🍀BAB 17
Setelah selesai mandi,Naura turun ke bawah untuk mencari makan, baru je makan pukul 8 tadi perutnya berbunyi minta diisi,apalagi cari lah apa yang ada dekat dapur untuk memenuhi kehendak perutnya.
Selepas dia keluar dari bilik air tadi,dia nampak Ariff lena punya tidur mungkin letih lepas kenduri tadi,dia tidak mahu menggangunya dan terus keluar dari bilik.
Sebenarnya dia segan nak tidur sebelah Ariff,walaupun mereka sudah sah bergelar suami isteri. mana tidaknya selama ni dia tidur dalam bilik seorang je,dahlah Naura ni tidur macam-macam gaya satu katil tu penuh ruang katil dia guna, sekejap melintang,sekejap terbalik macam-macam pose.
Sekarang ni tidur berdua mana tak kekok dibuatnya,kalau nak tidur kat sofa karang tak pasal-pasal uminya mengejarnya dengan penyapu.Dalam biliknya cuma ada katil je,kalau nak tidur bawah karang sakit pinggang.
Setelah turun ke bawah Naura melihat sekeliling"senyap je semua dah tidur la tu".Omelnya sendiri.Dia melihat jam di dinding dapur menujukkan pukul 11 malam.
"Patutlah dah pukul 11 rupanya".Omelnya lagi.Semua orang sedang lena diulik mimpi yang Naura ni pulak terjaga mencari makan betul punya lapar.
dia pergi ke meja dan membuka tudung saji, matanya bersinar apabila ada lagi lauk petang tadi berbaki,apalagi dia pun makanlah.Sedang dia enak menjamu selera,tiba-tiba ada suara menegurnya dari belakang.
"selera nampak".Ariff turun ke bawah kerana dia terasa tekaknya kering,dia terjaga dan merasa Naura tiada di sebelahnya tu yang dia turun mencari Naura dan untuk basahkan tekaknya sekali.
"oh mak kau terkejut".Tersedak Naura dibuatnya terkejut punya pasal, Ariff pula cepat-cepat mengambil air dan memberikanya kepada Naura sambil menepuk-nepuk belakangnya perlahan.
"kau ok tak ni".Ariff bertanya kerana dia melihat Naura tersandar di kerusi selepas tersedak dengan kuat tadi.
"saya ok,tak lalulah makan".Naura meletakkan pingganya ditepi.
"dah nak habis baru tak lalu nak makan,kau ni kuat makan kan?".
"dah lapar saya makanlah,kenapa pakcik turun bawah".
"aku dahaga,lepastu aku tengok kau takde kat sebelah,tu yang aku turun bawah kot lah kau pengsan sebab terlebih makan".Sempat ariff memerli Naura.
Kecil besar je naura meliha Ariff a.k.a suaminya, kalau cakap tu ikut sedap mulut dia je pakcik mulut cililah katakan.
"pakcik nak air ke? biar saya ambilkan".Naura mengambil air masak di dalam peti sejuk dan memberikanya pada Ariff.
"terima kasih".Baru dia merasa lega dapatkan basahkan tekaknya.
"sama-sama".Naura membalas.
"pakcik naiklah dulu saya nak kemas ni dulu jap lagi saya naik".Sambungnya lagi.
"tak nak!,aku nak tunggu kau,kita naik sama-sama".
"ikut pakciklah".Naura hanya akur.
selepas siap mencuci pinggan Naura dan Ariff terus naik ke atas untuk masuk ke bilik mereka.
Di dalam bilik,Ariff sudah naik ke atas katil untuk tidur,tapi Naura masih statik berdiri di tepi katil
"kenapa kau berdiri kat situ tidurlah".Ariff menegurnya.
"pakcik kalau pakcik tidur dekat bawah boleh tak,saya tak biasalah tidur dua orang".Selamba Naura menuturkan kata.
"sampai hati kau suruh suami kau tidur bawah".Ariff buat muka kesian.
"bukan macam tu,saya ni tidur lesak sikit kalau saya tertendang pakcik macammana?"Naura masih mencuba nasib mungkin Ariff mengalah.Ariff tergelak mendengar jawapan Naura.
"meh sini aku peluk kau erat-erat takdelah kau tendang aku,macam-macam lah kau ni dahlah tidur".Ariff menepuk tempat tidur di sebelahnya,naura pula masih teragak-agak akhirnya dia rebahkan juga badanya di atas katil sebelah ariff,dalam tak boleh tidur tu lena jugalah dia sampai ke pagi.
Apabila Naura terjaga pagi subuh,dia mengerdipkan matanya beberapa kali cuba mencerna apa yang ada depan matanya hanya warna merah kosong yang dia nampak.
'apasal pandangan aku ni merah jer ni'.Desis hatinya terbeliak matanya apabila melihat mukanya betul-betul melekat di dada Ariff,tanganya pula enak melingkari pinggang suaminya erat.Patutlah lena tak terkata dia malam tadi,Rupanya dia memeluk batal peluk bergerak iaitu suaminya sendiri.
'Macamana aku boleh terpeluk dia ni aduhh malunya'.Desis hatinya.
Ariff pula memeluknya erat seperti tak mahu lepas,Naura cuba untuk melepaskan pelukan ariff terhadapnya tetapi gagal,setelah beberapa minit ariff mengerakkan badanya,Naura berpura-pura menutup mata semula.
Buka sahaja matanya,Ariff tersenyum melihatwajah polos Naura,isterinya tetap cantik walaupun sedang tidur.
"Comelnya ketot masa tidur,dengan muka comot macam tu".omelnya sendiri,sambil mengelus pipi isterinya lembut,Naura yang berpura-pura tidur merasakan debaran di dadanya saat tangan Ariff lembut mengelus pipinya.
Ariff menguak rambut isterinya ke belakang dan mencium dahinya lama,kemudian dia terus bangun ke bilik air untuk mandi dan menunaikan solat subuh.
Sebenarnya Ariff yang mula mendekati Naura dan memeluknya perlahan-lahan bila dia melihat isterinya sudah lena diulik mimpi.
Naura membuka matanya dan duduk di atas katil dia memegang dahinya dan dia dapat merasakan kehangatan ciuman Ariff di dahinya.
Dia merasakan dengupan jantungnya.'apasal aku rasa bahagia sangat ni'.Desis hati kecilnya.
Setelah selesai solat subuh berjemaah Naura menyalami tangan Ariff,dia pula membalas dengan mengusap kepalanya,lalu dia mencium dahi,pipi kanan dan kiri naura.
Naura terkejut dengan tindakan Ariff yang berubah 360 darjah selepas berkahwin.
'ish pakcik ni janganlah bagi aku cair lagi,dahlah pagi tadi jantung aku nyaris tak gugur ,ni dia buat lagi'desis hatinya,
"setiap hari aku akan buat macam ni lepas kita solat berjemaah no excuse".Ariff tunjuk tanda tidak kepada Naura.
Naura hanya mengangguk mengiyakan dalam hati hanya tuhan saja yang tahu.
Naufal yang sedang memasukkan barang ke dalam kereta hairan melihat Naura yang sedang duduk di pangkin dari tadi tak habis-habis tersenyum macam orang angau,tahulah dah kahwin pasangan bahagialah katakan.Ariff tiada kerana teman ibunya ke pekan membeli barang untuk dibawa ke tanah suci.
Perlahan Naufal menampak ke arah adiknya"rindu kat siapa adik".Naufal menepuk tanganya kuat di depan naura."ARIFF...".Naura menekup mulutnya,melompat dia dari pangkin.Abangnya pula sudah mengekek gelak sambil memegang perutnya.
Naura mengecilkan mata memandang abangnya.
"eleh suami tu baru pergi kejap je dah rindu".Naufal masih dengan sisa tawanya.
Naura menghampiri abangnya dan hadiahkan cubitan ketam di lengan abangnya,itu akibatnya jika selalu usik Naura.
"aduh sakitlah dik".Naufal menggosok lenganya yang kemerahan.
"padan muka!usiklah orang lagi,kalau tak usik adik tak boleh kan?".
"yelah,abang tengok adik dari tadi senyum seorang-seorang dah macam orang angau".
"suka hati adiklah".Naura mencekak pinggang memandang abangnya.
Sedang mereka asyik bergaduh,kereta Ariff pun muncul di laman rumah.
Ariff keluar dari kereta dan melihat Naura dan Naufal sedang bersembang di pangkin terus Ariff menghampiri mereka.
"assalamualaikum".Ariff memberi salam.
"walaikumsalam,ha riff,ni isteri tercinta kau ni rindu gila kat kau,tak boleh berenggang langsung dengan suami dia".Naufal menjawab.
"Oh ye ke".Ariff memandang Naura.
"Abang".......Naura menjeling tajam abangnya.
"Aku masuk dulu la ya,tak nak ganggu pasangan bahagia ni".Abangnya terus masuk ke dalam.
Setelah Naufal masuk ke dalam Ariff duduk di pangkin dia menepuk tempat duduk supaya Naura duduk disebelahnya.
"mana mama,saya tak nampak pun mama keluar kereta tadi".Naura sudah melabuhkan duduk di sebelah Ariff.
"aku hantar mama kat rumah maklong nak menyembang katanya".
"ohh,kenapa pakcik tak tunggu".
"malaslah,aku tak boleh tinggal kau lama-lama nanti rindu".
"rindulah sangat".Dalam diam Naura mengukir senyum.
Ariff merapati Naura dan memeluk bahunya erat.
"kau pun rindu aku kan?".Ariff memandang Naura sambil menjongketkan keningnya.
"mana ada".Muka Naura merah menahan malu.
"eleh tak mengaku".Ariff mencuit hidung Naura.
"so sweetnya uncle dengan achu".Si kembar datang menghampiri mereka.Ariff pula buat muka selamba sambil tersenyum.
"sweet kan?".Dia menguatkan lagi pelukan tanganya di bahu Naura.Naura pula tersenyum malu di sebelah Ariff.
"pakcik depan budak-budak ni,behave lah sikit".Naura ingin melepaskan pelukanya tapi Ariff eratkan lagi sampai tiada angin yang boleh masuk di tengah-tengah mereka.
Naura menggeleng kepala melihat suaminya.'romantik tak bertempat desis hatinya".
"uncle kata nak belanja kita choclate kat kedai depan tu ,petang nanti kita nak balik KL dah kan Aim".
"aah".Aim menangguk mengiyakan.
"oh ya uncle lupa,Jom kita pergi sekarang".Ariff terus mengajak si kembar.
"jom".Si kembar jawab serentak.
"jom kita bawak kembar pergi kedai".Ariff menarik tangan Naura,dan dia pun bangun mengikuti mereka pergi ke kedai.
Harap korang enjoy baca,thanks pada yg sudi baca.
Jangan lupa vote komen tq😊
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro