37☁
4 years later..
" mama, wake up ! " kejut jeong yuna, kanak-kanak berusia 4 tahun itu kepada ibunya park hana. wajah ibunya itu dicium bertalu-talu sehinggalah hana tersedar dari lena tetapi masih mamai.
" gimme five minute more, eung ? " kata hana dengan mata yang masih tertutup. hanya tuhan yang tahu betapa mengantuknya dia ketika ini.
" noo ! mama dah janji dengan yuna yang today we will go out together " rengek yuna.
bibir yuna sudah muncung sedepa tanda dia sedang merajuk dengan ibunya itu. masih dia ingat lagi yang hana pernah berjanji yang selepas saja hana gradute, dia akan keluar membawa yuna bersiar-siar.
" okey sorry dear.. mama dah bangun ni"
hana mengeliat sebelum tubuh yuna dipeluk masuk ke dalam pelukan. dahi yuna dicium lembut. memang rutin harian hana lah tu setiap pagi.
" yeay ! jom mama, cepat bersiap. uncle wonu dah tunggu dekat bawah " teruja yuna berkata. bibirnya menarik senyuman selebar yang mungkin.
" bwo ?! " membulat mata hana mendengar nama itu.
tidak lama lepastu bibir hana mengukir senyuman nakal. otaknya sudah memikir cara untuk cari pasal dengan wonwoo. hana memang suka kacau wonwoo, rakan baik hana selama duduk di australia ini.
" yuna.. kita bersiap lama sikit. biar uncle wonu tunggu kita lama "
" eung ! " yuna mengangguk saja. memang dua anak beranak ni suka cari pasal dengan wonwoo. sudahla mamat tu paling tak suka orang yang lambat.
hampir satu jam hana dan yuna bersiap, akhirnya mereka berdua turun. hana menahan ketawa apabila wajah wonwoo kemerahan menahan geram. tahulah dia bahawa wonwoo sedang marah terhadapnya.
" lamanya ! penat aku tunggu dekat bawah ni tau. sakit pinggang aku dibuatnya " kata wonwoo dengan cemikan.
sebab ini lah hana suka kacau wonwoo. marah macam mana pun dia, wonwoo tidak akan menengking atau maki tapi hanya merengek saja. tch macam budak kecil !
" uncle wonuuuuu ! "
yuna berlari terkedek-kedek untuk mendapatkan uncle kesayangannya yang berada di ruang tamu itu. suka sungguh dia dengan wonwoo. maklum lah sepanjang menetap di bumi australia ini yuna banyak luangkan masa dengan wonwoo.
" jangan lari sayang.. nanti jatuh ! " tegur hana kepada yuna. hana mengeleng melihat yuna yang teruja dengan kehadiran wonwoo itu.
" kaja yuna ! kita pergi jalan-jalan wohooo " kata wonwoo pada yuna yang sudah berada dalam dukungannya itu. sesekali pipi tembam yuna digomol oleh wonwoo. geram sungguh dengan pipi pau si yuna tu.
" stop it uncle.. hahaha yuna geli "
mengeliang liut yuna apabila digomol oleh wonwoo sebegitu. tak berhenti ketawa yuna dibuatnya.
" woi sudah lah tu. mati kejung anak aku tu karang. senak dah perut dia " tegur hana. dia mengambil yuna dari wonwoo.
" aigoo kesian anak mama ni kena kacau dengan uncle wonu sampai senak perut dia " omel hana sambil masuk dalam kereta. wajah yuna dielus lembut.
" kita nak pergi mana ni ? " soal wonwoo. dia mula start enjin kereta.
" MALL ! " sampuk yuna yang tengah selesa duduk atas peha ibunya itu. hana ketawa kecil melihat telatah yuna yang nampak terlebih hyper hari ni.
" nae.. arraseo kita pergi mall "
selepas wonwoo berkata begitu, yuna merangkul leher hana dan melentokkan kepalanya diatas bahu hana. tak sampai 5 minit, yuna sudah terlelap.
" haih tadi dia excited lepas masuk kereta je terus tertidur. bertuah betul budak " omel hana.
" aku tak hairan sebab perangai dia sebijik perangai kau ! HAHAHAH " wonwoo ketawa besar sehingga senak. bab menyakat antara satu sama lain, dua ekor ni memang pro.
" gelak lah lagi. gelak sampai mampos " hana menjeling wonwoo.
wonwoo hanya diam. dia kembali fokus pada jalan raya. dia tahu hana tengah geram.
✧ ✧ ✧ ✧
" kau tak rasa ke kau patut bawak yuna jumpa ayah dia. iya aku tahu kau tak suka bila topik ni dibualkan tapi kau tak fikir ke pasal yuna ? dia makin hari makin membesar tau. nanti mesti dia tanya pasal ayah dia. " kata-kata wonwoo membuatkan hana terdiam.
anak mata wanita itu meliar memerhatikan yuna yang sedang bermain taman. balik je dari mall tadi mereka ke taman atas permintaan yuna sendiri.
" lepas apa yang dia buat dekat aku, kau ingat mudah aku nak berhadapan dengan dia lagi ? hm ? "
" aku tahu susah tapi- "
" kau tu lelaki. mudah lah cakap. aku ni perempuan, semua tu jadi dekat aku. perempuan mana yang suka bila suami dia kahwin dengan perempuan lain tanpa pengetahuan ? paling sakit sekali masa tu aku tengah koma kot " bidas hana geram.
wonwoo menghela nafas berat.
" maaf. aku tak berniat nak buat kau marah " kata wonwoo lembut. hana hanya mendiamkan diri dan bangun untuk mendapatkan yuna yang sedang bermain itu.
" sayang.. jom balik ! dah lewat ni " hana mengangkat tubuh yuna lalu digendong.
" mama yuna haus lah " ujar yuna dengan bahasa pelatnya itu. kepala dilentokkan diatas bahu hana.
" dekat uncle wonu ada strawberry milk" balas hana. tersenyum wanita itu bila yuna sudah turun dari dukungannya dan berlari anak mendekati wonwoo.
" uncle nak stawberry milk ! "
" hahaha tak menyabar budak kenit ni. nah " wonwoo menghulur susu berperisa strawberry kepada yuna. terus anak kecil itu ambil dan diteguk.
" minum elok-elok yuna.. nanti tersedak" pesan hana yang baru sampai itu.
" minggu depan aku balik korea. lagipun aku kan dah habis belajar dekat sini. takde apa dah aku nak buat kalau ada dekat sini lama-lama "
hana sudah nekad yang dia akan pulang ke tanah airnya semula. sampai bila dia mahu lari ? lagipun sudah 4 tahun juga dia meninggalkan keluarga dan rakan baiknya, chaeyong. 4 tahun mereka terputus hubungan. bukan tempoh yang singkat.
" tiba-tiba je ? bukan dulu kau kata kau nak duduk sini sampai usia yuna mencecah 6 tahun ? "
" dah tukar fikiran. lagipun kalau duduk sini lama sangat aku risau yuna terikut budaya dekat sini pula. " balas hana.
wonwoo mengangguk setuju dengan apa yang dikatakan oleh hana sebentar tadi. anak muda sekarang memang mudah dipengaruhi.
" ada betulnya juga tu. bagus lah kalau macam tu. boleh balik sekali dengan aku. aku pun balik korea minggu depan"
" okay. nanti belikan tiket untuk aku eung ? "
" sure. aku belanja hehe "
✧ ✧ ✧ ✧
yunho menghela nafas berat setelah penat seharian menjaga anak lelakinya itu. wajah hansung yang sedang lena tidur itu ditatap lama. bibir mengukir senyuman lebar melihat wajah anak lelakinya yang baru masuk 2 tahun itu. tak lama selepas itu dia teringat akan isteri dan anak perempuannya.
phone dikeluarkan dari poket lalu dia menekan icon gallery. gambar hana yang sedang tersenyum sambil memeluk dirinya ditatap lama.
" mana awak pergi sayang.. saya rindukan awak sangat-sangat "
matanya terasa panas. tanpa sedar air matanya jatuh perlahan-lahan. sudah empat tahun dua insan yang paling berharga dalam hidupnya menghilang tanpa khabar berita. sudah puas dicari diseluruh kawasan korea selatan tetapi tidak diketemui.
sihat ke dia ? makan ke dia ? macam mana kehidupan dia sekarang ?
semua itu sentiasa bermain di fikirannya. meskipun dulu mendiang seohee bersama dengannya tapi fikiran yunho tidak pernah berhenti fikirkan tentang hana dan yuna.
yuna.. pasti anak kecil itu sudah membesar dengan baik dan mesti cantik macam ibunya juga.
yunho mengelap air matanya yang jatuh.
" kalau yun jumpa hana, yun takkan lepaskan hana lagi. itu janji yun " kata yunho seorang diri.
dia sudah bertekad sekiranya dia bertemu dengan hana kembali takkan sesekali dia melepaskan wanita kesayangannya itu pergi lagi. sengsara hidupnya tanpa hana.
TBC💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro