18🌸
pasangan yang bagaikan pinang dibelah dua yang sedang memasak didapur itu memandang antara satu sama lain apabila bunyi loceng rumah mereka berbunyi.
hana je la yang masak , si yunho tu menyemak je mengacau orang. maafkan beta, dia tolong tengok aje maksudnya.
" pergi la tengok siapa tu. ateez kot " teka hana yang sedang tekun mengacau adunan untuk dibuat kek.
yunho melepaskan pelukan pada pinggang hana dan pergi ke depan untuk melihat siapakah insan yang mengacau dia dan hana yang sedang bersweet-sweet didapur tadi.
tepat tekaan hana bahawa yang datang kerumahnya adalah ateez. eh bukan datang tapi pulang. ingatlah yang ateez tumpang tidur rumah mereka untuk beberapa hari ni. :')
" pahal korang berdua tak pergi sekolah ? " soal hongjoong sebaik sahaja yunho membuka pintu.
" YUNHO ! siapa tu ?! " suara hana yang berada di dapur kedengaran.
" 7 ekor tenuk ! " laung yunho.
mereka semua memberikan death glare pada yunho tetapi lelaki itu langsung tak kesah. pikir wa gentar la ha macamtu la wajah dia sekarang ni.
" aku blah lu. nak mandi " san terus naik ke atas diikuti dengan wooyoung dibelakang.
" malam tadi korang takde kat rumah ke ? "
" tak. kitorang melepak kat karokae sampai pukul 4 pagi. "
" astaga. patut la semua lari rumah aku. mesti sebab kena halau dengan parent memasing kan? HAHAHAH " tebak yunho sambil ketawa terbahak-bahak.
" diam lah kau. haa aku nak bagitau yang sekolah kita ada buat perkhemahan mungkin bulan depan tapi kitorang dah letak nama and nama kau pun kami dah letak " kata mingi
" ala aku malas pergi la. aku kena jaga hana "
bibir dijuihkan ke arah dapur yang wujudnya seketul insan bernama hana sedang membaking kek.
" jangan bagi alasan. 3 hari 2 malam je pun. omma kau dengan dia kan ada. hantar la pergi rumah diorang. apa lah kau ni " kata seonghwa pula
yunho mula pout bibirnya bila alasannya tidak diterima oleh mereka. ikutkan memang dia tak nak pergi perkhemahan tu. serik dengan kes tahun lepas dimana dia dituduh mengintai pelajar yeoja mandi. dey! padahal masatu dia nak ambil air je pun!
bila ingatkan kembali itu memang memori pahit dalam hidupnya selama 17 tahun dia hidup.
" ish ! ye lah " balas yunho malas. kalau dia menolak pun memang mereka akan paksa sehingga dia rasa rimas.
" kan bagus daripada tadi cakap macam ni. takpayah nak buat alasan basi kau yang tak masuk akal tu. join je la lagipun takde siapa dah ingat kes lama kau tu " balas hongjoong.
yunho terus meninggalkan mereka lalu kembali ke ruang dapur.
dia duduk di kaunter pulau sambil memerhatikan hana yang sedang ligat melakukan kerja itu. yunho tersengih sendirian melihat hana. niat nak kacau yeoja itu hilang setelah mendengar berita bahawa dia perlu join perkhemahan. sejujurnya dia memang malas
" hana, sini jap " panggil yunho.
hana yang baru selesai letak adunan kek ke dalam oven itu mendekati yunho sambil membuka apron yang tersarung ditubuhnya. apron itu disangkut pada tempatnya.
" wae ? " hana mengambil tempat duduk di hadapan yunho.
" next month sekolah kita buat camping. kau join ke ? " yunho memuncung bibir.
" oh really ? em tak kot. tetiba tahun ni malas nak join pulak lagipun dah selalu saya join so malas ah" balas hana.
memang biasanya setiap tahun dia akan join camping yang dianjurkan sekolah. sekali pun tak pernah skip namun tahun ni dia rasa seperti malas pulak nak join.
" aku kena pergi , ateez dah letak nama aku" yunho memandang hana.
sejujurnya dia juga malas nak join camping itu disebabkan kes yang berlaku tahun lepas. masih segar diingatan.
" dahtu ? pergi je lah. takde siapa halang awak " kata hana.
hana bukan lah sejenis isteri yang mengongkong suami. biarlah lelaki tu nak pergi mana pun lagipun sekarang mereka masih muda. dia tahu pasti banyak yang yunho mahu lakukan bersama rakan-rakannya.
baikkan dia hm. kesian dia dari chap first asyik kena maki dengan readers
" tapi kau ? " soal yunho risau
" no im okay , awak hantar je la saya kat rumah parent awak atau parent saya "
balasan daripada hana membuatkan yunho tersenyum lega.
✧ ✧ ✧ ✧
Ateez yang duduk di meja makan itu semua menantikan hana yang sedang mengeluarkan kek yang dibuat siang tadi dari peti. hana yang suruh mereka untuk rasa kek itu. nak tau apa reaksi yang dia dapat. kalau sedap boleh lah dia bukak bakery one day nanti. eh tibeh-
hana meletakkan cheese cake yang di decorate cantik itu diatas meja. masing-masing melihat cake yang nampak enak itu.
" macam sedap je weh" tegur san.
" itu la pasal, cepat lah hana potong. aku tak sabar nak rasa ni" kata mingi.
" kalau sedap boleh lah noona bukak bakery lepasni. pastu noona amek jongho jadi pekerja noona. gaji up sikit ah" ujarnya lalu membuat muka bangga lepas kata begitu.
" eh takde maknanya. ewah sedap kau je mintak bini aku naikkan kau punya gaji. kau nampak tangan aku ni? ha aku cubit pipi kau tu nanti" sampuk yunho.
" ala cakap je" pout jongho. dia bermain dengan jarinya.
" dah-dah. bak pinggan korang aku nak letak kek ni. jujur eh kalau tak sedap" kata hana sambil memotong cheese cake itu.
hana letak kek itu pada satu persatu pinggan lalu diberi kembali pada mereka. dia ambil tempat disebelah yunho dan menunggu reaksi mereka.
" so how? sedap tak?" soal hana ingin tahu apabila mereka semua hanya senyap sahaja. tak sedap ke? 😢
" fulamak noona, sedap giler. nak lagi boleh? hehe" kata jongho. dia menghulurkan pingannya pada aku.
" seriously?! betul ke?" soal hana teruja.
" actually.." wooyoung bersuara membuatkan hana tertanya-tanya.
" betul la jongho cakap tu, sedap duh. boleh dah bukak bakery ni. atau cafe ke kau pun pandai masak and baking pun pandai uish untung gila yunho dapat kau" puji wooyoung.
yunho yang mendengar itu hanya menahan senyum. bangga pun ada jugak. bukan senang nak dapat perempuan macam hana ni. even memula perangai macam mintak kaki sebab kejar lelaki lain. tapi hana sudah berubah mohon jangan kecam hana lagi guys :(
" woah terima kasih ! aku baru first time buat kek so yeah terkejut jugak korang cakap sedap." balas hana.
" first time? really?! aku dulu nak belajar masak pun ambil masa sampai seminggu nak belajar tapi kau baru first time buat dah sedap! woah jelesnya aku " kata seonghwa.
hana hanya menyengih. dia menongkat dagu memandang mereka semua yang sedang makan kek buatannya itu dengan berselera sekali.
" kau nak tau apa beza kau dengan kek ni? "
bisikan seseorang membuatkan pandangan hana beralih disebelah. wajah yunho yang memandang dirinya dengan senyuman menjadi tumpuan.
" huh ? " soal hana blur.
" tak tau kan? ha meh aku bagitau. kek ni rasa manis tapi kau lagi manis " balasnya lalu mencuit hidung hana.
hana menyembam wajahnya di meja bagi mencover wajahnya yang memerah menahan malu dengan perbuatan yunho sebentar tadi.
" ehem.." hongjoong berdehem.
" ingat lah sikit kitorang bertujuh ni semua single belaka. kalau nak bersweet tolong lah jangan depan kitorang. jeles tau tak " cebik san.
" ala aku kan ada." wooyoung menyengol bahu san lalu mengeyit mata pada san.
" euw kunyit ! " jongho membuat muka jijik kepada dua hyung nya itu.
hana hanya ketawa kecil dengan telatah mereka yang kadang-kadang menghiburkan hati itu.
yunho yang sedang merenung yeoja itu juga turut tersenyum. haih bahagia rasanya apabila gadis itu sudah menerima dirinya.
TBC💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro