38☁
bfore this dah cakap ff ni memang clichè, kalau awak tak suka kenapa masih baca ? 💜
═════════════
kawasan lapangan terbang yang sesak dengan manusia tidak mengira lah warga tempatan mahupun warga asing itu membuat pasangan yang sudah lama menunggu disitu menantikan seseorang yang sudah lama mereka rindu.
" oppa.. mana hana ni tak sampai lagi " keluh chaeyong. memandangkan dia sedang mengandung jadi dia berasa tidak selesa dalam keadaan sesak itu.
" sabar lah sayang. sekejap lagi sampai lah tu. tak selesa ke ? " soal jimin prihatin.
" aah. pastu saya lapar " adu chaeyong.
ya, jimin dan chaeyong sudah berkahwin 2 tahun lepas dan chaeyong sedang mengandung anak pertama mereka dan kandungannya baru berusia 3 bulan.
" saya bawak cookies. makan dulu buat alas perut. nanti hana sampai kita pergi makan dekat restoran. okay ? " jimin hulur paket biskut chocolate chip kepada chaeyong.
jimin memang sentiasa bawak makanan sebab dia tahu chaeyong sentiasa kebulur. bagus betul mamat ni dibuat suami.
" baik lah husband. ehe ni makin sayang ni " chaeyong memeluk lengan jimin erat.
" ehem.. aku perati je korang dua daripada tadi. aku dekat sini korang tak perasan langsung ke ? " deheman seseorang membuatkan pasangan itu berpaling.
" hana ! " chaeyong melepaskan rangkulan pada lengan jimin dan memeluk hana yang berada di hadapannya erat.
" weh dik, kau ke ni ? lain dah kau sekarang. makin hodoh bhai ! " kata jimin. rambut hana diserabutkan membuatkan wanita itu memaki dalam diam
" ni yuna ke ? wah dah besar lah dia "
" annyeonghaseyo, uncle " sapa yuna dengan bahasa pelatnya.
" awww cutenya diaaa " kata jimin geram.
jimin mengangkat tubuh kecil yuna untuk didukung. sekali sekala jimin bergurau senda dengan yuna. mujurlah yuna mudah bergaul dengan orang.
" eh ni hana perkenalkan, jeon wonwoo. kawan baik hana sepanjang duduk dekat australia " hana memperkenalkan wonwoo yang sudah lama berdiri disebelahnya. rasa terabai pun ada.
" eh wonwoo ! sepupu jungkook kan ? "
" jimin ? wehhh tak sangka jumpa dekat sini "
hana memandang saja dua jejaka yang sedang teruja itu. jimin merangkul bahu wonwoo dengan sebelah tangan lagi mendukung yuna.
" lantak lah diorang tu, ha kau sekarang ni macam mana ? baby okay ? " soalan daripada hana itu membuatkan chaeyong hairan.
setahunya dia tak pernah beritahu hana bahawa dia sedang mengandung kerana hubungan mereka berdua terputus. last hana call adalah 4 tahun lepas dimana hana menyuruhnya untuk sampaikan ucapan selamat tinggal kepada keluarga wanita itu.
dan dia tahu kepulangan hana pun sebab jimin yang bagitahu. rupanya selama ini jimin berhubung dengan hana tapi langsung tak beritahu dia. malas dia bertanya mengapa jimin merahsiakan darinya mungkin kerana hana ada sebab tersendiri.
" macam mana aku tahu ? eleh ini park hana lah. aku stalk kau dekat instagram hari tu " kata hana seakan tahu apa yang bermain difikiran ibu mengandung itu.
" hehehe baby okay je. kau dekat sana macam mana ? mesti lah okay kan ? siapa je tak suka menetap dekat negara orang. "
" best tu memang lah best tapi aku rindu makanan korean. 24/7 aku asyik terbayangkan makanan korea. wonwoo pandai masak tapi tak setanding masakan mama aku " rungut hana.
chaeyong ketawa besar mendengar rungutan hana. itu lah siapa suruh lari jauh sangat sampai ke negara orang. kan dah rindu.
" dah lah muka tak payah monyok sangat macam monyet nak sembelit. tadi jimin cakap nak makan dekat restoran. aku pun tengah lapar ni " kata-kata chaeyong membuatkan hana teruja.
" yeah ! finally aku dapat lunaskan craving aku "
" haih apa-apa je lah hana "
✧ ✧ ✧ ✧
" mama.. yuna dah kenyang " yuna memegang perutnya sambil tersandar pada baby chair yang sedang didudukinya.
" tak nak tambah lagi ? " soal hana. dia tahu yang yuna seorang yang kuat makan sama macam mak dia shshs.
yuna mengeleng.
" yuna nak main dekat sana " jari telunjuk kecilnya itu ditunjuk pada suatu arah.
" nae arraseo.. jangan main lasak sangat tau, nanti jatuh " pesan hana.
" eung " kanak-kanak perempuan yabg berusia 4 tahun itu hanya mengangguk mengiyakan kata-kata si ibu.
hana mengusap lembut rambut yuna. dia berpaling memandang wonwoo yang sedang menghirup minuman dan kebetulan lelaki itu turut memandangnya. hana membuat isyarat mata pada wonwoo dan lelaki itu mengangguk.
" jom yuna ! uncle wonu teman. khaja ! " wonwoo yang sememangnya berada disebelah yuna dari tadi mengangkat tubuh kecil yuna dan dibawa ke dukungannya lalu membawa yuna ke tempat permainan khas untuk kanak-kanak.
" em oppa, chae. i have something to tell both of you "
hana membuka bicara. dia bermain dengan jarinya. takut untuk mengatakan perkara ini. dia takut yang dua insan dihadapannya kini akan membantah perkara yang akan dia bagitau sebentar lagi.
" apa dia ? " soal jimin, penuh tanda tanya apabila melihat wajah hana begitu serius. riak chaeyong juga sama seperti jimin. banyak persoalan yang bermain diminda kedua pasangan itu.
" hana dah buat keputusan untuk bercerai dengan yunho "
hana menghela nafas berat. terasa berat ingin menyebut nama lelaki yang pernah menghuni hatinya suatu ketika dahulu.
" BWO ?! "
✧ ✧ ✧ ✧
tok ! tok !
" masuk! " laung yunho. lelaki itu kusyuk melihat kertas-kertas kerja yang berselerak diatas meja kerja miliknya.
" busy, hm ? "
yunho mendongak memandang seseorang yang sedang bersandar pada pintu bilik kerjanya. yunho tidak membalas persoalan lelaki itu, hanya bergumam saja.
lelaki itu berjalan mendekati yunho dan melabuhkan punggung di kerusi hadapan yunho.
" aku tengok kau sejak kebelakangan ni dah tak terurus. selalu tak datang kerja sampai kerja semua tertangguh lepas tu mula la stress. dengan hansung kat rumah tu pun harap omma kau jaga. "
" straight to the point je la choi san apa yang kau nak sampaikan sebenarnya " malas yunho mahu mendengar rakannya berbasa basi. sudah lah dia sedang sibuk sekarang ni.
" aku rasa kau patut cari hana lah. hidup kau dah kucar kacir takde dia. makan pakai kau pon tak terjaga. itupon kadang-kadang hwa hyung yang pergi rumah kau bantu kau. " panjang lebar san berkata.
dia risau melihat keadaan yunho yang sekarang ini. tak seceria dahulu, hidup lelaki itu berubah seratus peratus. tiada lagi yunho yang ceria dan kuat menyakat seperti dahulu. sekarang dia adalah yunho yang workholic dan dingin.
" dah puas satu korea aku cari dia tapi langsung tak jumpa. aku fed up. dia memang betul-betul dah benci aku agaknya " yunho mengeluh. dia bersandar pada kerusinya. kerja yang berlambak dibiarkan seketika.
" macam tu je kau give up ? kau kena ingat walaupun dah 4 tahun berlalu tapi dia masih isteri kau yang sah "
" ya aku tahu. tapi- "
" kau dah tak sayangkan dia ? kalau tak nak dia baik bagi aku " selamba san berkata. saja ingin menyakat yunho sebab dia geram dengan mamat tu yang macam tak kesah saja dengan bini sendiri.
" soalan apa kau cakap ni ? dah tentu lah aku sayang dia. kau nampak penumbuk ni ? jangan sampai melayang dekat muka kau tu jap lagi " yunho menjeling san yang sudah tersengih bak kerang busuk itu.
" dah jom kita pergi makan. aku datang sini nak ajak kau lunch sebenarnya " ajak san
" kau pergila ajak orang lain. aku busy ni. tak nampak kerja aku berlambak ni " yunho kembali melakukan kerja yang tertangguh sebentar tadi disebabkan anak choi menganggu.
" mana boleh ! kau kena makan juga. kau lupa haritu kau masuk klinik sebab gastrik ? now kau stop buat kerja dan kita pergi makan " san menarik lengan yunho untuk berdiri.
" tapi kerja aku berlambak ni. "
" nanti aku tolong lah kau siapkan " mendengar san berkata begitu membuatkan bibir yunho tersungging senyuman
" betul ni ? " soal yunho sekali lagi.
" iyaa. dah jom makan "
dalam diam yunho bersorak gembira. tak mahu dia tunjukkan kegembiraan dia depan san. sebab personaliti dia yang sekarang ini tak seperti dahulu. dia lebih suka memendam dan banyak mengelamun.
TBC 💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro