Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

04🌸

Hana's pov

" yah yunho ! tunggu lah ! " teriak aku apabila yunho sudah maju ke hadapan.

masuk kali ni dah pusingan ketiga tapi tah bila mamat tu nak berhenti. aku dah semput ni.

" cepat lah sikit ! " laungnya.

dia berhenti sebentar untuk menunggu aku yang sedang termengah-mengah kat sini. tapak tangan dinaikkan sebagai simbol "tungggu sekejap" kepadanya.

" stamina kuat boleh lah lari laju , aku ni ? dia tak tau ke aku ni cepat penat kalau lari ish " bebel aku seorang diri mengutuk si suami.

" dua round lagi. jom ! " katanya sebaik aku sampai padanya.

" no ! penat lah. see kaki saya dah macam jelly ni. tak larat" bantah aku.

" tak kira. kena ikut juga " degil yunho.

aku mengetap gigi geram. semalam dia yang beria ajak orang "teman" dia and now dia paksa aku lari pulak. bukan satu round tapi tiga you know !

" ala awak. saya betul-betul tak larat. semalam cakap suruh teman ni yang nak kena join jog juga dah kenapa? awak pergi lah sorang- sorang. saya nak duduk kat kerusi tu." kata aku.

kaki diorakkan melangkah ke kerusi yang terdapat disitu lalu punggung dilabuhkan disitu. wajah yunho yang mencerlung tajam kearah aku diabaikan.

pandang lah macam mana sekali pun sebab aku kalau dah buat keputusan memang aku takkan berpaling kat belakang dah. means sekarang ni aku takkan join dia jogging tapi duduk je dekat sini mengambil angin gituw.

" ewah sedap kau duduk kat situ.. no no kau kena joinㅡ " terhenti percakapan yunho pabila aku sudah pasang wajah cumils.

" yunho~ bagilah saya rehat. awak teruskan sambung 2 round awak tu and saya tunggu awak kat kerusi ni , eung?" mata dikelip-kelip untuk minta simpati.

ditenung wajah aku sekali lagi. ya saya tahu saya tak comel tapi at least saya cuba.

" hm.. kau duduk situ jangan nak merayap kat mana-mana. tunggu aku " pesannya.

oh nampaknya berhasil lah buat aegyo tadi ? comel jugak aku ni. ceh angkat bakul sendiri pula.

" arraseo hubby ! mohon cepat sikit sebab saya haus namati ni. kalau awak lambat saya tinggal je awak pergi kedai seben eleben kat depan tu" ujar ku bersama sengihan.

dia menjeling aku bila aku cakap nak tinggalkan dia untuk ke 7 eleven tadi. lagipun 7 eleven lagi penting dari dia.

" ye wifey.. jangan tinggal hubby kat sini "

pipi tembam ku dicubit perlahan kemudian dia sambung kembali jogging dia yang lagi 2 round tu.

wajah aku mula membahang. ni mesti merah habis muka aku ni. cis niat aku nak gurau je tak sangka dia pon join gurau sampai habis merah terus muka aku ni. heh tunggu yunho. ada hari ada batas ada hari aku balas. anda tunggu hari tu tiba.

⊱ ━━━━.⋅ εïз ⋅.━━━━ ⊰

Yunho's

aku kembali ke tempat yang hana duduk tadi setelah aku membelikan dia air dari seven e sebentar tadi.

sesekali bibir bersiul gembira sambil menikmati waktu pagi yang masih sejuk. masih tak ramai yang jogging pada waktu pagi disini.

tersenyum sendirian aku dibuatnya bila teringat sewaktu hana memanggil aku hubby. aku tau dia tak maksudkannya dan berniat untuk bergurau sebab tu aku join gurauan dia tu and tak sangka blushing terus muka dia.

" i want to be superstar, i want to be king " Lagu Interlude : Shadow yang baru keluar beberapa hari lepas bermain dimulutku. best sia lagu tu.

aku menarik senyuman lebar kerana sudah hampir dengan tempat yang hana duduk tetapi senyuman aku hilang tatkala perasan bahawa ada seseorang yang sangat ku kenali bersama hana ketika itu.

" taehyung hyung? " soalku sendirian.

apa yang dia buat kat sini ? haih menganggu ketenteraman aku lah dia ni. dah lah sesuka suki dia nak sentuh isteri aku. ya diorang nampak mesra sangat kat situ. dengan berani nya aku mendekati mereka berdua.

" eo ? hyung. annyeonghaseyo " aku bow padanya

" yunho ? buat apa kat sini ? " soalnya hairan.

cis aku lagi hairan apa yang dia buat kat sini. rumah dia dekat sini keb? kalau betul habislah memang tiap masa dorang dua ni asyik bersua muka. harap tak lah.

" jog dengan budak pendek ni. hyung buat apa kat sini ? " kali ni aku pulak yang menyoal.

plastik yang berisi minuman aku beri pada hana dan duduk di sebelah gadis tu. tanpa banyak bunyi dia ambil sebab aku tahu dia memang haus.

" hyung jalan ambil angin je tapi ternampak hana sorang-sorang kat sini. rumah hyung dekat area sini juga tu yang ternampak hana kat sini" terang taehyung.

masin betul mulut aku ni. balik ni aku nak telan gula biar manis mulut aku. tak guna.

" ouh " keadaan kembali sepi.

" kalau macam tu hyung pergi dulu. ganggu korang berdua je. hana , oppa pergi dulu. annyeong " katanya sambil mengusap kepala hana lembut.

" dae. annyeong " balas aku.

" annyeong oppaa! " ujar hana ceria dan kali ini taehyung hyung memicit hidungnya pula.

eh dia nampak tak suami dia kat tepi ni? amboi dengan lelaki lain boleh ber oppa bagai tapi bila dengan aku tak nak panggil oppa pulak. tak adil ! hidup memang tak adil.

hilang saja figura kim taehyung dari pandangan kami berdua , wajah hana yang sedang tersenyum lebar sehingga ingin terkoyak bibir di jeling geram tanpa dia perasan.

" jom balik " arah aku tegas. aku mula bangun dan meninggalkan dia yang masih termangu-mangu disitu.

⊱ ━━━━.⋅ εïз ⋅.━━━━ ⊰

lepas kejadian pagi tadi dimana taehyung oppa berjumpa dengan yunho , lelaki tu sampai sekarang mendiamkan diri. mungkin dia ada down pasal something tu. hm maybe. so abaikan je la.

lelaki tu ada dekat dalam bilik and masih tak turun sampai sekarang. entah benda dia buat dekat atas tu tak tahu. yang aku tahu asal dia masih hidup itu dah melegakan aku.

sekarang sudah masuk waktu lunch dan aku dah get ready barang-barang nak masak. rindu pula nak masak ni. aku dari tadi tak berhenti kemas rumah. penat la juga.

aku pikir hari ni nak masak simple je for example spaghetti sebab aku tengah penat ni. nanti malam aku masak lah korean food untuk si suami. yang masaknya aku sorang kalau dia tolong tak pe jugak. jap lagi kalau dia complain memang aku sumbat garfu dalam mulut sampai anak tekak.

hampir setengah jam menyibukkan diri di dapur akhirnya aku siap memasak. aku cedok pasta ke dalam pinggan dan letak di atas meja.

aku naik ke tingkat atas untuk memanggil yunho. pa lah yang dia buat kat atas tu. tak bosan ke duduk dalam bilik memerap? eh cakap orang aku pon sama je sebenarnya. duduk memerap dalam bilik layan kpop.

aku berdiri didepan pintu bilik yunho. baru nak ketuk pintu tetapi terhenti apabila mendengar suara lunak seseorang yang sedang menyanyi. teinga dilekap pada pintu untuk mendengar dengan lagi jelas.

fulamak suara dia merdu gila suara dia.

lama aku dengar dia menyanyi sehingga lah keadaan tiba-tiba sunyi. suara merdu ketika dia menyanyi tadi hilang. eh habis dah ke? aku rasa macam belum.

" ehem ! orang kat luar tu buat apa? " hampir nak luruh jantung bila dia tetiba cakap camtu. perli lah tu.

aku menegakkan badan. " aaa erm tak buat apa. lunch dah siap. rasa nak makan turun lah bawah kalau taknak takpe saya habiskan" jawab aku tergagap

tanpa mendengar balasannya aku terus turun ke bawah untuk hilangkan rasa malu ketika kantoi dengar dia nyanyi tadi. tapi suara dia sedap.

aku tarik salah satu kerusi dan duduk di situ. tak lama kemudian bunyi tapak kaki seseorang makin kedengaran. aku kekalkan riak wajah selamba aku. dah buat benda memalukan tapi masih nak jaga imej ya itulah aku sekarang ni

strettt...

bunyi kerusi ditarik. aku memandang empunya badan yang sedang duduk itu tetapi pada masa yang sama dia juga sedang pandang aku sambil packej kenyit mata lagi. erkㅡ

makanan sudah terhidang di depan mata dan aku dah bersedia nak makan tapii si yunho ni dia boleh pulak tengah tenung aku makan.

" b-bwo? makan laa ! " tegur aku.

" buat apa depan pintu bilik aku tadi ? " soalnya disusuli tawaan kecil.

cis perli ah tu. nak jawab apa eh ? takkan nak cakap aku curi-curi dengar dia menyanyi ? no no nanti dia ejek aku.

" earring saya terjatuh and saya cari lah " balasku tidak jujur. tipu sunat takpe kan lol

" ye ke ? " soalnya kembali. wajahnya jelas menunjukkan dia tak percaya kan aku. aku tahu aku bad liar.

" ye ! betul tak tipu ! " tangan diangkat seperti bersumpah cuba untuk buat dia percaya kan aku.

" hm okay "

akhirnya dia percaya. fuh selamat.

yunho pandangan makanan yang berada di depannya dan dia mula makan. aku di tepi menjadi pemerhati menanti komen yang akan yunho berikan.

lama aku menunggu sehinggalah yunho tersedar akan itu

" kau kenapa tak makan ? " tegur yunho.

" nak makan lah ni " terus aku capai garfu dan mula makan.

dia geleng kepala tengok perangai pelik aku hari ni. pelik ke ? aku rasa tak.

sunyi. hanya bunyi lagaan garfu dan sudu pada pinggan sahaja ketika ini. masing-masing sibuk makan.

" hana.. " suara yunho memecah kesunyian.

" what ? " soal aku. kening dinaikkan.

" kau dengan taehyung hyung ada apa-apa ke ? rapat je aku tengok " soal yunho ingin tahu.

apa mention nama kerash kesayangan saya ni. kenapa dia nak tau pulak.

" tae oppa ? takde apa-apa. just dia kan kawan rapat oppa and kami memang rapat. kenapa awak tanya ? "

" nothing. saje tanya. nampak rapat sangat korang berdua " balas yunho dan aku hanya diam.

apabila sudah selesai hana bangun dan kutip pingan lalu dibawah ke sinki.

" tinggal je kat situ kalau dah siap " pesan hana tidak memandang yunho.

hampir menjerit hana bila ada satu tangan tiba-tiba letak pinggan mangkuk kotor di dalam sinki. tangan je keluar tapi tuannya tak nampak. nafas berat seseorang menerpa telinga hana.

yunho yang sedar akan itu hanya tersengih nakal. tancangan nak usik hana berjaya.

" takpe lah bukan susah pun nak bawak pergi sinki" kata yunho.

" yah yunho! ada makan penampar aku ni nanti " marah hana.

hana memang pantang kalau orang tiup ke bernafas dekat telinga dia. geli katanya.

" haa kurang ajar dengan suami "

" siapa suruh buat benda yang saya tak suka kan dah kena" cebik hana.

" nak buat macam mana aku tinggi and kau tu pendek." balasan yunho itu membuatkan hana berpaling ke belakang.

ingatkan nak maki tapi dekat sangat kedudukan mereka ketika itu. kalau bergerak sikit memang hana tercium si yunho tu.

tangan hana menolak tubuh yunho sehingga ada jarak antara mereka

" jauh la sikit " kata hana perlahan.

yunho terkebil-kebil. dia pun tak tahu mereka akan jadi sedekat itu. kepala yang tidak gatal digaru sebagai hilangkan rasa janggal yang hadir pada dirinya.

" aku naik dulu " katanya dan terus menghilangkan diri. hana tidak menjawab sebaliknya hanya berdiri seperti tugu disitu.

" uish.. laju gila " kata hana seorang diri.

tapak tangannya diletakkan pada dada dimana jantungnya sedang kuat melakukan kerja. tidak berhenti berdegup laju.

TBC 💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro