Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

42☁

yunho memperkemaskan kedudukan hansung yang berada didalam gendongannya sebelum berhati-hati menaiki anak tangga untuk ke bilik hana.

meskipun dia tahu hana akan mengamuk apabila mengetahui tentang kehadirannya disini tapi dia kentalkan juga jiwa. mantap jiwa pak jeman ! lah tiberh.

setelah sampai, kakinya melangkah ke bilik hana. tanpa ketukan dia terus memulas pintu bilik tersebut. yunho menghela nafas lega apabila hanya ada yuna yang sedang tidur diatas katil. kelibat hana langsung tidak kelihatan.

dengan selamba yunho masuk ke dalam bilik itu. dia mendekati katil yang diduki oleh yuna dan duduk di birai katil tersebut. pada ketika itu barulah dia terdengar bunyi air didalam bilik air dan tahula bahawa hana sedang mandi.

" muka ikut mama dia " yunho tersenyum lebar sebelum bibirnya mendarat pada dahi anak perempuannya itu.

yunho meletakkan hansung bersebelahan kiri yuna. bantal yang tidak digunakan diletakkan di kanan hansung agar bayi lelaki itu tidak jatuh katil.

dalam hati yunho tidak berhenti berdoa agar hana lembut hati. dia tak mahu mereka berperang mulut hari ini. cukup lah perpisahan selama 4 tahun memberikan impak yang besar kepada hidupnya.

klak !

bunyi pintu bilik air dibuka. hana yang baru saja keluar dari tandas dengan hanya berkemban dan sedang mengeringkan rambut melangkah ke wardboard miliknya. bibirnya bergumam menyanyikan lagu single ladies by beyoncè.

saat hana ingin melangkah ke katil baru dia sedar yang sebelah yuna terdapat bayi lelaki yang kemungkinan berusia 5 bulan.

" anak siapa ni ? sejak bila pula ada baby dalam rumah ni ? " dahi hana berkerut hairan dengan kehadiran bayi misteri itu.

hana yang sedang leka itu terkejut apabila ada sepasang tangan yang tiba-tiba saja melingkar pada pinggangnya kini. oh tuhan hana berharap bahawa lelaki ini bukan perompak mahupun perogol.

" nama dia hansung. comel kan ? "

suara garau seseorang menyapa deria pendengaran hana. automatik hana menolak tubuh lelaki yang sedang backhug dirinya dengan sekuat hati. dia kenal suara itu. sangat kenal.

hana merenung tajam yunho yang berwajah tenang seperti dia tak pernah lakukan sebarang kesalahan besar terhadap hana.

" buat apa datang sini ? " soal hana dingin.

" jumpa sayang lah. "

hana berdecit geram. mudah betul dia berkata-kata. macam takde apa yang berlaku diantara mereka selama ini.

" pergi mati dengan sayang kau , kau berambus daripada rumah ni sekarang ! " tempik hana geram.

" sayang... yun minta maafㅡ " yunho duduk melutut, ingin memohon maaf daripada si isteri.

" takde guna awak melutut macam ni. luka saya takkan sembuh pun. balik lah yunho. bawak anak awak tu balik sekali. demi tuhan saya tak nak hadap muka awak lagi lepas ni "

yunho ketap bibir, sentap dengan kata-kata hana.

" shireo! selagi hana tak maafkan yun, yun takkan keluar dari rumah ni "

hana menjeling yunho tajam.

" saya tak peduli. baik awak keluar dari bilik ni. saya menyampah lah tengok muka awak ni menyakitkan hati je " bidas hana pedas.

tipu lah kalau kata-kata hana tadi langsung tak memberi kesan terhadap yunho tetapi lelaki itu hanya berlagak tenang.

yunho melepaskan keluhan. dia berdiri dan melangkah ke katil untuk mengambil hansung. sebelum keluar sempat dia mengerling hana yang sedang mencari baju didalam wardboardnya.

" aish.. terbantut aku nak pakai baju " rungut hana.

✧ ✧ ✧ ✧

" omma ! kenapa omma buat hana macam ni ?! kenapa benarkan dia duduk sini ! "

puan park ketawa kecil mendengar rungutan hana didalam talian. pemandangan pantai di hadapannya ini membuatkan puan park kagum dengan keindahan ciptaan tuhan ini.

" hana sayang... omma buat untuk kebaikan kamu juga. tak usahlah tinggikan ego kamu tu. omma tau kamu masih sayangkan dia. "

hana terdiam.

" ingat ni, jangan menghukum orang tanpa tahu punca sebenar. dengar penjelasan yunho sebelum kamu decide anything. omma tak nak kamu menyesal kemudian hari. " sambung puan park lagi.

" tengoklah macam mana " balas hana malas.

" berbaik lah dengan suami kamu tu, jebal ? omma percaya dia ada sebab untuk lakukan semua tu. "

hana mengeluh perlahan. " bagi hana masa "

" berapa banyak masa yang kamu nak lagi ? tak cukup 4 tahun larikan diri ke negara orang ? tak penat ke lari dari masalah sendiri ? sudah lah hana. omma tak nak kamu lari dari masalah kamu sendiri lagi, selesaikan dengan baik. omma letak dulu " panjang puan park bermukadimah sebelum menutup talian.

kata-kata dari mulut ommanya cukup buat hana tersentap. hana meraup wajah kasar.

bunyi pintu bilik yang diketuk menganggu ketenteramannya tapi hana lebih memilih untuk mengabaikan orang yang berada di balik pintu itu.

" hana.. turun lah makan. s-saya dah masakkan dinner "

' tak berambus lagi mamat ni ' gumam hana dalam hati.

setelah lima minit hana berdiam, yunho terus turun ke bawah dengan menyangka hana sedang tidur padahal baru saja pukul 8 malam. bukan hana namanya kalau tidur pukul 8 malam.

hana melihat tiada lagi bayang-bayang di celah bawah pintu itu menghela nafas syukur kerana lelaki itu dah blah.

krukkk krukkk..

hana melihat perut yang sudah buat konsert dangdut dengan wajah sayu sambil tangan mengusap perut. memang lapar tapi sebab ego sanggup ikat perut.

" mama nak mamam ke ? "

terhinjut bahu hana apabila tangan kecil milik yuna tiba-tiba saja mendarat di bahunya.

" perut mama sakit je sayang bukan lapar.. bila bangun hm ? "

hana perbetulkan kedudukan lalu menarik yuna yang sedang melentokkan wajah di bahunya itu masuk ke dakapan lalu pipi tembam anak perempuannya itu dikucup bertalu-talu membuatkan yuna mengekek ketawa.

" stop mama... i'm hungry jigeum " kata yuna dengan suara megah kerana penat ketawa.

" pwincess mama lapar ? alololo jom kita turun "

hana mengendong yuna sambil menyakat anak kecilnya itu. tombol pintu dibuka lalu dengan berhati-hati menuruni tangga kerana salah langkah akan mengundang bahaya pada dirinya dan juga yuna.

" hahaha.. anak mama ni nak makan ke tidur ? "

hana mengangkat kening apabila yuna minta untuk turun dan berlari ke dapur. tanpa membuang masa, hana turut mengikuti yuna dari belakang.

" eh uncle ! macam mana uncle boleh ada dekat rumah yuna ni ? " terus hilang katuk yuna apabila ternampak uncle yang telah membantunya mencari hana ketika majlis perkahwinan uncle taehyung itu sedang makan dirumah atuk dan nenek nya kini.

yunho tersenyum lebar melihat gelagat yuna dalam kehairanan bagaimana dia ada disini. chopstik diletakkan ditepi.

" yuna.. first of all you should call me papa from now because i'm your father. can you ? "

hana yang dari tadi memerhatikan keduanya menjegil mata pada yunho yang juga pada masa itu sedang memandangnya.

" papa ? finally yuna ada papa ?! yeayyy ! "

yuna melompat kerana terlalu gembira dengan fakta yang dia masih mempunyai seorang ayah kandung yang sudah lama dia inginkan.

" dia bukan papa kamu yuna.. " sampuk hana. hana menjeling yunho yang sedang mengusap rambut yuna itu.

" kenapa nak sembunyikan hal yang sebenarnya pada anak kita ? wae ? kalau saya bukan ayah dia then siapa ayah yuna ? "

persoalan yang yunho tujukan membuatkan hana terkelu. tidak tahu mahu membalas apa kerana sememangnya fakta yuna adalah anak kandung yunho.

" jadi betulkan apa yang saya cakap. yuna pun anak saya jadi saya ada hak dekat anak saya "

keadaan menjadi semakin tegang. hana merenung yunho tajam. dalam hati sudah menyimpan niat untuk melepuk, menumbuk, menerajang wajah yunho yang tersengih sumbing dihadapannya ini.

" mama..papa.. jangan lah gaduh macam budak kecil. jom makan sama-sama. yuna lapar ni " adu yuna sambil mengusap perut yang lapar.

keduanya berdehem apabila dilabel sebegitu oleh anak sendiri. hana memerhatikan makanan yang berada diatas meja yang tampak begitu menyelerakan.

" duduk lah makan.. " tegur yunho lembut.

" saya tak laparㅡ "

krukkk...

yunho ketawa kecil. matanya tidak lepas memandang wajah merah padam hana akibat malu kerana perutnya kuat berbunyi.

" makan je lah. bukannya ada racun pun dalam ni "

disebabkan yunho yang paksa dirinya makan jadi hana mana lah mampu nak menolak. hana tolak makanan ? tunggu sajalah namjoon bts announce dia dah kahwin.

dan akhirnya hana menarik kerusi dan duduk disitu. mula mengambil nasi dan makan disitu.

" kita kan depan rezeki ni tak baik main renung-renung dan kaki tu boleh duduk diam tak ? tu makanan dah tunggu nak diNGAP. jangan sampai saya NGAP awak " jeling hana namun kembali menutup mulut apabila sedar dia tersalah cakap.

bukan itu maksud dia. bukan NGAP yang rawr rawr tu tapi NGAP yang dimana nak gigit kaki yunho sebab duk main cuit cuit kaki kat bawah meja makan.

" saya rela je kena NGAP dengan awak, sayang.. " balas yunho dengan senyuman nakal. tangannya sudah gatal bermain dengan lengan baju hana.

jangan tanya kenapa dia main lengan baju sebab memang dia nak sangat pegang jari hana tapi risau empunya badan mungkin akan belasah dia.

" jangan sampai saya cucuk biji mata awak pakai garfu ni, jeong yunho. "

hana senyum pada yunho dan senyuman itu nampak amat mengerikan bagi yunho kerana seperti pennywise yang sedang senyum kepadanya kini.

yunho lepaskan lengan baju hana dan kembali makan setelah yuna ugut nak cucuk matanya yang berharga itu.

" emh... hana dah maafkan saya ke ? " soalan yunho tiba-tiba buatkan hana terhenti makan dan berpaling padanya.

" kenapa pulak saya nak maafkan awak setelah apa yang jadi "

yunho terdiam.

TBC 💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro