12🌸
Hana's
hari yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar telah tiba. hari dimana sukan sekolah yang biasanya disambut sekali setahun pada disetiap sekolah dan juga hari yang mendebarkan bagi para atlet rumah sukan yang mengambil acara.
aku yang duduk di bahagian tepi padang bersama dengan chaeyong ini menjadi penonton bersama pelajar-pelajar lain. aku tengok mereka bersungguh memberikan semangat tetapi tidak pula pada aku.
entah kenapa hari ni aku rasa moody sedikit. aku menongkat dagu memerhatikan para atlet yang sedang memulakan acara. aku bosan sebenarnya ni.
sedang ralit memerhatikan mereka pandangan aku bertembung dengan yunho yang sedang minum air. dia memberikan senyuman pada aku sebelum mengikuti jejak rakannya yang lain. aku tersenyum nipis.
" chaeyong... " panggilku.
gadis itu menoleh ke arah ku kemudian alis keningnya terangkat menunggu ayat yang bakal keluar dari bibirku.
" aku nak pergi round sekolah. bosan. kau taknak ikut kan? " soal ku.
" taknak. pape nanti aku call kau " balasnya.
aku mengangguk faham. tanpa banyak soal aku bangun dari tempat duduk ku dan meninggalkan kawasan padang. aku memegang perut ku yang berbunyi.
aku menuju ke kantin sekolah yang sememangnya buka. pabila sampai di kantin, nasib aku baik ketika itu tak ramai orang. roti kacang merah menjadi pilihanku.
" nah. terima kasih ahjussi " ucapku bersertakan senyuman.
plastik roti itu aku buang didalam tong sampah dan roti itu aku cuit dan dimasukkan kedalam mulut.
aku ralit makan tanpa melihat kiri mahupun kanan sehingga terlanggar bahu seseorang menyebabkan roti yang berada di pegangan aku jatuh.
orang yang aku langgar tu pun hampir terjatuh tapi nasib baik aku sempat menhan lengannya daripada jatuh.
" weh ! aku minta maaf ! "
aku bow berkali-kali pada lelaki yang aku tidak kenali. aku mendongak memandang wajah lelaki itu lama.
" its okay. boleh aku tanya ? pejabat dekat mana ? " soal lelaki itu.
" kau budak baru eh? jom aku tunjuk " kata aku. aku menarik lengan lelaki itu supaya mengekori jejak aku.
" eh sekejapㅡ roti kau ni nanti aku ganti balik. by the way aku choi haejun"
lelaki yang bernama haejun itu mengambil roti yang terjatuh tadi lalu dibuang kedalam tong sampah berdekatan mereka.
" aku tuntut hehehe. aku hana " Aku tersengih pada haejun.
kami berdua mula memanjat satu per satu anak tangga sambil berbual kosong. aku ni friendly orangnya sebabtu ramai selesa berkawan dengan aku. seronok juga dapat berbual dengan budak baru ni. he's funny guy.
dalam keadaan aku yang bosan ni tetiba pulak dia muncul ha hilang terus bosan aku bila dapat member baru.
" okay dah sampai. ni pejabat. aku blah dulu "
niat aku nak blah sebab nak sambung tour satu sekolah terbantut bila lelaki itu menahan aku.
" temankan lah aku sekejap. aku takde member lagi kat sini." ujarnya.
" cepat ah. aku tunggu kat sini. kau lambat aku tinggal " balas aku.
dia menjeling aku dan masuk ke dalam pejabat. baru sehari kenal dah berani nak jeling aku. aku tampar muka tu baru tahu langit tu tinggi ke rendah
aku mengeluarkan phone dari poket seluar track aku lalu menekan aplikasi kakoatalk bila masuk notifikasi.
rupanya si anak jeong tu yang mesej. pebenda lah dia nak. aku ingat chaeyong ke taehyu- eh dah move on! jangan diingat nama dia lagi.
Yunho 🍒💜
kau kat mana?
aku tak nampak pun
kau dekat sebelah chaeyong
round satu sekolah je.
bosan.
okay.
aku keluar dari applikasi kakoatalk dan bukak instagram. aku nak upload pic tapi tak jadi disebabkan haejun sudah keluar dari pejabat. kacau je dia ni.
" kau masuk kelas apa ? " soal aku ingin tahu.
" 5A-2 , kau tau kelas tu kat mana ? "
" wuish banyak-banyak kelas kenapa mesti satu kelas dengan aku. eii kau ni dah la annoying " balas aku jujur.
" eleh annoying aku pun kau tetap layan aku. ni aku nak tanya , kenapa takde pelajar lalu lang dekat sini ? baru ingat nak usya awek " aku menjeling lelaki itu.
" pelajar lain semua dekat padang lah. hari ni ada sukan. masa orang tengah bersukan lah kau sibuk nak pindah sekolah. hari lain takde ke?" aku bercekak pinggang.
" kau pikir aku tau sekolah kau ni buat aktiviti hari ni. kau tu tak join dorang ke ? aku tengok tadi kau sorang je yang duk merayap "
" aku bosan lah setan tapi kau ah kacau aku nak round sekolah. dah , jom ah pergi padang "
dia tidak membalas tetapi hanya mengekori jejak aku sehingga ke padang.
" wuish hensem bhai. siapa tu ? " soalan pertama yang keluar sebaik sahaja aku melabuhkan pungguh disebelah chaeyong.
" budak baru " balas aku ringkas.
ramai mata-mata memerhatikan kami eh bukan kami tetapi pada haejun yang berada disebelah aku ini.
" hai ! aku chaeyong atau rose. boleh panggil mana-mana yang kau suka. selamat berkenalan" chaeyong menghulur tangan untuk berjabat tangan
" hai , panggil aku haejun" dia senyum pada rose lalu menyambut huluran tangan rose.
⊱ ━━━━.⋅ εïз ⋅.━━━━ ⊰
" aduh aku kecewa ! kenapa rumah biru yang menang ! aku rasa rumah merah pun not bad apa ?! ko bunorh je la aque "
aku memalau chaeyong yang meroyan disebelah.
" kira bersyukur rumah kita dapat no dua. kau dah lah tak join langsung acara pastu nak buat bising pulak kat sini. orang suruh masuk acara taknak when rumah merah dapat no 2 kau bising pulak ! " hambur aku geram.
geram dengan si chaeyong yang daripada tadi duk bising meroyan.
" uish garunk nya kau ni. lek ah weh" sampuk haejun disebelah.
aku menjeling dua ekor tenuk tu dan mendekati bts yang sedang berehat. tempat duduk disebelah jimin aku ambil dan menjelir lidah pada chaeyong.
" apa punya adik la kau ni tak support aku "
dia melingkarkan tangannya pada bahu aku lalu tubuhku masuk kedalam pelukan. masalahnya badan dia berpeluh-peluh tau ! tau tak aku geli !
" woi setan takguna. lepaskan badan hana lah. oppa dah lah berpeluh. anjir ! " maki aku geram.
" rileks ah dik. emo semacam pahal ? period ke ? " soalnya selamba
pak !
pak !
dua das tamparan berbisa melekat pada belakang badan dia. tak reti cover betul mulut tu. ngadu kat mama baru tahu.
" auch sakitlah dik. tangan kau ni kecik je tapi bila pukul bapak pedihnya. hanat lo "
dia menjeling aku kemudian menarik chaeyong supaya duduk disebelahnya.
aku juga turut menjeling dirinya. apa pikir dia sorang je boleh jeling ? aku pun boleh lah !
" waitㅡ ni siapa? " soal namjoon pada aku sambil memandang haejun.
" budak baru. haejun nama dia "
namjoon mengangguk faham.
haejun bow pada mereka semua.
" hensem budak ni " puji jin oppa.
kemudian datang lagi seorang manusia letak pulak tangan dekat bahu aku sambil memandang haejun atas bawah.
" hm not bad " katanya.
" tae oppa , alihkan tangan anda please " ujarku.
" ops, sorry." dia menurunkan tangannya.
" dari sekolah mana ni ? " jungkook menyoal haejun. dia berdiri didepan haejun.
" Twilight's School " balasnya dan mendapat anggukan daripada jungkook.
" korang ni. kesian dia korang buat camtu. ha kecut dia " gurau chaeyong.
semua disitu menghamburkan ketawa mendengar gurauan chaeyong yang minta kaki tu.
⊱ ━━━━.⋅ εïз ⋅.━━━━ ⊰
aku yang sedang ralit scroll instagram di telefon pintar milikku terkejut dengan kehadiran seseorang yang baru sahaja melabuhkan kepalanya di peha aku. tetapi aku hanya biarkan sahaja perbuatannya itu.
" siapa lelaki dengan kau pagi tadi. bukan main rapat aku tengok "
soalan berbaur cemburu itu membuatkan aku ingin ketawa tetapi aku tahan.
" oh dia tu budak baru." balas aku tanpa memandang wajahnya.
" Kau pernah kenal dengan dia ke sebelum ni ? "
" tak lah kami baru berkenalan hari ni "
" jangan rapat dengan dia. aku tak suka " katanya.
pinggang aku dipeluk erat dan dia menyembamkan wajahnya pada perut aku.
" kenapa pulak? dia tu okay lah. friendly and baik lagi. ada apa-apa masalah ke ? " soal aku hairan.
" ada. masalahnya aku. aku yang tak suka tengok kau dengan dia " balasnya jujur
aku tidak membalas sebaliknya hanya mendiamkan diri. aku agak dah dia ni cemburu. alahai sejak beberapa hari ni dia tak boleh betul nampak aku dekat dengan lelaki sikit mula lah dia tanya macam-macam. aku redha je la
TBC💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro