32🌸
seperti yang sudah dirancang siang tadi, kini pasangan itu sudah berada di amusement park. hampir lah tak jadi plan mereka disebabkan hana mengamuk dapur rumah mereka berselerak macam baru lepas kena bom.
bernasib baik semenjak kahwin ni yunho sudah makin mahir dalam bab memujuk. gila lah tak mahir, dalam seminggu tu pasti hana akan merajuk dengannya meskipun sehari. dan akhirnya reda juga kemarahan hana.
oh itu pun lepas dia paksa yunho pakai costume anak anjing yang dia beli dekat shopee masa jualan 11.11 tempoh hari.
" so.. mana kita nak pergi ni ? " soal yunho menoleh kesebelah. hana yang sedang melabuhkan kepala di bahu lebar milik yunho itu hanya mendiamkan diri, cuba untuk fikir permainan mana yang harus dia cuba dahulu.
" jom masuk rumah hantu, lepastu kita pergi main rollercoaster. haa and then kita pergi main tangkap ikan emas ! uwaaa tak sabarnya "
" seriously nak masuk rumah hantu and naik rollercoaster ? yun risau nanti sayang terberanak je "
" HEY ! ini jeong hana lah, sado okey. "
hana mendabik dada berserta dengan wajah bangga. teringat pula dia dengan peristiwa ketika berada di sekolah rendah dahulu.
peristiwa dimana ada yang sengaja meletakkan katak didalam beg sekolahnya tapi itu lah dengan selamba dia ambil katak tu dengan tangan sendiri dan letak dekat padang sekolah.
kecut budak perempuan dalam kelasnya sebab geli dengan katak tersebut. bukan setakat pelajar perempuan, lelaki juga sama ! dasar kecut.
" iya lah " yunho hanya mengiyakan saja. biasalah perempuan ni asyik nak menang je. betul tak ?
" DAH JOM JOM ! "
✧ ✧ ✧ ✧
" konon tak takut, sado lah apa lah. baru kena sergah dah menangis. kuat pulak tu meraung dalam rumah hantu tu "
hana yang tahu bahawa yunho sedang bercakap tentang dirinya hanya menjeling yunho. bukan salahnya tapi muka hantu tiruan dalam tu yang seram sangat.
" diam lah " marah hana. dia mula mengomel seorang diri mengutuk yunho sambil makan oreo strawberry ais krim yang yunho belanja sebentar tadi.
" nak sikit " pinta yunho. daripada tadi asyik usyar je hana makan sampai terliur dia dibuatnya. yang sorang tu bukan nak pelawa, orang dah belanja. dasar lupa daratan.
" NO NEVER ! siapa suruh bahan hana tadi. pergi ah beli yang baru "
hana melepuk tangan yunho yang cuba mengambil sudu untuk merasa sedikit oreo strawberry aiskrim yang kelihatan mengiurkan itu.
" eleh duit yun juga "
" peduli apa hana "
" ha okey.. sayang, maafkan yun em ? bagila yun rasa sikit. terliur ni " pujuk yunho. tidak lupa mimik wajah kesian dan mata bulat dikedip-kedip bagaikan anak anjing, cuba untuk menambat hati sang isteri.
" no no nehi nehi.. never " balas hana. lalu dengan selamba sambung makan parfait itu kembali.
tanpa mempedulikan pandangan orang yang berada di amusement park itu, yunho melekapkan bibirnya pada bibir hana. tangannya senyap-senyap mengambil ice cream itu daripada hana apabila gadis itu leka.
" yah ! "
PAK !
dada bidang lelaki itu ditepuk kuat akibat berasa geram dengan tindakan lelak itu tadi. sudahlah ada beberapa mata-mata yang memerhatikan mereka tadi. habis merah wajah hana ketika itu.
disebabkan berasa malu, hana menyorokkan wajahnya di leher yunho dan memeluk lelaki itu separa kuat dan mengetap gigi geram. tak tahu malu anak jeong ! dasarㅡ
yunho hanya ketawa kecil.
" yun mintak elok-elok takmo bagi. bagi kiss baru nak bagi. gatal bini aku sorang ni " perli yunho sambil melirik memandang hana yang masih memeluknya.
" bila masa hana bagi ! yun yang ambil senyap-senyap okey ! "
" apa-apa je la, nah " yunho berikan semula bekas ice cream tersebut pada hana.
" YAH KENAPA KAU HABISKAN ICE CREAM AKU ! "
panggilan yun-hana dah hilang digantikan dengan kau-aku. itu lah yang terjadi bila hana naik hantu. mahu tak bengang bila si yunho dengan selamba habiskan parfait miliknya itu. dahla sedap.
" hiks.. dah lah, pergi sana kau. malas layan. "
dengan tiba-tiba hana bangun meninggalkan si suami, ke mana ? masih tidak dikenal pasti lagi. mahu menenangkan diri agaknya.
yunho yang masih blur dengan keadaan yang terjadi itu hanya mengaru dahi saja. entahla, patut kah dia pujuk ?
" ala merajuk manja la tu. nanti datang balik ah tu " kata yunho seorang diri, fikirnya hana hanya ke tandas sebentar. lalu dia mengeluarkan phonenya untuk bermain game.
45 minute lawterr...
" ah ! boleh pulak phone mati time ni " yunho mengeluh. dia menyimpan phonenya didalam poket. matanya meliar melihat sekelilingnya mencari kelibat tubuh si isteri.
" betul-betul merajuk ke duh ?! " yunho menyoal sendirian, dengan gelabah dia bangun mencari hana. itula fokus main game, bini hilang tak sedar.
yunho mula mencari disekeliling amusement park. menyesal pula cari pasal dengan mak buyung, dahlah kuat merajuk minah tu.
meanwhile..
" ish apa susah sangat nak tangkap ikan ni. ada aku sauk tangan masuk dalam ni kang " kata hana fed up. dia berdiri kerana kaki lenguh setelah hanpir 1 jam duduk bercangkung.
" bukan macam tu lah caranya "
satu suara yang agak familiar buat hana membuatkan wanita itu pusing menghadap belakang.
" felix ? " soal hana apabila seorang lelaki yang amat dia kenali menghadiahkan senyuman lebar kepadanya. lebar sungguh senyuman sampai mata pun turut join senyum.
( iya ayat nampak kelakar, tapi lantakla )
" iya, saya la " balas lelaki yang bernama felix itu.
hana lap mulutnya yang hampir mengeluarkan air liur kerana lelaki dihadapannya ini sudah kelihatan makin segak dan kacak. agak lama mereka tak bertemu, 4 tahun juga lah.
" makin kacak awak sekarang " puji hana, matanya tidak habis merenung wajah kacak lelaki itu. yunho dan status sebagai isteri sudah dia lupakan. ah sekali sekala berangan bujang apa salahnya.
" eh takde lah.. awak pun makin cantik " felix mengaru belakang kepala apabila berasa malu dipuji oleh wanita dihadapannya itu.
hana apa lagi, kembang kempis hidung dipuji sebegitu oleh ex boyfriend, iya ex boyfriend dia masa tingkatan 1 dulu.
" tadi saya tengok awak struggle nak tangkap ikan, meh sini saya tolong awak "
laju hana mengangguk tanda setuju dengan cadangan felix. tak payah lah dia terkial-kial cam orang bodoh lepas meroyan tak tentu pasal bila tak dapat tangkap ikan emas.
" MAREYH MAREYH ! "
tanpa segan hana menarik lengan felix sehingga berada didepan kolam yang terdapat banyak ikan emas didalam nya.
" tch, perangai tak berubah " felix ketawa kecil.
✧ ✧ ✧ ✧
" huh.. huh... takkan lah dah balik rumah kot ? "
termengah-mengah yunho, kalini sudah kali ke 2 dia round satu amusement park mencari jejak isterinya yang hilang tanpa dikesan.
disebabkan penat, yunho duduk disalah satu kerusi yang berada disitu. ingin mengisi kembali tenaga yang hilang. dia bertekad nak cari satu round lagi dan kalau tak jumpa juga dia balik terus.
sudah lah phone miliknya mati kerana kehabisan bateri, kalau tak memang dari tadi lagi dia dah call hana.
sedang yunho merenung masa hadapan, dia teringat pula yang hana ada kata yang dia nak pergi tangkap ikan emas dan naik roller coaster.
" tapi tadi dah cari dekat rollercoaster tapi takde so mesti lah dia tengah tangkap ikan emas sekarang ni right ? pergh pandai aku teka "
tidak mahu berlengah masa, terus dia bangun daripada posisi duduk ke berdiri dan berlari mencari gerai or idk the name of that place yang dikhaskan untuk menangkap ikan emas.
10 minit juga dia mencari dan akhirnya dia temui, tanpa banyak fikir terus yunho masuk ke dalam tempat itu.
automatik bibirnya mengukir senyuman lebar apabila tekaan nya tepat bahawa hana sedang menagkap ikan emas tetapi senyuman nya mati apabila melihat isterinya bermesra dengan lelaki yang tidak dia kenali.
" baru bergaduh sikit dah jumpa penganti baru ? aih cepat betul " gumam yunho seorang diri.
dengan wajah masam, dia mendekati pasangan yang sedang bergelak ketawa sambil menangkap ikan emas.
" hana.. " panggil yunho meleret
serentak itu, hana dan felix menoleh memandang ke arah yunho. automatik wajah hana berubah masam.
" mian sayang.. yun tak bermaksud nak bergurau macam tu dengan sayang.. alala maafkan la yun, eung ?"
yunho memegang bahu hana lembut, ibu jarinya menarik wajah hana lembut agar wanita itu mendongak memandang ke arahnya. felix disebelah hana dijeling sekilas. inila lelaki yang bermesraan dengan bini dia ni ! hmph !
" kau siapa ? tak kenal. maaf "
selamba hana berkata sambil menepis tangan yunho yang memegang bahu dan dagunya itu. wajah yunho dijeling sekilas.
" ALALA OKEY YUN BELANJA BALIK ICE CREAM HANA YANG YUN MAKAN TADI.. ERM ? "
yunho duduk melutut menghadap hana, kepala ditundukkan ke bawah dengan tangan kanan dan kiri disatukan meminta ampun. terdesak dia minta maaf sebab takut hana tinggalkan dia dan lari dengan felix.
dahla namja tu 2 kali ganda kacak daripada dia, dengan muka ada freckles nya. yunho is insecure.
" erm awak kenal ke dia hana ? " soal felix hairan. daripada tadi dia asyik lihat lelaki yang tidak dia kenali itu melalak depan hana.
" bangun lah yun.. malu la, orang ramai tengok ni "
hana menarik yunho supaya lelaki itu berdiri. yunho mengeleng kepala tidak mahu. dia takkan bangun selagi hana tak maafkan dirinya. yunho menatap hana dengan mata berair.
" takkan lah sebab yun hiks makan ice cream hana sampai habis hana nak cari namja lain "
mengalir mata lelaki itu sambil bercakap. hana mengetap bibirnya. tak sangka suaminya menagis pun comel.
" apa yun merepek ni ? sejak bila pula hana cari namja lain pulak ni ? dah, hana maafkan yun. bangun cepat ! " arah hana tegas. padahal dalam hati dah terbayang dia gomol pipi yunho.
" em hana ? " felix yang seperti tunggul daripada tadi menyaksikan aksi mereka berdua mula bersuara setelah soalannya diabaikan begitu saja.
" dia ni suami saya, ah biasalah tadi gaduh manja. " balas hana. ibu jarinya sibuk mengelap air mata yunho. nama je lelaki tapi cengeng !
" ehem.. aku yunho, suami hana. kau siapa ? " kata yunho dengan wajah dingin, padahal tadi menangis macam anak tak dapat susu daripada mak. aigoo
" felix, ex boyfriend hana " balas felix selamba.
yunho memandang felix atas bawah, tak percaya yang lelaki kacak ni pernah jadi boyfriend kepada isterinya yang perangai asyik minta kena maki tu.
" seriously ? kau mesti break dengan dia sebab tak tahan dengan perangai dia kan. " teka yunho.
" HOI ! BIADAP " sampuk hana. dia tampar belakang badan yunho geram.
" eh tak lah. dia yang tinggalkan aku sebab insaf lepas dia terdengar ceramah masa dia lalu depan masjid. katanya couple tu haram, terus dia minta break "
cerita felix sambil ketawa. dia ingat lagi mimik wajah hana ketika minta break dengan dia, muka dah dapat hidayah.
yunho memandang hana yang tengah tayang wajah bangga dan riak, kemudian berdecit sinis. eleh konon couple haram, padahal sebenarnya jatuh hati dekat taehyung. ingat dia bebal sangat ke tak tahu.
" jadi korang berdua dah berkahwin ? "
" yup, dah hampir setahun juga lah. and kami pun bakal jadi parent. " balas hana. tangannya mula melingkar pada pinggang yunho. eleh tadi mengada merajuk bagai. dasar-
felix mengangguk faham.
" no wonder hana nampak berisi dan makin cantik. aura ibu mengandung rupanya " kata felix.
" jangan puji lebih-lebih. malu ah " hana sorokkan wajahnya pada bahu yunho. yunho muka redha layan perangai mereng hana.
" kalau macam tu aku balik dulu lah, semoga hubungan korang berkekalan hingga akhirnya. dan anak korang lahir dengan sihat. nanti bila dia dah lahir, jangan lupa call aku. nak juga tengok muka anak korang hehe "
" of course lah, nanti saya call awak. babai ! "
hana melambai pada felix sehingga lelaki itu hilang dari pandangan.
" ehem.. merajuk lagi ke tu ? " tegur yunho.
" pat lanje ice cream, tadi dah janji ! "
" emm tapi kedai ice cream tu dah tutup setengah jam yang lepas lah sayang " kata yunho, tidak lupa sengihan ditayangkan pada hana.
TBC💜
aku type pasal yunho tapi otak aku dipenuhi dengan taehyung hiks puncalah mamat ni, hilang feel aku nak menaip ㅠ-ㅠ !
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro