41☁
" hana ? " bergetar suara yunho menahan perasaan. dia yakin bahawa wanita itu adalah seseorang yang sudah lama dia mencari.
hana tergamam memandang wajah lelaki yang paling dia ingin elakkan. perasaan sudah bercampir baur. tanpa berkata apa-apa hana terus mencempung tubuh genit yuna dan berlalu pergi.
" hana tunggu ! yun boleh explain segalanya " yunho mengejar hana sehingga luar dewan tetapi terlambat apabila wanita itu menghiraukannya dan terlebih dahulu sudah masuk kedalam teksi.
yunho mengeluh kesal. rambut diserabaikan. " akhirnya yun dah jumpa hana dan anak kita " kata yunho sendirian dan tersenyum nipis.
" yah yunho.. apa kau buat dekat sini ? kau kejar siapa tadi ? " soal hongjoong yang baru sahaja tiba.
" hana. aku dah jumpa hana, hyung ! "
" bwo ?! serious lah " terkejut bukan kepalang lagi apabila nama isteri kepada rakan yang sudah dianggap seperti adiknya itu disebut.
" serious la hyung.. ada nampak yunho main-main ke "
" takpe lah, jom masuk dulu. nanti kau cakap lah dengan ibu bapa mertua kau tentang hana. ni aku keluar ni sebab hansung meragam tu kat dalam "
" ah terlupa pula aku dengan budak kenit tu. " yunho menepuk dahi sendiri. biasalah tu faktor usia.
✧ ✧ ✧ ✧
" kenapa mama menangis ? " soal hana sambil mengelap air mata hana yang berjujuran jatuh dengan ibu jari kecilnya itu
" mana ada mama menangis, mata mama masuk habuk je la. pedih " bohong hana. dia tak mahu nampak lemah dihadapan yuna.
" kesian mata mama sakit " yuna memeluk tubuh hana untuk menenangkan ibunya kerana menyangka hana menangis sebab sakit mata.
" gumawo yuna.. mama sayang yuna " hana membalas pelukan anaknya. ubun-ubun yuna dikucup lama.
" ya tuhan.. mengapa kau munculkan dia ketika aku tidak bersedia untuk berhadapan dengannya lagi " lirih hana didalam hati.
sedang hana termenung mengamati pemandangan luar tingkap teksi ini, telefon bimbitnya berbunyi. butang hijau dislide ketepi untuk menjawab panggilan tersebut.
" yah hana ! kau pergi mana ? aku risau ni " kedengaran suara chaeyong yang benar-benar dalam kerisauan.
" chill lah kali ni aku tak lari lah. aku balik awal hari ni. nanti kalau tae oppa dengan hanna cari cakap je aku kirim salam dan sorry sebab balik awal " ujar hana.
" hm iya lah. kau okay tak ? suara kau macam baru lepas menangis je "
" aku okay. jangan risau. "
" okay lah kalau macam tu. aku letak dulu nanti apa-apa call aku tau ! "
" arraseo "
talian dimatikan. hana kembali simpan telefon pintar ke dalam tas tangan. yuna yang sudah terlelap didalam dakapannya membuatkan hana kembali tersenyum.
" haih perangai tak berubah " omel hana.
✧ ✧ ✧ ✧
" annyeonghaseyo appa, omma. maaf tadi tak sempat sapa sebab yunho terkejut nampak hana " kata yunho sopan. dia mengosok belakang tengkuk apabila berasa segan.
" tak mengapa, kami faham. kalau kamu rasa nak jumpa dengan hana dan jelaskan apa yang patut kamu jelaskan just datang je rumah appa. tak baik biarkan hubungan kamu berterusan macam ni. " kata tuan park.
sebagai ayah, sudah semestinya dia ingin melihat rumah tangga anak-anaknya bahagia.
" betul tu, datang je lah rumah kami. lagipun dah lama kamu tak datang melawat kami di rumah. kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan kamu. " celah puan park bersertakan senyuman
" terima kasih appa dan omma. yunho janji esok yunho datang melawat omma dan appa. yunho minta diri dulu sebab hansung meragam " yunho meminta diri dengan penuh sopan.
hongjoong yang setia membontoti yunho dari belakang juga turut sama bow pada kedua ibu bapa mertua rakannya itu.
setelah sampai di meja mereka yunho terus mengambil hansung yang berada didalam dukungan wooyoung. punggung hansung ditepuk-tepuk perlahan dan automatik hansung kembali terlelap.
" kenapa dia meragam ? tadi elok je " soal yunho pada wooyoung.
" woo lah tadi dia cakap kuat sangat sampai hansung terbangun. terkejut lah tu " adu san membuatkan wooyoung menepuk belakang badan lelaki itu.
" maaf lah tak sengaja "
" tadi hyung kejar siapa ? " soal jongho kehairanan.
" hana " balas hongjoong bagi pihak yunho.
" seriouslah ?! " jawapan hongjoong itu membuatkan semua terkejut. tapi dalam masa yang sama masing-masing berkongsi rasa gembira dengan yunho. bukan mereka tak tahu yang yunho sudah hampir putus asa mencari hana disekitar korea ini.
" syukurlah kau dah jumpa dia. takde lah kau nampak macam mayat hidup lagi. " kata yeosang selamba.
" haih aku kena pujuk dia balik. dia betul-betul bencikan aku sekarang ni " lirih yunho kesal. kalau dia tahu ini yang akan berlaku kepada rumaha tangganya, takkan sesekali dia lakukan kesilapan itu lagi.
" dia tak benci kan kau lah. aku tahu dia masih sayangkan kau cuma dia ego. lagipun perempuan mana yang tak sakit hati bila dapat tahu suami dia kahwin dengan orang lain semasa dia masih lagi dalam koma. " tutur seonghwa dipersetujui oleh yang lain.
" ya, aku tahu tu. sebab tu lah aku nak cuba pikat semula hati dia. " tersenyum-senyum yunho ketika mengungkapkan kata-katanya itu.
" tak payah senyum sangat, esok jangan kau ambil cuti pula semata nak pergi rumah mertua kau. kerja kau dah lah banyak " terus hilang senyuman pada bibir yunho dengan kata-kata mingi itu.
" ish kau ni spoil lah ! " dengus yunho kasar.
" hyung~ nak minta cuti boleh ? alah tak lama pun. sampai hana terima aku balik. boleh lah boleh lah " pujuk yunho pada hongjoong. wajah comel ditayangkan.
" okay tapi potong gaji " kata hongjoong selaku CEO ATEEZ Holding.
syarikat yang mereka berlapan berkerja itu sebenarnya syarikat mereka sendiri.
" potong gaji pun potong lah asalkan hana tak lari daripada aku lagi "
seonghwa memandang rakan mereka yang sudah tersenyum melihat gelagat yunho yang lama sudah kembali. dia bukan lagi yunho yang dingin.
✧ ✧ ✧ ✧
ding ! dong !
sebaik saja yunho tekan loceng, pintu utama rumah milik keluarga bermarga park terbuka lalu terpampang lah wajah tuan park dan puan park yang berpakaian kemas.
" sampai pun kamu. masuk lah yunho, jangan segan silu. wahh hansung pun ada sekali. comel je budak chubby ni " puji puan park sambil mencuit hidung hansung yang sedang lena diulit mimpi.
" ni omma dengan appa pakai cantik-cantik ni nak pergi mana ? " soal yunho hairan.
" appa ada oustation jadi omma pun nak ikut sama. alang-alang kamu ada dekat sini takde lah omma risau pasal hana. boleh kan kamu tolong jaga hana selama kami takde ni ? " pinta puan park dengan penuh harapan.
" eh boleh je. takde masalah lah. hana kan isteri yunho. " balas yunho dengan senyuman lebar.
" bagus lah kalau macam tu kami pergi dulu. takut pula terlepas flight." tuan park menepuk bahu yunho sebelum dia meluru keluar.
" nae. hati-hati didalam perjalan " yunho bow pada ibu bapa mentuanya.
" hana ada dekat atas. jimin dengan chaeyong takde, mereka dah balik rumah mereka jadi buat lah rumah ni macam rumah sendiri. " pesan puan park sebelum mengikuti langkah suaminya.
" arraseo omma "
TBC💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro