05🌸
" apa sial semua ni ! aku tengok dari episod 1 sampai habis and ending dia hero mati ?! apa celaka sangat ni sial huwaaa dah la hensem " bebel aku depan tv sorang diri.
kau faham tak perasaan aku yang dah tengok drama tu sampai last episod and ingatkan dapat happy ending tapi tetiba pulak hero mati. rasa macam nak baling tv pakai kuali even aku tau tv tu tak bersalah.
" woi , pahal meroyan" tegur seseorang dari belakang.
aku tersentak. kepala dipaling ke belakang untuk lihat insan yang menegur aku tu.
" lain kali tegur baik sikit ini woi , terkejut tahu tak" aku jeling yunho yang sudah mengambil tempat duduk disebelah aku.
" tak tahu " selamba yunho membalas
" tch. diamlah " aku berdecit.
" drama apa ni ? " soalnya. tangan lelaki itu meliar mencapai potato chip yang berada pada aku ini.
" tengoklah tajuk kat atas tu sendiri. aku pun tak tahu drama apa ni" balasku malas.
kat atas tu dah tunjuk tajuk still nak tanya orang.
" jap , bukan drama ni dah ada ke masa tahun 2015 ? " soalnya hairan.
" entah. dia ulang balik la tu " balas aku.
dia hanya mengangguk faham.
" eh jap tadi kau cakap apa? " dia tiba-tiba pandang aku tajam.
" apa ? aku tak cakap apa-apa pun" berkerut dahi aku .
" haa tu apa kau gelar diri kau ? aku ? tak cium bau syurga tau " tegurnya.
aku menguling bebola mata tanda menyampah. selalu guna kuasa veto dia tu. tau tak pakai awak-saya tu buat aku rasa kekok sebenarnya.
" bagi la aku guna panggilan biasa je. guna awak-saya ni buat aku tak selesa tau" jujurku.
" nanti kau terbiasa and kau akan terlepas cakap depan parents kita. sebelum benda tu berlaku baik kita cegah dari awal. lagipun sejuk sikit telinga dengar " kata yunho.
" hm ye la. awak je betul " aku menyerah kalah.
" see ? kan sedap telinga dengar kau cakap macam tu. good " aku tidak membalas malah menjeling dia disebelah.
" hana.." panggil yunho
" apa dia ? " wajah lelaki itu dipandang sekilas kemudian kembali pada kaca tv
" dinner tadi sedap. pandai kau masak and lunch tadi pon sedap. Patut omma cakap kau pandai masak" pujinya ikhlas.
" thanks " kata aku bersama senyuman lebar.
" cheonㅡ " belum habis yunho membalas bunyi mesej masuk dari phone aku membuatkan lelaki itu terdiam.
ting !
aku mengapai iphone 11 pro yang terletak pada atas meja kecil yang terdapat di hadapan mereka.
1 unread message from Tae Oppa 👽
omg tae oppa mesej ! aku buka mesej itu dengan perasaan berdebar-debar.
aku perasan yunho disebelah cuba mrlihat skrin phone aku tetapi pantas aku sorokkan.
" kau sorok apa ? " soal nya tegas.
" apa ? mana ada apa-apa hehehe" balasku dengan segihan.
" ye ke ? meh sini phone kau nak tengok" tapak tangan diletak depan muka aku meminta phone aku.
" eh pahal pulak. ni phone saya. mana boleh " bantahku.
habis lah aku kalau aku bagi dia. chat aku dengan tae oppa juga yang dia akan selongkar and dah tentu dia akan tahu yang aku minat dengan tae oppa.
" bak sini la aku nak tengok je bukan buat apa pun " pintanya lagi.
" heol memang tak lah " marah ku. sejurus itu aku berdiri dan meninggalkan dia di ruang tamu seorang diri.
" cis ! pikir aku tak tahu yang mesej dia tu taehyung hyung. ingat aku buta ke apa huh" kata yunho seorang diri. mujur hana tidak dengar.
" dia tu sedar ke tak dia dah ada suami. masih nak mengatal dengan lelaki lain. eei kecik besar je aku tengok dia tu jangan sampai aku tak bagi dia keluar bilik karang ha naya dia tu. tak pepasal dapat anak kembar" bebel yunho seorang diri kerana geram dengan perangai hana yang masih tidak sedar diri tentang statusnya sebagai isteri orang.
⊱ ━━━━.⋅ εïз ⋅.━━━━ ⊰
" ala chaeyong, jom la teman aku pergi toilet. kau pun tau tandas tu keras haa aku takut laa pergi sorang-sorang" pujuk hana.
sudah hampir lima minit dia memujuk chaeyong untuk menemani nya ke tandas tapi hampeh gadis tu langsung tak termakan pujukannya.
" memang la keras. tandas tu orang buat guna konkrit. tak nak , aku malas nak gerak lagipun kerja sekolah aku belum siap lagi ni" balas chaeyong selamba.
hana mengetap gigi geram.
" ish fine ! aku pergi sorang. kalau aku hilang jangan kau meraung-raung panggil nama aku"
wajah chaeyong dijeling tajam.
" selama ni aku pergi toilet sorang-sorang tak hilang pun. sihat sejahtera je sampai sekarang. paling teruk pun kau kena kacau dengan budak lelaki nakal tu je. nasib aku pandai judo " kata chaeyong.
" hmph ! dah ah malas layan kau " sebaik berkata begitu hana terus keluar dari kelas untuk ke tandas.
tanpa hana sedar, ada seseorang mengekorinya dari belakang
" ajak teman pergi toilet pun payah. teman je bukannya suruh cucikan ke apa. apa punya member macam ni " bebel hana seorang diri.
" eh hanaa~ nak pergi mana tu sayang" beberapa pelajar lelaki menghalang jalan hana. hana mendegus geram.
hana menjeling lima lelaki yang menghalang dia itu.
" tepi sikit boleh tak ? aku urgent ni" balas hana dingin.
" boleh tapi dengan satu syarat. keluar dengan aku. nak ? " soal salah seorang lelaki antara mereka. rambut hana diusap lembut.
" ish benda ni main sentuh-sentuh orang. aku tak nak lah ! tepi sikit " tangan lelaki itu ditepis. suka suki je sentuh rambut precious hana.
" berani kau tepis tangan aku. nasib kau ni cantik kalau tak dah lama kena dengan aku" ujar lelaki itu dengan nada sinis.
" aku bagi peluang lagi sekali ni. kau nak keluar dengan aku ? rugi kau tolak. ramai pelajar perempuan sekolah ni yang nak keluar dengan aku. kau beruntung sebab aku yang ajak" sambungnya lagi.
" tch , pikir kau handsome sangat ke? aku tak nak ! kau tak faham bahasa ke? tolong la bagi laluan aku nak jalan. aku urgent ni" kata hana geram.
orang dah tak suka tu surrender je la dia ni main paksa-paksa orang pulak.
" ergh kau ni ! " badan hana dihempas kasar pada dinding. berani la dia buat sebab memang tak de orang lalu kat situ. lagipun sekarang waktu belajar.
" wey juho , perempuan tu." tegur jeongyu iaitu salah seorang dari 5 lelaki itu.
" auch sakit lah ! apa kau ni ! " berkerut dahi hana menahan sakit di belakang badannya.
" kau pikir oppa kau kingka kat sekolah ni aku takut ? hm ? setakat kingka apa lah sangat. " dengus lelaki yang bernama juho geram
" dan kau pikir kau pelajar paling bermasalah dekat sekolah ni aku akan takut ? tch memang tak lah" hana tersenyum sinis.
orang macam ni kita tak boleh diam. lagi kita diam lagi dia suka kacau.
" kau ni ! "
tangan dinaikkan untuk memukul gadis itu. rakan-rakan lelaki itu tidak berani masuk campur. kalau lelaki tu dah naik hantu bukan setakat hana dia mampu pukul malah kawan baik dia pun akan jadi mangsa.
" hoi ! apa korang buat ni ! " suara garau seseorang menyentakkan lelaki itu. insan itu mendekati mereka.
" cis kacau betul dia ni " gumam juho perlahan.
" taehyung oppa..." panggil hana.
taehyung tarik lengan hana sehingga gadis itu berada disisinya.
" pahal kacau dia ? korang ni memang tak serik kan. baik korang blah sebelum muka korang lebam aku kerjakan " tajam mata taehyung mencerlung mereka semua.
" dah jom guys. menyemak betul dia ni" kata juho pada rakannya yang lain.
apabila mereka sudah pergi taehyung terus check hana untuk memastikan tiada sebarang kecederaan pada gadis itu.
" hana okay ? " soal taehyung risau.
" okay. just sakit belakang je ni. nasib oppa lalu tadi kalau tak huh mandul dorang tu hana kerjakan " bebel hana.
taehyung ketawa kecil mendengar bebelan hana itu. dia mencuit hidung hana.
" hana nak pergi mana ? jom oppa teman "
" toilet. takpelah oppa. hana pergi sendiri "
" its okay. oppa teman kan hana sampai kelas. lagipun sir han tak masuk kelas oppa "
" hm okay. by the way oppa please jangan bagitau jimin oppa pasal ni. hana tak nak dia pergi serang mamat tu. kang tak pasal-pasal kena dengan pengetua "
" arraseo tapi kalau diorang kacau hana lagi hana kena bagitau oppa. faham ? "
" faham oppa ! "
taehyung mengusap kepala hana lembut. terserlah senyuman petak pada bibir lelaki itu.
dari jauh terdapat seseorang yang memerhatikan mereka dari awal lagi. yunho mengetap gigi. hana dan taehyung yang nampak mesra dihadapannya diabaikan. dia lebih geram dengan juho sekarang ni.
yunho la orang yang ikut hana dari belakang sejak tadi. pada mulanya yunho mahu menemani gadis itu tetapi dia terserempak pula dengan saem kim dan ketika itu saem kim meminta pertolongannya.
tapi sebentar sahaja then dia datang balik tengok juho hempas hana dekat dinding. memang geram la dia.
" dasar tak guna punya juho " kata yunho seorang diri. andai kata juho tu ada depan mukanya sudah lama dia belasah.
yunho berlalu pergi dari situ. bengang dengan juho satu hal yang mempelai dua orang tengah bermesra satu hal lagi. apa pikir dia tak cemburu ke tengok adegan hana dan taehyung ? dia sayang hana memang la cemburu !
⊱ ━━━━.⋅ εïз ⋅.━━━━ ⊰
" cepat lah hyung. aku lapar dah ni " kata jongho pada seonghwa yang sedang tekun menulis nota pada buku tulis.
" sabar lah. sikit je lagi ni " balas seonghwa sebal.
" itu lah masa miss eunjung suruh salin kat depan kau tidur lepastu baru sekarang terhegeh-hegeh nak buat. padan muka" pedas kata-kata hongjoong pada seonghwa.
" tu la pasal " sampuk yeosang pula.
" dah siap dah ni. aduh bebel pulak korang " seonghwa mengemas barang-barangnya lalu disimpan dalam beg.
" dah jom. mana yang lain ? " soalnya hairan.
" diorang tunggu kat kantin" balas hongjoong.
mereka berempat melangkah keluar dari kelas. pabila mereka berempat sudah hampir dengan kantin dahi mereka berkerut pabila kantin dikerumuni ramai. macam ada sesuatu perkara berlaku.
" hongjoong hyung!! " panggil seseorang. mereka menoleh ke belakang ingin mencari empunya suara. rupanya dia adalah wooyoung.
" kenapa ? " soal hongjoong.
" jap penat. huh diorang gaduh dengan geng juho. cepat stop kan diorang ! " arah wooyoung.
" bwo ?! " mereka berempat terkejut. terus mereka semua berlari ke kantin.
benar kata wooyoung. yunho , san dan mingi sedang bergaduh dengan geng juho. teruk kantin tu jadi. bersepah-sepah meja disitu. dengan muka memasing sudah lebam sana sini.
" HOI STOP LAH ! " jerkah hongjoong geram.
juho menolak pipi dari dalam sambil itu mendekati hongjoong. matanya tajam menikam anak mata hongjoong.
buk !
" KAU SIAPA NAK ARAHKAN KITORANG ! " jerkah juho
hongjoong memegang pipinya yang terasa kebas akibat layangan tumbukan yang juho berikan sebentar tadi.
" hey , aku tak nak bergaduh tau tapi kau yang buat aku rasa nak bergaduh sekarang ni" kata hongjoong geram.
" sabar hyung " yeosang menahan lengan hongjoong. mereka kenal sangat dengan perangai hongjoong bila dia dah naik angin.
" dengan dia ni aku tak boleh sabar.." hongjoong menjeling juho geram.
buk !
hongjoong menumbuk wajah juho. kolar baju juho digenggam erat.
" aku tak pernah cari pasal dengan kau tapi kau ni suka cari masalah "
" kalau bukan sebab team korang dapat pergi wakil sekolah last year aku takkan berdendam dengan kau "
hongjoong ketawa sinis. juho makin bengang bila dia terasa tawaan hongjoong itu seaakan menyidir dirinya. terus dia menumbuk wajah hongjoong
seonghwa , jongho , yeosang dan wooyoung cuba memberhentikan mereka. namun tak berhasil.
" BERHENTI !! " suara lantang seseorang menyentakkan mereka semua.
semua pelajar disitu terkejut dengan kehadiran kingka sekolah iaitu BTS.
" pahal kecoh-kecoh ni ? " soal namjoon.
mata tajam memandang 14 pelajar yang sedang bergaduh. 10 je sebenarnya yang gaduh. 4 lagi tolong berhentikan tapi terjoin juga haa gituw.
" habis lah diorang , bts dah datang "
" bts weh bts "
" mampus ! "
⊱ ━━━━.⋅ εïз ⋅.━━━━ ⊰
" weh hana ! " teriak chaeyong.
" wae ? balik tandas pastu jerit nama aku. nak baca pun payah. sedar tak kita kat library sekarang ni " bebel hana.
" ni ada benda penting aku nak cakap ni. berita gempar ni " kata chaeyong teruja.
" hm apa dia ? " soal hana seperti tidak berminat. buku yang berada didepannya ini yang menjadi perhatian.
" tadi ateez and geng juho gaduh ! sekarang diorang ada dekat bilik pengetua" terus kepala diangkat memandang wajah chaeyong.
" seriouslah ? teruk ke gaduh ? wuish tak dapat aku tengok " kata hana.
" boleh tahan lah. memasing lebam muka. bts yang stopkan mereka tadi. lepastu sir choi turun tu yang sampai bilik pengetua. kalau tak bts nak tolong cover diorang." terang chaeyong yang memang tahu menahu dengan berita-berita hangat disekolah ini.
" actually yang gaduh geng juho and yunho, mingi, hongjoong dan san je. katanya geng juho mula dulu. teruk juga lah muka memasing. tadi aku tengok yunho boleh tahan teruk juga dia tu." sambung chaeyong lagi.
" ouh" hanya itu yang hana balas. tidak tahu mahu beri reaksi apa.
TBC💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro