Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🍀BAB 15

Ariff sudah sampai di Johor kerana dia bertolak awal dari KL.Sedang dalam perjalanan untuk balik ke rumah,dia ternampak seorang lelaki sedang merompak seorang wanita bersama dengan anaknya di tepi jalan, wanita tersebut membawa kereta myvi.

Memang selalu berlaku rompakan kerana jalan di situ sangat sunyi, dan jarang orang lalu.

Ariff memberhentikan keretanya di tepi,jauh sikit daripada tempat kejadian, lalu dia mengambil hadphonenya dan mendail nombor polis untuk keselamatan.

Ariff keluar dari kereta untuk membantu wanita tersebut.

"woi korang buat apa ha!!!".Ariff menjerit ke arah perompak yang sedang mengacu pisau ke leher perempuan tersebut,anaknya pula sudah menangis teresak-esak melihat ibunya diacu pisau.

Ariff menendang tangan perompak tersebut dan dia pun terjatuh dan pisaunya terlepas daripada tanganya,cepat-cepat dia menyuruh dua beranak itu duduk di dalam kereta sehingga polis datang.

Mereka bergelut seketika perompak itu pun boleh tahan kuatnya, dia sempat menendang perut dan muka Ariff tersungkur jugalah di ke tanah.

Tiba-tiba datang lagi seorang dari belakang dan memukul lengan Ariff dengan kayu yang diambil di tepi hutan, mungkin dia pergi menunaikan hajat di dalam hutan kerana dia tiada di situ bila Ariff tiba.

Ariff mengerang kesakitan hampir patah lenganya dipukul perompak itu, lagi sekali perompak tadi ingin menghayunkan kayu ke arah Ariff ,tiba-tiba mereka terdengar siren polis apalagi kelam kabutlah mereka ingin melarikan,tapi sempat ditangkap oleh polis yang sudah mengepung di kiri,kanan,belakang dan hadapan mereka.

Ariff dikejarkan ke hospital berdekatan kerana pengsan setelah dipukul oleh perompak tadi,ibu dan anak tadi juga selamat.

Naura sedang menjahit sapu tangan dengan nama Ariff'pakcik balik nanti boleh aku bagi sapu tangan ni mesti dia suka'.Desisnya dalam hati.

Sedang Naura menjahit,tanganya dicucuk jarum"ouch".Dia menjerit kecil dia mula terasa tak sedap hati.

"Apasal aku rasa lain macam je ni",omelnya sendiri.Lalu,dia mengambil handphonenya.

"rasanya pakcik call aku tadi dah sampai dalam kul 7 lebih sekarang ni dah nak pukul 10,takkan tak sampai lagi".Hatinya mula risau.

Naura mula berfikir yg bukan-bukan dia takut sesuatu terjadi kepada Ariff,tiba-tiba iphonenya berbunyi tertera nama Ariff ,naura menarik nafas lega 'panjang umur'.Desis hatinya terus dia mengangkat panggilan tersebut.

Naura:"Hello assalammualaikum pakcik dah sampai ke?".

Ariff(pihak hospital):"Walaikumsalam ni cik Naura ke?"

Naura:"Ya saya,ni siapa?"

Ariff(pihak hospital):"Maaf cik kami dari Hospital Batu Pahat kami nak memaklumkan bahawa Encik Ariff kemalangan,dan sekarang dia ada dirawat di pusat kecemasan, kami harap cik boleh ke sini untuk melihat keadaan mangsa.

Terjatuh handphone dari tanganya ,menggeletar tubuhnya menahan tangis apabila mendengar berita tersebut'pakcik'...Omelnya perlahan,akhirnya tangisan terhambur jua.

Naura bersiap untuk pergi ke hospital,dia tidak sempat nak beritahu umi dan abinya kerana mereka tiada di rumah menghadiri majlis tahlil jiran terdekat bersama dengan mama dan abah Ariff .

Naura memecut keretanya laju dia sangat takut kalau terjadi apa-apa kepada Ariff,kerana dia mula menyukai lelaki itu.

Sampai je di hospital Naura terus pergi ke kaunter pertanyaan di wad kecemasan untuk bertanya di mana Ariff berada.

"Assalamualaikum cik saya nak tanya ada tak pesakit yang bernama Ariff Hakim,dia baru je dihantar di sini tadi sebab kemalangan".

"Walaikumsalam,oh ya pesakit yang bernama Ariff Hakim ada di ruangan kecemasan katil 20 cik,dia dirawat sementara di sana".

"ok,terima kasih".Bergegas Naura pergi mencari Ariff.Sampai di sana,dia melihat seorang jururawat sedang mengemas katil,lalu Naura menghampiri jururawat tersebut untuk bertanya.

"cik maaf saya nak tanya,pesakit katil ni dah balik ke".Naura bertanya.

"ohh pesakit katil ni baru je meninggal dunia sebentar tadi cik".Jawab jururawat itu sayu.

"ha! apa dia!!".Jawab Naura tersekat-sekat, terus terduduk dia di situ sambil menangis.Hampir gugur jantungnya menerima berita tersebut,jururawat tadi menghampirinya.

"cik,cik ok tak ni".Jururawat tadi bertanya apabila melihat keadaan Naura yang lemah dengar berita mengejut sebentar tadi.

Tiba-tiba ada suara garau menegur Naura dari belakang.

"ketot kau cari aku ke?".Naura terus berpaling dan melihat Ariff elok berdiri di belakang hanya tanganya sahaja yang berbalut dan ada kesan luka sikit di mukanya.

"pakcik......."Naura bangun dan terus memeluk Ariff erat,sehingga dia lupa batas pergaulanya dengan Ariff sebab terlalu risau akan lelaki yang dicintai,sungguh dia merasa sangat lega kerana Ariff ada di depan matanya.

Ariff terdiam apabila Naura memeluknya,dia tidak tahu untuk berkata apa dan hanya membiarkan sahaja tanpa membalas balik pelukan Naura.

Beberapa minit kemudian,Naura melepaskan pelukanya terhadap Ariff dan membelek lengan Ariff,buat seperti tiada apa yang berlaku sebentar tadi.

Ariff hanya tersenyum dengan telatah tunangnya yang sangat comel di matanya.

"kenapa dengan lengan pakcik".Naura bertanya.

"takada sikit je ni jangan risaulah".Ariff menjawab.

Sebenarnya tadi Ariff pergi ke tandas balik saja dari tandas dia ternampak Naura sedang terduduk sambil menangis,terus dia menghampiri Naura.

Katil Ariff sebenarnya sebelah katil orang yang baru meninggal tadi.Ada sikit kekeliruan di situ.

"saya ingat pakcik dah".Naura menujukkan isyarat tangan.

"aku sihat walafiat je ni".

"pakcik tahu tak,nak terjatuh jantung saya ingat pakcik dah takde".

Naura terduduk menangis lagi teresak-esak macam budak kecil sambil memeluk lutut.

Nasib baik di situ tiada pesakit cuma ada jururawat saja dua tiga orang yang sedang mengemas katil ,tersenyum-senyum melihat drama dua pasangan sejoli di depan mereka ni.

Ariff menghampiri Naura yang tak habis dari tadi menangis.Lalu dia tunduk memandang Naura.

"ketot dahlah menangis tu aku ok je ni ,aku tak sukalah tengok kau menangis".Lembut suara Ariff memujuk Naura.

Naura mengangkat wajahnya dan melihat Ariff di hadapanya ,mereka berpandangan seketika.

Dia bersyukur bahawa tiada apa yang buruk berlaku pada Ariff.

Dalam kereta Ariff tak lepas dari memandang Naura,dia memusingkan badanya menghadap Naura sambil sebelah tanganya menopang dagu.

Semasa hendak balik tadi Ariff berkeras nak memandu kereta tetapi dihalang oleh Naura disebabkan tanganya yang berbalut agak bahaya baginya,jadi Naura lah yang memandu.

"kenapa pakcik pandang saya dari tadi" .Tanya Naura tanpa memandang Ariff dan hanya fokus kepada pemanduanya, blushing jugalah dia bila Ariff pandang macam tu cair beb.

"aku suka tengok kau risau sangat dekat aku masa kat hospital tadi,sayang juga kau kat aku kan".Ariff masih memandang Naura sambil tersenyum.

"Yelah saya kenalah risau pakcik kan tunang saya".Naura menjawab tenang tapi dalam hati memang dia dah mula sayang pada Ariff.

"Masa kau terpelukkk.. aku tadi pun best juga aku rasa tenang je,nanti buat lagi tau".Ariff mula mengusik Naura sambil menjongket keningnya memandang Naura.

Naura memandang Ariff tajam.
'eei dia ni memang nak kena'.
Naura mencubit lengan Ariff dengan cubitan berbisanya sehingga Ariff mengerang kesakitan,bergegar dalam kereta tu suara Ariff menjerit.

"auchhh....sakitlah!,kau nak dera aku ke apa?.Ariff menggok lenganya yang merah akibat cubitan dari Naura.

"padanlah muka gatalah lagi,lebih sakit lagi saya buat".Naura bercakap tanpa memandang Ariff dan hanya fokus pada pemanduanya.

Ariff memandang Naura tanpa beriak,dan masih lagi menggosok lenganya.

Terukir senyuman di bibir Naura melihat Ariff hanya melalui ekor matanya.

Sampai je rumah mereka lihat ibu bapa keduanya ada di luar rumah mungkin risau bila Naura tiada di rumah dahlah keluar tak beritahu, mahu tak risau ummi dan abinya.

Mereka hairan melihat Naura keluar dari kereta bersama Ariff ,mereka lagi terkejut apabila melihat Ariff,dengan lengan berbalutnya terus mama ariff menghampirinya.

"Riff kenapa dengan lengan Riff ni ha!" .Mamanya mula risau,sambil membelek lengan Ariff yang dibalut.

"takadapalah ma sikit je ni".Ariff menjawab.

"anak makcik ni nak jadi hero tapi dia yang kena balik".Naura menjawab bagi pihak Ariff.

Naura tahu tentang semuanya kerana dicerita oleh Ariff semasa di dalam kereta tadi.

"apa yg sebenarnya berlaku ni,kitaorang semua risau adik takde tadi,call pun tak jawab".Umi Naura pula bertanya.

"nanti adik cerita kat umi ya".

"Macam ni je lah kita semua balik dulu korang berdua pun dah penat kan?.Encik Ariffin menyuruh mereka semua bersurai.

Besok Naimah dengan Nazim datang ke rumah saya bawak Naura sekali,kita dengar penjelasan apa yang berlaku sebenarnya".Encik Ariffin memberi cadangan.

"baiklah kalau macam tu besok kami datang" .Encik Nazim setuju dengan cadangan encik Ariffin.

Mereka semua pun masuk ke rumah masing-masing.Masa nak masuk Ariff sempat mengeyitkan matanya ke arah Naura.

Yang naura pula nyaris tak pengsan mana tidaknya Ariff mula menujukkan aksi romantik bergulanya so sweet.

SESEORANG YANG DICINTAI KERANA IA DICINTAI TIADA ALASAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MENCINTAI..





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro