Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

36🌸

jangan maki aku sbb aku apdet masa korg start sekolah HAHAHHA

═════════════

hana mendongak memandang rumah banglo mewah kemudian dia melihat location yang chaeyong hantar pada dia petang tadi. entah mengapa rumah dihadapannya ini kelihatan begitu familiar.

" betul ke ni rumah dia ? apahal sunyi je ? macam takde party je. diorang tipu aku ke apa " kata hana sendirian, ragu-ragu untuk masuk ke dalam rumah itu.

lama dia berfikir dan akhirnya dia buat keputusan untuk masuk juga.
mungkin dia datang terlalu awal .

sebaik saja masuk ke dalam rumah yunho yang kelihatan agak besar itu hana berkerut hairan bila keadaan dirumah itu gelap gelita dan sunyi sepi.

" takkan la chaeyong tipu ? " soal hana sendirian.

terkumat kamit mulut memaki rakan baiknya, park chaeyong. hana menyangka gadis itu menipu dirinya. menyesal pula dia percaya dengan kata-kata chaeyong tempoh hari. bengang hana.

klak !

sedang hana membebel, tanpa sedar lampu terbuka. rumah yunho yang tadinya sunyi gelap gelita kini sudah terang. seorang lelaki mendekati hana dari belakang.

" hana.. "

hana berpaling kebelakang. automatik tubuhnya terkaku bila wajah yunho yang sedang tersenyum menyapa pemandangannya. hana hanya senyap tidak membalas panggilan yunho. buntu dengan apa yang berlaku.

yunho mendekati hana. pinggang gadis itu dirangkul dan tubuh hana dipeluk erat. dahi hana dikucup lembut.

" i miss u.. " bisik yunho perlahan ditelinga hana.

hana tersentak. dia melepaskan pelukan yunho pada tubuhnya dan merenung wajah yunho lama. tangannya naik memegang wajah yunho.

" tak rindu yun ? " suara yunho kedengaran lembut saat itu.

" ni bukan mimpi kan ? your are my husband ? means semua yang berlaku kahwin paksa apa semua tu betul-betul jadi ? "  tanpa membalas soalan yunho, hana menyoal bertubi-tubi pada lelaki itu.

" iya sayang.. semua tu betul-betul jadi"

air mata hana mula berlinangan. dada yunho ditumbuk berkali-kali melepaskan rasa marah dalam diri. terasa diri ditipu hidup-hidup.

" sampai hati buat hana macam ni ! hana ingat semua ni mimpi je tau, seronok tipu hana ?! tahu tak hana rindu sangat dekat yun tapi hana tahan je dari peluk yun kat sekolah ! " kata hana dalam tersedu-sedan.

" uljimaa.. maafkan yun, hm ? yun tau salah yun " yunho lap air mata hana dengan ibu jarinya. tubuh hana dirangkul sekali lagi masuk kedalam dakapannya dan kali ini hana membalas pelukannya.

" eh jap " hana melepaskan pelukan pada tubuh yunho buat kali kedua. kening yunho terangkat, pelik dengan hana.

" anak kita mana ? " soalan membuat yunho terdiam.

hana menjadi gelisah melihat wajah yunho yang sudah berubah.

" cakap lah yun ! mana anak kita ?! " berang hana bila soalan tidak terbalas. bahu yunho dicengkam kuat.

masih dia ingat sebenarnya dia dilanggar kereta bukannya jatuh pokok kat rumah pak manap seperti apa yang jimin ceritakan. jimin hanya mereka-reka cerita saja.

hana takut jika anaknya sudah tiada ketika dia dilanggar beberapa bulan lepas sehingga menyebabkan dirinya koma.

" dekat sini " tiba-tiba suara seseorang kedengaran dari tingkat atas. hana memandang empunya suara lama. rupanya itu adalah jimin, oppanya sendiri.

dengan berhati-hati jimin turun dari tangga dengan bayi yang berada dalam dukungannya. jimin beri bayi itu kepada yunho.

" ni anak kita. masa hana kemalangan tu doktor terpaksa lakukan pembedahan untuk keluarkan yuna walaupun masih tak cukup bulan. sebulan yuna duduk dalam incubator (?) dan nasib baik lah yuna makin sihat sekarang " panjang lebar yunho terang pada hana.

" yuna ? yun ingat lagi nama tu " terharu hana dibuatnya.

" mesti lah yun ingat. isteri yun yang bagi nama tu "

tak lama kemudian ibu bapa hana dan yunho turun dari atas diikuti chaeyong, ateez dan bts. ibu bapa hana dan yunho mengoyakkan senyuman kegembiraan apabila melihat anak-anak mereka kembali bahagia.

" ui sudahlah tu berdrama. aku lapar ni nak makan " sampuk chaeyong. tanpa menunggu lama dia pergi mengambil makanan yang sudah terhidang diatas meja diikuti oleh jimin dibelakang.

yang lain juga turut mengikuti langkah chaeyong, semua tengah kebulur tu. mereka abaikan hana dan yunho yang masih lepaskan rindu antara satu sama lain itu.

" tapikan yun.. hana tak bawak hadiah untuk yun hm " kata hana dengan suara kesal.

" takpa. cukupla hana dah kembali semula pun dah buat yun bersyukur. "

yunho dan hana saling bertatapan dan keduanya senyum pada satu sama lain. yunho merangkul pinggang hana dari tepi. hana hanya membiarkan saja. wajah anak perempuannya itu dipandang lama sebelum pipi yuna dikucup berkali-kali.

" papa jaga yuna dengan baik kan ? dia tak dera yuna kan ? " soal hana kepada anaknya itu.

" hei saya jaga dia dengan baik okie. takkan la saya nak dera anak sendiri. soalan biar logik la sayang " balas yunho

" gurau je " hana mencebik. yunho mengucup bibir hana sekilas. geram dia tengok bibir hana yang tengah mencebik itu.

baru hana nak maki yunho tetapi terhenti apabila bunyi loceng rumah mereka berdua kedengaran.

ting! tong!

" eh siapa pula tu ? bukan semua dah ada ke ? siapa yang tak sampai lagi tu ?" soal wooyoung hairan.

" kau ada jemput sesiapa ke selain kitorang ? " soal jimin pula.

yunho mengeleng kepala tanda tidak. setahunya dia tak jemput sesiapa selain daripada parent mereka berdua, chaeyong, ateez dan bts.

" jap biar aku tengok " seonghwa pelawa dirinya. selepas saja dia berkata begitu, dia terus melangkah ke pintu utama rumah.

membulat mata seonghwa dengan kehadiran manusia dihadapannya ini.

" bala dah datang la pulak.. habisla jap lagi mesti ada perang dunia " bisik hati seonghwa.

sebaik saja seonghwa membuka pintu, dengan tak tahu malu gadis itu melangkah dengan lagak divanya masuk ke dalam rumah yunho.

suasana yang riuh rendah tadi bertukar sunyi setelah gadis itu sampai disitu. masing-masing tergamam dengan kehadiran si dia. hana yang perasan dengan perubahan suasana mula berasa pelik.

" hubby ! " panggil gadis itu. dia tersenyum lebar apabila ternampak si suami.

hana memerhati sekeliling. siapa pula suami perempuan ni. ada yang di kalangan ateez atau bts yang dah kahwin ke ? sampai hati tak jemput.

" siapa tu yun ? " soal hana

yunho mendiamkan diri.

gadis itu mendekati tempat yang diduduki oleh hana dan yunho dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. apabila dia sampai, lengan yunho dirangkul.

" kenapa hubby tak bagitau yang hubby buat party hari jadi hubby dekat sini ? i ingat hubby buat dekat hotel. " kata gadis itu dengan suara seakan kecewa.

" siapa duh minah ni  " soal hana lagi. semua mendiamkan diri tidak menjawab.

" you're hana right ? hai ! im seohee, yunho's wife dan juga madu you. selamat berkenalan ! " kata gadis bernama seohee dengan ramah.

" kau merepek apa ni setan. yun, siapa ni ? " soal hana. wajah yunho yang seakan cacing kepanasan ditatap

" YUNHO ! JAWABLAH ! " tengking hana geram bila kena palau.

" ya dia isteri kedua yun. maafkan yun "

hana tersandar lemah. semua yang ada disitu hanya mendiamkan diri. tak mahu masuk campur. air mata hana mengalir deras. hatinya betul-betul sakit ketika ini.

" but why ? hiks "

yunho cuba meraih tangan hana lembut tapi ditepis oleh hana. yunho tersentak dengan perbuatan hana itu.

" maafkan yun.. yun terpaksa- "

hana lap air matanya yang jatuh dengan belakang tapak tangan. mendengar kata-kata yunho tadi membuatkan dia ketawa sinis.

" haha terpaksa ? cakap je la sebenarnya kau kahwin dengan dia sebab kau ingat aku akan mati tak lama lagi kan ? memandangkan masa aku koma aku ada 50/50 peluang untuk hidup ? atau kau nak bagi alasan yang kau kahwin dengan dia untuk yuna rasa kasih sayang seorang ibu ? macam tu "

panggilan manja sebentar tadi sudah ditukar. ya, dia amat bencikan lelaki yang bergelar suaminya itu setelah ketahui yang yunho sudah kahwin lain sedangkan waktu itu dia sedang koma.

" bukan macam tu sayang- "

" pergi mati dengan sayang kau tu. ouh patut lah masa aku sedar dari koma kau takde dekat sisi aku. rupanya ada bini lain. aku punyalah berharap bila aku bukak mata, kau orang yang pertama yang ada dengan aku tapi hm. bodohnya aku. macam tu je aku ditipu dengan kau. sumpah aku benci kau " sambung hana lagi.

dengan perasaan marah yang membuak hana melangkah keluar dari rumah itu bersama dengan yuna yang berada dalam dukungannya.

tipulah kalau dia tak kecewa. mereka baru saja ingin mengecapi bahagia tetapi masalah pula menimpa.

✧ ✧ ✧ ✧

phone yang tidak berhenti berbunyi daripada tadi diambil. panggilan daripada yunho. hana menolak panggilan itu. dia membuka icon kenalan dan mencari nombor chaeyong. apabila sudah ditemui dia membuat panggilan pada gadis itu.

" helo hana ! " suara chaeyong yang kedengaran susah hati kedengaran dicorong telefon.

" tolong cakap dekat oppa aku untuk uruskan urusan berhenti sekolah aku dan cakap dengan semua yang ada dekat situ selamat tinggal. kau juga, jaga diri. bye "

tanpa sempat chaeyong membalas, hana sudah putuskan talian. hana membuka bateri telefon pintarnya agar tak terganggu.

hana baring disebelah yuna. bernasib baik lah ada hotel yang mempunyai bilik kosong lagi pada waktu begini. hana mengeluh buat kesekian kalinya.

dia sudah membuat keputusan. dia akan meninggalkan bumi korea pada keesokkan hari juga. dia sudah fikir masak-masak. dia cuma ingin masa untuk menenangkan fikiran saja.

fikirannya terlalu berserabut dan sejujurnya dia masih tak boleh terima bahawa yunho kahwin dibelakangnya. paling buat dia sakit adalah ketika dia sedang bertarung nyawa, lelaki itu boleh memasang hubungan dengan perempuan lain?! sapa tak bengang !

" mama tak berniat nak jauhkan yuna dengan papa kamu tapi mama terpaksa" pipi yuna dikucup lembut diiringi air mata.

💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro