
MS12 | Annyeong, Omma!
" Ada apa omma nak jumpa ni? " soal Aileen. Air choco diletakkan atas meja. Jungkook hanya duduk diam sambil menghadap phone. Ntah apa yang dia layan pun Aileen tak tahu.
" Ada Jungkook bagitahu tentang rumah yang kamu berdua akan tinggal nanti? " kata Mrs Jeon yang memulakan perbicaraan. Aileen angguk.
" Dan minggu depan kami akan-- "
" Nope.. But tomorrow.. " pintas Mrs Jeon. Aileen bagaikan ingin menendang Jungkook disebelahnya sekarang. Kata minggu depan, tapi kenapa omma kata besok!? Jaga kau kat rumah nanti, Jeon Jungkook.
" Jeon Aileen, Jeon Jungkook. Malam ni, omma ada flight.. Omma kena pergi Canada dalam beberapa bulan. Yelah, omma pun terpaksa ambil alih kerja arwah bapa kamu. Banyak client nak jumpa. Jadi, itu sebab omma nak kamu berdua cepat kahwin dan berdikari sendiri. " terang Mrs Jeon.
" Jadi, siapa ganti omma kat sekolah? Omma kan pengetua sekolah kami. " kata Aileen.
" Alaaaa, Ms Rosalie kan ada? She can handle it. " Aileen mengangguk. Hampir dia lupa cikgu foreign tu. Assistant omma kan.
" Dan syarikat arwah appa kamu nanti akan diserahkan pada Jungkook tapi bukan sekarang. Harap kamu faham ya, Jungkook? " tambah Mrs Jeon. Jungkook angguk perlahan sambil meminum perlahan airnya. Aileen disebelah hanya diam menjeling Jungkook.
" Kalau takda apa apa, kita pulang la. Omma nak siapkan diri dan barang barang lagi. " Mrs Jeon mula bangun dari duduknya. Aileen juga bangun tapi tangannya ditahan oleh Jungkook.
" Omma pulang dulu nae? Jungkook.. Ada hal nak bincang dengan Aileen.. " kata Jungkook sambil tersenyum. Tangannya masih mencengkam tangan Aileen.
Mrs Jeon mengangguk perlahan. Dan beredar dari situ. Aileen duduk semula dan menunggu Jungkook membuka mulut. Malas nak buka mulut masa itu. Hilang mood lepas apa yang Mrs Jeon katakan tadi.
Dia. Akan. Tinggal. Dengan. Jungkook. Mulai. Esok.
Fine.
" Aileen. Besok kita pindah, so prepare barang barang malam ni. " kata Jungkook.
" Tch.. Itu je? " kata Aileen. Jungkook mendekatkan wajahnya dan berbisik.
" Prepare yourself too.. " kucupan hinggap singkat ke pipi Aileen. Aileen segera mengelap pipinya kasar.
" Dahlah, aku nak balik.. "
" Wait.. Tunggu sini dulu.. "
" Tunggu apa lagi? " Jungkook menghabiskan airnya dan bangun. Dia menarik tangan Aileen keluar dari cafe.
***
Taehyung baring ditengah gelanggang basketball. Badannya yang melekit dengan peluh tidak dihiraukan. Nafasnya turun naik kerana kepenatan bermain.
" Kenapa.. Aku.. Tak boleh lupakan dia? "
" Aileen.. "
" You ruined my life.. "
Taehyung bangun dan menuju ke arah bangku. Air mineral dicapainya.
" Excuse me.. " tiba tiba ada seseorang menyapa Taehyung. Didongak kepalanya melihat empunya suara tersebut. Mata Taehyung membulat.
" Boleh saya tahu kat mana bilik pengetua? " kata orang itu tersenyum manis. Taehyung masih tergamam. Dia mengosok kedua matanya.
Orang itu tergelak kecil melihat Taehyung.
" K-kau.. " Taehyung mula menunjuk orang tersebut.
" Its been a long time, Taehyungie. "
***
" Yahh Jungkook! Lepaslah.. Haish! " marah Aileen. Dia tidak pasti mengapa Jungkook mahu bawa dia ke sini. Taman yang luas, ramai orang lalu lalang disini.
" Duduk sini. " Jungkook menarik tangan Aileen sehingga Aileen terduduk disebelah Jungkook.
" Hish.. Buat apa kau bawa aku kat sini? " soal Aileen kasar. Jungkook meletakkan tangannya dipinggang Aileen dan menarik kasar badan Aileen.
" Dont talk anymore.. Let me talk right now.. " kata Jungkook sambil merenung Aileen. Aileen mengerutkan dahinya. Tekaknya dibersihkan.
" Sebelum tu, boleh tak alihkan tangan kau? Geli ok. " kata Aileen sambil menepuk nepuk tangan Jungkook yang kemas memeluk pinggangnya. Bahagian sensitif bagi Aileen. Nasib dia tidak menjerit kegelian disitu.
" Fine. " Jungkook melepaskan tangannya jauh dari pinggang Aileen tapi dirinya tetap dekat pada Aileen. Aileen membetulkan duduknya dan menyelak rambut panjangnya.
" Ok. Apa yang kau nak cakap? " soal Aileen. Dilihat Jungkook yang membaringkan dirinya diatas rumput hijau itu. Rasa menjengkelkan mulai terasa pada diri Aileen.
" Yahh Jeon Jungkook. Kalau takde apa yang nak cakap, kita balik. Aku nak tolong omma kemas barang. "
" Kau baliklah kalau kau berani. " kata kata Jungkook berbaur ugutan tapi langsung tidak berkesan pada Aileen.
"Fine. " Aileen mula bangun tapi pergelangannya pantas ditarik oleh Jungkook sehingga Aileen terjatuh atas Jungkook.
" Temankan kejap kat sini. Sekejap je. " pinta Jungkook sambil memeluk tubuh Aileen yang berada diatas badannya. Matanya terpejam.
" Yaish! " Aileen meronta untuk bangun.
" Hish.. Tak sweet langsung la kau ni. Sanalah! Berat! " tiba tiba Jungkook marah dan menolak tubuh Aileen tergolek sebelah.
Jungkook meletakkan kedua tangannya diatas kepala dan memejam kedua matanya. Tidak dihiraukan lagi Aileen yang membebel disebelahnya.
" Kau pulang sorang sorang! " marah Aileen dan beredar dari situ. Jungkook menghembus nafasnya berat.
" Payah rupanya ada isteri yang tak sporting kan? "
***
" Musanggg ~~~ " kata Hoseok panjang. Wanita yang dihadapannya menoleh. Hoseok tergelak lalu berlari kearahnya.
" Kau dari mana? " soal Hoseok.
" Aku dari cafe pastu lalu sini nak balik rumah, Jung Hoseok. " kata Aileen teratur. Acuh tak acuh sebenarnya.
Hoseok memeluk tubuhnya sambil tenung Aileen. Kakinya tetap berjalan mengikut Aileen.
" Kau dah kenapa tengok aku? Kau pun dari mana? " soal Aileen. Hoseok mendengus perlahan.
" Aku dalam dua perasaan sekarang. Tapi aku rasa macam rasa janggal tau. " luah Hoseok. Aileen menghentikan langkahnya dan menyentuh dahi Hoseok.
" Kau dari klinik eah? Sakit apa kau? " soal Aileen separuh menyindir. Hoseok hanya diam merenung Aileen.
" Yahh, aku takde masa nak tunggu . Aku ada benda nak buat lepas ni. Cepat la kalau nak balik sama sama. " kata Aileen lalu mendahului Hoseok. Hoseok masih berdiri sambil matanya memandang Aileen berjalan meninggalkannya.
" Musang. Kau memang bahaya la. Kenapa kau selalu cuba nak test aku? Ingat aku ni bahan ujikaji ke, musang? Erghh.. Tengok! Aku dah melalut.. " pipi kanannya ditampar sehingga dia sendiri mengerang kesakitan. Pukul sendiri, sakit sendirilah.
" Youre so bad to me, Jeon Aifox. "
" HOSEOK!!! KAU TAK NAK BALIK SAMA SAMA KE!!?? " dari jauh Aileen menjerit membuat Hoseok tersedar dari mimpinya.
" Tengok, apabila musang menyalak. KEJAPLAHHHH!! " Hoseok membuka langkah untuk mengejar Aileen yang kian menjauh darinya.
***
» Skip
" Jaga diri kamu berdua eoh? Jangan bergaduh pula. Ingat. " pesan Mrs Jeon. Jungkook dan Aileen mengangguk faham.
Dari tadi, Aileen tak lepas memegang tangan Mrs Jeon. Anak manjalah katakan, Jungkook yang nak peluk mamanya pun takde peluang. Asyik menjeling je dari tadi.
"Omma nak jalan kejap lagi. So sebelum tu, Jeon Jungkook come here. " panggil Mrs Jeon. Jungkook berjalan mendekati Mrs Jeon. Bahu Aileen ditarik jauh dari Mrs Jeon.
" Sana. Giliran aku pula. " kata Jungkook. Aileen hanya mendehem dan berdiri jauh sedikit dari mereka. Nak bagi dua beranak tu berbual sekejap.
Selepas 10 minit, Jungkook menarik tangan Aileen.
" Lambai omma. " arah Jungkook. Aileen hanya akur dan mengangkat kedua dua tangannya.
" BYE, OMMA!!! TAKE CARE!! " jerit Aileen. Jungkook mengeluh kecil sambil menutup telinga kirinya.
" Oi! Jerit tu agak agaklah! " kepala Aileen menjadi mangsa ketukan Jungkook.
" Adeh! Biarlah!! Aku jerit untuk omma, bukan kau! " bentak Aileen. Jungkook hanya memberi jelingan kepada Aileen.
" Jaga kau. Tuhan itu adil, Aileen. "
» Meanwhile
" BYE, OMMA!! TAKE CARE!! " jeritan Aileen kedengaran jelas di cuping telinga Mrs Jeon.
" Annyeong, Aileen. Jungkook. Pandai pandailah kamu berdua berdikari selama omma takde kat sini. " katanya perlahan. Kaca mata hitam dipakai dan begnya ditarik.
- To be continued -
HI! IM BACK XDDD AHHAHAHAH
TMR LAST EXAM YEAYYY THEN HOLIDAY AND PUASA!!!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro