special chapter 1 🖤
" ya tuhan ! habis berselerak rumah hana dan yunho ni. apa korang buat ni ?! "
seonghwa bercekak pingang didepan pintu rumah, membuntang mata melihat rumah rakannya itu berselerak dengan mainan bersepah di seluruh ruang tamu. belum masuk wajah hansung, yuna, san, mingi dan wooyoung yang comot diconteng dengan marker lagi.
kelima-lima manusia itu hanya sengih tidak bersalah. seonghwa mengeleng kepala. haih baru dia tinggal mereka sebentar kerana ada urusan di hospital, balik saja rumah macam ditimpa gempa bumi.
" hongjoong dengan jongho mana ? " soal seonghwa kepada mereka.
" hongjoong tidur dan jongho pulak entahlah tadi dia kata dia lapar. tengah makan lah tu kot" ujar wooyoung.
seonghwa meluru ke dapur untuk mencari jongho. dia pun lapar juga sebenarnya. alang-alang wooyoung kata jongho tengah makan baik dia join makan sekali.
" YA TUHAN ! KENAPA DAPUR NI TAK BERKEMAS ?! " terbeliak seonghwa melihat keadaan dapur yang bersepah. pinggan tidak berbasuh. kuali dan periuk juga sama. tepung berterabur atas lantai. paling stress sekali pintu peti terbukak. dan paling santai jongho relaks makan epal di meja pulau tanpa menghiraukan keadaan dapur.
" tu bukan jongho buat. memang masuk dapur dah macam ni " kata jongho membela dirinya. tapi memang benar pun sebab dia turun bawah memang shock juga memula tapi peduli apa dia sebab bukan dia yang sepahkan. nak kemas ? tunggu dia habis makan dulu.
" kenapa jongho tak tolong kemas je dah alang-alang kat dapur ni ?" soal seonghwa.
" nak kemas lah ni tapi nak makan dulu " balas jongho polos.
seonghwa memicit batang hidung dengan mata terpejam. nafas ditarik sedalam-dalamnya cuba untuk meredakan kemerahan yang mungkin akan meledak dalam diri. ya tuhan berikan lah kesabaran yang tinggi dalam diri hamba mu ini.
seonghwa mengeluh. dia menyinsing lengan baju kemeja yang dipakai sehingga ke siku dan mula dengan proses membersihkan dapur. seonghwa mana boleh tengok benda bersepah, rasa tak selesa.
jongho hanya memandang seonghwa yang sedang membersihkan dapur itu dengan perasaan serba salah.
eh kejap ni story pasal seonghwa kena jadi kuli ke pasal yunho dan hana ? okey mari kita ke yunho dan hana situation.
" gelak apa tu, yun ? " soal hana yang baru keluar dari kamar mandi sambil mengelap rambut yang basah.
" ni san hantar video yuna dengan hansung tengah conteng muka wooyoung. hahaha padan muka dia " kata yunho sambil ketawa suka apabila melihat wajah wooyoung yang redha diconteng oleh anak-anaknya.
" mana ?! nak tengokk " hana mengambil tempat disebelah yunho dan mengambil phone yang yunho hulur padanya.
" WOI DAH APAHAL RUMAH KITA MACAM KENA LANDA TSUNAMI ?! MUKA YUNA NGN HANSUNG NI DAH KENAPA BERCONTENG SEKALI NI ?!!! " merah padam wajah hana apabila melihat video itu.
yunho disebelah meneguk liur. takut dengan hana yang tengah marah satu hal. tapi seksi pulak bininya ni bila marah.
" TAK KIRA YUN JOM KITA BALIK SEKARANG !NI BARU 3 HARI, MAHU RUNTUH RUMAH KITA NI NANTI "
" eh sayang sabar.. bawak bertendang eh bertenang ! nanti diorang kemas lah tu " pujuk yunho. bahu hana diurut lembut, ingin mengambil hati isteri. bukan dia tak tahu yang bini dia tengah bendera jepun, itu yang mood nak hangin je. lelagi bila hari ni hari pertama dia period.
" tak kira saya nak balik hari ni jugak ! " hana memberi kata putus. dia bangun berniat ingin mengemas baju tetapi terbantut apabila yunho merangkul pinggangnya erat menyebabkan dia sukar bergerak.
" yun ingat nak belanja hana makan dekat restoran italian esok lepastu malam kita dinner dekat hotel 5 star yang semalam sayang ajak tu tapi kalau sayang nak balik hari ni juga tak jadi lah. jimat duit yun. " yunho mengerling hana disebelah. wajah bengang hn tadi diganti dengan eksprasi teruja.
" tetiba tak jadi nak balik. nanti seonghwa balik dia kemas ah tu en en. eh jangan lah, kalau yun dah berniat nak belanja kena teruskan. " ujar hana sambil mengesel kepala di bahu yunho persis kucing betina. baju baju tadi dikeluarkan kembali dari luggage.
yunho menahan ketawa. cepat betul hana berubah mood. hanya dengan perkataan belanja atau makan automatik mood nya tadi macam singa betina gila kini berubah menjadi anak kucing yang hauskan belaian.
" tadi kata nak balik sangat. yun dah hampir nak beli tiket "
" alalaa tak jadi kan hana cakap... yun dah cakap nak belanja. takleh tarik balik " ujar hana lagi dan kini dia merangkul leher yunho buatkan kedudukan mereka begitu dekat sekali.
" ingatkan anak kita je perangai macam ni. mama dia pun sama juga " rungut yunho apabila hana clingy semacam.
hana tidak membalas. kepala direhatkan atas bahu yunho. tangan sebelah lagi memegang perutnya yang rasa ditikam dari dalam. dahi berkerut menahan sakit. yunho yang melihat hana dalam keadaan begitu mula rasa risau.
" are you okay ? " soal yunho risau.
" i'm fine " balas hana namun keadaannya menunjukkan sebaliknya.
" sengugut ? "
hana mengangguk.
yunho membaringkan hana disebelahnya. minyak angin yang berada diatas meja kecil bersebelahan katil diambil. baju hana disingkap sehingga perut.
" hey apa ni ? saya period tau " hana memandang yunho dengan wajah berkerut.
yunho menjentik dahi hana perlahan. " otak tu cuba fikir positif sikit.. yun nak sapu minyak dekat perut ni haa " yunho membuka penutup minyak dan dituang atas tapak tangan. perlahan-lahan tangannya menyapu minyak itu ke perut hana.
" buat benda tu dengan suami pun negatif eh " gumam hana namun didengari oleh yunho cuma dia pura-pura tak dengar je.
hana akhirnya melelapkan mata apabila perutnya sudah rasa selesa. berterima kasih pada yunho. yunho mengucup lembut dahi hana sebelum merebahkan diri sebelah isterinya itu.
⊱ ━━━━.⋅ εïз ⋅.━━━━ ⊰
semua yang berada diruang tamu itu memandang seonghwa yang duduk disofa menonton drama dengan wajah dingin tanpa sebarang ekspirasi. mereka semua tahu sebab apa.
" kau pergi lah pujuk hwa hyung " arah wooyoung pada san. san menjegil mata pada wooyoung. ada pulak suruh dia padahal mereka sepahkan dapur tu bersama-sama. patutnya minta maaf pun sama-sama lah.
" pahal pulak, mingi lah. dia yang sepahkan tepung tu " balas san pulak.
" kau pun sama. dah masak tak reti basuh balik " sampuk mingi apabila nama dia tetiba dipetik seakan dia seorang yang buat salah.
yuna yang duduk disebelah mereka bertiga memasang telinga dan pergi ke arah seonghwa kerana malas nak dengar tiga orang unclenya itu bergaduh menyalahkan sesama sendiri.
" em uncle marah ke ? " soal yuna sambil bermain dengan jari. wajah seonghwa dipandang dengan penuh serba salah.
seonghwa senyum kecil. tubuh yuna diangkat dan didudukkan atas pehanya.
" tak lah " balas seonghwa lembut. marah ? tidak, dia tak marah pun sebenarnya cuma dia penat dengan hal hospital. dah lah tadi ibu bapa pesakit dia buat hal di hospital. pening kepala dibuatnya.
" uncle jangan marah uncle-uncle lain tau sebab yuna yang ajak diorang main sampai diorang takde masa nak kemas. sorry " ucap yuna dengan kepala tertunduk. takut nak pandang muka seonghwa.
seonghwa mengusap kepala yuna lembut. sebuah kucupan diberi ditepi dahi yuna. sudah dianggap macam anak sendiri.
" thank you, yuna ! " san memberi minilove pada yuna sebab dah buat mereka hilang rasa serha salah.
" tetiba rasa macam nak jodohkan kyungmin dengan yuna lah pulak " ujar wooyoung terharu dengan tindakan yuna.
" em uncle.. yuna nak call mama and papa, can i ? " pinta yuna sopan. mata dikedip beberapa kali memohon agar seonghwa memberi kebenaran.
" of course lah boleh. kejap " pipi yuna dicubit perlahan sebab geram dengan telatah comel kanak-kanak itu sebelum tangan mengambil phone dari dalam poket. nombor yunho didail.
beberapa minit mereka tunggu, panggilan tidak berangkat. seonghwa mendail sekali lagi dan kali ni kedengaran suara serak basah yunho yang sepertinya baru sedar dari tidur.
" lupa anak dah eh ? " perli seonghwa tanpa salam. mata menjeling keadaan gelap dalam bilik yang didiami yunho. " oh dah malam dekat sana patutlah pun " desis hati seonghwa.
" apa hyung ni.. aku baru nak acah pengantin baru dengan hana " gurau yunho. hana disebelah dijeling hujung mata. nyenyak sangat tidur effect sakit perut ni.
" kejadah kau. yuna rindu ni " telefon bimbit dipas pada yuna pula.
" hi anak papa ! sayang rindu papa dengan mama eh ? " yunho yang tadi suara malas nak bercakap sebab seonghwa ganggu dia pada waktu tidur berubah bila nampak yuna. terlakar senyuman ceria saat nampak anak sendiri.
yuna membalas dengan mencebikkan bibir dan mengangguk. " alahai comelnya princess papa ni. adik mana ? yuna jaga dia elok-elok tak ? "
belum sempat yuna membalas, suara hana menyampuk.
" ehm yun.. awak cakap dengan siapa tu ? " soal hana yang tersedar bila suara yunho menganggu tidurnya.
" yuna.. "
" yunaaa !! hansung mana ? " soal hana apabila kelibat hansung tidak kelihatan.
yunho tersenyum kecil. rindu sangat bini dia dengan anak-anak tu. sayang oii kita duduk sini seminggu je bukan setahun.
" hansung tidur.. mama ? mana adik baru yuna ?? " soal hana buat mereka semua terdiam. hana tersengih janggal, matanya tajam menjeling yunho. geram dengan suami dia ni. tengok anak dah claim nak adik. apa dia nak kasi alasan dekat yuna ni ?
" h-haㅡ err mama ngantuk lah sayang, esok kita sambung lagi kay. goodnight babygirl mwah ! " butang merah ditekan pada skrin telefon.
yunho tersengih janggal. tak sangka pula anak perempuannya itu ingat sampai sekarang padahal dia hanya bergurau saja. wajah hana yang memandangnya tajam dibalas dengan sengihan
" pastu balik sana nak kasi dia apa ? anak patung barbie pastu cakap nah ini dia adik baru yunaa tadaaa gitu ? yuna tu sekali awak dah janji dengan dia sampai janji tu ditunaikan baru dia diam kalau tak dapat dia merajuk !!! " bebel hana.
kenal sangat sikap dia dengan anak dara seorang itu. pernah sekali dia mengamuk nak pergi zoo sebab nak pegang ular namun hana tak tunaikan sebab gila kau hana dengan ular mana boleh bersua muka boleh pengsan dia nanti. haritu juga seharian yuna mengamuk dan akhirnya dia meminta wonwoo yang bawakkan.
" shhh ! tahu lah saya nak buat apa nanti. dah jom tidur. perut awak sakit lagi kan so pergi tidur "
yunho menarik nafas lega apabila hana kembali baring atas katil. kalau dia tak paksa tidur mesti sampai sekarang tak habis kena bebel lagi. menanah telinga dia nanti.
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro