02🌸
Hana's
aku menarik senyuman nipis kepada setiap tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan kami ini. tetamu yang datang majlis ni pun adalah saudara mara kami sahaja.
aku yang tak bagi mereka jemput ramai orang sebab aku taknak orang ramai tahu bahawa aku sudah pun menjadi isteri orang. kalau boleh aku nak perkara ini dirahsiakan sebab aku masih belum bersedia untuk beritahu orang lain.
sisi wajah yunho yang sudah sah menjadi suami aku direnung lama. boleh tahan handsome jugak dia ni. melting pula aku dekat sini. suami siapa kacak sangat ni ? kutip cepat !
" uit, sampai mana dah? paris? london? ke malaysia?" teguran yunho membuatkan aku tersedar dari terus merenung wajag yunho.
auto membahang wajah aku tatkala sedar kedudukan kami ketika ini amat lah dekat.
" tau lah aku kacak tapi jangan lah sampai macam tu sekali renung. seram pulak aku "
aku mengulingkan bebola mata. perasan ah dia ni. lempar kat sungai han baru tahu tapi larat ke seketul hana nak angkat si yunho yang tinggi macam galah ni? aku dahla pendek je. hm 163 je guys😧
" err tolong lah jangan perasan, tu rambut kau serabai. geram aku tengok. meh sini "
yunho menunduk sehingga mata kami bertentangan. aku melarikan bebola mata aku dari terus bertentangan dengan anak matanya.
terus rambut dia aku betulkan ala kadar. tak serabai mana pon rambut dia tu tapi saja aku tipu dia sebab nak cover malu.
nanti kantoi ah dia tahu aku renung dia tadi lepastu mula lah nak bangga diri.
" baru aku sedar, lawa juga kau ni rupanya kalau tengok dari dekat " pujinya ikhlas.
laju jantung buat kerja bila aku sedar yang wajah kami memang dekat. Dengan pujian dia tadi tu fuh seketul hana memang rasa nak meletup sekarang ni. Peti mana peti? nak menyorok dalam tu.
" d-dah siap , arr em aku nak pergi dengan mama dengan papa dulu "
terus kaki aku laju berjalan meninggalkan lelaki itu yang sudah tersengih-sengih melihat wajah merah aku ni.
" hey , aku pon nak pergi jumpa mereka juga "
baru dua langkah tangan aku diraih lembut olehnya lalu digenggam erat.
" eh yunho, apa ni " terkejut aku bila dia genggam tangan aku erat. memang nak tengok aku meletup ke kat sini?
aku lempang jantan ni karang. yunho tak membalas sebaliknya hanya mendiamkan diri dan bibirnya melakarkan senyuman nipis buatku.
" alahai anak mama ni cantik betul dia hari ni " tegur mama
aku melepaskan genggaman tangan kami dan mendekati mama. pinggang mama aku peluk erat dan tanpa sedar air mata aku perlahan-lahan jatuh.
" lah dah kenapa tetiba menangis ni ? "
hairan dibuatnya Puan Park bila tengok anak gadisnya ini menangis tiba-tiba.
" ala nanti hana rindu mama! " rengek aku. ya aku tahu aku mengada.
lagipun lepasni aku kena tinggal dekat rumah yang parents aku dan parent yunho beli khas untuk kami. hadiah katanya. aku akan tinggal berjauhan dengan mama dan papa. hm
means aku tinggal berdua dengan yunho je. nasib rumah tu tak jauh sangat dan tak dekat sangat dari sekolah. mereka nak kami belajar berdikari. aku ikutkan ajalah kehendak mereka.
" bukannya kamu tak boleh balik langsung kat rumah mama. nanti hujung minggu balik la rumah mama. halah mengada lah dia ni "
mereka semua ketawa melihat telatah hana dan puan park disitu. mengelikan hati betul.
" hey hey saeng! "
aku melepaskan pelukan pada mama dan menyorok dibelakang papa. aduh mamat ni dah sampai.
" papa tolong hana!" rayu aku.
bukan apa oppa aku tu sekali dia dah jumpa aku then dia gomol aku pulak tu tak lupa pipi aku akan ditarik-tarik seperti slime. sakit tahu!
" park jimin ! jangan kacau adik kamu nanti habis rosak make up dia nanti hahaha" papa ketawa kecil.
ingatkan nak tolong rupanya join sekaki. yup Park Jimin tu abang aku merangkap boyfriend kawan baik aku. terkejut tak? tak en. apa aku merapu ni siut 😩
" tak lah saeng, sini peluk je. lepasni aku tak boleh kacau kau kat rumah dah" aku mengecilkan mata aku tanda ragu-ragu dengan manusia bernama park jimin ni.
" janji eh jangan cubit pipi hana"
" iya janji!" jimin mengangkat tangan seperti ikrar. pantas tubuhnya dipeluk oleh aku.
dia ni even bangang abadi tapi dia abang paling best in the world ! sebab dia selalu belanja aku apa-apa barang yang berkaitan bangteez hm armytiny can relate.
" tapi kat sekolah aku takkan lepaskan peluang untuk buli kau" lepas dia cakap macam tu aku terus lepaskan pelukan dan jeling dia
" dah ? jangan nak bergaduh. hana , papa taknak peluk? "
aduh lupa pulak papa. dia dah lah jarang dapat line dalam fanfic ni. tubuh papa juga dirangkul erat.
aku beralih pada ibu bapa mentua aku pula. kelihatan yunho sudah berdiri disebelah appa.
" omma.. maafkan hana sebab bersikap biadap haritu. hana tak sengaja hehe " aku tersengih sumbing dihadapan puan jeong.
" takpelah. perkara biasa je tu. omma tak ambil hati. cuma omma harap kamu berdua akan hidup bahagia." tidak membalas hanya senyuman saja terlakar pada bibir aku ini.
tak tahu nak balas apa sebab takdir dah menentukan segalanya. andai kata kalau aku dan yunho takde jodoh kami akan bercerai juga one day nanti , andai kata lah. kita hanya mampu merancang tetapi yang tentukan segalanya ada Dia yang berada diatas sana.
tubuh omma dirangkul sekejap sebelum beralih pada appa pula " appa harap kamu dapat jadi isteri yang terbaik untuk anak lelaki appa. appa percayakan kamu" bahu aku ditepuk perlahan.
" hana cuba" balas aku.
" kami minta diri dulu eh?" pinta yunho. aku disebelahnya hanya diam sahaja.
" ye lah.. jaga hana elok-elok tau " Tuan Park memberi pesanan pada yunho.
" papa jangan risau ! yunho akan jaga dia baik-baik " balas yunho dengan senyuman manis.
✧ ✧ ✧ ✧
keadaan didalam kereta sunyi sekali. masing-masing memilih untuk mendiamkan diri. masih janggal mungkin.
hana kusyuk melihat pemandangan malam pada cermin tingkap kereta manakala yunho sibuk memandu. masing-masing mata kuyu kerana penat.
" tidur asing atau same room? " soal hana yang dari tadi ingin menyoal tentang hal itu.
" same room" balas yunho.
muncul senyuman nakal pada bibir merah delima lelaki itu membuatkan hana meremang.
" no ! aku nak tidur asing " bantah hana.
yunho diam. dengan tiba-tiba lelaki itu berhentikan kereta di tepi jalan membuatkan hana rasa takut. yunho memandang tajam kearah hana.
" kita dah kahwin kan? " soal yunho
" y-yup " terketar-ketar hana ingin menjawab kerana rasa takut. mana lah tahu tetiba yunho nak campak dia keluar.
" then ubahlah panggilan"
yunho mengalihkan pemandangan dari hana dan kembali meneruskan pemanduan.
" huh?" blur hana. biasalah hana dan sikap blurnya berpisah tiada.
" aku nak kau ubah panggilan kau kepada aku. tak seronok lah dengar kau panggil aku dengan panggilan kasar macam tu apa kata pakai oppa ke honey ke atau sayang? ha baru sejuk telinga aku mendengar "
kecik besar je hana pandang yunho ketika ini. apa sial lelaki ni merepek?
" euw taknak ! " wajah disgusting ditayangkan
" sure tak nak ? " soal yunho dengan senyuman sinis.
" ye lah! aku tak nak! " bangkang hana lagi.
" okay , kalau taknak dipersilakan turun. balik rumah jalan kaki "
sekali lagi yunho berhentikan kereta ditepi jalan.
" mana boleh paksa ! " dengus hana.
" mana boleh derhaka dengan suami wahai Jeong Hana "
yunho menggunakan kuasa vetonya. hana pula sudah fed up dengan lelaki tu.
" ish ye lah" keluh hana.
kalau dia lelaki sekarang ni memang yunho tu sekarang juga dia ceraikan.
" apa yang ye lah? "
" ye lah.. mulai hari ni saya akan panggil awak dengan panggilan awak dan bukannya kau. puas hati? "
" awak je ? aku prefer sayang or oppa "
" hey banyak songehlah awak ni and one more awak boleh pulak ber kau-aku dengan saya "
" comel lah kau marah sayang.. teruskan lagi. aku suka tengok muka kau masa marah " dalih yunho. saja lah tu tukar topik
terus terdiam hana bila yunho berkata begitu dengan perkataan sayang yang muncul dari mulut dia tu buatkan hana rasa nak sepak terajang angin ha gituw.
" by the way kalau kau nak bilik asing aku ikut je "
hana tidak membalas hanya anggukan saja diberi. mata sudah kuyu dan apa yang dia tahu dia mahukam katil je sekarang ni.
✧ ✧ ✧ ✧
Yunho's
sampai sahaja di perkarangan rumah , aku memarkir kereta di dalam garaj kemudian handbrake ditarik dan enjin dimatikan.
kepala ditoleh ke tempat duduk sebelah yang diduduki hana. ternyata gadis itu sedang nyenyak tidur maklum la sekarang sudah lewat malam. aku tak expect pula yang akan berlakunya kesesakan lalu lintas tadi.
serba salah pula nak kejut dia ni bangun. nyenyak sangat tidur nya. aku keluar dari kereta dan pintu ditutup separa kuat. langkah dituju ke arah pintu rumah untuk membuka pintu. apabila pintu sudah dibuka aku kembali ke kereta.
pintu bahagian tempat duduk hana dibuka dan tubuh gadis itu dicempung oleh aku kemudian aku menutup pintu kereta menggunakan kaki. guna tangan kang jatuh si hana ni nanti.
satu persatu anak tangga aku panjat dengan penuh berhati-hati risau terjatuh akhirnya sampai juga didepan bilik hana. aku masuk ke dalam salah satu bilik dan tubuh hana dibaringkan disitu.
bilik tu memang milik hana. masa pertama kali kami lawat rumah ni dia suka sangat dengan bilik ni.
aku keluar dari bilik itu dan masuk kedalam bilik aku yang bersebelahan bilik hana. barang-barang kami dah dipindahkan semalam sebelum majlis mula. that's why kami berdua balik dengan tangan kosong.
tuala yang berada di penyangkut aku capai dan disangkutkan pada leher. aku keluar untuk ke bilik hana semula. niat nak kejut dia untuk mandi. aku pulak yang tak selesa tengok dia tidur pakai dress kahwin tu. terlupa pulak nak kejut dia tadi.
tombol pintu bilik hana dipulas separuh dan ditolak kedalam. aku mendekati susuk tubuh hana yang masih diulit mimpi. budak ni kalau tak dikejut memang tak akan bangun. itu lah apa yang mama pesan pada aku.
" hana bangun wui" kejut ku.
" erm ? apa dia ? " soal hana dengan suara serak basah dek kerana baru bangun tidur. dia mula duduk dan mengosok matanya.
" mandi lah.. tukar baju " arah aku lembut.
dia tidak membalas dan terus mencapai tuala masuk ke dalam tandas.
aku keluar dari biliknya. sumpah dia comel sangat bila tidur ! and muka mamai dia tu aduh ni rasa nak tidur dengan dia ni aip aip kawal yunho kawal.
aku rasa aku sudah mula jatuh cinta dengan dia. tak salah bukan cintakan isteri sendiri 😌
dari aku tunggu yang lama baik aku terima yang sudah sah menjadi hak milik aku. sejujurnya aku masih tak boleh lupakan song jiyoon , ex girlfriend aku tapi sekarang aku sudah menjadi suami orang dan aku rasa aku patut lupakan si dia yang takkan aku dapat.
sekarang.. aku sudah ada tanggungjawab besar yang harus aku pikul iaitu isteri aku. mulai dari hari ini , saat ini , aku akan tumpukan perhatian sepenuhnya pada isteri aku Park Hana eh silap Jeong Hana.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro