Prolog
TRIGGER WARNING:LANGUAGE,ADULT
RUANG itu meriah dengan gegak-gempita jasad yang terkinja-kinja di atas pentas menyanyikan lagu apa. Juga disumbangkan dengan bunyi-bunyian lain di bawah.
Hari ini hari lahir YB Yew, wakil rakyat lewat 70-an yang sudah berapa penggal menang pilihan raya tempatan. Kepalanya sudah botak di tengah, dengan matanya kuyu dek dibutakan kuasa. Kulit tangannya hitam, tanda dia menghidap masalah hati kronik.
Walaupun begitu, tangan YB Yew tak melepas dari memegang gelas koktel berleher pendek sejak majlis hari lahirnya bermula awal petang tadi. Di sampingnya juga, tak lepas dua gadis yang seorangnya memakai dress pendek warna merah menyala manakala seorang lagi hanya berbikini. Tanpa segan silu YB Yew memeluk gadis itu, sesekali memicit pinggul mereka.
Dia berjalan dari satu meja ke satu meja - beramah mesra dengan semua tetamu yang hadir. Ada yang mengucapkan selamat kepadanya, ada yang memberikan dia hadiah. Sesekali ketawa bersela di antara perbualan, jelas kedengaran bahawa bunyi itu dipaksa keluar.
Kini YB Yew berhenti di meja bernombor 26 - meja paling belakang dan terasing dari meja-meja yang lain. Masing-masing di meja itu menegur YB Yew, tidak kurang juga ucap selamat untuk kali keberapa malam itu.
Sengaja meja nombor 26 itu diisi dengan insan yang menggugat kedudukan YB Yew sebagai wakil rakyat dalam diam agar senang untuk dikawal pergerakan mereka. Malahan ada juga yang terang-terangan ingin merampas kedudukan YB Yew, dengan bertanyakan bila mahu naik palaquin. Risau semakin lambat mati, makin susah palaquin nak bawa ke syurga.
Apapun YB Yew yang membalas dengan ketawa.
"Dato' Seri, apa rahsia awet muda? Dato' Seri bertanding sama penggal dengan saya mula-mula dulu, tapi Dato' Seri sampai sekarang nampak segak," YB Yew melontarkan soalan kepada insan yang sedari tadi hanya diam mendengar kegampangan mereka yang lain.
"Apa ni YB, saya lagi muda dari YB. Memang saya masih segak. Bukan macam YB, malaikat maut dah tunggu di depan pintu rumah," balasan keras insan itu disambut dengan hilai mereka yang lain.
"Kau bukan muda sangat, Dato' Seri. Muda berapa tahun dari aku. Tapi kau macam wain; semakin tua, semakin sedap," gelas di tangan digoyangkan - sambil YB Yew menyampaikan kata dua maksud kepada Dato' Seri.
"Orang kata kalau makin tua makin sedap ni, sedap kuat mengongkek," insan yang memakai lipan emas di leher itu menyambut kata-kata YB Yew. Sekali lagi ketawa meletus.
"Kau macam tu, aku pun kena cari lubang jugalah untuk nampak segak macam kau"
"Mungkin macam tu, YB. Jadi, tak jadi tak payah risau. Asal kita sedap," lawak lucah itu disambut pula oleh insan yang berskirt atas lutut.
"Macam boleh macam tu, kita nak sedap pun; kena sedap sama-sama," YB Yew meneguk sisa wain di dalam gelasnya. Tanpa disuruh, gadis berbikini itu menuang lagi wain ke dalam gelas itu
"Cakap saja tak guna YB. Kena buat sekali"
"Kau nak rasa sekali ke nanti?"
Sekali lagi hilai mengisi meja itu.
DIA bersiul kecil sambil matanya menumpu ke arah lukisan abstrak dihadapannya. Lama dia memandang, sebelum dia mengalih matanya tatkala kedengaran bunyi pintu ditolak. Dia menoleh ke arah itu. Sebaik matanya menangkap susuk yang masuk, segera zip seluar ditarik.
Dia melangkah ke arah sinki. Pili air disentuh, lantas berderau air keluar dari mulutnya.
"YB," dia menegur terlebih dahulu apabila YB Yew berhenti di sebelahnya.
"Dato' Seri!" YB Yew buat-buat terkejut apabila dia menegur.
"Dah nak balik dah?" saja dia berbasa-basi sambil membasuh tangan dengan sabun. Agak tidak baik jika dia tidak berbual dengan orang yang menjadi tuan rumah. Lagi pula, hari ini hari istimewa bagi tuan rumah. Tak mahu dia jadi penyebab tuan rumah terasa sunyi dan disisihkan tetamu sendiri.
"Tak adalah. Aku bermalam kat sini, hari ni. Inikan aku punya hotel, kau tak tahu ke?" kedengaran nada tak puas hati dihujung balasan YB Yew.
"Tak tahu pula aku. Maklumlah, aku mana duduk kat sini. Aku kan duduk kat luar negara," dia tak pula menjawab pertanyaan YB Yew.
"Sebab itulah kau tak pernah menang pilihan raya. Kau tak layak pun nak bertanding dalam pilihan raya. Bila nak dekat pilihan raya, baru muka kau muncul. Bila dah menang, kau tiba-tiba hilang. Kau tak takut makan gaji buta tak buat kerja? Kau sendiri mengaku kau tak duduk kat sini, sampai kau tak tahu yang hotel ni aku punya," YB Yew membuka pili air setelah mengemaskan helaian rambut yang bersisa di atas kepalanya.
Dia tak balas apa-apa. Pili air ditutup, lalu menarik napkin di sebelah sinki itu untuk mengelap tangannya. Selesai itu, napkin itu dibaling masuk ke dalam tong sampah.
"Tapi aku nak tahu. Apa rahsia kau nampak segak selalu? Kau pun bukan muda sangat. Tapi kalau orang tak kenal kau, mesti ingat kau umur 30,40 macam tu. Kau tak nak kongsi tips dengan aku ke?" YB Yew kembali bersuara setelah beberapa ketika tiada balasan, dan dia masih tidak melangkah keluar dari tandas.
Dia memandang ke arah YB Yew melalui pantulan cermin sambil memeluk tubuh.
"Kau seriuslah nak tahu?"
"Apa salahnya? Aku penat betina suka kat aku sebab harta aku je. Nak juga aku merasa betina suka kat aku sebab rupa"
Dia diam. Tak ada kata-kata lain, dia melangkah keluar dari tandas.
PINTU suite dibuka seluas alam. Dia melangkah masuk tanpa banyak bicara. Sut yang melekat di tubuh ditanggalkan lalu diletak tertib di atas katil.
YB Yew teragak-agak untuk melangkah masuk. Mata memerhatikan tingkah dia yang melipat kaf sampai ke paras lengan. Seraya itu, dia melangkah ke tingkap yang menghidangkan pemandangan bandar malam itu.
"Bandar ni tak pernah tidur,kan?" biarpun rendah, suara itu cukup kuat untuk sampai ke pendengaran YB Yew.
"Dia orang bukan macam kita. Jawatan tinggi, tapi bergaji buta," sekali lagi suara dia mencecah telinga.
YB Yew melangkah mendekati dia, berhenti dengan jarak dua langkah dari dia. Pandangan dilemparkan ke luar tingkap juga. Cahaya di bawah sana kelihatan berbalam-balam.
"Bukan aku tak tahu, kau sebenarnya beli undi dia orang"
"Kalau kau setakat nak-"
"Diam"
"Aku cuma nak ta-"
"Diam"
"Ni hotel aku, tanah aku! Kalau kau nak bi-" pejal pipi YB Yew tatkala tapak tangan dia hinggap. Terdiam terus YB Yew.
"Kau betul nak tahu, rahsia muda selalu?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro