Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

35🌸

HAHAHHAHA tak rilek bethol dengan chap sebelum ni ea ? 

═════════════

" ah rindunya sekolah ! " kata hana teruja. dia tersenyum lebar memandang bangunan dihadapannya kini. dengan langkah teruja dia masuk ke perkarangan sekolah.

jangan pelik kenapa hana excited sebab orang lain masuk sekolah bulan januari tapi dia masuk pertengahan bulan march. sedar je daripada koma, hana dah berumur 18 tahun. terkejod la juga hana. dahla tak dapat sambut tahun baru.

" yah park chaeyong ! " dari jauh kelibat rakan baiknya yang sedang mengambil buku di locker sudah kelihatan. hana berlari mendekati chaeyong.

setelah sampai dihadapan chaeyong, terus saja hana memeluk tubuh itu erat tanpa sempat chaeyong berkata-kata. lama tak bertemu dengan rakan baiknya yang muka macam chipmunk itu. padahal baru 4 bulan tak bersua muka.

" woi ! tak bernafas aku ni " chaeyong menepuk belakang badan hana tanda menyuruh gadis itu melepaskan pelukannya.

hana melepaskan rangkulan pada tubuh chaeyong lalu tersengih bak kerang wangi apabila mendapat jelingan manja daripada chaeyong.

" kau sihat dah ? " soalan yang boleh dikategorikan sebagai soalan yang agak banggang itu diajukan kepada hana.

" kalau tak sihat takde maknanya aku datang sekolah hari ni " perli hana.

" hehehe aku cakap je. by the way aku rindu kau do. aku dah lah alone kat sekolah ni. tanpa kau aku tak mampu hidup tenang " dengan penuh dramatik chaeyong menyampaikan luahan hatinya. chaeyong berpura-pura mengesat air mata palsu.

" layak dapat oscar award dah kau ni "

" eleh.. dahlah jom masuk kelas " ajak chaeyong.

chaeyong memaut lengannya pada lengan hana dan mereka berdua berjalan bersama masuk ke kelas. bibir mereka tak berhenti berbicara. terlalu banyak topik yang chaeyong ceritakan kepada hana sepanjang dia lonely disekolah.

maklum lah boyfriend dia dah habis sekolah. tu yang alone sampai cikgu fed up tengok muka tenuk chaeyong yang masam tu.

" kita yang awal ke atau diorang yang lewat ? " soal hana pada chaeyong. bebola mata meliar melihat keadaan kelas yang kosong. hanya ada mereka berdua saja disitu.

" kita yang awal. dorang tu memang suka datang lewat. loceng lagi 2 minit nak bunyi baru muncul batang hidung masing-masing. " bebel chaeyong. geram dengan perangai classmate sendiri.

" tapikan.. aku nervous ah "

" tak payah nervous sangat lah. lagipun classmate kita orang yang sama. takde perubahan sebab exam tahun lepas semua dapat pencapaian bagus. takde sorang pun yang merosot "

hana meghela nafas lega.

✧ ✧ ✧ ✧

"chae.. aku nak pergi toilet jap " kata hana sebelum keluar dari kelas.

hana berjalan-jalan disekitar sekolah sambil menuju ke tandas. ah biasa lah kalau pergi tandas waktu belajar memang akan berlegar kat kawasan sekolah. nak hilang kan mengantuk.

" dah banyak benda berubah. baru 3 bulan aku tak masuk sekolah " kata hana seorang diri. matanya meliar memerhatikan kawasan sekolah yang sekarang ini sudah makin ceria.

setelah puas berjalan di sekitar kawasan sekolah, hana mula teringat yang tujuan sebenar dia keluar kelas adalah untuk ke tandas. jam tangan dilihat sebentar sebelum matanya membulat.

" pergh dah setengah jam sia aku keluar ?! mesti cikgu marah "

terus hana berlari sepantas yang mungkin untuk ke kelas tanpa dia sendiri sedar yang lantai masih licin kerana tak sampai 5 minit yang lalu cleaner baru saja cuci.

dan pada masa yang sama kaki hana tergelincir sebab lari terlalu laju tanpa sempat break.

" arghh ! " hana menutup mata erat, bersedia untuk menerima hentaman pada tubuhnya. hana redha bahawa jap lagi dia akan jalan terincut.

namun, sudah hampir 5 minit dia masih lagi tak berasa sakit atau pun tubuhnya dihentam keatas lantai malah dia terasa ada deruan nafas pada wajahnya.

perlahan-lahan hana membuka kelopak matanya. automatik tubuh hana kaku memandang wajah seseorang yang telah menyelamatnya ini. lelaki itu tersenyum lembut merenung wajah hana.

" y-yunho.. "

" hati-hati. jalan licin ni, nasib baik tak jatuh " ujar yunho dengan nada lembut.

wajah hana sudah merah kerana jarak mereka terlalu dekat. hana terus menolak tubuh yunho menjauhi dirinya.

" terima kasih " ucap hana dan selepas itu dia blah masuk dalam kelas. sambil berjalan ke kelas dia tak habis maki diri sendiri sebab entahla macam korang tak kenal perangai hana ni en.

" lah baru nak cakap something dia dah blah " omel yunho sendirian.

hana menapak masuk ke dalam kelas dengan tergesa-gesa. nasib baik mr. yoo tak soal dia sebab dia lambat kalau tak habisla hana kena denda.

" kau pergi mana do ? lama gila " soal chaeyong dengan nada perlahan. takut mr yoo terdengar.

" jejalan. aku mengantuk " balas hana selamba. chaeyong sudah mengeleng kepala dengan perangai rakannya seorang itu. mereka berdua kembali fokus pada mr. yoo yang sedang kusyuk mengajar didepan.

✧ ✧ ✧ ✧

" weh hana.. " panggil chaeyong.

hana yang sedang busy makan nasi goreng kimchi yang dibeli tadi memandang chaeyong dengan kerutan didahinya.

" minggu depan birthday yunho. dia jemput satu kelas kita pergi. jom pergi, nak ? " ajak chaeyong.

dengar saja nama yunho automatik hana teringat kejadian tadi. wajah hana yang tadi putih bersih bertukar menjadi merah. masih malu.

gedik bethol hana !

" kau pahal do ? tetiba je blushing ? kau dengar tak apa aku cakap tadi ? aku ajak kau pergi party birthday yunho ni " bengang chaeyong apabila hana tidak membalas.

" ehem.. minggu depan ? tak apalah. aku rasa macam malas lah. lagipun aku takde baju nak pakai " dalih hana. padahal yang sebenarnya memang dia nak pergi tapi semua dress yang dia ada tak menarik.

" takpa nanti aku bagi kau dress. jom la kita pergi eung ? jomlah hanaaa~ makanan free tu. dah la ada buffet. jomlaa weh " pujuk chaeyong.

hana menjeling chaeyong. cis nak pergi sebab makanan je. dasar pelahap! macam mana la jimin boleh jatuj hati dekat dia ni.

" hm iya lah. aku pergi sebab kau paksa je tau kalau tak memang aku tak pergi "

padahal dalam hati hana dah bersorak gembira nak pergi sana. sejak dia mimpi pasal yunho masa koma, dia sudah simpan perasaan terhadap lelaki itu. kelakar kan ? suka seseorang yang muncul dalam mimpi pada masa yang sama dia wujud pulak tu.

untung hana. hidup dia tak macam fans kpopers yang mimpikan bias dia walaupun dia tahu yang bias dia takkan sedar kewujudan dia didunia ini. dahla diam guys, aku nak sendu ni !

" yey ! sayang kauuuuu " chaeyong memeluk bahu hana yang berada disebelahnya itu. tak lupa pipi gadis itu dicium bertalu-talu. pelajar yang memerhatikan adegan menjijikan itu diabaikan oleh chaeyong.

" WOI PEREMPUAN ! SIAL TAGUNA KAU SIAPA SURUH KISS PIPI AKU NJIR. AHHHH PIPI AKU DAH TAK SUCI "

" mianhae adik ipar ku.. "

dan ya hana mula mengejar chaeyong dengan kasut yang berada didalam genggaman. tunggu masa je tapak kasut tu melayang kena muka chaeyong.



TBC 💜

next chap final tapi jangan risau aku tunai janji season 2

JANGAN LUPA STREAM MV FIREWORK GAIS HSMSND





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro