disandarkan di belakang Ariff sweet sangattt..
Setelah penat mengayuh Ariff berhenti di sebuah kawasan yang ada tasik di depanya.
Terdapat beberapa pasangan yang sedang lepak di situ sambil menyaksikan matahari terbenam.
Ariff mengajak Naura untuk berehat seketika sambil menikmati pemandangan yang cantik di situ.
Mereka hanya diam dan melihat matahari yang hampir terbenam lalu Ariff dengan selambanya landing di atas riba Naura dan dijadikan bantal.
"oh mak kau terkejut!,ish abang ni...".Naura memukul lengan Ariff lembut.Dia ingat apalah tadi yang jatuh atas riba.Ariff hanya gelak kecil.
"itupun terkejut apalah".Ariff mengambil tangan kanan Naura dan memeluknya erat.
Naura menggeleng kepala melihat suaminya fyang tiba-tiba berubah menjadi manja mengalahkan budak kecil.
Mereka kekal posisi begitu selama beberapa minit.Naura memandang Ariff yang sudah lena di atas ribanya,dia meneliti setiap inci wajah Ariff."tidur pun nampak handsome".Omelnya sendiri sambil tersenyum.
"abang tahu abang handsome tak payah nak puji lebih sangatlah".Ariff bersuara dia mendengar omelan Naura sedari tadi,dia membuka matanya sedikit dan melihat Naura sedang meneliti wajahnya sambil tersenyum.
"mana ada honey cakap abang handsome".Naura menafikan padahal muka dah tebal menahan malu.
"eleh tak mengaku".Ariff mencuit hidung Naura.
"dahlah abang,jomlah kita balik dah nak senja ni".Naura tukar topik.
"yelah".Ariff bangun dari riba Naura dan mereka pun terus pergi dari situ.
Malam itu,Ariff dan Naura tidur awal kerana esok mereka nak pulang ke Malaysia.Sedang lena dibuai mimpi naura terjaga kerana terdengar Ariff menjerit memanggil mama dan abahnya.
"mama..abah.. jangan tinggalkan Riff"Ariff meronta-ronta di atas katil memangil mama dan abahnya.
"abang..abang..".Naura memanggil Ariff dan menepuk pipinya perlahan,Ariff pun tersedar dan terus bangun dari pembaringan nafasnya juga turun naik.
"abang.. kenapa? ni".Naura mengosok belakang Ariff perlahan.
Ariff memandang Naura dan terus memeluknya erat tanpa bicara.Naura balas pelukan Ariff.
"abang ok".Naura bertanya.Dia masih dalam pelukan Ariff.
"abang mimpi mama dengan abah meninggal dunia".Ariff sudah menitiskan airmatanya.
Naura melepaskan pelukanya dan memegang kedua belah pipi Ariff.
"abang jangan risau ya,mimpi tu kan mainan tidur".Naura cuba membuang kerisauan di hati Ariff dan mengelap airmata yang jatuh di pipi suaminya.Walaupun hatinya juga risau tapi dibuangnya perasaan itu jauh-jauh.
Ariff sedikit tenang bila Naura sentiasa ada di sisinya.
"thanks,honey".Ariff menarik nafas lega mendengar kata-kata dari isterinya
"welcome".Naura tersenyum.
"Kita tidur ya,besok kita kena bertolak awal".
Ariff mengganguk mengiyakan,terus dia merebahkan badanya semula di atas katil,Naura menyelimuti badan Ariff sebelum dia baring semula dan memejamkan matanya.Setelah itu mereka berdua pun lena dibuai mimpi.
Thanks pada yang sudi baca.
Jangan lupa vote and komen,😊😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro