44☁
terteleng kepala hana selepas mendapat tamparan berbisa daripada yunho tanpa lelaki itu sendiri sedar. bukan bunyi kuali jatuh ya HAHAHA
" maaf.. s-saya tak sengaja "
iris coklat yunho merenung wajah hana yang sudah bertakung air itu. perlahan-lahan tangan naik ingin mengusap perlahan pipi hana yang sudah berbekas merah akibat perbuatan dia sendiri tetapi ditepis oleh hana.
" maafkan saya... " lirih yunho apabila hana berjalan laju meninggalkan dia berseorangan didapur ini.
" tsk aku dah pesan kan sebelum ni kalau nak pujuk bini kau tu kena bersabar "
seonghwa yang tiba-tiba saja muncul bersuara. entah sejak bila dia ada dekat dapur pun tak tahu.
" pergi lah pujuk dia dan kalau boleh pergi jelaskan perkara yang belum kau jelaskan pada dia sebelum keadaan jadi semakin teruk lagi " sambung seonghwa lagi
" tapiㅡ "
yunho mengemam bibir bila seonghwa merenungnya tajam. seram wuu
" kau nak bercerai ke ? "
yunho mengeleng. jujur tak pernah terlintas langsung ingin ceraikan hana meskipun wanita itu banyak biadap terhadapnya.
" jadi pergi bagitahu segalanya. anak-anak kau aku dengan lelaki dekat depan tu jaga. aku nak bawak diorang keluar pergi bersiar "
" gumawo hyung.. "
seonghwa mengangguk lalu berjalan meninggalkan yunho untuk ke ruang tamu. dalam hati dia amat berharap hubungan rakan baik nya itu akan beransur pulih
✧ ✧ ✧ ✧
hana mengusap pipi kiri yang masih terasa pijar. air mata dikesat kasar. bunyi pintu diketuk buatkan dia tanpa sengaja mendengus kasar kerana tahu siapa gerangan itu.
hana menarik comfoter dan berselubung didalam itu, malas nak pandang wajah yang menyakitkan hati itu.
" hana.. saya betul-betul minta maaf. s-saya tak boleh dengar perkataan bercerai tu keluar dari mulut awak "
yunho bersuara setelah melabuhkan punggung di birai katil hana. dia menyelak comforter yang membaluti tubuh hana lalu dicampak atas lantai.
iris berwarna hazel menatap wajah hana yang sudah memerah dan basah dengan air mata. perlahan-lahan tangan naik ingin mengusap bekas tamparan tadi.
" jangan. sentuh. aku. " kata hana dingin.
" han seohee. dia tu gila dan psycho " yunho mula bersuara. dia tekad. tekad mahu jelaskan segalanya pada hana.
hana hanya mendiamkan diri. nama asing yang keluar dari belahan bibir suaminya buat dia tertanya-tanya tapi hana lebih memilih untuk tidak bersuara.
" jujur saya tak ada langsung perasaan dekat perempuan tu. sumpah demi tuhan ! saya kahwin dengan dia pun sebab nak selamatkan awak dan yuna "
dahi hana berkerut hairan setelah mendengar bait-bait bicara yang keluar dari mulut suaminya itu. baru lah dia tahu han seohee itu adalah manusia yang paling dia benci.
Flashback
4 years ago
Hospital Seoul
3:30 p.m
" mama.. saya turun sekejap nak pergi beli makanan, mama ada nak order apa-apa ? " soal yunho prihatin kepada ibu mertua yang dia tahu berasa amat risau.
" takde kot sebab jimin bawak makanan sekejap lagi. takpalah kamu pergilah beli biar mama tengokkan hana " yunho mengangguk faham dan melangkah keluar dari wad itu.
setelah kaki menjejak langkah keluar dari hospital, dia membawa diri ke restoran yang berdekatan. tidak mahu ke restoran yang jauh sebab memang dia malas nak bawak kereta sekarang ni.
" ARGHHH ! TOLONG !!! "
langkah terhenti apabila mendengar teriakan seseorang yang dia tahu dalam kesusahan. bebola mata mencari dari mana datang teriakan itu lalu terhenti di lorong belakang bangunan terbiar.
tanpa menunggu lama yunho berlari untuk membantu wanita yang diganggu oleh dua lelaki yang kelihatan seperti ahli gangster jalanan itu.
dengan berkat belajar taekwando daripada san, yunho belasah kedua-dua lelaki itu sehingga keduanya pengsan.
" cik.. cik okay ? " soal yunho prihatin.
yeoja itu terus mendakap tubuh yunho erat bersama esak tangisan. tubuh wanita itu juga mengigil ketakutan dan tak lama wanita itu pengsan.
setelah itu yunho mendukung wanita itu lalu membawa ke hospital. bernasib baik hospital tidak jauh dari situ.
End Flashback
" sejak daripada hari tu saya asyik terserempak dengan dia atau lebih tepat yeoja tu stalk saya sampai lah dia confess dia sukakan saya but..
sudah tentu lah saya reject dia dan cakap yang saya suami orang. jujur waktu tu saya menyesal sebab jujur saya dah kahwin "
hana menjeling yunho tajam bila yunho berkata begitu. beranggapan bahawa lelaki itu sebenarnya nak cakap yang dia single dan available.
" nak tahu sebab apa ? "
" dia ugut nak bunuh hana dengan yuna kalau yunho tak terima dia sebagai isteri dan dia rela jadi isteri kedua yunho. huh dia tu obses dengan saya. "
okay hana tarik balik prasangka buruk terhadap yunho selepas mendengar jawapan lelaki itu sebentar tadi.
perasaan hana waktu ini amat sukar digambarkan. kecewa, sedih, dan serba salah makin mengunung dalam diri.
kecewa kerana tidak mendengar penjelasan yunho dahulu...
sedih kerana kerana selama 4 tahun meninggalkan bumi korea dia hanya menanam perasaan benci kepada lelaki yang bergelar suaminya itu...
serba salah kerana sejak mereka bertemu, hana langsung tidak menghormati yunho sebagai suami malah melayan lelaki itu dengan biadap..
jujur... hana berasa malu mahu berhadapan dengan yunho.
dalam diam hana menahan air mata yang ingin jatuh.
" saya tahu... keputusan untuk berkahwin dengan seohee akan menyakiti awak tapi saya takde pilihan. saya tak sanggup tengok awak dan yuna dibunuh "
" sebab perempuan tu maksudkan apa yang dia katakan. kalau dia cakap dia akan buat "
ketika itu.. yunho merangkul pinggang ramping hana tanpa wanita itu sendiri sedar. dahi lelaki itu melekap pada dahi hana membuatkan jarak mereka berdua amat rapat. deruan nafas menyapa wajah keduanya.
yunho nampak mata isterinya yang sudah bergelinangan air mata itu, bibirnya mengukir senyuman ikhlas.
" yun tak sanggup kehilangan hana dan anak kita. maafkan yun.. "
suara lirih yunho membuatkan air mata hana jatuh menjurai-jurai, mengemam bibir menahan esakan keluar.
tanpa keduanya sedar, dua pasang mata memerhatikan mereka dari tadi.
" yeobo.. diorang macam dah berbaik je tu ! " kata puan park teruja.
" baguslah kalau macam tu" tuan park juga tersenyum lebar selepas mengintip anak dan menantunya.
mereka baru saja pulang dari outstation sebentar tadi dan kebetulan terdengar bunyi bising dari bilik anaknya jadi mereka ambil keputusan untuk mengintai. risau jika anak dan menantu mereka bergaduh.
tapi syukur, keduanya nampak seperti sudah berbaik.
ㅡㅡㅡㅡ
" mama... papa... esok saya dah kena balik sebab ada kerja dekat syarikat. ada masalah sikit " ujar yunho.
kalau diikutkan hati sepatutnya dia masih lagi dalam cuti tapi disebabkan tadi hongjoong call kata yang syarikat mereka ada masalah jadi terpaksa lah dia masuk kerja balik.
" it's okay. tak bawak hana balik sekali ? " soal puan park.
" dia tak tahu lagi saya balik esok dan kalau dia tahu pun belum tentu dia nak ikut "
yunho menghela nafas berat. sejak kejadian petang tadi, hana langsung tak bercakap dengannya. bila ditanya sepatah dijawab pun sepatah.
ingatkan lepas dah explain everything hana akan mula berubah hati tapi hampeh.
" cakap pasal dia.. hana mana ? " soal tuan park apabila tidak nampak batang hidung anak bongsunya sejak dari makan malam tadi lagi.
" dekat atas dengan yuna dan hansung "
tuan park mengangguk faham. tahula dia yang hana sedang tidurkan cucu-cucunya.
TBC💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro