Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

special chapter 2🖤

seminggu sudah berlalu, kini hana dan yunho dalam perjalanan pulang. namun dahi hana berkerut hairan apabila jalan yang mereka lalui sekarang ini bukan jalan pulang ke rumah mereka.

" yun, kita nak pergi mana ni ? " soal hana hairan.

" amek anak " balas yunho selamba.

bertambah berkerut lah hana. merapu apa suami dia ni. padahal anak dekat rumah. ni anak mana satu ni ? takkanlah-

" OH KAU ADA ANAK LAIN YE ?! NI BINI NOMBOR BERAPA PULAK NI? KETIGA KE KEEMPAT ?! " begang hana. tajam mata mencerlung memandang yunho yang fokus memandu.

yunho ketawa besar.

" KAU PIKIR KELAKAR ? " makin berang hana.

" calm down, sayang. nanti dah sampai tempat tu you will know " tenang yunho membalas. bini kat sebelah tu tengah sabar je tunggu nak cakar muka dia.

sepanjang perjalanan dalam kereta, masing-masing senyap. yang sorang masih dengan bengang tentang overthinking dia tu yang seorang pulak malas nak kacau orang sebelah risau kena hambur jadi dia biar je bini dia layan perasaan. nanti jap lagi mesti dia serba salah lah tu.

setelah setengah jam berada di atas jalan raya kini mereka sampai di destinasi.

" pet's shop ? " 

" yup, anak kita nombor 3 ni special sebab dia berbulus " gurau yunho. mata melirik memandang hana yang sudah bertukar riak. muka serba salah tu dah datang dahhh.

" sorry " ucap hana sepatah sambil bermain hujung baju. malu nak bertatapan dengan si suami lepas dah menderhaka tadi.

" tu je ? "

CUP !

hana mencium sekilas bibir yunho sebelum kakinya laju melangkah masuk ke dalam pet's shop tersebut dengan langkah riang sebijik macam budak-budak dapat mainan. yunho pula tersipu malu.

seronok hana masuk dalam pets shop tu sebab design dalaman pets shop ni menarik. dah macam rumah haiwan. haiwan-haiwan tidak dibiar dalam sangkar malah bebas berlari sana sini dengan haiwan-haiwan lain. mungkin kerana terlalu jinak.

" hey sayang, tunggu lah. "

" lambat ! terkedek-kedek jalan macam kura-kura " omel hana setelah yunho berada disebelahnya. mata ralit memerhati haiwan-haiwan comel untuk dibuat haiwan peliharaan atau dalam bahasa yunho dia panggil addopt yuna and hansung's new brother. hehehe

" YUN ! muka dia sebijik macam awak " hana berkata sambil memandang anjing spesis golden retriever.

" baguslah kalau muka sebijik dengan bakal bapak dia ni. apa tunggu lagi jomlah addopt dia " balas yunho.

" tapi sayang nak kitten ni " hana tunjuk kearah seekor kucing yang muka macam dah fedup nak hidup.

" taknak lah muka dia macam wooyoung. "

" celah mana ?  "

" ada lah macam muka dia " tegas yunho tidak mahu kalah.

" kalau awak tak nak bela dia bagitau je lah tak payah lah kasi alasan tak masuk akal macam tu " jeling hana meninggalkan yunho yang sudah terkebil-kebil.

aik, marah ?

hana mengambil tempat di sofa yang tersedia disitu. wajah masam dengan cebikan di bibir. mata tak lari memandang haiwan-haiwan yang bermain disitu. yunho yang baru melabuhkan diri disebelahnya tidak dipandang.

" merajuk ke tu " yunho menongkat dagu sambil memandang kesisi melihat wajah masam hana. gurau sikit pun tak boleh lah bila mood tengan swing ni.

" tak " balas hana sepatah. hana membongkok cuba untuk mengusap bulu seekor anak anjing berbulu tebal yang sedang bergesel di kaki hana. kecik besar dia pandang anak anjing itu bermanja dengan hana.

" ye ke ? " soal yunho kembali namun mendapat jelingan tajam daripada hana.

" gurau je. cepatlah sayang pilih nak addopt yang mana, kata tadi nak balik cepat nak jumpa anak "

hana angkat anak anjing yang bergesel pada kakinya tadi. tadi muka dia masam terus tersengih sengih pandang yunho. " kita addopt dia ! " ujar hana ceria

yunho mengangguk. dah dia suka sangat yang tu malas lah nak bantah nanti merajuk lagi. orang nak addopt untuk anak anak tapi hana yang melebih.

" suka ? " yunho menyoal pada hana yang tidak berhenti senyum dari tadi. pelukan pada anjing ditanggannya tidak terlepas kerana terlalu happy. tadi disuruh masukkan anjing itu dalam beg pun taknak.

" yes ! thank you so much sayang. love yaa "

" tapi saya beli untuk anak bukan awak. awak kan dah ada pet awak sendiri " kata yunho sambil tersenyum nakal.

" sejak bila pula saya ada bela binatang ni wakkk " ujar hana pelik.

" saya lah. "

hana tersenyum. " pets yang ni special sebab yang ni kena ngomol, cuddle dengan saya 24/7 ! " balas hana. tangan kanan mengenggam tangan yunho yang berada di gear. yunho tukar kedudukan tangan mereka diatas peha hana. lebih selesa.

" ayy sayang ni pastu yun nak kerja macam mana. asyik hadap muka sayang bosan juga "

hana lepaskan tautan tangan mereka. muka yunho dipandang geram " awak bosan ???!! awak bosan tengok muka saya yang cantikkk lagi seksi ni ??? BOSAN AWAK CAKAP ? kita ni baru je balik honeymoon awak jangannnn nak ajak gaduhh " leter hana geram.

" gurau je sayang.. mana pernah saya bosan tengok jeong hana hari-hari. kalau boleh saya nak berhenti kerja teman awak kat rumah jaga anak-anak tau. tapi nanti alamatnya duduk tepi jalan lah kita sebab duitnya tak ada. " hana kembali menaut tangan yunho. nasib baik. baru nak jadi isteri derhaka tadi.

" lari pergi australia kang "

" kalau dah jodoh lari lah jauh mana pun sayang nanti awak kembali dekat saya balik "

" eleh confident je. kalau saya masuk kandang buaya pun awak nak ikut ke ?" hana menyoal soalan merapu pada yunho.

" tak "

baru hana nak maki tapi yunho dah mencantas terlebih dahulu. disebabkan mereka sudah sampai di rumah mereka jadi yunho memusingkan badan menghadap hana. anak mata bertembung dengan anak mata hana.

" sebab saya tahu bini saya ni takde lah bodoh sangat nak masuk kandang buaya without reason " balas yunho selamba. tangan kiri yang daripada tadi bertaut dengan tangan kanan hana dibawa ke bibir lalu dikucup lembut.

" dah jom masuk "

" eh dah sampai "

yunho mengangguk. syok sangat borak sampaikan tak sedar sudah sampai dirumahnya.

yunho membukakan pintu untuk hana lalu membantu hana keluar dengan menghulurkan tangannya. mereka berjalan berdua. beg-beg nanti jelah dulu dia ambil. yang penting anjing dipegangannya ini ada.

" tapikan bole je jadi saya masuk kandang buaya. buatnya saya craving ? anak nombor 3 awak tetiba nak peluk buaya ke kannn "  kata hana tiba-tiba. tak abis lagi dengan topik dia tadi.

" tak sabar sangat ke nak anak nombor tiga tu. sekalipun awak masuk dalam kandang buaya dia pun takut nak kasi awak peluk dia sebab awak dengan dia sama buas sayang. takde beza " gurau yunho.

" HEY YUNHO! "

" iya sayang.. "

" MAMA ! PAPA! "

tak jadi niatnya nak marah yunho setelah yuna dan hansung berlari terkedek kedek kepada nya. tubuh yuna dan hansung hana peluk erat melempiaskan rasa rindunya kepada anak setelah seminggu tak bersua muka.

" mana adik yuna ? "  ujar yuna teruja.

" ni papa ada belikan yuna puppy ! yuna suka tak ? " soal hana kepada yuna.

raut wajah yuna yang tadi happy terus bertukar masam. " tak, yuna nak adik bukan puppy ! "  bibir yuna mencebik.

hana memandang yunho yang melutut disebelah yuna. hansung yang berada didalam pelukan yunho diambil.

" yuna.. mama tak boleh bagi adik dekat yuna lagi sebab mama sakit perut. tak kesian ke dekat mama ? mama tengah sakit tu "  pujuk yunho. hana mengangguk dengan peryataan yunho itu.

" mama sakit ? "  wajah yuna bertukar risau. yuna terus memeluk hana. perut hana, yuna usap perlahan.

" kesian mama sakit perut.. sorry mama " ucap yuna.

" its okay.. ni papa ada belikan puppy, yuna suka ?"

" eung !! suka sangat "

" maa- paa- " hansung cuba berbual dengan bahasanya. pipi hana dikucup oleh hansung. habis air liur hansung meleleh sampai pipi hana.

yunho tersenyum lebar. bahagia dengan keluarga kecilnya ini.

" why are you crying ? " soal hana hairan. jarinya naik mengesat air mata yunho yang mengalir.

" i'm just happy. terima kasih for everything. yun bahagia sangat "  balas yunho lalu mengucup lembut dahi hana. dia berharap kebahagiaan mereka akan berkekalan selamanya.

ENDING FOREVER 🖤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro