29🌸
hana's
sebaik aku masuk ke dalam perkarangan sekolah , ramai mata-mata memandang aku. agak hairan juga kenapa semua pandang aku macam aku baru lepas rogol anak teruna orang.
" yunho.. kenapa dorang pandang saya macam tu " soal aku
aku mengenggam tangan yunho erat. takut dengan pandangan tajam yang mereka lemparkan pada aku.
" abaikan je diorang tu. dah jom masuk kelas. larat tak naik ? ke nak saya dukung ? "
aku mengeleng. beg aku pun dia bawa. risau aku penat katanya.
" yunho saya ni baru mengandung sebulan lebih tau bukannya dah sarat sangat pun. boleh lagi berlari. yang awak risau macam saya dah nak beranak esok ni kenapa ? " aku bercekak pinggang.
" ala saya risau je. kalau awak jatuh macam mana ? " cebik yunho.
" im okay lah. jangan risau pasal saya. pandai lah saya jaga diri. " balas hana.
yunho tak membalas. dia memeluk pinggang hana lalu meletak dagu pada bahu hana.
" iye lah. jom masuk kelas " ajaknya.
kami berdua masuk ke dalam kelas. ramai mata-mata memandang ke arah kami. pantas aku tolak yunho yang masih memeluk pinggang aku ini.
" sayang ! kenapa tolak saya ! sakit tau " dia memandang aku geram. alahai comel betul.
aku abaikan dia dan duduk di tempat aku.
" hanaaaaaaa " panggil yunho meleret.
" yun behave la. kita kat sekolah , tak malu ke ramai orang tengok " tegur aku.
berubah terus air muka yunho selepas ditegur oleh aku sebegitu. lantas itu dia bangun dari kerusi disebelah aku dan meninggalkan aku lalu beralih ke tempat duduk chaeyong.
" chaeyong , kau duduk sebelah dia. aku nak duduk sini " arahnya. suaranya juga kedengaran dingin.
takkan lah dia marahkan aku ? aku tegur dia tadi pun sebab ramai mata-mata yang tengok kami. segan lah aku :')
" asal korang berdua ni ? tadi bukan main lagi sweet macam mintak kena potong kaki , gaduh ke ? " soal chaeyong sebaik duduk disebelah aku.
" ah molla ! " aku menyembamkan wajahku di meja. malas mahu pikir
" lantak korang lah " chaeyong yang sudah malas bertanya apa apa lagi itu hanya mendiamkan diri dan bermain dengan phonenya.
⊱ ━━━━.⋅ εïз ⋅.━━━━ ⊰
bunyi loceng menandakan rehat sudah berbunyi. guru kelas kami yang mengajar subjek sains sudah lama keluar dari kelas.
aku menoleh kebelakang untuk melihat yunho dan ingin mengajaknya berehat bersama tapi hampa apabila susuk tubuhnya langsung tidak kelihatan.
" cari yunho ke ? tadi aku perasan dia dah keluar " kata chaeyong seakan tahu aku mencari lelaki itu.
" eh tak lah. mana ada aku cari dia. dahla jom turun kantin " nafi aku. aku bangun dan meninggalkan chaeyong dibelakang.
" dua ii ego " gumam chaeyong
" YAH TUNGGU LAH AKU ! " chaeyong berlari mengejar aku yang sudah maju berada di depan.
" ha tu la lembap lagi jalan tu. dah macam siput babi " perli aku
chaeyong berdecit.
" eleh cakap orang dia pun sama " balas chaeyong.
hana hanya mendiamkan diri. malas dia mahu bertikam lidah dengan chaeyong kerana dia tahu akhirnya dia juga akan kalah.
sampai sahaja di kantin , seperti biasa kami berdua akan rehat bersama bts tapi tak sangka harini ateez juga join bts rehat. ah sudah ! dahla angin yunho tak berapa baik dengan aku hari ni.
" hai hana " tegur hoseok
aku membalas dengan senyuman. aku melabuhkan punggung bersebelahan yunho.
dia kelihatan langsung tidak sedar dengan kehadiran aku ini. entah tidak sedar atau berpura pura yang aku tak wujud.
" awak " lengannya dicucuk dengan jari telunjuk tapi dia palau aku.
" yunho~ awak marahkan saya sebab pagi tadi ke ? sorryla em. saya segan ramai orang tengok kita tadi ha astu nanti ramai bergosip pasal kita " pout aku.
" ala yun~ "
lengannya digoncang-goncang sampai dia nak makan pun tak lepas sebab aku ganggu dia. siapa suruh palau aku hmph !
" jangan kacau orang nak makan lah "
suara dingin sedingin suhu di kutub utara itu menerjah pendengaran aku. amboi marah betul dia.
aku lepaskan lengannya. bibir dicebik menahan air mata daripada tumpah. hey i sensitif tau sejak ii mengandung ni bukannya mengada ! babap kang
" gaduh lagi ? " tegur jungkook yang menyaksikan adegan tidak berbayar yang dilakon khas oleh hana dan yunho oyeah
" shh diam lah tenuk. hal rumah tangga dorang kita tak payah kacau " sampuk yoongi yang malas mahu masuk campur urusan mereka berdua.
baginya itu hanya lah membuang masa. lebih baik dia tidur dan meluangkan masa bersama kumamon tercinta.
" sebab ni lah aku malas nak bercinta " gerutu seonghwa.
" ha takpayah mengada nak bercinta bagai. kau ada aku " hongjoong tersengih.
" ya tuhan , kau sucikan lah mata aku yang sudah tercemar dengan adegan kunyit ini. astagfirullah "
mengucap jongho dibuatnya melihat hyung ii nya yang agak songsang itu. syukur alhamdulillah dia masih normal. mahu saja dia mengambil wuduk untuk menyucikan matanya itu.
ada yang mahu bismillah assalamualaikum kan dirinya kepada jongho ?
✧ ✧ ✧ ✧
" sayang.. awak dah siap ke kerja mathematic yang Sir Yoon bagi tadi ? "
Yunho memandang kearah Hana yang tampak begitu senang sekali diatas katil itu. Siap berguling lagi ke kiri ke kanan ke kiri ke kanan sambil melayan youtube.
Tidak lupa juga kekehan gelak ketawa yang keluar dari bibir mungil itu membuatkan Yunho terganggu untuk melakukan kerja sekolahnya.
Geram saja Yunho dengan wanita itu apabila pakaian Hana itu membuatkan dia ingin memeluk wanita itu ketat , sendat dan padat. Sudahla hanya memakai tshirt oversize berwarna putih dan short pants. Rambutnya pula dibiar tidak diikat.
" belum "
Sepatah hana menjawab tanpa memandang wajah suaminya yang kacak lagikan comel bagaikan anak anjing dan gula gula kapas berwarna pink.
Dia lebih tertarik menonton youtuber malaysia iaitu Azfar Heri yang baru sahaja tak sampai 30 minit tadi upload video baharu.
" bila nak buat ? Sir Ahn nak esok tau "
" esok pepagi buta saya tiru lah Chaeyong. Macam biasa lah. "
Selamba Hana membalas. Tak lama kemudian dia kembali mengekek ketawa melihat mimik muka Azfar Heri yang baginya melucukan.
Yunho mengeleng kepala melihat sikap pemalas Hana itu. Macam mana lah dia boleh jatuh cinta dengan yeoja yang pemalas nak mampos ni.
" Sebab tu lah sayang selalu gagal math. awak tak pernah cuba untuk buat sendiri. "
Yunho merampas phone milik hana lalu disimpan kedalam poket seluar. Hana berdengus geram apabila phoneya dirampas. Entah bila pula Yunho muncul disebelah. Tahu je phone dia dah kena rembat.
" Tak payah buat muka macam tu. Now awak ambil buku math then belajar dengan saya "
" Oh ya , selagi tak siap selagi tu saya takkan pulangkan phone awak " sambung Yunho lagi.
" ALAAAAAAAAA "
" takde bantahan. now , ambil kerja awak dan duduk depan saya. "
Hana dengan wajah masam seperti lemon itu mengambil bukunya. Kakinya menghentak hentak lantai tanda protes. Sesungguhnya Hana amatlah benci matematik.
Buku latihan matematiknya diletakkan dihadapan. Baru saja menyelak halaman pertama, dia sudah menguap. Nampak tak betapa bencinya dia pada math tu.
" ni macam mana ni , soalan dia tanya x. dia ni tak habis ii nak menyusahkan orang. tak reti move on ke ! aku sendiri takde ex ini kan pulak nak cari x dalam math " bebel hana seorang diri.
" alahai bengapnya bini aku ni " yunho mengeleng kepalanya. frust dia dibuatnya.
" macam ni... "
maka yunho mula terangkan dari A hingga Z. tu kalau tak faham juga tu memang rasa cam nak kelar nadi pakai pembaris la jawabnya.
" faham taㅡ ya tuhan dah tidur budak ni " yunho menepuk dahi
dia mengeluh. wajah polos hana yang enak diulit mimpi itu ditatap lama. rambut hana yang menutupi wajah gadis itu diselak. dengan berhati-hati dia mengangkat tubuh kenit gadis itu lalu diletakkan atas katil mereka.
TBC💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro