13🌸
" annyeong hana ! "
pagi lagi wajah haejun sudah terpampang di pintu kelas sebaik sahaja aku masuk dengan wajah ceria dia menyapa aku. aku tak tau lah dia ni pepagi buta ceria semacam. aku ni ngantuk lagi babey!
" huh annyeong " balas aku malas.
aku menutup mulutku yang ternganga luas akibat menguap.
yunho lah punca ni. kalau lah dia tak ajak aku overnight malam tadi untuk teman dia tengok movie dah lama aku tidur awal.
aku melabuhkan kepala di meja lalu menutup mataku. bagi la aku nak tidur sekejap. sekejap je tak lama pun ")
skreet..
" weh hana.. " panggil seseorang dan aku tahu itu adalah suara haejun. sebab hanya kami berdua sahaja yang ada dalam kelas ni.
" wae ? " soal aku malas. kepala langsung tidak diangkat untuk memandang lelaki itu.
" erm takde apa lah " katanya kemudian aku terdengar bunyi tapak kaki mula menjauhi aku. hm dah pergi la tu.
tak lama kemudian seorang lagi menyapa aku. aish bagi lah aku tidur dengan tenang ! aku sepak sekor ii baru tahu. dengan penuh keterpaksaan aku bangun dan memandang wajah manusia yang kacau aku tidur.
" hey dear.. best tidur ? " aku menjeling lelaki itu.
" kalau bukan sebab awak yang mengada ajak saya teman awak tengok movie sampai pukul 3 pagi takdenya saya mengantuk sekarang ni. ergh " aku mengetap gigi geram.
" aigoo kyeopta. comel je bini aku ni marah. geram aku nak gigit kau ni " kedua pipi tembamku dicubit geram olehnya bagaikan dia sedang bermain dengan slime.
" yah yunho ! sakit lah " marah aku.
aku menepis tangannya yang memicit pipiku.
" merajuk ke ? ala bucu ii dia merajuk " ujar yunho
dengan tiba - tiba dia memegang lembut bahu aku lalu dia mendekatkan wajahnya. bibirnya memuncung cuba untuk mengucup bibirku akan tetapi disebabkan kehadiran seorang insan bangang ini aku terkejut dan tertampar muka yunho.
" morning guys ! oi hana, yunho. korang buat apa ? " soal mingi.
" takde buat apa " dalihku.
" ehem tekak aku kering " kata yunho lalu dia mencapai botol air miliknya dan diteguk laju.
" hm pelik. tapi pape pon aku nak tanya ni, hana.. kau dah ada boyfriend ? aku nak ajak kau pergi blind date hehe kalau kau nak lah " ajak mingi
" pft- uhuk uhuk ! "
tersembur air yang sedang yunho minum pada wajah mingi. aku memberikan tisu pada yunho yang tersedak itu.
" a-aku dah adㅡ "
belum sempat aku ingin membalas seseorang datang pada mereka. bukan main tergesa-gesa lagi dia masuk kelas.
" jangan ! aku baru nak ajak hana keluar dengan aku " dengan tetiba sejun muncul diantara mereka. mata sejun tajam menikam anak mata mingi.
aku yang menjadi rebutan mereka berdua tu hanya mendiamkan diri. tak sangka sejak upload gambar aku outing dekat insta aku jadi rebutan ramai. mohon tampar aku berjemaah guys
didalam kesibukan mingi dan sejun yang sedang bergaduh itu , tangan aku diraih oleh yunho kemudian dia menarik aku keluar supaya mengikuti dirinya.
nasib baik ketika itu masih awal lagi dan tidak ramai pelajar yang sampai di sekolah. dia membawa aku sehingga lah kami berdua tiba di taman belakang sekolah. sebaik sampai ditaman itu dia duduk di bangku yang berada di situ begitu juga aku.
" kenapa tetiba bawak saya datang sini ? " soal aku hairan.
" saja. kau ni sejak upload gambar kau dekat insta bukan main ramai nak ajak kau keluar. kau delete gambar tu sekarang " arahnya.
" pahal pulak? " balasku tidak puas hati.
suka hati dia je nak mengarah aku. ewah tu aku punya account so suka hati aku lah aku nak buat apa pun dekat account insta aku tu.
" kau tu untuk aku sorang je. nanti ramai lelaki dm kau minta nombor. asal aku tahu ada budak minta nombor kau memang kau tak keluar bilik seminggu" ugutnya.
" tch. mana ada orang minta nombor saya. awak tu yang fikir sampai ke situ " balas aku selamba.
" memang lah orang tak minta nombor tapi nanti kalau tetiba ada yang minat kau pastu yang minat kau tu pulak fanatik kat kau. tak ke bahaya "
" mengarut lah " aku menampar pipinya perlahan.
" ish orang suruh delete tu delete je lah " dia mencebik.
aku mengabaikan dia dan memandang kolam ikan didepan kami.
" tadi aku minta morning kiss. mana ? "
" dah jom masuk kelas. stop merepek. kita kat sekolah ni bukannya kat rumah "
" oh kalau kat rumah boleh la eh ? " soalnya
" tak ! "
aku mula bangun dari duduk dan meninggalkan yunho yang tidak puas hati dengan aku.
seseorang yang memerhatikan pasangan itu mengetap gigi geram. matanya tajam memerhatikan tingkah laku hana dan yunho yang tampak mesra di matanya.
⊱ ━━━━.⋅ εïз ⋅.━━━━ ⊰
" kita pergi beli barang dapur dulu jom. barang dapur kita banyak yang dah habis " ajak hana.
yunho yang sedang memandu disebelah dipandang untuk mendapatkan kepastian lelaki itu.
" okay. by the way beli lebih tau sebab member aku nak datang rumah kita " hana membulatkan matanya.
" what ! dahtu saya macam mana? " soal aku gusar
" diorang dah tau pasal kita and yeah reaction mereka memang minta kaki. tak pepasal aku kena maki free sebab tak jemput diorang ke majlis kita" yunho mencebik geram.
hana ketawa kecil mendengar rungutan yunho yang nampak comel padanya itu. sejujurnya yunho kalau pout bibir memang comel sampai author takle handle tahap cute nak mati dia tu. i cantㅡ
" pahal gelak?" soal yunho hairan.
" tak boleh? biar lah nak gelak pun" bidas hana.
" tch.." yunho berdecit.
" but kalau diorang dah tau kenapa tadi mingi tu ajak saya keluar pergi blind date dengan dia ? " soal hana hairan
" dia saja nak sakat aku. " jawab yunho
" oh "
suasana didalam kereta itu kembali senyap sehingga mereka sampai di supermarket.
" member awak datang bila ? " soal hana.
dia melihat buah-buahan disitu lalu dia mengambil satu bekas buah strawberi dan dimasukkan ke dalam troli yang ditolak oleh yunho.
sekali pandang mereka ni dah serupa adik beradik yang tolong belikan mak mereka barang dapur dengan baju sekolahnya lagi tu HAHAHA.
" malam ni " balas yunho ringkas.
" malam ni ? esok sekolah kan. kenapa tak datang hujung minggu ni je " aku mendongak memandangnya.
" yeah. dorang tidur rumah kita. hujung minggu ni aku ingat nak balik rumah omma. semalam dia dah call aku suruh bawak menantu kesayangan dia balik" kata yunho.
lengan hana dia pautkan pada lengannya kemudian dia sambung menolak troli.
" ala baru ingat nak tidur kat bilik lama saya malam ni " cemik hana.
" tak payah nak mengada. tidur je dengan aku. apa masalahnya ? barang-barang kau pun semua dah pindah masuk bilik aku eh nope i mean bilik kita " bebel yunho.
satu kotak susu dutch lady diambil.
" bebel je kerja. cium kang eh tak tak ! "
hana menampar bibirnya. entah lah mengapa mulut dia lately ni mintak kaki.
" sure sayang.. sini kiss meh sini "
dengan tak malunya yunho memuncungkan bibirnya didepan hana tanpa memikirkan pandangan orang lain yang berada didalam supermarket itu. ala siapa je nak tengok en.
hana menampar perlahan bibir yunho. namja ni dah lah tak boleh bawak main sekali kalau dah datang mood byuntae dia tu memang aku cam rasa nak tuka aje tajuk fanfic.
hana meninggalkan yunho dan pergi ke bahagian daging fresh. tetiba pula dia rasa terliur tengok daging tu membuatkan dia terbayang-bayangkan bbq daging di kepala otaknya.
" yunho.. nak buat bbq tak ? alang-alang member awak pun datang " ajak hana.
" sure. ambil lebih sikit. diorang tu semua perut kalah tong drum. sumbat je semua " kata yunho sambil mengutuk rakan-rakannya.
TBC💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro