Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

31🌸

" cepatlah hanaaa.. aku lapar dah ni "

" sabarlah cipanzi, tak nampak aku tengah kemas barang ni "

hana menjeling chaeyong yang sudah memuncung sedepa bak mulut itik itu. perut kalah tong drum, asyik nak makan saja. lambat sikit mula lah merungut. bukannya nak tolong hana kemas barang.

" hana rehat dengan aku hari ni. kau pergilah makan dengan teman lelaki kau kat kantin tu "

serentak hana dan chaeyong berpaling ke arah seorang lelaki tinggi lampai yang baru saja sampai kelas. orang dah rehat dia baru nak masuk kelas. hana menahan senyum apabila lelaki itu sampai.

" awww tenkiu yunho, aku ingat kau tak datang harini so aku teman minah ni makan. MEH SINI KISS MEH aigoo "

chaeyong berlari kearah yunho dengan bibir memuncung berniat ingin mencium jejaka itu.

" WOI SEBELUM AKU BALING KERUSI NI DEKAT KAU BAIK KAU BLAH ! " jerkah hana sambil mengangkat kerusi, tunggu masa je nak baling. yunho pula yang seram tengok bini dia naik hantu.

" WADUH GURAU JE ! "

terus chaeyong berlalu pergi dari situ. bukan apa nanti dia jeles tengok kemesraan pasangan tu. sudahlah kebelakangan ini jimin layan dia nak tak nak sebab cemburu chaeyong ramai secret admire.

" tadi kata sakit perut lah apa lah pastu tibe muncul ni kenapa ? yun masuk sekolah macam mana ? " omel hana. wajah yunho dijeling.

pagi tadi punya lah banyak alasan lelaki itu beri sebab tak mahu ke sekolah. malas katanya. ya sejak dua menjak ni perangai mereka berdua berubah.

kalau dulu hana lah yang malas nak pergi sekolah dan belajar kini beralih pada yunho. kemain liat nak pergi sekolah dia tu. hana pula makin lama makin rajin ke sekolah, prestasi akademik dia pun makin baik.

katanya dia taknak tunjuk contoh tak baik dekat anak dia yang masih didalam perut itu.

" bosanlah, dekat rumah isteri takde nak bagi belaian kasih sayang. yun panjat tembok belakang sekolah tu " yunho membalas persoalan yang diajukan oleh hana padanya.

hana mendekati yunho lalu mencekup muka jejaka itu sehingga termuncung bibir yunho bak ikan buntal.

" alololo sian dia tak cukup kasih isteri " yunho menjeling hana yang seakan memerlinya.

" dah, jom "

" pergi mana ? "

" rooftops "

✧ ✧ ✧ ✧

hana memerhatikan tingkah laku yunho yang sedang mengeluarkan sesuatu dari beg sekolah nya. hampir terletus tawa hana apabila yunho sedang mengeluarkan bekal makanan dan botol air dari dalam beg itu.

" jangan nak gelak sangat lah sebab bekal ni untuk hana. yun yang masak okie "

yunho tersenyum bangga, bersusah payah dia tengok resepi dekat pakcik google tadi. penat juga lah berperang dengan dapur sampaikan 3 kali juga dia cuba masak dan mujur kali keempat menjadi masakannya.

" ye ke ? bukan beli dekat kedai ? " soal hana ragu-ragu. bukan dia tak tahu suaminya ini bukan pandai sangat masak.

" iyalah sayang. yun masa ni special untuk sayang tau "

disebabkan tidak sabar ingin merasai air tangan sang suami, tangan hana laju membuka bekalan dihadapannya itu.

bersinar matanya apabila makanan yang terdapat didalam bekal itu adalah makanan kegemarannya iaitu fettucini carbonara. biarpun simple tapi sedap.

" wahhh siyes lah yun masak ni ? sedap gila ! " puji hana setelah makanan itu sudah masuk kedalam mulutnya.

yunho tersipu malu apabila dipuji oleh bini sendiri. eleh gedik !

kemudian dia keluarkan satu lagi bekal lalu membuka bekal itu untuk hana bila gadis itu sedang fokus makan dengan berselera.

" then yun ada bawak buah sebagai dessert. buah epal, tembikai and jambu. semuanya kegemaranㅡ eh kenapa pandang yun macam tu? "

berkerut dahi yunho tatkala hana memandangnya lama. hana tersenyum lembut.

" yun tak makan ? "

" dah makan dekat rumah tadi "

hana mengangguk. dia meraih jemari yunho lalu bermain dengan jari suaminya itu.

" thank you for everything. hana tau yun buat semua ni sebab nak jaga pemakanan hana dan kesihatan baby kita tapi janganlah sampai tak makan. ingat hana tak dengar ke perut yun tu dah buat konsert rock tu ? "

yunho mengaru belakang kepalanya. malu pula bila tembelangnya sudah pecah. tak sangka isterinya dengar bunyi perutnya itu.

" jom makan sekali dengan hana. kesian yun lapar " ajak hana.

" takpa lah. sayang makan je, nanti yun singgah kantin beli roti. lagipun sayang lagi penting. tu baby kita dalam perut kena makan cukup-cukup biar dia membesar dan cepat-cepat lahir pastu cepat-cepat kita bagi dia adik baru "

" eleh tau buat anak je. jaga sorang anak belum tentu mampu lagi " perli hana.

terdiam jejaka itu setelah perlian pedas itu benar-benar menusuk jiwanya. hana yang perasan yunho terdiam hanya ketawa kecil. sentap lah tu

" sayang.. ingat tak yun pernah janji nak bawak hana pergi amusement park lepas yun balik dari camping tu ? "

hana hanya mengangguk. masih sibuk makan. mulutnya sudah penuh dipenuhi makanan.

" sebelum sayang sarat mengandung, jomlah kita pergi malam ni. nak ? "

hana mengeleng.

" penatlah. hana nak tengok drama malam ni pastu tidur awal " ujar hana selamba.

" oh em takpelah. kita pergi next time je lah " balas yunho seakan berjauh hati. entah mengapa dia berasa kecewa dengan respon hana.

fikirnya wanita itu akan berasa teruja tapi sebaliknya. dia memandang hana dan cuba mengukirkan senyuman meskipun senyuman palsu.

" gurau je ! heee of course lah hana nak pergi malam ni. sejak kahwin tak pernah lagi date dengan suami sendiri "

muncung sedepa yunho bila hana berjaya mengenakannya.

" bukan sejak kahwin, sebelum kahwin pun kita tak pernah berdating berdua. kahwin pun atas dasar family bukannya cinta "

" but thank god disebabkan family kita satukan kita lah, kita bahagia macam ni. betul lah pilihan keluarga adalah yang terbaik " sambung yunho lagi.

" seronok rupanya bercinta lepas kahwin " kata yunho sambil merenung wajah hana lama.

" kan. lelagi bila pilihan keluarga tu cantik, sopan santun, lemah lembut. siap packej pandai masak lagi tu " kata hana sambil menyelit rambut ke belakang telinga.

aik puji diri sendiri ke tu ?

" TIPU AH ! sopan bendanya, tidur pun lasak. lemah lembut pergh jauh sekali, masa gaduh aritu pun ditengkingnya kita. tacod baby "

PPAK !

" haa setepek "

keduanya memandang ke arah pintu rooftops. muncul wajah tak tahu malu tujuh jejaka idaman pelajar wanita sekolah itu.

hana dan yunho keduanya sudah mengeluh pendek. menyesal juga lah tadi tak kunci pintu tu. terbantut yunho nak beromantik dengan sang isteri.

" asal datang sini ? " soal yunho tidak berpuas hati. manakala hana pula menyambung makan makanannya.

" saja nak mengacau pasangan suami isteri "

seonghwa ketawa kecil melihat riak cemberut yunho. tahu yang pasangan dihadapannya ini tengah bengang sebab mengacau waktu mereka berdua. ala macam kat rumah tak jumpa je.

" ingat kan kau tak datang hari ni pastu tiber je muncul sampai sanggup panjat tembok semata nak jumpa isteri terchenta ea ? HAHAH "

" tu lah, konon malas datang lah sakit perut lah pastu bila bini hilang sekejap je terus bosan automatik datang sekolah tu ! "

" tabah yun. ini semua dugaan. " hana mengusap belakang badan suaminya yang sedang menyorokkan wajah di ceruk leher hana. tahan malu ler tu.

" eleh mengada je budak ni. ha hana, perut makin buncit. pipi makin tembam. bahagia betul ya korang " ujar wooyoung.

" eh mana pulak kau nampak perut aku buncit ni ? aku rasa aku pakai hoodie yunho ni cukup besar " soal hana hairan. ditelek badannya yang tersarung hoodie milik yunho itu.

" kau usya perut bini aku, jung wooyoung ? " yunho merenung wooyoung tajam. setajam burung helang.

" usya perut je bukan dada " balas wooyoung selamba dan kemudiannya dia melarikan diri setelah dikejar oleh yunho.

panas pula hati mamat galah tu dengar jawapan wooyoung. hana hanya mengeleng mengabaikan aksi kejar mengejar itu.

yang lain juga begitu, mereka mengambil tempat duduk berdekatan dengan hana. seonghwa dan hongjoong duduk diatas sofa usang bersebelahan hana manakala yang lain hanya bersila di lantai.

" kau okay ? takde sakit pinggang sepanjang pregnant ni ? " soal seonghwa cuba mengambil berat.

" okey je. adalah kekadang kaki aku lenguh tapi yunho selalu lah urut kaki aku. dia layan je kerenah aku " hana tersenyum nipis.

" bangga aku dengan dia tu. dulu childish je perangai sekarang dah makin matang sejak bakal jadi bapak orang ni. " kata mingi dan mendapat anggukan dari semua orang.

" itulah. sejak aku mengandung ni semua kerja rumah dia yang buat. basuh baju, sidai baju, sapu sampah, mop lantai, cuci tandas. dia lah yang buat. bila aku nak tolong dia tak
bagi "

" suami material betul dia ni. untung kau dapat dia, hana. jaga hubungan korang baik-baik. kena sentiasa percaya antara satu sama lain. aku harap korang berkekalan lah. " pesan hongjoong.

rambut ikal mayang hana diusap lembut. sudah dianggap seperti adik perempuannya sendiri.

" yup betul tu. bukan apa lah tapi yunho ada mengadu dekat kami yang jiyoon kerap kacau dia kebelakangan ni. kami tak nak korang bergaduh lagi sebab perkara kecil " tambah san pula.

" arraseo. akan aku pin kan korang punya nasihat dalam kepala otak aku" hana terkekeh kecil.

TBC💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro