07🌸
" weh hensem gila do taehyung "
" tu ah aku perati je dia , hawt gila do ! "
hana jeling dua gadis junior yang sedang memberikan semangat kepada senior kesayangan mereka atau lebih dikenali sebagai kim taehyung.
dalam otak hana sudah berangan nak cekik dua manusia tu. fikirnya dia dapat mengusya crushnya yang sedang berlatih dengan tenang.
" hana.. dah lah tu tenung dorang macam tu. aku yang seram tengok kau " kata chaeyong dengan suara perlahan.
" ah kesah apa aku ! " sengaja hana melantangkan suara dia
" lantak hengko la "
chaeyong mengalihkan pandangan di padang. matanya bertembung pula dengan mata sepet jimin. pantas jimin mengeyitkan mata padanha. chaeyong pula hanya membuat muka selamba padahal dalam hati dah cair.
" weh weh jimin wink do ! "
" ye aku nampak ! hensem sial ! "
kali ini chaeyong memandang gadis yang baru sahaja duduk di sebelahnya itu sedang tersengih-sengih. dia kembali memandang hana dan menepuk bahu gadis itu.
" aku faham perasaan kau , babe " katanya menahan geram.
⊱ ━━━━.⋅ εïз ⋅.━━━━ ⊰
yunho yang dari tadi memerhatikan hana dari jauh menarik senyuman kecil melihat hana bersama chaeyong di tepi padang.
dia meneguk air botol setelah penat berlatih. yunho juga menyertai acara sukan tahunan iaitu lompat tinggi dan lumba lari.
yunho yang berniat ingin berjumpa dengan hana terhenti niatnya apabila dia ternampak kemesraan hana dan taehyung disitu. dia mengetap gigi geram melihat hana yang sedang mengelap peluh taehyung.
" tak guna " gumamnya perlahan.
" YUNHO ! " suara seseorang memanggilnya membuatkan dia pusing kebelakang.
yunho tidak menegur si dia malah memerhatikan sahaja lelaki itu berjalan mendekati dirinya.
" oi yunho ! aku daripada tadi cari kau, kat sini rupanya" kata lelaki bermata sepet kepada yunho atau nama nya mingi
" erm.. mana yang lain ? "
" lepak kelas. diorang tak ambil apa-apa acara sebab malas katanya " balas mingi.
" dahtu kau ? "
" aku kena paksa duh dengan sir kim "
" ouh.. "
mingi mengambil tempat disebelah yunho. mereka memerhatikan keadaan padang itu dengan sepi. ramai pelajar yang mengambil acara berada di padang untuk sesi latihan.
sedang ralik memerhati , yunho terpandang hana yang sedang bersemangat memberi sokongan kepada taehyung yang sedang berlari. padahal latihan aje bukannya pertandingan lagi.
" beria betul dia , bukannya nak bertanding dah pun " rungut yunho geram.
" ha? apa dia? " soal mingi hairan
" eh takde apa-apa " katanya.
" ye ke ? aku dengar kau cakap something tadi ke aku yang salah dengar ? " mingi berkerut hairan.
" kau salah dengar kot "
" maybe.. wey ! weekend ni jom lepak mall " ajak mingi. yunho terdiam sebentar dan tak lama kemudian dia bersuara.
" ON ! "
⊱ ━━━━.⋅ εïз ⋅.━━━━ ⊰
aku menghempas badan diatas katil empuk milikku. hilang segala penat. daripada sekolah aku berjalan sampai rumah dengan keadaan panasnya lagi. guh takleh bawak bincang.
aku bangun dari pembaringan dan bergerak masuk dalam bilik air. aku yang tengah syok mandi membersihkan badan sambil relakskan diri dalam bilik air ni terdengar bunyi sesuatu dari luar.
macam bunyi pintu ditutup je. tapi bunyi cam pintu bilik aku. Ada orang masuk bilik aku ke ? yunho? but dia tak balik lagi.
setelah hampir 30 minit aku berada di bawah shower , aku mencapai tuala. tua dililitkan pada tubuhku dan aku capai lagi satu tuala untuk digunakan bagi mengeringkan rambut aku.
sambil mengeringkan rambut aku membuka pintu tandas sambil menyanyi lagu Friend by Jeman dan Bwi.
pada mulanya aku nak ambil baju di almari tapi terhenti bila aku pusing belakang. mata aku membuntang melihat figura yunho yang sedang baring di atas katil aku sambil bermain phone.
" Arghhhhhh ! ! ! "
" yah diam lah " dia bangun dari katil aku dan mendekati aku sambil meletakkan jari telunjuknya isyarat untuk senyap.
" awak buat apa dalam bilik saya ni yunho ! keluar lah ! byuntaeeee "
aku menolak dadanya untuk keluar dari bilikku tapi sayang dia langsung tak bergerak dan baru aku sedar aku hanya lah seorang insan lemah yang bernama perempuan.
" kalau tak nak ? " wajah jengkel ditayangkan
" AKU NAK PAKAI BAJU NI ! KELUAR LAH SETAN ! " balas ku geram.
" setan kau panggil aku? "
yunho memandang aku tajam. dia medekati aku. aku hanya berdiri kaku sambil memejamkan mata pabila wajahnya betul-betul dekat dengan wajah aku. dapat ku rasa deruan nafasnya diwajahku.
" keluar laaa.. saya nak pakai baju ni " rayu aku.
klak!
dengan perlahan aku membuka mata dan dia sudah tiada di hadapan ku. pantas aku ke pintu bilik dan mengunci pintu. dada yang berombak kencang disentuh lama.
" apa lah yang dia nak " gumam aku sendirian.
setelah siap berpakaian aku turun ke bawah untuk menyediakan makan malam. semasa turun bawah , aku perasan ada yunho yang berada depan tv.
aku mendekati dia. niat aku untuk tanya dia sama ada dia nak makan atau tak. eventho aku tak suka dia tapi dia masih suami aku. kena la jaga makan minum dia selagi dia bergelar suami aku
" erm awak nak makan ke ? " soal aku.
" tak nak " balasnya dingin.
aik ? berdingin pulak dengan aku. kes bengang sebab aku halau dia keluar dari bilik aku ke macam mana ?
" betul tak nak ? saya masak untuk saya je ni nanti jangan mengadu lapar lah apa lah. saya memang malas nak masak berkali-kali "
" aku cakap tak nak tu taknak lah kau nak masak untuk kau je la " balasnya tanpa memandang aku.
" okay " aku terus meninggalkan dia dan pergi ke dapur.
aku ni senang je kalau orang layan aku dingin aku memang malas nak layan atau cakap banyak.
apa ingat aku nak tanya dia apa masalah dia ? sorry aku lagi banyak benda nak dibuat daripada tanya masalah dia.
lain la kalau dia sendiri nak luah kan masalah dia kat aku , aku sudi je dengar.
bahan untuk membuat kimchi jjigae aku keluarkan. aku rasa aku patut masak lebih sebab orang kat ruang tamu tu nanti bukan boleh percaya sangat.
konon tak lapar , nanti malam dia sorok-sorok makan dalam bilik. macam mana aku tahu ? omma dia la cerita dekat aku.
hampir setengah jam juga aku menyibukkan diri di dapur akhirnya siap juga. mangkuk yang berada di kabinet aku ambil. aku letak kimchi jjigae dalam mangkuk itu.
disebabkan aku memang lapar jadi aku terus makan tanpa hiraukan lagi seorang manusia yang bernyawa dalam rumah ni.
dia juga cakap dah kenyang. jangan risau aku tak makan sampai habis pun. aku tinggalkan untuk dia makanan ni
tengah sedap makan , telefon aku berdering menandakan panggilan masuk. tanpa melihat nama pemanggil aku terus mengangkat panggilan tersebut.
" hello ? nuguseyo ? " soal aku sambil menguyah makanan. aku tau perangai aku memang tak senonoh HAHAHA.
" hana ! ni oppa lah " aku melihat skrin telefon sebentar dan kembali membalas. berbunga hati aku.
" oh ! oppa. kenapa call ? "
" oppa nak ajak hana keluar weekend ni. hana free tak ? nak join oppa ? "
" sure ! pukul berapa ? "
" 8 p.m ? kita tengok wayang dulu "
" beres ! "
" okay. see you soon"
aku tidak membalas dan terus memutuskan talian. bukan sombong tapi happy sangat. crush ajak keluar wei. happy gila do
TBC💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro