Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

06🌸

waktu persekolahan sudah lama tamat beberapa jam lalu tetapi batang hidung mamat galah tu langsung tak nampak.

tumpuan aku pada racangan tv yang ditanyangkan hilang sebaliknya asyik pandang pada pintu utama rumah sahaja dari tadi.

pelbagai perkara sudah bermain di benak fikiran ketika ini. apa yang aku tahu kali terakhir aku dengar yang mereka didenda. haih aku entah la aku risau dengan dia sebenarnya.

daripada aku busy pikir pasal dia baik aku tidur sekarang. aku baring di atas sofa. mata makin lama makin layu dan akhirnya aku terlelap.

⊱ ━━━━.⋅ εïз ⋅.━━━━ ⊰

Yunho's

Klak!

pintu utama rumah dipulas perlahan dan terus masuk ke dalam rumah. tepi bibir yang masih terasa sakit disentuh perlahan.

sakit sial kena belasah tadi. nasib aku dah balas balik itu pun belum puas lagi. ikutkan hati nak je aku tumbuk muka jantan-jantan tu sampai lunyai.

tatkala aku sudah sampai di ruang tamu , mata aku terpandang satu sosok tubuh yang sedang lena diulit mimpi di atas sofa berhadapan tv. aku menarik senyuman kecil melihat wajah pure dia ketika tidur even dari jauh.

djsebabkan malas mahu mengacau si dia yang sedang lena tidur, aku meninggalkan dia di bawah dan naik ke atas untuk membersihkan diri dan berehat.

sudah lah tadi didenda oleh pengetua. kena bersihkan satu kawasan sekolah pula tu. tipulah cakap tak penat

rasa geram terhadap perkara yang berlaku tadi masih tidak hilang. cuba kalau korang yang tengah sedap makan lunch then ada orang datang tempat kau lempar makanan korang dekat lantai hanya disebabkan korang duduk dekat tempat mereka sedangkan langsung tiada nama mereka disitu. ha itu la punca kami begaduh tadi.

tapi pada masa yang sama aku lepaskan kemarahan aku tentang peristiwa dimana mereka mengacau hana ketika gadis itu ingin ke tandas. itu paling aku bengang.

masih membara rasa geram tentang kejadian hana itu kerana aku tak dapat belasah si budak pendek tak guna tu. dah la pendek lepastu acah gangster. tch !

abaikan tentang tu. malas nak pikir. sekarang aku nak bersihkan diri. tuala yang berada di penyangkut baju aku capai dan terus meluru masuk ke dalam bilik air

⊱ ━━━━.⋅ εïз ⋅.━━━━ ⊰

Hana's

aku tersedar dari lena yang lama. tengkuk yang berasa lenguh disentuh dan diurut perlahan.

Jam di dinding terus berdetak ahㅡ eh eh jam dikerling sekilas. lama jugak aku tidur. dari linkungan pukul dua atau tiga petang tadi sampai lah sekarang. agak-agak dia dah balik ke eh ?

aku menuju ke pintu utama untuk melihat sama ada yunho sudah pulang atau belum. sebuah kereta milik yang berjenama audi sudah terparkir di garaj. nampaknya dia sudah balik.

tanpa menunggu lama , aku terus naik ke tingkat atas. aku menguap kerana rasa mengantuk masih belum hilang tetapi tetap aku gagahkan diri semata untuk lihat keadaan si dia. aku risau dekat dia sebenarnya.

apabila sudah sampai dihadapan bilik yunho , tanpa mengetuk mahupun bersuara meminta izin aku terus memulas tombol pintu perlahan dan menolak pintu itu. dengan selamba aku masuk ke dalam biliknya.

yunho yang sedang baring di atas katil bermain dengan phone terkebil-kebil memandang aku dengan wajah blurnya. terus aku mendapatkan dia.

dagunya ditekup kemudian wajahnya aku perhatikan lama. benar apa yang chaeyong kata tadi , boleh tahan teruk juga luka dia.

" auch , sakit la hana ! " marahnya apabila aku tersentuh lukanya.

" sakit sakit pun tapi hadap game juga " perli aku. dia menjeling aku dan sambung bermain game.

" saya nak pergi bilik jap " pinta aku.

" hm"

bukan balasan yang aku dapat tetapi hanya gumaman sahaja. lelaki galah itu sibuk dengan game dia tu. biasalah lelaki dengan game memang tak dapat dipisahkan jadi lantak dia la.

terus aku masuk ke dalam bilik aku yang hanya berada di depan bilik dia ni je. ala dekat je. aku mengambil peti kecemasan yang aku simpan di bawah katil. kenapa bawah katil? suka hati aku la nak letak mana pun.

aku masuk semula ke dalam bilik yunho. dia masih leka dengan game sampai aku pun dia tak perasan. aku duduk atas katilnya dan menepuk pehanya untuk berhenti bermain sebentar. peti kecemasan ditunjuk padanya.

" huh? " dahinya berkerut tidak faham.

" stop la main game tu jap , saya nak tolong sapukan ubat kat luka tu " kata aku

" jap sikit je lagi "

" boleh pause kan ? " aku menguling bebola mata.

" ala sikit je lagi. tunggu laa sekejap sayang" ujarnya.

gelaran sayang sekali lagi digunakan. dia tahu macam mana nak senyapkan aku. takguna

aku duduk bersila di atas katil miliknya dan mula membuka peti itu. peti kecemasan itu diletakkan di sebelah aku. dia campak phone ke sebelah dan duduk berhadapan aku. bibirnya dicemikkan. kalah la tu HAHAHA.

" dekat lah sikit , memang tangan saya panjang pun nak sampai muka awak tu. dah la tinggi" aku mengetap gigi geram.

" aih , iye la dak cik " balasnya. aku berdecit.

dia mendekatkan jarak kami sehingga tiada ruang. jarak kami dekat sangat sampai dapat rasakan dia punya hembusan nafas tu. tapi seketul hana masih dapat menahan melting disini.

kapas yang sudah aku letak cecair antiseptik di lekapkan pada tepi matanya yang lebam. kemain payah aku cuba elakkan dari ter eye contact dengannya. kemudian di tepi bibir juga aku letak.

aku perasan dia dari tadi tak berhenti merenung aku yang sedang rawat dia ni. kali ini aku sapukan ubat pula pada kawasan wajahnya yang mempunyai luka.

" hana " panggil yunho lembut.

" wae? "

tepat ketika itu juga mata kami bertentangan antara satu sama lain. kening dinaikkan. hairan dengan dia yang tiba-tiba sahaja memanggil aku.

" can i hug you ? " soalnya.

matanya memandang aku dengan pandangan redup.

" huh ? "

wajah penuh tanda tanya ditayangkan padanya. tetapi dia tidak menjawab sebaliknya tubuh aku sudah masuk ke dalam dakapan hangatnya.

teragak-agak aku ingin membalas pelukan itu dan akhirnya aku membalas pelukannya. mungkin sekarang dia tengah down dan perlukan seseorang untuk tenangkan dia. belakang badannya diusap perlahan-lahan.

" awak kenapa ? takkan kena pukul dah jadi macam ni ? manja betul " perli aku.

" bukan sebab kena pukul. tapi sakit " balasnya dalam pelukan aku.

" sakit ? sakit kat mana ? " soal aku risau.

dia lepaskan pelukan pada tubuh aku. Anak matanya merenung aku sambil itu dia meraih lembut tangan aku dan diletakkan pada dada dia.

" dekat sini "

" awak ada luka dekat dada ke ? teruknya dorang pukul " dengan perasaan risau aku menyentuh dadanya.

" bukanlah bebal. aku sakit hati. sakit hati tengok kau dengan taehyung hyung" balas yunho geram.

" eh kenapa nak sakit hati pulak bukannyaㅡ " belum habis aku nak cakap dia memotong kata-kata aku.

" sebab aku sukaㅡ aish ! aku nak rehat. bagi aku ruang untuk bersendiri boleh tak " dia baring dan memejamkan matanya.

aku hanya turuti arahan dia. mood swing kot. tubuhnya yang sedang meringkuk menahan sejuk membuat kan aku mengambil selimut yang berada dekat dengan aku dan aku menyelimuti tubuhnya.

tak mahu berlama di dalam bilik itu , dengan pantas aku mengemas dan melangkah keluar.

" hana.. "

Aku berpaling ke belakang pabila dia memanggil nama aku.

" thanks sebab cucikan luka aku " ucap nya. aku hanya membalas dengan senyuman kemudian keluar dari biliknya.

✧ ✧ ✧ ✧

" yunho.. ireonaa " bahunya digerak perlahan.

dia masih tidak sedar. semalam dia yang beria suruh aku kejut dia awal pagi macam ni. bila dah kejut , tak sedar pulak.

" ireona yunho.. semalam awak yang suruh saya kejut. ni saya dah kejut awak tak sedar pulak "

langsung tiada reaksi yang menunjukkan dia akan sedar. dah lantak dia lah bila aku kejut tak bangun. kalau dia bising sebab lewat memang aku luku kepala dia tu. sekarang aku nak buat breakfast.

aku yang baru hendak meninggalkan dia untuk membuat sarapan tehenti apabila satu tangan menarik aku sehingga aku terjatuh atas katilnya dan tubuhku dipeluk erat.

" lepaslah yunho , saya nak buat breakfast ni " ujar aku perlahan.

" awal lagi laa " katanya dengan suara serak basah akibat baru bangun tidur.

pap!

aku tampar dadanya separa kuat.

" awal apanya. dah pukul 7 lebih pun. ppali bangun ! "

" auch garunk la bini saya sorang ni "

aku menjeling wajahnya yang tersengih itu.

" best pulak peluk kau ni. lepasni kau jadi bantal peluk aku je lah. pindah bilik aku "

" euw taknak "

" eh halal okay halal. langsung tak berdosa. kalau nak making baby pun kita boleh. cakap je nak berapa kita boleh usahakan. kembar pun lepas "

pantas pinggang dia menjadi mangsa cubitan aku. siapa suruh dia cakap tak bertapis! kan dah kena.

" aww.. ss sakitlah. macam kena sepit ketam ! " dia pout.

" padan muka "

kami berdua senyap. pelukan pada tubuhku dieratkan seperti tiada tanda ingin dilepaskan.

nak cakap aku berisi tak juga , apa yang best nya peluk aku ? pelik la dia ni.

" by the way kan.. "

dia memulakan perbicaraannya. aku hanya senyap menunggu ayat seterusnya.

" kau nak tahu reason sebenar mama kau nak kau kahwin awal ? " soalnya pada aku.

" apa reason nya? "

aku mendongak memandang dia. walaupun dalam keadaan berbaring , dia tetap tinggi.

" sebab dia nak cucu awal.."

hampir sahaja aku ingin mengeluarkan kata-kata carutan didepan wajahnya tapi berdosa jadi aku hanya pendam dalam hati sahaja.

" nonsense , dasar byuntae ! mampus sila " bidas aku pedas.

dia hanya ketawa melihat wajah cemberut aku.

" dah lah lepas. nak turun ni ! " dadanya ditepuk perlahan supaya melepaskan aku. akhirnya dia menurut.

aku turun dari katil dan betulkan baju yang terlorot sedikit. sambil itu bibir tidak berhenti mengomel tentang lelaki tinggi lampai yang sedang enak berbaring di atas katil sambil merenung aku ini.

" saja nak bagitahu yang aku dah plan nak anak so get ready okay "

" TAK NAK DENGAR! TAK NAK DENGAR ! "

aku menutup telinga dan keluar dari bilik itu dengan wajah merah membahang.

TBC💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro