Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

22🌸

"erm nanti aku rindu kau " yunho memeluk tubuh hana erat. sekarang mereka berdua berada di katil tengah melepas rindu. katanya nak pillowtalk.

ikutkan sekarang hana berada di rumah mentuanya akan tetapi puan jeong sendiri yang hendak datang ke rumah mereka kerana tuan jeong outstation. kedua ibu bapa mereka juga tahu tentang kandungan hana. reaksi mereka memang teruja sungguh !

" Alah 3 hari 2 malam je pun, bukannya lama sangat " 

Rambut lelaki itu diusap lembut. Suka aku main rambut dia ni. Lembut je kalah rambut aku. Dia pakai conditioner apa sia ?!

" Lama lah tu ! kau suka eh aku takde lama-lama? k fine " suara yunho kedengaran kendur. dia melepaskan pelukan dari tubuh hana dan berpaling kearah bertentangan.

hana mengaru dahi kerana buntu dengan sikap yunho yang cepat terasa hati sejak - sejak dia mengandung ini. merajuk dia tu kalah perempuan pula tu, pening hana dibuatnya.

" bukanlah..  alalala jangan lah merajuk awakkk " wajah hana jangan cakaplah, memang serba salah betul.

hana mencebik bibir. perutnya yang masih kempis diusap. " aegi.. tengok papa tu, nama je lelaki tapi kuat merajuk ! " omel hana sendirian.

tetapi yunho taklah pekak sampai tak dengar omelan wanita itu. dia kemudiannya menghadap hana semula dan dibawa wajahnya pada perut hana.

" aegi jangan dengar cakap mama. merepek je dia tu. memang sengaja tempah tiket free ke neraka sebab derhaka dengan papa. " bibir dimuncungkan. wajahnya juga masam.

chup !

" aip nakal yaa sayang sekarang.. " dari wajah masam terus bertukar wajah teruja. teruja lepas dicium oleh isteri sendiri. ehem.

" siapa suruh comel sangat. gerammm je saya tengok awak ni " tangan hana senyap-senyap menjalar pada pinggang suaminya lalu dipeluk kuat. 

" lepas aku balik kita pergi dating eh ? " Ajaknya.

" sure. where ? "

" amusement park "

" pergh ! aku dah pregnant baru kau nak bawak sebelum ni takde pun, nanti kalau aku terjatuh pastu tergugur macam mana?! " kata aku geram. ha dah hilang aura-aura romantic yang tak seberapa tadi.

" uish rilek lah sayang oi.. bukannya aku suruh kau naik rollercoaster ke apa. kita jalan-jalan je lah tengok orang "

" dahtu apa function pergi sana semata nak tengok orang wahai suamiku yang kacak ? " soal hana fed up. wajah poker face ditayang pada suaminya itu.

" saja " balasnya ringkas.

" apa-apa je lah. cepat lah tidur, esok kena bangun awal kan " ujar hana sambil mengeratkan lagi pelukan pada tubuh yunho. kalau boleh dia nak peluk sampai tak de nafas lol.

✧ ✧ ✧ ✧

" good morning omma.. awal omma bangun " 

hana menyapa mentuanya yang sedang meletakkan sarapan mereka di atas meja makan.

" morning too hana. saja omma bangun awal nak buat sarapan untuk kamu berdua" balas puan jeong.

" patutnya biar hana yang buat sarapan untuk omma dan yunho. susahkan omma je "

" takpe lah. tak susah mana pun. lagipun omma memang nak masakkan untuk kamu berdua. ni baby macam mana? okay ? "

puan jeong mengubah topik. bercakap tentang bakal cucunya itu membuatkan dia tersenyum bahagia.

" okay je. takde apa-apa masalah pun. hana kan pandai jaga pemakanan hana hehehe " hana tersengih sehingga menampakkan gummy smilenya itu. tak lupa dia mendabik dada. bangga dengan dirinya sendiri. puan jeong ketawa besar mendengar kata-kata menantunya itu.

" ada-ada je lah kamu ni. yunho mana ? belum bangun lagi ? "

" dah bangun tadi, tengah mandi lah tu "

" hana pergi lah tengok dia tu. risau pula omma nanti dia sambung tidur "

puan jeong bercekak pinggang. sudah masak sungguh dengan perangai tak semegah anaknya tu.

" arraseo omma "  tanpa banyak alasan terus hana naik ke tingkat atas. sebaik dia masuk bilik, figura yunho yang masih diatas katil berselubung dalam selimut membuatkan dia mengeluh.

" jeong yunho, bangun lah... awak lupa ke awak ada apa hari ni ? nanti terlepas bas lah " hana melabuhkan punggung di birai katil.

" ala aku dah siap lah cuma nak sambung tidur sekejap je " yunho memeluk pinggang hana. matanya pula menyepet macam orang taknak bukak mata langsung. dan hana tahu, lelaki itu berniat nak sambung tidur kembali.

" Nanti terlepas bas lah awak ! bangun cepat and turun makan. omma dah buatkan sarapan tu "

" iyelah, tapikannnn"

" tapi apa ? "

" aku belum pack baju aku lagi hehe ! "

" woi kau nak gerak jap lagi kan ? apahal tak pack lagi. dasar pemalas punya manusia, dah tu aku yang nak kena pack kan baju untuk kau ah ni ?! "

haaa tu dia, ciri-ciri isteri durhaka.

" ye la. Takkan omma pulak " balas yunho selamba.

" ergh ! sabar je lah aku "

hana menjeling yunho yang tersengih-sengih bak kerang wangi itu. masalahnya dia nak gerak lagi 30 minit tau tapi baru sekarang nak bagitau, malam tadi taknak cakap tapi sibuk menempel kat orang. mana tak bengangnya si hana tu.

" sorry sayang.. im forgot. aku turun dulu tau sarapan nanti aku naik semula "

cepat dia berlari turun kebawah. dia tahu hana sedang bengang dengan dia sebab tu dia lari.

" tau pun nak lari " kata hana sendirian.

hana mencapai beg yang berada di atas almari dan dia mencari pakaian yang sesuai untuk yunho semasa perkhemahan itu. bab macam ni memang hana pro, iye lah dia kan banyak kali asyik pergi perkhemahan. cikgu ii yang handle pun dah muak tengok muka dia.

✧ ✧ ✧ ✧


" gati-hati dalam hutan tu awak. bahaya, jangan buang tabiat tetiba nak masuk hutan masa takde aktiviti and kalau ada aktiviti yang perlukan partner make sure jangan cari partner perempuan. just lelaki je ! saya cadangkan awak dengan Mingi. and alsoㅡ "

" apa lagi sayang ? panjang lagi ke nak dibebelkan tu ? member aku dah tunggu tu " sampuk yunho.

orang dah nak pergi masatu lah dia bebel panjang-panjang.

" haa pergi la ! dah lambat kan ! "

hana menolak tubuh yunho. dia memeluk tubuhnya dan bibirnya dicemikkan.

" arrata aku faham. aku takkan masuk hutan, kalau ada aktiviti yang berpasangan aku akan pilih mingi and one more i love you too"

" eh macam mane tau saya nak cakap tu ? "

hana mengerut dahi hairan. suami dia ni boleh baca fikiran orang ke apa fikirnya.

" kita ni memang ditakdirkan bersama sebab tu aku tahu " yunho ketawa kecil.

" come here.. last hug before aku pergi "

yunho memeluk tubuh hana erat kemudian dahi hana menjadi sasaran bibirnya dan akhir sekali bibir hana dikucup lembut. agak lama sebelum dia melepaskannya.

" trust me, you will miss me and my kiss also my warm hug " yakin yunho berkata walaupun englishnya hancurz

" yea, ppali pergi. kawan awak dah tunggu "

" waitㅡ "

yunho menunduk kan wajahnya supaya sama paras dengan perut hana lalu dia mengusap dan mencium lembut perut isterinya itu.

" jangan nakal-nakal dalam ni. papa takde ni jangan meragam tau kesian mama nanti. byee aegi ! "

hana hanya tersenyum melihat telatah suaminya itu. eey geram nak gegewt, nasiblah yunho ada perkhemahan kalau tak memang berkepit saja hana dengan dia.

✧ ✧ ✧ ✧

" hana okay ke duduk rumah sorang ? "

soal mingi sengaja mencari topik. dari tadi senyap sebab si yunho layan phone. bosan dia dibuatnya.

" okay je, omma aku pun ada so aku tak risau sangat. tapi still risau lah jugak " balas yunho tetapi matanya masih menatap skrin phone. entah apa yang ditengoknya pon tak tahu.

mingi menganguk faham. dia memerhatikan sekeliling dan perasan jiyoon berada di belakang mereka

" eh jiyoon.. sejak bila duduk sini aku tak perasan pun" soal mingi hairan.

rasanya tadi dia nampak gadis itu duduk di di belakanggggggg sekali. manakala tempat duduk mereka pula di hadapan sekali. yunho yang mendengar itu tidak mengendahkannya.

dia menyimpan phonenya didalam bagpack miliknya dan beg itu dipeluk erat. matanya dipejam tapi tidak terlelap. hanya mahu pejamkan mata sahaja.

mingi juga sebenarnya mengantuk tapi dia tahan. bila dia perasan yunho memejamkan mata dia turut berbuat perkara yang sama dan akhirnya dia terlelap.

" kau kata hana selalu ikut bila ada camping ni takde pun batang hidung dia ! "

" mana lah aku tau, selama ni dia ikut je "

jiyoon menjeling haejun. disebabkan jarak mereka jauh mereka on the phone berdua lagipun ramai yang tidur jadi tiada siapa yang akan dengar perkara yang mereka bual kan.

" jadi musnah lah rancangan aku ? cis takguna betul lah kau ni ! "

" lol salahkan aku pulak, aku dah lama tak tegur perempuan tu sejak dia jatuh tangga hari tu "

" kau dah tolak dia sampai jatuh lepas tu menghilangkan diri. kau tak malu eh? "

" buat apa nak malu ? bukannya aku tolak dia kuat pun. dia yang hilang keseimbangan and jatuh so bukan salah aku "

" sudah lah cakap dengan kau menyakitkan hati aku saja "

tanpa mereka berdua sedar, yunho mendengar segala perbualan mereka.

TBC💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro