🍀BAB 22
Syafiq sedang meneliti gambar Ariff yang sedang tersenyum bersama Naura yg dilekatkan di dinding dalam biliknya.Syafiq terlalu berdendam dengan Ariff baginya derita yang dia tanggung selama ini semunya berpunca dari Ariff,tanpa dia mengetahui perkara yang sebenarnya.
"sekarang kau gembiralah sepuasnya Ariff Hakim,lepas ni kau akan menderita selamanya".Omelnya sendiri dengan ketawa yang kuat.
Setelah sarapan Ariff dan Naura bergerak ke stesen bus Gapyeong dengan menaiki teksi untuk pergi ke Nami Island nak ambil feel winter sonatalah katakan.
Sampai di bus station Gapyeong,Ariff membeli tiket untuk ke port dan menaiki feri terus ke Nami Island.
Setelah beberapa minit menuggu,bas pun sampai Ariff danNnaura terus menaiki bus tersebut.
Di dalam bus Ariff dan Naura bersembang untuk menghabiskan masa yang ada.Kerana dari gapyeong memakan masa selama 1 jam setengah untuk sampai ke jeti menaiki feri ke Nami Island.
"abang,abang..".Naura memanggil Ariff yang sedang leka bermain handphone.
"ya honey".Ariff terus menutup handponenya dan memandang isterinya.
"abang tahu tak?bila hari paling bahagia buat honey".Naura memberi soalan kepada Ariff.
"bila?".
"bila honey kahwin dengan abang lah".Naura memeluk lengan Ariff manja.
Ariff tersenyum melihat telatah isterinya."ohh nak buat pickup linelah ni".Kata Ariff kepada Naura.
Naura senyum-senyum kucing melihat Ariff.
Nama pun Naura Afiya kalau tak tertidur tak sah.Ariff tersenyum melihat isteriny tidur lena dalam keadaan tersenguk-senguk.
Perlahan-lahan Ariff menarik tubuh kecil itu ke dalam pelukanya dan memeluknya erat, sempat dia melihat wajah polos isterinya yang masih lena tidur walaupun tubuhnya digerakkan sedikit,hanya tuhan yang tahu betapa bahagianya setiap detik dia bersama dengan Naura.Takkan sekali dia sia-siakan detik itu untuk bersama isterinya.
Ariff mencium dahi Naurasebelum dia melelapkan matanya,dia berharap hubungan mereka akan kekal hingga akhir hayat.Mereka pun lena dibuai mimpi hingga sampai ke destinasi.
Sampai saje di jeti,Ariff terus membeli tiket untuk menaiki feri ke Nami Island yang hanya 9 minit dari jeti.
Sampai di Nami Island Ariff membawa Naura ke tempat penggambaran winter sonata dan jalan sambil berpengangan tangan macam scene dalam winter sonata tu.
Walaupun Naura dah belajar di korea selama lima tahun dia pernah pergi ke Nami Island sekali je itupun lepas tamat sem,sebab sibuk dengan belajar.
Kemudian Ariff membawa Naura ke satu kerusi yang terdekat di situ ,di kerusi itu terdapat dua patung kecil orang salji dimana tempat itu antara satu scene yang ada dalam drama winter sonata.
Sebenarnya Ariff dah kaji semuanya sebelum datang ke sini ,nak kata dia minat drama korea memang taklah,dia buat semua ni hanya untuk isterinya yang tercinta.
"Honey sini sayang".Ariff memanggil Naura dan menepuk tempat di sebelahnya.
"Comel kan orang salji ni abang, sweet couple".Naura melihat dua patung salji yang didekatkan seperti gaya orang bercium.
"Aah sweet macam kita kan?".Ariff tersenyum memandang Naura.Lalu dia memusingkan tubuh Naura menghadapnya,dan memegang erat tanganya.Naura membalas pegangan Ariff.
"Abang nak honey tahu yang abang sayang honey sangat-sangat".Ariff meluahkan isi hatinya.
"honey pun sama,dalam hati honey ni cuma ada abang jer".Naura meletakkan tangan Ariff di dadanya supaya Ariff rasa,betapa berdebarnya jantungnya saat ini.Ariff tersenyum mendengar kata-kata Naura.Tiba-tiba akalnya datang untuk mengusik isterinya.
Mereka berpandangan seketika tanpa bicara,perlahan-lahan Ariff ingin mendekatkan bibirnya ke bibir Naura tapi naura tersedar dan terus menutup mulut Ariff.Hampir je dia tenggelam tadi nyaris sempat tersedar.
"Abang.....malulah depan orang".Naura menekup mulutnya.Ariff mengekek ketawa melihat muka Naura yang merah menahan malu,lagi comel dia tengok isterinya begitu.
Ada beberapa orang warga asing yang lalu di situ sudah tersenyum-senyum melihat mereka.
"comelnya isteri abang ni".Ariff mencubit kedua belah pipi Naura.
"ami ni mengadalah".Naura memukul lembut lengan Ariff.
Ariff memeluk bahu Naura erat.Naura pula menyandarkan kepalanya di dada Ariff dan memeluk erat pinggangnya.Dia merasa tenang apabila berada dalam pelukan suaminya,terasa bahagia sangat.
Dari kejauhan seorang lelaki sedang memerhati kemesraan mereka.
"bahagialah selagi boleh,lepasni aku akan buat hidup kau hancur barulah aku puas".Omelnya sendiri bibirnya mengukir senyuman sinis dan terus melangkah berlalu dari situ.Syafiq mengikut Ariff hingga ke sini,hanya ingin memerhatikanya,dan dia juga ada merancang sesuatu untuk mengenakan Ariff.
Setelah penat berjalan semua kawasan yang ada di Nami Island.Mereka bergerak untuk pergi ke Petite France yang hanya 30 minit dari Nami Island.
Petite France merupakan Little France yang diilhamkan oleh seorang peniaga yang kerap melancong ke Perancis. Kerana jatuh cinta dengan keunikan dan keindahan negara Perancis, maka beliau mendapat idea untuk membina Little France di Seoul.
Sampai di Petite France,Ariff menuju ke kaunter membeli tiket untuk melawat ke dalam.
Masuk saja ke dalam Naura terpesona dengan kecantikanya sampai tak tersedar mulutnya ternganga sebab terlampau excited kerana dia tidak pernah pergi ke sini semasa belajar dulu.
Ariff tersenyum melihat Naura ternganga melihat sekeliling.
"honey tutuplah mulut tu,nanti masuk lalat".Ariff menegur Naura.
Naura terdengar dan terus menutup mulutnya dan tersengih.
"oops sorry cantik sangat tempat ni,sebab dulu honey tak nak sempat pergi."
"tu sebab ami bawak honey kat sini",Ariff mencuit hidung Naura,membuatkan dia tersenyum riang.
Banyak tempat yang menarik di situ,banyak gambar yang mereka ambil,kerana di situ sesuai untuk bergambar untuk buat kenang-kenangan.
Kemudian mereka pergi ke satu tempat yang terdapat menara Eiffel tower yang kecil yang didirikan di situ.
Ariff meminta seorang pelancong wanita yang sedang berada di situ untuk mengambil gambar kenangan mereka berdua.Ariff dengan selambanya memeluk Naura dari tepi dan mencium pipinya,Naura terkejut dengan tindakan Ariff. mukanya juga sudah merah menahan malu,pelancong yang mengambil gambar tadi tersenyum melihat kemesraaan mereka.
"ok good".Pelancong wanita yang mengambil gambar mereka menujukkan tanda bagus,membuatkan Ariff tersenyum memandangnya.
"thank you".Ariff mengucapkan terima kasih kepada pelancong tersebut.
"welcome".Kata pelancong itu dan terus berlalu dari situ.
"abang ni".Naura mengecilkan matanya memandang Ariff,nyaris tak jatuh jantungnya menahan debar dengan aksi romantik Ariff yang terlebih tadi.
"honey suka kan?".Ariff mengjongketkan keningnya beberapa kali memandang Naura,lalu menarik tanganya untuk pergi ke tempat yang lain.
Naura menggelengkan kepalanya dengan telatah suaminya.
Setelah habis semua tempat dilawati.Mereka pun melangkah pergi ke jeti untuk balik semula ke tempat mula-mula mereka berhenti tadi.
Di dalam bus,Naura lena dibuai mimpi kerana terlalu letih.Ariff memandang naura yang lena di sebelahnya,lalu dia mengambil baju sejuk yang ada di dalam begnya untuk menutup separuh badan Naura kerana cuaca bertambah sejuk.
Ariff tidak boleh melelapkan matanya,tiba-tiba handphoneya berbunyi tetera nama mamanya,bibirnya mengukir senyum lalu terus dia mengangkat panggilan tersebut.
Ariff:assalamualaikum ma.
puan Arfah:walaikumsalam anak mama,Riff dengan Naura apa khabar?.
Ariff:Riff dengan Naura sihat je ma,Riff ingat baru nak call mama.
puan Arfah:takpe,lagipun Riff kan tengah honeymoon masa tulah nak rapatkan lagi hubungan kamu berdua.
Ariff memberitahu mamanya yang dia nak bawa naura berbulan madu sebelum mamanya berangkat ke tanah suci.
Ariff:mama ngan abah kat sana macamana.
Puan Arfah:Alhamdulillah ariff kitaorang kat sini ok je seronok sangat rasa tak nak balik malaysia dah.(Mamanya bergurau).
Ariff:mama dah taknak jumpa anak mama dah ke.(Ariff buat suara kesian.
Puan Arfah sudah gelak di hujung talian.)
Puan Arfah:mama gurau jelah mestilah mama nak jumpa Riff.Mama rindu sangat nak jumpa anak dengan menantu mama.Suara mamanya sayu di talian.
Puan Arfah:ma..Riff pun rindu sangat dengan mama dan abah,mama cepat balik k,kalau mama dah balik nanti call Riff .
Puan Arfah:yelah,kirim salam rindu mama kat Naura ya.
Ariff:yelah ma,kirim salam kat abah juga,mama dengan abah jaga kesihatan ya kat sana.Ariff sayang mama.
Puan Arfah:yelah nanti mama sampaikan,mama pun sayang Riff sangat,(mamanya menahan tangis)assalamualaikum.
Ariff:walaikumsalam.Ariff meletakkan panggilan ,dia merasa tidak sedap hati tapi dibuangnya perasaan itu jauh,dia tidak mahu berfikir yang bukan-bukan.
Setelah sampai di stesen bas,mereka ambil teksi untuk balik ke guesthouse.Teksi yang mereka naiki rosak di pertengahan jalan,jadi mereka terpaksalah berjalan kaki untuk balik ke guesthouse nasib baiklah tak jauh dari situ.Dalam perjalanan balik Ariff perasan ada orang yang sedang mengikuti mereka dari belakang.
Ariff merasa gerak langkah orang itu semakin laju mengikuti mereka, Naura yang juga perasan.Terus dia memeluk lengan Ariff erat kerana takut.
"abang..honey takutlah".Naura berbisik pada Ariff.
"honey ikut je abang,jangan pandang belakang".Ariff memberi arahan.Mereka lajukan langkah tetapi tetap juga diikuti.
Ariff berhenti dan pusing menghadap lelaki itu,Naura sudah memeluk pinggang Ariff erat di belakangnya.
Lelaki itu juga berhenti melangkah apabilah Ariff menoleh ke belakang.
"siapa kau!,apa kau nak".Ariff bertanya kepada lelaki tersebut.
"aku nak bunuh kau!!".Jerit lelaki itu,lalu dia mengeluarkan pisau dari poketnya hendak menikam Ariff tapi sempat dielak olehnya,dan dia menendang lelaki tersebut hingga tersungkur ke jalan,pisaunya juga terjatuh.
"honey pergi balik dulu,tinggalakan abang kat sini".Ariff menyuruh Naura pergi dulu.
"taknak!honey takkan tinggalkan abang".Naura masih memeluk pinggang Arif erat.
"honey tolong dengar cakap abang".Ariff bersuara tegas.
Naura terus lari dari situ,dia pergi meminta bantuan dia tidak mahu suaminya tercedera.
Lelaki itu mengagahkan dirinya untuk bangun setelah ditendang Ariff.dia memegang perutnya sambil tersenyum sinis ke arah Ariff.
"kuat je ya kau tendang".Kata lelaki itu sinis.
"kau nak apa?sebenarnya".Ariff bertanya.
"kau tak jelas ke apa yang aku cakap tadi,aku nak bunuh kau lah pembunuh!"Lelaki itu menjerit lalu dia mengambil pisaunya terjatuh tadi menghampiri Ariff.
Mereka bergelut seketika,kemudian lelaki itu terus menikam Ariff di perut tanpa sempat dia elak.Ariff jatuh tersungkur dengan berlumuran darah.Lelaki tadi terus melarikan diri.Naura kembali dengan dua orang anggota polis Korea.Dia terkejut melihat Ariff sudah terbaring dengan berlumuran darah.
Seorang dari anggota polis tadi cuba mengejar lelaki tersebut tapi tak dapat.
Naura terus menghampiri Ariff,dan memangku kepala Ariff.
"abang...abang..."Naura memangil Ariff sambil menepuk perlahan pipinya ,airmatanya sudah mengalir deras di pipi melihat keadaan suaminya yang sangat lemah.
Ariff membuka sedikit matanya dan melihat isterinya sedang menangis melihatnya,lalu perlahan tanganya mengelap airmata di pipinya perlahan sebelum dia pengsan tidak sedarkan diri.
Beberapa minit kemudian ambulance pun sampai dan ariff dikejarkan ke hospital yang berdekatan.
Naura pula ke balai polis seoul untuk membuat report.
Thanks pada yang sudi baca.
Jangan lupa vote and komen,😊😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro