Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 3

2 bulan kemudian,

"Baekhyun! Paliwa angkat bakul ni kita banyak lagi kerja menghantar makanan" teriak salah satu pekerja disitu kerana melihat Baekhyun tersangat lembap membuat kerja.

"Nae ahjusshi, biarkan nanti saya yang angkat." . "Yah nanti kamu tu bila. Kalau boleh harini aku kau habiskan semua Harini juga. Kalau tak kau tak boleh balik!" Pinta Ahjusshi itu.

"Alah hyung~~ jangan lah begini.."

"Cepat"

"Okay arraso!"

Baekhyun pun mengangkat bakul yang berat dari berat badan dia. Hampir patah semua tulang belakang dia membuat kerja ini seorang diri. Selepas selesai, dia terduduk dengan kain dileher dia.

Rambut dia dibanjiri dengan air peluh dia. Muka dia kemerahan kerana panas. Tak sampai 30 minit sudah siap. Dia tersenyum apabila lori itu sudah penuh dengan bakul bakul yang berisi kelapa.


"Aigoo~ siap pun akhirnya. Ini gaji kamu baekhyun untum harini. Esok kalau rajin datang la lagi. Saya akan tambah sikit bonus. Tapi sikit je la" kata Ahjusshi itu sambil dia menghulurkan Baekhyun segelas air oren.


"Jinja?!" Mata Baekhyun berkilauan apabila dengan bonus. Tapi masalahnya dia esok kena pergi sekolah. Kalau dia ponteng pun tiada guna sebab dia sudah bayar itu ini didalam sekolah itu. Takkan dia nak membazir kan.


"Tapi ahjusshi saya esok ada class. Minggu depan tak boleh ahjusshi?"


"Ouh takpe la. Minggu depan ahjusshi tak pasti ahjusshi ada dekat sini sebab lusa ahjusshi kena pergi pulau jeju untuk hantar barang dari China ke sana. Tulah tengok lah macam mana ahjusshi pikir pikir kan nde?"


Wajah Baekhyun bertukar menjadi sedih. Mungkin ini kali terakhir dia melihat wajah ahjusshi itu. "Baiklah ahjusshi saya kena pergi dulu, saya nak hantar makanan di condo. Saya tak sure.. saya pergi dulu ye ahjusshi"


"Okay, hati hati"


Baekhyun mengayuh basikal dia dengan pantas ke tempat kerja lain dia pula. Kalini dia bekerja di sebuah cafe yang memiliki makanan seperti restoran. Dia sudah bekerja disitu selama 3 bulan.


Jadi tiada masalah untuk dia atasi datang lambat.

Tengah dia mengayuh basikal, didepannya ada seorang nenek sedang melintas, dia menekan break tapi break basikal dia tidak makan. Dia menggunakan tenaga kaki dia untuk dia jadikan break. (Hell guys itu break kecemasan dari kaki😂)

Tanpa sedar ada satu kereta pula datang dari arah bertentangan dan dia dengan kereta itu terlanggar satu sama lain. Baekhyun terjatuh dari basikal dia.


Dia mengadu sakit, kaki dia sudah berdarah. Baekhyun berasa pening seketika apabila melihat darah yang mengalir. Dia rasa loya juga. Lutut dia tergesel pada tar jalan.

"Omo! Kau buta ke apa ah budak?! Dasar miskin, Yang kali bawak basikal guna mata bukan guna lutut."

Kereta itu menurun kan tingkap keretanya dan memarahi Baekhyun. Baekhyun memandang orang yang tak berprihatin padanya. Dia tahu la dia miskin tapi jangan la hina dia. Dia cuba bangun tapi jatuh kembali.


"Pergi sana! Aku nak lalu!- aish-"

Orang itu terdiam apabila seperti diarahkan oleh boss dia dalam perut kereta itu. Mungkin tempat duduk belakang. Dia tak nampak sebab cermin kereta itu terlampau gelap.


Kereta itu pun mengundur ke belakang dan meninggalkan Baekhyun dalam keadaan sakit. Tapi Baekhyun perasan tingkap belakang kereta itu dibuka dan seseorang telah memerhatikan dia. Tapi dia memakai mask dan cermin mata .

"Macam seseorang aku pernah nampak..tapi dekat mana ea?"


"Ah! Lantak ah! Aish!Yah tahu la kaya! Tapi tak kemanusiaannya orang!" Balas Baekhyun dia menangis menahan sakit. "entah siapa la dia bawak dalam kereta itu tahu pula takut. Bukan dia yang sakit tapi aku"


Baekhyun tergesa-gesa melihat jam tangan dia. "Omo! Dah pukul 6:13 minit. Dia lambat 13 minit. Ottoke ni semua salah orang tua tu tadi-" Baekhyun menampar mulut dia sendiri.


"Yah baekhyun! Kenapa kau nak salahkan orang tua tadi huh? Arhhh appo!"


=

"Ahh appo.. appo" Baekhyun menolak basikal dia yang rosak sampai la ke cafe dengan kaki yang sakit juga. Dia terduduk apabila sampai je sesaat dicafe. "tak guna punya orang. Atleast bantu la aku"

"Yah?! Byun baekhyun?! Kenapa dengan kaki kau tu?!"

"Aish chen boleh tak kau perlahan sikit suara kau tu. Bingit telinga aku dengar la"


Chen mengaru belakang kepala dia. Dia tersengih. "mian..hehe..but siapa yang buat kau ni?!" Chen terpandang basikal Baekhyun yang sudah rosak dia pun mula simpati. "Kau accident ke?"


Baekhyun angguk sedih. "Sekejap aku ambik peti kecemasan lepas tu aku nak kau ceritakan dekat aku dari A sampai la Z okay?"  Baekhyun angguk lagi. Chen faham dia masuk semula ke cafe dan mengambil peti kecemasan.


=

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro