Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

20🌸

aku mendekati yunho yang sedang membuat homework itu. aku awal lagi dah siapkan kat sekolah sebab malas nak siapkan kat rumah.

aku duduk disebelah yunho. lelaki tu nampak tekun buat kerja sampai aku disebelahnya langsung tidak sedar. sebenarnya aku nak mintak dia belikan something. tetiba teringin nak makan.

tapi bila tengok dia buat kerja terus aku batalkan niat aku ini. hm esok je lah suruh dia belikan buah mangga tu. but aku nak makan hari ni em 👉👈

" awak sibuk ke ? " soal aku.

terhinjut bahunya mendengar suara aku yang tetiba sahaja menegurnya.

" bila kau turun ? asal aku tak perasan ni ? "

eh kita soal dia, dia soal kita balik. luku kepala kang.

" dia yang tak perasan orang turun tadi. saya tanya ni awak sibuk ke " soalku sekali lagi.

" sikit lagi pastu siap lah. why ? "

" nak suruh belikan buah mangga " kataku sambil memuncungkan bibir. minta simpati

" aku siap buat kerja aku belikan untuk kau. kau lately ni asyik mintak makanan yang takde kat rumah. saja nak menghabiskan duit aku ke apa " katanya.

ya lately ni aku asyik mintak dia belikan makanan pastu aku kuat makan sebab entah aku kebulur tengok youtubers tu buat mukbang !

aku pun rasa cam nak try buat mukbang. agak-agak ada tak yang nak subscribe channel aku nanti? berangan je la kau hana

" tak ah. tadi tengok mukbang fuh nampak sedap tu yang saya suruh belikan. hehe " balas aku

" haih kau ni. mujur kesayangan " aku hanya tersengih bila dia kata begitu.

" thanks awak ! " lengannya aku peluk.

" ye hana aku tahu tapi boleh lepaskan tak ? aku nak buat kerja sekolah ni. kalau kau duk peluk lengan aku, aku nak tulis pakai apa ? kaki ? " bebelnya. aku melepaskan lengannya itu. bebel lagi haih

" naik atas dulu. bye ! " kataku berjauh hati.

mood aku sensitif tau sejak beberapa minggu ni. orang cakap macam tu pun aku terasa.

aku meninggalkan yunho dibawah dan terus naik ke atas. aku memanjat anak tangga ini dengan perasaan geram. sengaja aku menghentak kaki ketika menaiki tangga.

" haih.."

yunho di bawah mengeleng kepala hairan dengan perangai hana yang makin pelik sejak kebelakangan ini. dia kembali melakukan kerjanya itu.

✧ ✧ ✧ ✧

yunho mengambil plastik yang berisi buah mangga yang hana beria-ria minta tadi itu dengan senyuman lebar memikirkan wajah gembira hana bila mendapat makanan yang dia ingin kan.

sebaik dia ingin masuk, dia perasan ada sepasang kasut dan higheel yang kurang familiar padanya di depan itu.

" sayang im home " kata yunho tidak terlalu kuat tapi kalau dari tempat dia berdiri hingga ke ruang tamu memang boleh dengar suara dia.

yunho menapak ke ruang tamu. kelihatan dua orang insan yang dia kenali berada di situ.

" jimin hyung, chaeyong. kenapa datang tak bagitau ? " soalnya hairan.

"si hana tu call hyung suruh belikan dunkin donut. bila hyung cakap hyung busy boleh pulak dia menangis. mengada punya budak " jimin mendengus geram.

tengah dia dan chaeyong date tadi boleh pula hana call dia merayu-rayu suruh belikan dunkin donut. kacay daun betul budak tu.

" HANA DENGAR LA OPPA ! " laung hana dari dapur.

" and i oopㅡ " jimin menyengih.

" oh yunho pergi dapur nak bagi budak tu ni. tadi pun dia mintak yunho belikan buah mangga. tah benda perangai dia lately ni asyik nak makan je. mintak pulak makanan yang takde kat rumah" bebel yunho.

dia mengeluh dengan sikap aneh isterinya lately ni.

" hm complicated betul. ha pergilah dapur tu kang merajuk budak tu " kata jimin.

yunho tidak membalas dia hanya mengangguk sahaja dan mula menuju ke dapur. sebaik sampai di dapur, dia terus mendapatkan hana yang sedang enak makan donut itu.

dia mengambil tempat di hadapan hana, plastik yang berisi buah mangga yabg sudah dipotong diletak dihadapan hana. hana mendongak wajahnya memandang yunho yang tersenyum lebar melihatnya makan.

" pe ni ? woah mangga " kata hana sambil membuka plastik itu.

" tadi kau beria nak, bila dah belikan tau-tau ada orang tu request donat pulak dekat oppa dia. padahal suami dia ni ada je" yunho menguling bebola matanya.

" masatu tetiba rasa nak makan donut hm jangan lah marah" hana menyengih tidak bersalah.

dia pun tak tahu dengan diri dia yang kuat makan lately ni lepastu esok pagi mula lah muntah. itu la banyak sangat makan. hairan juga hana dibuatnya.

" tak marah tapi jimin hyung tu tengah date dengan chaeyong, kau pulak kacau daun. kesian pulak aku tengok dorang hahaha" yunho ketawa kecil.

hana hanya mengabaikan yunho dan fokus pada buah yang berada didepannya ini.

yunho hanya melihat hana yang sedang menyuap mangga ke dalam mulutnya.

" woah sedap!" puji hana.

yunho hanya tersenyum bangga. eleh padahal beli dekat kedai buah je pun.

" haih macam mana lah aku nak tinggalkan kau nanti. perkhemahan tu dah tak lama. lagi seminggu je. risau aku, kau dah la pagi-pagi buta asyik muntah aje. mujur pagi kalau setiap masa muntah? lagi risau akuㅡ "

hana meletakkan jari telunjuk nya pada bibir yunho tanda menyuruh lelaki itu senyap.

" no its okay, im fine. saya boleh jaga diri and awak kan dah cakap nak hantar saya dekat rumah parent awak. so nak risau apa nya. mereka ada" kata hana cuba melegakan yunho yang sedang risau itu.

" oh ya terlupa pula yang aku akan hantar kau dekat rumah parent aku. pape pon make sure jaga diri dekat sana nanti " pesan yunho

" ye ! awak nak pergi lagi seminggu kan? kalut sangat kenapa ni" hana ketawa dengan sikap yunho itu.

yunho hanya sengih dan mengaru kepalanya yang tidak gatal itu. terlupa pula dia yang dia akan ikuti perkhemahan itu minggu depan tapi dia punya pesan awal dekat hana. sebab risau punya pasal

✧ ✧ ✧ ✧

" kau nak makan apa ? aku belikan"

aku mendongak memandang yunho yang tiba-tiba sahaja muncul ditepiku ini. dia tinggi so aku kena dongak nak pandang dia mohon faham aku ni pendek

kan bagus kalau dia tanya dalam kelas tadi tak payah aku bersusah payah turun tangga nak pergi kantin dengan keadaan aku yang tak berapa sihat nya lagi ni.

pukul 4 pagi tadi sudah berapa kali aku masuk tandas sebab muntah. entah lah pening kepala. sama ada demam atau corona shshs

" dah nak sampai kantin pun ha, tak payah lah " balas ku.

" kau tu bukannya sihat sangat pagi tadi dah muntah, tu nampak muka tu lesu semacam je. dah tunggu kat sini aku pergi belikan" ujarnya.

belum sempat aku ingin bersuara dia sudah beredar terlebih dahulu.

dengan longlainya aku mendaki anak tangga satu persatu. haih buat penat je turun tadi.

" hana ! " panggil seseorang.

aku berhenti mendaki dan menoleh ke bawah. wajah jiyoon menyapa pemandangan aku. kenapa muka dia masam semacam je ? aku ada cari pasal dengan dia ke ? rasanya takde.

" jiyoon.. kenapa ? " soal aku bila dia sudah berdiri didepan aku.

" aku nak tanya kau ni. kau and yunho ada apa-apa ke ? " soalnya berminat ingin tahu tentang aku dan yunho.

" mana ada apa-apa. kau pun tau kitorang kawan " balas aku malas.

" tipu lah. aku tahu korang berdua ada apa-apa kan. kalau tak kenapa korang asyik berdua je lately ni " katanya lagi sambil memeluk tubuh.

" macam yang aku cakap kitorang kawan je takde apa-apa " kataku masih menafikan hubungan kami.

gila apa nak cakap aku dan yunho sudah kahwin silap hari bulan ada yang buat cerita itu ini tentang kami.

" aku tak nak kau dekat dengan dia lagi. aku tak suka. aku masih cintakan dia lagi " lancar dia berkata dengan senyuman sinis dibibirnya itu. geram pulak aku.

" masalahnya aku dengan dia memang takde apa-apa. kau nak marah dengan aku sangat kenapa ? sebelum ni okay je " anak mataku tajam menikam matanya

" sebab aku taksuka lah ! jangan tanya soalan bodoh ni boleh tak ! " marahnya lalu dia menolak badan ku sederhana kuat tetapi disebabkan aku hilang keseimbangan aku terjatuh dari tangga itu. aduh klise.

aku menyentuh bawah perutku yang terasa amat pedih. mata ditutup rapat bagi menahan rasa perit itu. juga terasa seperti ada sesuatu yang mengalir dari celah pehaku.

" HANA ! "

membulat mata yunho yang baru tiba itu melihat keadaan hana yang sudah terbaring di bawah tangga dan yang lebih mengejutkannya apabila dia ternampak darah yang mengalir pada celah peha hana.

" astagfirullah hana ! dah tau period kenapa tak pakai pad ! "

gelabah yunho membuka blazernya untuk menutup peha hana yang terdedah itu

TBC 💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro