Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

6

LAMA lukisan Napoleon Crossing the Alps 1800-1 dipandang. Diperhatikan tiap detil yang terserlah pada replika itu. Dari tundingan jari ke arah banjaran Alps, tentera yang menolak meriam perang, sehingga ke pandangan tajam tirai itu.

"Apa kaitannya dengan Adam?" Evelin bergumam sendiri. Mengikut laporan Jabatan Penyelidikan Seni, lukisan ini melambangkan kekuasaan Napoleon sebagai pemerintah dalam mengepalai tentera ke alaf baru - dengan menjarah dan menggulingkan pemerintahan beraja Austria.

Latar belakang itu langsung tidak selari dengan kes kematian Adam Azli, seorang penasihat kewangan yang menjalankan kegiatan scam di belakang tabir. Tiada jawatan dalam mana-mana organisasi, tiada juga anak buah untuk digepalai. Hakitatnya, Adam Azli adalah seorang insan yang tersepit di antara masalah-masalah yang terjadi.

"Atau sebab dia anak lelaki?" sebagai anak lelaki sulung, sememangnya Adam menggalas tanggungjawab yang lebih besar berbanding anak lelaki yang lain; lebih-lebih lagi selepas kematian bapanya sepuluh tahun lalu. Dia terpaksa bekerja disamping belajar untuk peperiksaan kemasukan universiti bagi mengubah nasib keluarga.

Dari mengambil upah menanam pokok getah di kampung halaman sehingga menjadi seorang busker jalanan, Adam Azli tak sempat untuk berfikir tentang diri sendiri. Perbelanjaan keluarga ditanggung sepenuhnya, sehingga ke hujung hayatnya.

"Duit ke kuasa yang Adam ada?" berdasarkan cerita orang dari kampung halaman Adam, adik-beradiknya yang lain tidak bekerja. Tidak sambung belajar juga. Sekadar duduk di rumah buat tahi mata, dan meminta duit belanja dari Adam yang dah punya keluarga. Mungkin sebab itu, Adam mengambil tindakan drastik untuk menipu orang lain - semuanya untuk darah dagingnya sendiri.

"Tapi halal ke semua tu?" lagi persoalan terluah, hanya untuk masuk ke dalam telinga sendiri.

Evelin mengimbas bilik sederhana besar itu. Untuk kali keberapa, matanya hanya menangkap perkara yang sama sejak sebulan lepas. Tiada bidak catur, tiada senjata pembunuhan. Tiada apa-apa bukti untuk menyangkal andaian bahawa kes ini adalah kes bunuh diri kerana depresi.

TELEFON dalam poket bergetar kuat tatkala Evelin melangkah keluar meninggalkan lobi. Segera dia menarik keluar gajet itu, notifikasi paling atas dibaca.

Baca mesej.

Hanya itu sahaja yang dipesan, berserta dengan beberapa pautan Internet di bawahnya. Evelin menekan satu pautan yang membawanya ke satu artikel. Dengan hanya tajuk artikel, sudah mampu membuatkan matanya membutang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro