Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

10🌸

"yah yunho !! " jerit hana.

tadi , dia bukak mata je nampak muka kacak yunho yang tak berbaju tengah sedap peluk dirinya.

" ish ! apa kau ni memekak pepagi buta " mamai yunho. dia mengaru kepala yang tidak gatal. wajah tidak bersalah ditayangkan pada hana.

" apa saya pulak ? awak tu ha dah apahal tak pakai baju " kata hana sambil menutup mata.

tak sanggup nak mencemarkan mata di pagi hari walaupun body yunho boleh tahan sebab ada cadbury tapi hana masih suci gaes !

" semalam panas duh , aku bukak lah baju. apa kau ingat aku nak sentuh kau ? eh tapi apa salahnya. kau isteri aku and aku suami kau. merasa la parent kita berdua dapat cucu awal" kata yunho nakal.

hana mencapai satu bantal dan memukul yunho kuat.

" awak ni kalau tak merepek sehari boleh tak ?! "

hana mengetap gigi geram tetapi tangannya masih sibuk memukul yunho menggunakan bantal.

" auchh stop la hana.. aku bergurau je !"

yunho mengambil bantal dari pegangan hana kemudian bantal itu dicampak ke lantai. tubuh hana ditarik ke dalam pelukan dan dia baring membuatkan hana turut terbaring.

" dah dah , jom tidur. aku mengantuk lagi ni. ala bucu ii "

yunho menepuk belakang badan hana seperti para ibu sedang mendodoikan anak.

" awak ingat saya ni budak kecik ke ? and one more awak yang mengantuk bukannya saya. ni saya nak mandi ni. tak selesa dengan baju ni" ujar hana.

yunho mecelikkan matanya. wajah hana dipandang sebentar lalu dia tersengih sumbing.

" itu la malam tadi aku nak tukarkan baju kau tapi nanti kau melalak cam singa betina gila cakap aku ambil kesempatan dekat kau pulak. ni kau dah bangun ni jom la aku mandi kan. nak? "

pang !

satu tamparan kuat melayang pada pipi yunho. hana tersenyum bangga manakala yunho terkedu. matanya tajam mencerlung hana tetapi hana tidak peduli.

" dah sedar ke belum ? ke nak kena sekali lagi? saya ready je ni nak tampar awak buat kali kedua " kata hana tidak bersalah.

" mujur bini " balas yunho. hana hanya ketawa kecil

" siapa suruh miang keladi sangat kan dah kena. dah lepas. nak mandi ni "

lengan yunho ditepuk lembut tanda menyuruh lelaki itu melepaskannya.

" boleh but dengan satu syarat "

" syarat apa pulak "

" morning kiss dear "

" ew taknak ! dah lepaskan saya yunho yang kacak lagikan tampan" pujuk hana.

Chuu~

hana terkaku apabila bibir yunho menyentuh lembut bibirnya.

" aku dah lembabkan bibir kau. pergi la mandi. breakfast jangan lupa buatkan untuk aku , sayang " ujar yunho dan melepaskan pelukan pada pinggang hana.

bantal yang dicampak ke lantai sebentar tadi diambil dan menjadi bantal peluknya menggantikan tempat hana.

hana tanpa menunggu lama terus berlari keluar dari bilik itu. wajahnya jangan cakap sudah merah bak tomato yang sudah masak ranum. kalau comparekan tak tau mana satu hana mana satu tomato.

dadanya yang berombak laju disentuh. perkara tadi bermain kembali di benak fikiran. hana mengeleng kepalanya.

" aish.. pahal aku teringat balik hal tadi ni ! " bisik hati hana.

hana masuk ke dalam biliknya dan tanpa berlengah lagi dia terus masuk ke tandas dek kerana dia berasa amat tidak selesa sekali dengan pakaian nya yang macam ni.

⊱ ━━━━.⋅ εïз ⋅.━━━━ ⊰

Yunho's

nada dering telefon pintar milik seseorang yang agak familiar bagi aku menggangu aku yang baru ingin ke alam mimpi. dengan mata yang separuh terbuka aku mencapai telefon pintar yang berada di nightstand.

waitㅡ ni phone hana. dia lupa ambil lah tu. aku melihat nama pemanggil.

" Mama💕 "

terus terbuka luas mata aku yang dari tadi bagaikan hidup segan mati tak mahu aje nak bukak. aku terus slide butang hijau ke atas lalu menjawab panggilan itu.

" hello mama " sapa aku ramah.

" eo yunho ! annyeong menantu mama. hana mana ? "

auara mama yang kedengaran ceria mengundang senyuman pada bibirku.

" dia mandi rasanya. kenapa mama ? " aku menyoal dengan penuh sopan.

" oh. mama just nak bagitau yang nanti petang mama nak datang rumah kamu berdua. bermalam dekat sana sebab papa ada oustation. so mama decide nak bermalam dekat sana. boleh kan? " aku membulat kan mata aku.

tidur sini? fuh. boleh memang boleh masalahnya memang hari ni hana kena pindah semua barang dia masuk bilik aku la gamaknya.

nanti kantoi dengan mama dia yang kami berdua tidur berasingan. tapi bukan aku yang nak , dia yang nak tidur asing so not my fault.

" boleh ke tak ? " suara mama membuatkan aku tersedar dari lamunan.

" boleh je mama. amat dialu-alukan." balas aku.

" baguslah kalau macam tu. mama letak dulu ya ? nanti petang mama sampai sana." kata mama.

" arraseo mama, nanti kami berdua tunggu mama. dae annyeong "

sebaik sahaja panggilan ditamatkan aku terus berlari keluar dari bilik dan masuk ke dalam bilik hana.

" hana mama kauㅡ omaigad mata suci aku "

hana yang baru ingin memakai baju terkejut. terus dia mencapai comforter dan dibalutkan pada tubuh.

" nak masuk tu ketuk pintu boleh tak?! ni main redah aje." kata hana dingin.

wajahnya merah membahang menahan malu dan pada masa yang sama menahan marah.

" siapa suruh kau tak kunci pintu. ha kan aku dapat tengok freeshow. "

hana yang kelihatan geram itu mencapai bantal lalu dibaling pada aku tapi sayang aku sempat sambut.

" byuntae ! keluar sekarang " hana menolak aku keluar dari biliknya.

" eh jap ! weh hana. mama kau cakap dia nak bermalam rumah kita hari ni "

" astu ? " soal hana tenang. siap bersandar kat dinding lagi.

" pindah barang masuk bilik aku la bengap. kau nak kita kantoi ke macam mana ? kau sanggup nak dengar bebelan mama kau sebab kita tidur asing ? huh.. sanggup ? " dahinya aku tunjal geram.

" OH SHET ! MAKNANYA MALAM NI AKU KENA TIDUR DENGAN KAU AH NI ?! AAAA AKU TAKNAKKKKKK " mula dah dia nak meroyan.

BAM !

pintu biliknya dihempas kuat oleh tuan bilik sendiri. pintu tu hampir nak kena muka aku nasib jauh beberapa cm. Kalau tak patah hidung aku duh. hilang kekacakkan serta kecomelan aku nanti.

" oi ! nak tak nak kau kena jugak pindah masuk barang-barang kau dalam bilik aku. tak baik ingkar arahan suami. nak masuk neraka? tak nak kan. ha pat pat pindah masuk bilik aku ! " bebel aku diluar biliknya.

" sabar lah ! bagilah saya pakai baju dulu taetan. tak sabar betul jantan ni " kata hana dari dalam bilik.

aku membulat kan mata mendengar balasannya. memang dah get ready tempah ticket vvip ke neraka ke ni ?

" yang taetan ni la yang bakal jadi bapak kepada anak-anak kita nanti. yang jantan ni la yang mampu buat kau tak berjalan seminggu ! " laung aku.

dia membuka pintu dengan wajah cemberut. dengan selamba badak aku masuk ke dalam biliknya dan duduk atas katilnya.

" duduk buat apa , tolong ah " kata hana dengan wajah masam.

" muka masam macam ayam berak kapur tu dah kenapa ? meh sini aku maniskan muka kau " aku mula bangun dan mendapatkan dia.

" ah tak payah mengada. better tolong buat ni. kalau awak tolong lagi cepat siap lagi cepat saya dapat buat lunch. dah la kita skip breakfast"

hana membuka wardboardnya dan baju-bajunya yang dihanger dia ambil lalu keluar dari bilik. aku agak dia nak letak dalam almari aku.

tinggal lah aku sorang dalam ni. laci yang ada didalam wardboardnya aku buka. fuh astagfirullah mata aku dicemari *acah nesen

" hoi ! usya underware saya tu pahal. orang suruh angkat barang lain en. mandul jugak aku kerjakan kau ni nanti "

susah jugak lah nak faham si hana ni. sekejap pakai awak-saya astu kejap tuka aku-kau. nasib daddy dia tak pernah guna lagi 🌚

" ye sabar lah. nak angkat la ni " aku menutup kembali laci tu.

setelah hampir setengah jam kami memindahkan barang dari bilik hana ke bilik aku akhirnya selesai juga. perut yang sudah lapar aku pegang. laparnya.

wajah hana yang kelihatan penat aku pandang.

" hana , aku lapar " adu aku.

" hm jap. saya masak "

dia yang baru sahaja melabuhkan punggung di atas katil aku kembali bangun dan keluar dari bilik aku.

aku juga turut mengikutinya. kesian tengok dia. dah la penat lepas tu aku mengada nak makan astu dia kena masak untuk aku even memang itu kerja dia tapi sian dia. better aku tolong dia masak.

pabila sampai di dapur, aku duduk di kerusi meja makan. hana yang sedang mengeluarkan bahan-bahan aku renung lama.

" omma! " terkejut hana bila dia pusing aku berada di meja makan sedang renung dia. terjatuh sayur yang dia pegang tadi. aku mengambil sayur itu dan letak diatas meja makan.

" awak buat apa kat sini ? pergi la tengok tv kat depan sana. saya tak suka orang tengok saya masa saya masak. menyemak " kata hana.

" aku nak tolong kau masak la. kesian kau masak sorang-sorang. ha tengok aku ni suami yang berhati perut tau. kau patut bersyukur bersuamikan manusia kacak macam aku"

aku berdiri di belakang hana yang berada di sinki.

" takpe lah. dah biasa masak sorang-sorang" kata hana yang langsung tidak perasan kewujudan aku dibelakangnya.

tatkala dia pusing wajah dia terlanggar dada fab aku. kedua belah tangan aku memagar dirinya.

" nope. when aku cakap aku nak tolong its mean aku betul-betul maksudkan nya" balas aku. mata aku menatap anak matanya lama. wajah kami agak rapat.

" suka hati awak lah. tu sayur atas meja tu awak ambil and basuh. then potong " hana memberi arahan.

" baik ma'am " ujar ku.


TBC💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro