🍀BAB 18
Faiq menatap handphonenya lama,tertera nombor Naura di skrin telephonenya, sejak dari hari dia luahkan perasaanya pada Naura. Dia langsung tidak menghubungi atau bertanya khabar kepada Naura. Naura telah pun selamat melangsungkan pernikahanya, jadi dia pun kena move on.
'dia dah jadi isteri orang Faiq kau kena lupakan dia'. Desis hatinya.
Faiq keluar dari cafe untuk menuju ke kereta, semasa dia hendak pergi ke keretanya yang terletak di satu lorong dia terdengar jeritan seorang wanita yang meminta tolong, dia pun pergi untuk menolong wanita tersebut,sampai je di lorong belakang, dia ternampak seorang lelaki sedang memegang erat lengan wanita itu yang meronta-ronta ronta minta dilepaskan.
"woi!! kau lepaskan perempuan tu!!!". Faiq menjerit ke arah lelaki itu,kemudian dia memandang wanita tersebut, pakaian wanita itu membuatkan dia terjebak dengan perkara sebegini .
skirt yang tak cukup kain dan baju yang mendedahkan separuh auratnya membuatkan nafsu semua lelaki meronta-ronta akibat melihat penampilanya. Dia pun hampir tergoda tapi disabarkan hatinya kerana dia masih ada iman dan maruah sebagai seorang lelaki yang harus dijaga.
lelaki tersebut memandang Faiq tajam sambil menguatkan lagi gengaman tangan pada wanita tersebut, air mata wanita itu hampir jatuh kerana sakit akibat gengaman yang terlalu kuat.
"kau siapa ha!, perempuan ni aku punya,dia milik aku seorang".Lelaki itu bercakap seperti orang tak ada akal sambil ketawa dengan kuat.
Faiq menghampiri lelaki itu dan menendang perutnya kuat dan dia pun jatuh tersungkur, gengamanya terhadap wanita tadi juga terlepas,wanita tadi terus berlari ke arah Faiq dan sembunyi di belakangnya.
"mari sini sayang". Lelaki tadi memanggil wanita itu dan menghampiri mereka. Wanita tadi memegang erat lengan faiq kerana takut, Faiq hanya membiarkanya.
"kalau kau dekat lagi aku call polis". Faiq mengeluarkan handphonenya dan lelaki tadi menghentikan langkahnya.Seketika kemudian terdengar siren polis yang menuju ke arah mereka. Kawasan itu selalu berlaku kejadian yang tidak diigini jadi polis ketatkan lagi kawalan keselamatan di situ.
"ok kali ini kau terlepas, lain kali aku jumpa kau lagi ya sayang".Lelaki tadi sempat berpesan kepada wanita tadi dan terus berlari supaya tidak tertangkap.
Faiq ingin mengejar lelaki itu tapi dihalang oleh wanita tadi. "Jangan tinggalkan saya sorang-sorang dekat sini,saya takut". Faiq terus menghentikan langkahnya.
Seketika kemudian seorang pengawai polis menuju ke arah mereka.
"ada apa-apa yang jadi ke?". Pengawai polis tadi bertanya kerana melihat wajah pucat wanita tersebut.
"ada perompak tuan dia dah lari ke depan". Faiq menunujuk arah lelaki tadi.
Polis tadi mengarahkan beberapa orangnya untuk mengejar lelaki tadi.
"Kamu berdua ok ke?". Polis tersebut bertanya kepada Faiq dan wanita itu.
"kami okey tuan".Faiq menjawab.
"Kamu berdua pergi ke balai polis terdekat buat report".
"baiklah ,terima kasih tuan". Faiq menjawab.
"sama-sama".Polis itu terus berlalu dari situ.
Setelah selesai pergi ke balai polis untuk membuat report Faiq menghantar wanita tadi ke rumahnya, dengan keadaan yang begitu bahaya untuknya membawa kereta sampai ke rumah.
"terima kasih,sebab you dah tolong I tadi".Wanita itu berbicara setelah lama mendiamkan diri kerana masih trauma dengan peristiwa tadi. Mereka keluar dari kereta kerana risau akan pandangan jiran terdekat.
"sama-sama. Kereta awak saya dah minta tolong orang hantarkan ke rumah awak, mungkin sikit lagi diaorang sampailah, saya tunggu sampai mereka datang baru saya balik".
Wanita tadi hanya mengganguk mengiyakan. "Nama I Qaira Melissa panggil Qaira je,you?".Wanita itu memperkenalkan dirinya.
Saya Faiq Arshad panggil Faiq jer. Faiq senyum tipis.
"Faiq boleh tak I nak minta something kat you". Qaira bertanya.
"apa dia". Faiq tertanya-tanya apa yang nak disampaikan oleh Qaira.
"Boleh tak kalau you jadi bodyguard I".
"ha!, bodyguard awak ingat saya takde kerja ke? nak ikut awak 24 jam". Terkejut Faiq mendengarnya,mana tidaknya diaorang baru je kenal tak sampai satu hari.
"I takut Faiq kalau lelaki tu ikut I lagi, I rasa you je yang boleh lindung I. I sanggup bayar berapa je".Qaira hampir menitiskan airmata apabila mengingati kejadian tadi.
Kesian juga Faiq melihatnya, dia befikir sejenak. Perniagaan yang dia sedang jalankan dia boleh serahkan kepada sepupunya Razif, sementara dia menjadi bodyguard Qaira.
"Oklah saya setuju tapi ada satu syarat".Faiq ingin meletakkan syarat.
Muka Qaira ceria mendengarnya."thanks Faiq,apa dia syaratnya".Dia tak tahu kenapa? baru je kenal Faiq tak sampai sehari,dia rasa selesa bila berada dengan lelaki itu.
"saya nak awak pakai sopan sikit lepas ni takde lagi skirt pendek dan baju terdedah awak tu letak tepi, kalau awak nak saya jadi bodyguard awaklah".
"tapi ni style I, I suka pakai macam ni". Qaira teragak-agak dengan syarat yang diletak Faiq.
"sebab awak pakai macam nilah,kejadian tadi berlaku tau".
"ok I cuba". Qaira bersuara lemah tak pasal-pasal dia kena ubah penampilan,tapi dia tak nak kejadian tadi berlaku lagi jadi dia ikutkan saja syarat Faiq.
"ok good".Bila saya boleh mula kerja,cik Qaira.
"sekarang pun boleh". Mereka memandang antara satu sama lain dan tersenyum.
Ariff dan Naura sudah berada di KL kerana menghantar mama dan abah Ariff di KLIA menaiki pernerbangan dari KL ke Madinah. Umi dan abi Ariff juga ikut mereka balik ke KL kerana ingin berjumpa dengan besan mereka sebelum berangkat ke tanah suci, Mekah.
Ariff menyalami mamanya dan memeluk erat sebelum mencium kedua belah pipi mamanya. Kemudian dia menyalami dan memeluk erat abahnya lama, dia terasa macam berat sahaja ingin melepaskan mama dan ayahnya pergi, tapi di buangnya perasaan itu jauh-jauh.
Naura pun mencium tangan dan memeluk erat mamanya.
"Naura mama nak Naura jaga anak nakal mama ni elok-elok ya".Ariff yang berada di sebelah Naura tersenyum, mamanya memegang tangan menantunya erat.
"ya mama, Naura akan jaga dia elok-elok". Naura memandang Ariff, dia hanya menjongketkan keningnya memandang Naura".
Puan Arafah memeluk erat rakan baiknya, puan Naimah membalas dengan menggosok perlahan belakang puan Arafah.
"Imah, Pah gembira tengok Ariff bahagia".Mama ariff memandang Ariff yang sedang tersenyum bahagia bila bersama dengan Naura.
"Imah pun gembira tengok diaorang bahagia".Puan Naimah membalas.
"Imah kalau pah tak sempat balik ke sini pah nak Imah teruskan juga persandigan diaorang ye".Puan Arfah memegang erat tangan puan naimah.
"apa Pah cakap ni, Pah balik je nanti kita siapkan urusan persandingan diaorang sama-sama ya". Puan Naimah membalas pengangan puan Arfah sambil tersenyum.Kata-kata sahabat baiknya itu membuatkan dia mula rasa tidak sedap hati.
Setelah mereka bersalaman, En Ariffin dan puan Arfah melangkah pergi untuk masuk ke dalam kapal terbang, kerana sudah tiba masanya penerbangan mereka untuk bertolak.
Setelah balik dari surau,Ariff terus minta izin umi dan abi yang berada di ruang tamu untuk masuk ke bilik,dia duduk di balkoni dalam bilik yang menghadap menara KLCC,dia tak tahu apa yang dia rasakan saat ini, hatinya rasa sayu dan terasa rindu pada mama dan abahnya semakin dalam, pertemuanya dengan mereka terasa sekejap sangat.
"pakcik rindu kat siapa".Naura menegur Ariff yang sedang termenung memandang bulan.Ariff tersenyum melihat Naura yang menghampirinya.
"Entahlah tiba-tiba aku rasa rindu sangat dekat mama dengan abah".Naura sudah melabuhkan duduk di sebelah Ariff,
lalu dia memegang tangan Ariff erat.
"kita sama-sama doakan mama dengan abah supaya selamat pergi dan balik k,pakcik janganlah risau".Naura cuba menenangkan Ariff.
"thanks".Ariff tersenyum dan membalas penganggan tangan Naura erat.
"welcome".Naura memandang Ariff lama, perlahan-lahan dia meletakkan kepalanya di bahu Ariff dan memeluk lengan suaminya erat.
Dia dapat merasakan bahawa dia semakin bahagia sejak berkahwin dengan Ariff, walaupun kadang-kadang Ariff suka mengusiknya itulah membuatkan hidupnya bertambah ceria.
Ariff tersenyum melihat Naura yang sudah bersandar di bahunya, lalu perlahan dia mengusap tangan isterinya, Dia juga sangat bahagia setelah berkahwin dengan Naura,Ariff yakin bahawa Naura adalah wanita yang tercipta buatnya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro