
MS08 | Take care by yourself
" You should beware of me, Jeon Aileen. Im not good at all. "
" What the meaning of 'beware of him'? Is he bad boy? Tch.. Thats the truth af.. " bebel Aileen. Dia membuka tingkapnya dan memandang ke langit. Mata Aileen mengamati setiap bintang bintang kecil yang tidak tersusun diatas langit tersebut.
" Aku belum bersedia sebenarnya. "
***
Jungkook merenung dirinya dihadapan cermin. Tiada apa apa perasaan timbul pada dirinya sekarang itu. Dia berjalan menghampiri cermin itu dan menyentuhnya. Seolah olah dia sedang menyentuh wajahnya.
" Is this really me? " katanya tanpa nada. Matanya merenung sedalam dalamnya melihat wajahnya didalam cermin. Keluhan dilepaskan dan Jungkook memusingkan badannya kearah katil. Dia duduk dan merebahkan badannya diatas katil tersebut. Matanya memandang keatas siling. Justeru, hembusan berat dilepas dan kedua matanya terpejam rapat.
" Hm.. Dont remind me abt her please ~~ "
» Meanwhile..
Ke kanan, ke kiri berulang kali. Tidurnya agak kurang selesa. Kerana ada satu hal yang agak menganggu di kotak pemikirannya. Bantal peluknya digenggam erat.
" Haish!!! Please laaa tidurr, Jung Hoseok! Dont think abt that now!!! " getus Hoseok, mengusut rambutnya. Tangannya memeluk erat bantal peluk tersebut dan memejam matanya serapat rapatnya.
" OMMAAAAA ~~ TT " rengek Hoseok. Sangat tidak berkesan untuk melupakan hal yang berlaku tadi petang. Benda tersebut membuat Hoseok asyik tertanya tanya!
Hoseok bangun dari baringnya dan membuka tingkap. Angin sejuk menyapa pipinya, Hoseok memanjat mejanya dan keluar dari tingkap tersebut.
Biliknya berdekatan dengan atap. Jadi dia boleh keluar dan duduk diatas atap tersebut.
Hoseok duduk sambil memeluk lututnya. Matanya memandang keatas melihat langit hitam.
" Aileen.. Jungkook.. Mesti ada sesuatu yang aku tak tahu hal dorang berdua.. Aku tak nak menyibuk.. Tapi, hati kecil aku nak tahu sangat apa yang dorang bincangkan petang tadi.. Haaaaa.. Tolonglah.. Lupakan hal tu.. " rintih Hoseok sambil menutup mukanya diatas lutut.
***
Skip
Aileen memakai nametag nya. Jarinya menyentuh nametag tersebut sambil matanya memandang hadapan cermin.
" Jeon Aileen.. Nama ini bukan lagi untuk aku sebagai adik. Tapi sebagai isteri. Isteri kepada Jeon Jungkook, abang angkat aku yang tidak lama lagi jadi suami aku. Jungkook.. Hmm.. Forget it. " Aileen mengeleng kepalanya dan menyandang beg sekolah lalu turun ke bawah untuk sarapan.
Fast forward
Aileen langsung tidak membuka mulut sejak sarapan. Mrs Jeon agak risau jika Aileen kurang sihat atau apa apa yang telah berlaku kepadanya. Tetapi Aileen menyakinkan yang dirinya baik baik sahaja.
Jungkook pula langsung tidak keluar bilik. Entah kenapa, mungkin dia tidak mahu pergi sekolah. Sempat lagi Aileen meminta kebenaran untuk pergi dahulu.
" Aileen boleh jalan sendiri. Lagipun Hoseok kan ada? Ada juga teman Aileen. " akhirnya Aileen membuka mulutnya. Mrs Jeon agak lega sedikit dan mengangguk kepalanya. Dengan segera Aileen menyarungkan kasutnya dan keluar dari rumah.
Mrs Jeon memandang arah tangga. Pinggangnya dicekak dan dia berjalan menaiki tangga. Pintu bilik diketuk.
" Jeon Jungkook.. Kamu tak bangun ke? Eoh? Jungkook ah?? " Mrs Jeon memulas tombol pintu. Ternyata tidak berkunci. Mrs Jeon memasukkan kepalanya bagi mengintai sama ada Jungkook masih didalam. Namun tiada sesiapa didalam bilik tersebut. Katil pun terkemas sedia.
" Jungk-- "
" Omma? " tiba tiba bahu Mrs Jeon disentuh oleh seseorang. Hampir sahaja Mrs Jeon menjerit kerana terkejut.
" Omma? "
" Jungkook ah.. Kamu ni buat omma terperanjat! Haaa.. Kamu masih tidak berbaju sekolah ni kenapa? " soal Mrs Jeon. Jungkook tersenyum kelat dan memeluk bahu Mrs Jeon.
" I dont feel better now, mom.. Can I not going to school? " kata Jungkook dengan suara yang agak serak. Mrs Jeon mengenggam tangan Jungkook, sejuk. Seperti tangan mayat.
" Kenapa ni? Ada sesuatu berlaku ke? Bagitahu omma eoh? " kedua pipi Jungkook disentuh lembut. Jungkook hanya senyum kelat dan memandang Mrs Jeon. Bagaikan ada sesuatu yang ingin Jungkook sampaikan.
» Meanwhile
" Hoseok dah pergi sekolah tadi? " soal Aileen. P.Jung merangkap ibu kepada Hoseok mengangguk.
" Dia baru beberapa minit keluar, pergi sekolah. "
Aileen mengangguk faham. Dia meminta diri dan terus berjalan meninggalkan rumah Hoseok. Dia berjalan sendiri sehingga melimpasi rumahnya.
" Yah, musang.. " Aileen menoleh. Senyuman terukir dibibirnya. Empunya suara tersebut berlari kearah Aileen dan memeluk lehernya.
" Yaishh.. Aku ingat kau tak jalan kaki lagi! Penat aku tunggu sini tau.. " rengek Hoseok.
" Aku pergi rumah kau tadi.. Tup² kau dah jalan.. Hurghh.. Jalan sensorang lah aku. "
" Sensorang? Sekarang berdua kan? Kita? " Hoseok mengangkat-angkat keningnya sambil tersengih. Aileen menolak muka Hoseok dan mendahului dari Hoseok.
" Yah!! Tunggulahh!! " jerit Hoseok. Aileen memekakkan telinganya.
" Haishh.. YAHH! MUSANG!! " Hosoek berlari kearah Aileen.
***
Skip
Hoseok meletakkan air kotak disebelahnya dan mengigit roti coklat ditangannya. Aileen pula termenung memandang beberapa pelajar yang sedang bermain basketball.
" Yahh.. Kau tak pergi main ke? Sekarang bukan masa rehat lagi.. Sempat je kau makan kan? " tiba tiba Yoongi menegur Hoseok. Dia mengambil air mineral dan meminumnya. Peluh tidak usah dikatakan, semestinya ada. Hujung rambut hitam Yoongi sudah basah dengan peluh.
" Kejap ah.. Aku takde sarapan pagi tadi! Pengsan kang aku masa main nanti, huru hara korang. " rungut Hoseok. Mulutnya penuh dengan roti. Yoongi menjeling Hoseok sambil menutup mulut Hoseok.
" Sopan lah sikit aduhh.. " tegur Yoongi. Hoseok menepis tangan Yoongi. Aileen disebelahnya hanya membiarkan mereka, mood nya tiada masa itu.
Pup..
Terasa ada jari menyentuh pipi kanannya. Aileen menoleh dan tersenyum kecil.
" Taehyung sunbae. "
" Aileen ah.. Jungkook mana? " soal Taehyung sambil melabuhkan punggungnya disebelah Aileen.
" Dia tak datang . Sakit mungkin. " kata Aileen acuh tak acuh. Taehyung memandang tepi Aileen dan tersenyum.
" Really? Ah.. " suasana jadi sepi. Hoseok dan Yoongi sudah didalam gelanggang.
" Hmm.. Aileen ah.. " Taehyung memusingkan badannya dan memandang kearah Aileen, Aileen turut memandang Taehyung dengan muka 'apa'.
" Hmm.. Awak.. Sibuk tak petang ni? " soal Taehyung.
" Tak juga.. Wae? "
" Ahh.. Dating jom? " Taehyung tersenyum petak. Matanya mengenyit kearah Aileen.
" m-mwo? "
" Temankan saya petang ni boleh ? "
" Eoh? A-a "
" Tup.. No excuse.. Nanti jam 3 petang datang kat tempat yang kita pergi tempoh hari. Same cafe.. Ok.. " Taehyung bercakap cepat dan terus meninggalkan Aileen disitu. Dia terus kearah Yoongi dan Hoseok untuk menyambung main basketball.
Aileen mengeluh perlahan dan tergelak sinis.
***
" Petang ni, kita pergi tengok baju kahwin eah? Jungkook tak dapat ikut, dia kurang sihat kat rumah tu. So, u come with me.. " kata Mrs Jeon. Aileen bagaikan ada batu menghempap kepalanya.
' Tapi.. Aku ada janji.. '
" Tak boleh besok ke, omma? "
" No! Lusa kamu berdua akan kahwin.. So, we dont have time.. " kata Mrs Jeon. Aileen mengigit bibir tepi bahagian bawahnya.
" Arraseo.. "
Fast forward
" Kamu ni, Jungkook.. Mahu juga ikut.. Aigoo.. " keluh Mrs Jeon. Jungkook tersengih nakal dan memandang Aileen.
" Tak baik juga kalau bakal suami tak ikut bakal isteri cari baju kahwin kan? "
" Aigoo.. Arraseo.. Kamu berdua masuk dulu, cari dulu baju didalam. Kalau dah siap, omma kat depan.. " arah Mrs Jeon. Jungkook dan Aileen angguk faham. Lantas tangan Jungkook menyambar lengan Aileen masuk kedalam.
" Yah.. "
" Apa? Kita tengok baju kahwin kan? Hmm.. Pilihlah baju.. Aku tunggu sini. " Jungkook menyilangkan tangannya sambil menenung Aileen. Aileen tidak melayan Jungkook dan terus memilih baju.
Jungkook hanya memandang kelakuan Aileen. Atas, bawah, atas, bawah.
" Lusa kita kahwin.. Just kita je.. Aku dah decide kat omma yang perkahwinan kita dirahsiakan. Nobody knows about our marriage.. " Jungkook memulakan perbicaraan. Kelakuan Aileen terhenti, dia memandang Jungkook hairan.
" Wae? "
" Mwo? Kau nak kena umpat perkara perkara yang negatif kat sekolah? Kahwin awal. Dengan abang sendiri. Mereka tak tahu langsung yang kita ni bukan adik beradik betul. So, dorang akan salah sangka dengan kita dan dorang akan fikir kau ada 'isi'.. Think carefully, my dear. Kau nak dimalukan? I have many fans at school.. Dan kau pun sama macam aku.. Hmph. Banyak fans, admire.. Think abt it.. " Jungkook mengetuk jari telunjuk dikepalanya.
" Jadi.. Perkahwinan kita dirahsiakan? Sampai bila? "
" Sampai antara kita buka mulut. Bongkarkan rahsia perkahwinan kita pada orang lain mahupun orang tu kita rapat sekalipun. Hmph. So, kau rasa macam mana? Its free ok.. "
" Kau malu nak mengak-- "
" Aku tak malu mengaku.. Tapi aku nak jaga aib kita.. Sebab ramai fikirkan kita adik beradik betul. Aku buat ni untuk kau, untuk aku. Kebaikan kita. " Jungkook membelek belek beberapa baju coat. Aileen memandang Jungkook dengan pandangan tertanya.
" Tapi kenapa.. "
" Terserah kau.. Aku tak kisah.. Tapi ingat, kalau terbongkar.. " Jungkook menoleh tepi kearah Aileen.
" Tanggung sendiri.. "
- To be continued -
Hallo guys!!! ❤❤❤❤
Ahahahah.. Nothing want to say, just..
Vote / Comment ya!! ❤❤❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro