Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

46☁

⚠️cringeyyy⚠️

hana tersedar dari tidurnya apabila terasa dahinya dikucup oleh seseorang. perlahan-lahan kelopak mata dicelikkan.

" urmm.. " hana mengeliat setelah sedar dari lena. bibirnya mengukir senyuman apabila wajah yunho menyapa pemandangan.

" morning sayang " ucap yunho disusuli ciuman pada bibir si isteri. dia duduk disisi hana sambil perbetulkan rambut hana yang serabai macam sarang tebuan okay gurau.

" em morning... awal awak bangun "

" saya kerja hari ni. " hana mencebik setelah mendengar balasan yunho. tangannya melingkar pada pinggang suaminya.

" kalau cuti hari ni tak boleh ke ? "

" tak boleh lah sayang sebab ada masalah dekat syarikat but saya balik before pukul 6. I promise " jari kelingking ditayang dihadapan hana.

" betul ni ? "

" betul.. dah lepas. saya nak mandi ni." yunho cuba meleraikan pelukan hana tapi makin erat.

" sayang.. nanti saya lambat nak pergi kerja " pujuk yunho bila hana masih tak mahu lepaskan pelukan.

" nak kiss " pinta hana manja. lupa dah dia ada anak dua. yunho ketawa dengan telatah hana.

chup !

chup !

chup !

" cukup ? hm ? " soal yunho. hana mengoyakkan senyuman lebar dan terus lepaskan pelukan.

yunho bangun dari duduk lalu mengambil tuala dan disangkut pada bahunya.

" awak ! " panggil hana sebaik saja yunho melangkah setapak ke dalam bilik air.

" wae ? " yunho kembali keluar. wajah si isteri dipandang dengan kerutan didahi.

" i love you ! " ucap hana bersama sengihan. dua bentuk mini love ditunjuk pada suaminya.

" nado saranghae sayang.. " balas yunho dengan senyuman lembut. pipi nya kemerahan melihat wajah hana yang baginya amat comel ketika itu.

" jangan sampai saya tak pergi kerja hari ni... " ujar yunho.

" memang itu motif saya pun hehe " hana tersengih. ada saja cara untuk buat yunho tak pergi kerja.

" hari lain boleh but today im sorry saya memang tak boleh off day. saya ada meeting penting dekat syarikat "

" it's okay.. saya paham "

♡♡♡♡♡

" korang dah dapat ke siapa yang seleweng duit syarikat kita ? " soal yunho serius memandangkan kebelakangan ini dia tidak ambil tahu tentang hal syarikat.

" belum, tapi aku ada syak seseorang ni" balasan san mengundang rasa ingin tahu kepada tujuh lelaki yang berada di bilik mesyuarat itu.

" heol... takkanlah si seulhee ? " tebak jongho dan mendapat anggukan daripada san.

" dia sorang je yang uruskan bahagian kewangan syarikat kita. "

" silap besar la aku percaya kan dia " bengang hongjoong.

" aku dah cakap walaupun si seulhee tu awek kau tapi kau jangan terlalu percaya. kau tengok apa dah jadi sekarang " bengang seonghwa. berkali-kali dia pesan pada hongjoong jangan terlalu percayakan perempuan itu tapi rakan nya itu masih tak mahu percaya.

" dahtu nak buat apa ni ? " soal jongho.

" pecat minah tu dan suruh dia bayar ganti rugi. muktamad " yeosang memberi kata putus.

" aku setuju dengan yeosang " ujar mingi.

" aku pun " sokong yunho pula.

ting !

sementara mereka berbincang, telefon pintar yunho yang berada di atas meja berdeting menandakan mesej masuk.

yunho tersenyum lebar apabila nama si isteri terpapar pada skrin telefon.

Hana💜

Saya nak bawa anak2 keluar.
Jangan risau saya pergi
dengan Wonwoo .

terus hilang senyuman di bibir yunho apabila nama wonwoo terpapar. nombor hana didail tapi tidak diangkat.

" hyung ! aku ada hal. korang selesaikan lah hal ni. apa-apa hal call aku " laju yunho meluru keluar dari bilik mesyuarat itu. 7 lelaki yang lain terpinga-pinga melihat yunho yang tergesa-gesa.

♡♡♡♡♡

" suami kau tau tak kau keluar dengan aku ? nanti dia marah pulak " soal wonwoo kerana dia tak mahu disebabkan dia, hana dan yunho bergaduh. cukuplah sekali saja.

" tahu. aku dah mesej dia sebelum kita keluar tadi " balas hana.

" mama.. yuna nak donut tuu " pinta yuna dengan wajah meminta simpati apabila hana sudah memandangnya dengan wajah hairan.

" bukan mama tak nak bagi tapi yuna baru je makan aiskrim tadi. ni nak donut pulak. rosak gigi yuna nanti kalau banyak makan makanan manis. yuna nak ? "

yuna menutup mulut sambil mengeleng kepala membayangkan giginya yang mungkin bakal rosak.

" belikan je lah. dia teringin tu. dulu masa awak craving macam-macam takde pulak awak ingat gigi awak nak rosak ke apa. seminggu awak makan benda manis tau. "

serentak hana dan wonwoo berpaing ke belakang apabila terdengar suara seseorang yang sangat familiar.

" yunho, awak buat apa kat sini ? bukann ke awak ada meeting " soal hana kehairanan.

" PAPA ! " jerit yuna teruja. terus dia meluru lari mendapatkan yunho yang sedang berdiri bersebelahan bangku yang diduduki oleh mereka.

yunho mengusap rambut yuna lembut. " papa nak cakap dengan mama sekejap tau " ujar yunho.

" Okay ! "

yunho memberi isyarat mata kepada hana untuk mengikutinya.

" emm aku nak pergi outlet kat tingkat atas  " kata wonwoo. sengaja memberi alasan untuk biar kan suami isteri itu ruang. ye lah takkan dia nak menyemak pulak kat situ. janggal lah nanti.

" yuna nak ikut uncle boleh tak mama ? " pinta yuna.

" pergilah.. mama dengan papa tunggu dekat sini tau " yuna mengusap lembut rambut yuna.

yuna mengangguk dan mengikuti wonwoo ke tingkat atas.

hana berpaling memandang yunho yang berada disebelahnya itu. wajah masam lelaki itu buat hana berasa hairan.

" kenapa muka masam je ni ? ada masalah dekat syarikat awak ? " hana mengusap wajah yunho tetapi ditepis.

" siapa izinkan awak keluar dengan mamat tu ?" kedengaran dingin suara yunho ketika itu.

hana menahan ketawa. tahu bahawa suaminya kini sedang cemburu.

" kan saya dah mesej awak bagitau tadi "

" saya tak cakap pun saya izin kan dan satu lagi, kenapa tak angkat call saya ? "

" eh awak ada call ke ? " hana menyeluk tangan masuk kedalam poket, ingin mengambil phone.

" ouhh bateri saya habis lah awak " balas hana.

" alasan ! " yunho menjeling hana.

" BETUL YUN ! TENGOK NI ! " hana memaparkan skrin phone miliknya di hadapan wajah yunho. panggilan mereka juga sudah diubah kembali.

yunho hanya mengabaikan hana dan memilih untuk bermain dengan hansung yang berada didalam stroller.

" yun jeles eh ? "

" siapa je tak jeles isteri keluar dengan lelaki lain "

hana melingkar lengan pada pinggang yunho. anak mata merenung wajah yunho.

" dia tu dah ada tunang lah. lagipun hana anggap dia macam abang sendiri dah tau. " jelas hana.

hana perasan air muka yunho mula berubah.

" marah lagi ke ? "

yunho menggeleng. pinggang ramping hana dirangkul erat. bibir si isteri di cium sekilas. " sorry sebab selalu cemburu tak tentu pasal "

" sedar diri pun. dah, jom balik "  ajak hana.

" yuna ?? " soal yunho apabila teringat yang puteri sulungnya itu bersama dengan wonwoo.

" nanti hana suruh wonwoo hantar. jangan risau, wonwoo tu boleh dipercayai. "  balas hana.

yunho hanya mengangguk. stroller hansung ditolak perlahan-lahan. hana yang sedang merangkul lengannya dipandang sebelum bibirnya mengukir senyuman bahagia.

TBC💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro