39☁
SELAMAT HARI RAYA ! ❤
duit raya bole bank in hehe.
maaf sbb dah lama tak update :)
segala typo dan bahasa yang memeningkan kepala mohon abaikan 😂
═════════════
bunyi deruman kereta menangkap perhatian puan park dan tuan park yang sedang berbual di ruang tamu. puan park yang sememangnya menunggu kehadiran anak sulung dan menantu kesayangan pula itu terus bergegas ke pintu utama untuk menyambut keduanya.
" omma ! " dengan manja jimin berlari anak ingin memeluk tubuh ibunya tetapi ditolak oleh puan park. jimin mencebik apabila puan park lebihkan isterinya daripada dia.
" chae sihat ? " soal puan park.
" sihat je omma. by the way hari ni jimin dengan chae ada bawak hadiah tau untuk omma " kata kata chaeyong mengundang rasa kurang selesa kepada wanita separuh abad itu.
bukan dia tak suka dengan pemberian dari anak dan menantunya tetapi dia tak mahu anak nya mengeluarkan duit hanya untuk membelikannya hadiah sedangkan mereka perlu simpan duit untuk menyambut kelahiran anak mereka yang bakal keluar tidak lama lagi.
" hadiah apa pula korang berdua nak bagi omma ni. omma dah cakap kan jangan belikan omma hadiah lagi "
" hadiah ni mesti omma suka. omma jangan risau sebab jimin tak keluarkan duit pun untuk belikan omma hadiah ni " selamba jimin berkata sambil melangkah ke pintu belakang kereta untuk dibuka.
setelah jimin membuka pintu, terdiam puan park apabila melihat wajah anak bongsunya yang sudah lama tidak kelihatan bersama dengan anak kecil.
" h-hana ? hana ke ni ? " soal puan park seakan tidak percaya. dia harap yang semua ini bukan mimpi.
" OMMA ! NI HANA LAAA " tubuh puan park dirangkul erat. tanpa sedar air mata laju mengalir jatuh.
" kenapa riuh sangat ni ? EH HANA ?!"
taehyung yang kebetulan baru sampai di rumah rakan baiknya itu terlopong setelah melihat gadis yang sudah lama dia tak jumpai.
hana hanya memberikan senyuman pada taehyung yang wajahnya sudah terkejut beruk melihat kehadiran hana dirumah itu.
" siyes ah ni hana ? pergh makin lawa lah dia " taehyung tidak berkelip mata memandang hana.
" woi kau pandang adik aku macam tu apahal. kau jangan lupa minggu depan majlis kahwin kau " tegur jimin
" tae oppa nak kahwin ? seriously ? wahhhh congratulation ! " ucap hana.
" yup. nanti boleh lah hana datang majlis oppa dengan hanna eonnie next week " taehyung mengaru belakang kepala, tersipu-sipu malu dia bila teringat tentang tunangnya yang seorang itu.
" hanna unnie ? panjang jodoh korang. of course hana datang ! " balas hana teruja.
" dah jom masuk. sampai bila nak duduk luar ni ? masuk makan jom. appa mesti terkejut dengan kedatangan hana nanti " ujar puan park.
" korang masuklah dulu, hana nak ambil barang dalam kereta "
puan park dan pasangan itu masuk ke dalam rumah meninggalkan taehyung dan hana berduaan di luar.
" by the way tu yuna kan ? boleh oppa dukung dia ? " pinta taehyung. seperti yang kita tahu bahawa taehyung memang seorang yang sukakan kanak-kanak.
tanpa balasan hana terus memberikan yuna kepada taehyung. terpancar senyuman pada bibir lelaki itu apabila dapat gendong yuna.
" dulu oppa teringin nak tengok yuna membesar... maafkan oppa, oppa tak sengaja " taehyung mengemam bibir apa sedar dia tersalah cakap.
" takpa. tu yuna dah bangun "
" mama, ni siapa ? " soal yuna setelah bangun dari tidur. buka je mata dia sudah berada dalam dakapan uncle hensem.
" tu kawan omma, uncle tae " balas hana sambil mengusap rambut yuna yang berada dalam dakapan taehyung itu.
" annyeonghigaseyo uncle hensem, jeoneun yuna imnida " sopan yuna memperkenalkan dirinya dengan mata layu disebabkan mengantuk.
" comelnya diaaa ! " kata taehyung geram. mahu saja dia gomol pipi yuna tapi tahan saja lah.
" jom lah masuk. mesti semua dah tunggu lama tu " taehyung mengangguk dan mengikuti langkah hana yang sudah berjalan mendahuluinya.
sebaik saja hana melangkah masuk kedalam, bebola matanya meliar melihat sekeliling. " masih sama macam dulu.. tak berubah " desis hati hana.
sampai saja didapur, suasana meriah tadi menjadi sunyi apabila tuan park yang tadi sedang kecoh bercerita dengan jimin mendiamkan diri dek kerana terkejut dengan kehadiran hana.
" hana ? " soal tuan park ragu-ragu.
"APPA !!!! BOGOSHIPDA "
hana berlari sambil mendepa tangan untuk memeluk tubuh tua ayahnya yang sudah lama tidaj ditemui.
" ya tuhan hana anak appa dah balik. appa pun rindukan hana juga " balas tuan park.
" sudah sudah. mari makan, nanti sejuk pula. nanti kita sambung jejak kasih lepas habis dinner " sampuk puan park.
" maaf omma, tapi hana dah kenyang" kata hana serba salah.
" takpa. pergilah naik bilik berehat. yuna pun dah tertidur dekat taehyung tu. lena betul dia tidur " balas puan park sambil ketawa kecil.
hana mendekati taehyung dan mengambil yuna yang terlelap dalam dakapan taehyung itu.
" hana naik dulu ya. selamat malam " ucap hana dan terus naik ke atas.
" haa taehyung kenapa berdiri je ? duduk lah makan sekali dengan kami" ajak tuan park.
" nae uncle. "
" eh japㅡ tadi kau jemput hana pergi majlis kau, kalau dia jumpa yunho macam mana " secara tiba-tiba chaeyong bersuara membuatkan semua terdiam.
" biar lah kalau dia jumpa. lagi bagus, mana tahu dapat berbaik semula. lagipun kita dah tahu hal sebenarnya cuma hana yang tak tahu lagi " balas jimin.
" ada betul juga tu " balas tuan park
✧ ✧ ✧ ✧
" hwa hyung.. hansung daripada tadi tak stop menangis. aku dah bagi susu tapi dia tak nak "
seonghwa yang sedang menonton televisyen itu memandang wajah risau yunho dihadapannya kini.
" meh sini dia "
tanpa banyak soalan yunho memberi hansung pada seonghwa. seonghwa letakkan hansung diatas sofa dan jentik perlahan perut hansung.
" hoi hyung ! sakitlah dia " marah yunho
" aku nak check perut dia kembung ke tak bukannya dera dia. takut betul "
yunho tersengih sumbing.
" ambil minyak yuyee. perut dia kembung ni. tu yang asyik menangis tu " kata seonghwa yang arif tentang bayi memandangkan dia adalah doktor bahagian kanak-kanak.
yunho terus naik ke tingkat atas untuk mengambil minyak yuyee didalam biliknya dan dengan pantas turun ke bawah kembali.
" nah, " yunho menghulur minyak yuyee kepada seonghwa.
seonghwa ambil minyak tersebut lalu membuka penutup. minyak itu dituang pada tapak tangannya sedikit lalu dia menyapu pada perut hansung dengan berhati-hati. yunho pula hanya memerhati saja.
" wah pro lah hyung. terus berhenti menangis dia bila kau sapu minyak " kata yunho sambil menghela nafas lega.
yunho duduk di lantai memerhatikan wajah comel hansung yang akhirnya terlelap selepas sudah penat menangis.
" minggu depan kau pergi majlis taehyung sunbae ? " soal seonghwa
" mestilah pergi. dia dah jemput takkan tak datang nanti dia cakap apa pula " balas yunho
" kau bawa hansung sekali ? "
yunho mengangguk. kalau dia tinggal hansung siapa pula yang nak jaga dekat rumah sendirian. nak hantar pergi rumah ommanya takut menyusahkan pula.
" baguslah.. tak lah aku bosan nanti "
TBC💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro