Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MS19 | Voice

[ Jungkook POV ]

Aku terbangun dan ku meneliti sekeliling. Tampaknya aku masih kat luar rumah, kelibat Aileen pun belum aku nampak lagi sebab pintu rumah masih tertutup rapat.

Hmm, takpalah. Aku bangun dan masuk kedalam rumah, tiba tiba kepala aku terasa pening. Aku rasa badan aku macam berat, aku tolak pintu disalah satu bilik dan masuk. Aku bersandar di dinding sambil menenangkan kepala aku.

" Kenapa pening ni adeh.. " gumam aku. Tiba tiba, gambaran wajah Aileen terbayang di pemikiran aku. Perasaan aku jadi lain, kenapa?

Klik..

Aku terdengar bunyi pintu rumah dibuka. Perlahan lahan aku membuka pintu bilik dan mengintai orang itu.

" Aku nak mandi dulu la.. " hati aku terasa lega bila nampak orang itu ialah Aileen.

" Baru balik? " perbuatannya terhenti, perlahan lahan dia menoleh kebelakang.

Nampak sangat muka dia terperanjat nampak aku tengah tengah tengok dia disebalik pintu. Macam serial killer pula.

" Er.. Ee.. Annyeong? " sapanya teragak-agak. Aku tersenyum sinis dan menolak pintu tersebut

' Aileen.. ' aku berlari kearah Aileen, cepat. Aku seolah olah tak nak dia jauh dari aku.

" J-jungk-- "

" Aku risau, bodoh. " tubuhnya aku dakap dengan erat sekali. Kepalanya aku usap lembut sambil mendekatkan kepalanya dikepala aku.

Baguslah kau dah balik, Aileen. Aku risau.

" Jungkook ah.. "

***

" Jungkook ah.. " Aileen cuba menolak badan Jungkook. Pelukan Jungkook terlalu erat sehinggakan Aileen tidak dapat bernafas.

" Lain kali, terus balik rumah. Jangan merayau. " akhirnya Aileen dapat bernafas dengan sempurna kerana Jungkook melonggarkan pelukannya. Rambut Aileen disentuh dan diusap lembut.

" Mianhae, salah aku juga sebab tinggalkan kau je terus. " katanya lagi. Sekarang, benda yang Aileen fikir ialah, Jungkook ni dah kenapa? Lembut semacam je. Mana Jungkook yang byuntae pagi tadi?

" Jungkook? Kau kenapa? Tadi hujan ke? Kau demam ehh? Kekok lah. " Aileen mengundurkan badannya dari Jungkook. Wajah Jungkook berubah apabila Aileen berkata begitu. Dia menunduk.

" Mian.. Aku cuma risau.. "

" Ok.. Gomawo, mian juga sebab tak bagitahu tadi aku ikut Hoseok pergi cafe.. Ada kerja overtime.. Tee-he.. " kata Aileen tersengih. Lantas, wajah Jungkook terangkat.

" Hoseok? "

" Nae ^^ Hoseo-- argh! "

" Aku tak suka kau keluar dengan Hoseok. " kata Jungkook tegang, dia mengenggam bahu Aileen. Aileen pula terasa kesakitan dengan cengkaman Jungkook.

Sungguh, Jungkook ni sihat ke tak sekarang ni!? Emotional sangat!

" Kenapa pula! Hoseok kan kawan aku! "

" Walaupun kawan, tapi aku tetap tak suka! "

" Kenapa!? " soal Aileen geram, direnung wajah Jungkook. Perlahan lahan, Jungkook menjatuhkan wajahnya keatas bahu Aileen.

" Aku cemburu, Aileen. " gumam Jungkook. Suara terus kendur. Aileen tersentak dengan jawapan Jungkook. Ingin sahaja Aileen heret Jungkook pergi ke hospital, suruh doktor check sama ada Jungkook ni ada penyakit sawan apa?

Tiba tiba jadi manja. Lembut, dan beremosi.

" Haih, buat apa jealous? Aku dengan Hoseok kawan jelah. Tak lebih dari itu pun. " nak tak nak, terpaksa Aileen pujuk. Kepala Jungkook masih diatas bahunya, berat.

" Hmm.. Kau boleh kawan dengan dia, tapi jangan lupakan aku. Aku suami kau sekarang dan dia hanya kawan. Jadi aku yang kau kena beri perhatian penuh. Bukan dia. " Aileen terdiam dengan kata kata Jungkook. Terasa tangan Jungkook melingkari pinggang rampingnya. Erat dan lembut.

***

Jinhae merenung gambar dihadapannya. Disentuh wajah seorang lelaki didalam gambar tersebut, senyuman terukir dibibir.

" Oppa, Jinhae dah jumpa Jungkook. Jinhae happy sangat bila tengok dia. Dia pun sama, oppa. Dia tak banyak berubah sejak 3 tahun lalu. Dia masih dingin macam dulu. " dahinya disandarkan kearah kaca frame itu.

" Jinhae nak dia jadi milik Jinhae balik. Tapi,... Masa tak bagi peluang untuk pikat Jungkook. " satu luncuran air mata menuruni ke pipinya. Bibirnya masih tersenyum.

" Walau macam mana pun, Jinhae akan berusaha pikat hati Jungkook balik. Jinhae sanggup buat apa saja. Asal Jungkook kembali pada Jinhae. Oppa, cheer me up "

-

-

-

-

-

Hoseok menjemur kain diluar, malam malam menjemur kain etdedehh.. Rajin.

" Hobie. Meh sini appa tolong. " tiba tiba appa Hoseok muncul disebelah Hoseok. Nasib Hoseok tak menjerit terkejut disana. Baju didalam bakul diambil dan diletakkan diatas ampaian.

" Jadi Hobie, macam mana dengan cadangan appa hari tu? Dah berjaya? "

" Hmm.. Sikit lagi nak complete plan tadi . Tapi, dia balik awal. Hoseok tak dapat buat apa apa selain hantar dia balik, ahahha. " kata Hoseok tersengih.

" Hmm.. Hantar dia balik? Sejak bila anak appa jadi gentle ni!? " bahu Hoseok ditampar lembut.

" Appa ni, appa sendiri cakap kan kalau ada perempuan nak balik jangan biarkan. Hantar sampai balik rumah. Even anak sotong macam bapanya. " kata kata Hoseok berbaur sindiran.

" Yaish!! Biar sotong, asalkan laku ok! " Hoseok tertawa dengan kata kata appanya. Appa nya tidak kerja dan hanya menjadi suri rumah. Dan omma nya sahaja kerja.

Semua kerja rumah, appanya yang buat. Masak, cuci kain, seterika baju, dan semua kerja perempuan, appanya yang buat. Hoseok pula hanya tolong buat apa yang patut. Kalau masak, jangan harap Hoseok.

Rosak resepi.

" Oh ya, rumah kawan kamu Aileen tu tiada orang lagi kan? Macam kosong rumah tu. " soalan appanya membuat Hoseok menoleh.

" Hoseok rasa baru beberapa jam Hoseok hantar anak makcik Jeon kat rumah tadi. Memang nampak gelap juga, tapi Aileen masuk rumah tu. I guess.. "

" Yeke? Kamu pasti yang kamu hantar tadi tu Aileen? " mula dah appa Hoseok. Diambil tuala putih dan diletakkan diatas kepalanya.

" Appa, Hoseok pasti tu anak makcik Jeon. Hoseok siap bercerita dengan dia tadi. " kata Hoseok, cuba nak legakan hati. Appa Hoseok tergelak jahat dan memandang Hoseok dengan pandangan menyakat.

" Yelah tu.. Appa masuk dulu ye.. Baibai.. Ehehehheheheheh.. "

" Appa!!! " Hoseok menjerit geram dengan appanya yang kuat menyakat. Tiba tiba, bulu romanya beremang semacam.

" Aduh, kenapa kau datang juga masa time ni.. Tolonglahhh.!! " Hoseok cepat cepat menjemur kain yang tinggal sedikit lagi. Angin sejuk meniup lembut disekeliling Hoseok.

" Hoseok.. "

Hoseok cuba buat tidak dengar walaupun kakinya sedang bergeletar sekarang. Tangannya sudah sejuk.

" Hoseok.. Tolong aku.. "

Kelakuan Hoseok terhenti saat dia terasa bahunya dipeluk seseorang. Nafas berat terasa dilehernya. Makin naik lagi rasa takutnya.

" OMMMAAAAAA!!!! APPPAAAAAA!!!!!! " lintang-pukang Hoseok masuk kedalam ruamh. Dibiarkan sahaja kain yang masih belum dijemur.

Yang penting, dia dah rasa seram seriau dengan bisikan tadi.

- To be continued -

Vote; ✔

Comment; ✔

[ KentJ2807__ ]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro