Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

3

TELEFON bimbit serta walet dia letakkan atas meja di sebelah katil sebelum dia duduk di atas katil. Untuk seketika, dia menghayati kesunyian yang menghuni bilik. Tenang...

Dia melunjurkan kaki untuk berbaring, dengan kedua belah tangan direhatkan atas dada. Mata merenung lurus ke arah siling asbestos yang dihiasi dengan gambaran alam semesta - dihasilkan projektor di sudut bilik.

Terasa ada pergerakan di sebelah, terus dia membetulkan postur badannya. Sekejap saja, ada tangan yang melingkari pinggang, dan hela nafas halus di telinga.

"Lambatnya balik hari ni," suara yang menegur itu kedengaran serak basah.

Lutfi juga turut memeluk tubuh itu. Jarak di antara mereka dirapatkan.

"Ada kes baru hari ni. Baru balik dari balai," dahi insan itu dikucup.

"Dengan Evelin lagi?"

"Hm..."

Insan itu mengangkat kepala lalu direhatkan atas dada Lutfi. Mata dibuka separuh, melihat raut lelaki itu.

"Macam mana kes tu?"

"YB Yew," lantas insan itu terbuka luas matanya. Reaksi mukanya seakan tidak percaya.

"Yew Guan Loong? Yang wakil rakyat tu?" kebisuan Lutfi cukup untuk memberikan jawapan.

"Motif dia?" serius dia mahu tahu detil kes ini.

"You, I penat tau seharian nak buka kes ni. Boleh tak, kalau I tak nak bincang pasal kes ni..." Lutfi merapatkan kelopak mata.

"Sekurang-kurang malam ni. I penat sangat," lirih kedengaran suara Lutfi.

"Okey, okey. Anything for you," tak bercakap panjang, insan itu hanya bersetuju. Dia berbaring semula atas dada bidang milik Lutfi. Tangan Lutfi yang beralih dari dada ke perut bila dia berbaring atas dada milik lelaki itu, dicapai. Diusap perlahan, seperti mengalirkan kasih sayangnya dengan cara itu.

"You dah makan?"

"Belum"

"I masakkan, okey? You pergilah salin baju dulu," arah insan itu.

Baru saja insan itu ingin turun dari katil, irama yang terhasil dari telefon bimbit Lutfi memecah kesunyian.

"Helo?"

"Ya"

"Baik"

"Dah lapor ke balai sekali ke?"

"Okey, nanti I pergi," muka cemberut di tayang, mata melirik ke arah insan yang dah berdiri di sebelahnya.

"I tak nak pergi..." pinggang insan itu dipeluk. Nada tangis perlahan saja keluar dari mulutnya.

"Ada kes lain ke?" soalan itu tak dijawab. Dan insan itu tak mengharapkan apa-apa jawapan.

"Pergilah, temankan Evelin. Bahaya dia seorang-seorang pergi sana," Lutfi mengangkat muka memandang wajah insan itu.

"Tapi I nak tidur dengan you. Evelin boleh je pergi seorang-seorang. Ramai je kat sana," bibir dimuncungkan. Nak saja dia angkut sekali insan itu pergi sekali bersamanya.

"Tapi you je yang dia kenal"

"Ada yang lain sekali kat sana," insan itu melutut di hadapannya.

"Macam ni, you pergi dulu sana untuk setelkan apa yang patut. Lepas tu, you balik terus tak payah pergi mana-mana. Kalau diaorang nak angkut you pergi balai ke, pergi makan ke, pergi merambu ke. Cakap tak boleh. Wifey you merajuk kat rumah sebab hubby dia kena paksa pergi kerja. Boleh?" sengih Lutfi hadiahkan kepada insan itu.

"Okey!" sekilas, karakter Lutfi terus berubah daripada emo teen kepada Ribena's kid.





4123.

Lutfi melihat semula nombor bilik yang dihantar oleh Evelin sebentar tadi. Dan kembali ke hadapan. Betul sudah. Tapi kenapa pintu biliknya tertutup.

Teragak-agak Lutfi mengetuk pintu bilik. Tiada jawapan yang diterima dari dalam, dia menekan pula loceng di sebelah pintu. Juga tiada jawapan.

Patut ke dia masuk saja? Salah ke tak? Sarung tangan dikeluarkan dari poket seluar, dipakai, dan menyentuh tombol pintu. Dipusing, tak berkunci. Perlahan pintu itu ditolak ke dalam.

Suasana bilik suram denagn hanya cahaya dari luar bilik yang menerangi.

Teringat sesuatu, dia menggagau poket belakang seluar dan mengeluarkan kad akses yang diberikan di kaunter resepsi tadi. Dimasukkan kad itu pada tempatnya, dan lampu kuning terus melimpahi ruang bilik itu.

Perkara pertama yang ditangkap mata adalah sekujur tubuh yang terbaring di atas katil. Lutfi kaget. Yang pertama sekali terlintas di kepala adalah berapa jumlah saman yang perlu Lutfi bayar jika penghuni bilik itu menangkapnya mencerobohi privasi.

"Helo?" tiada tindak balas dari tubuh di atas katil.

"Helo?" dia menguatkan suara. Kaki perlahan-lahan melangkah mendekati katil. Tangan dilambai atas muka insan itu.

Juga tiada respon.

Mata jatuh pada selimut tebal yang menutupi tubuh itu dari hujung kaki sampai ke paras bahu. Tangan terasa gatal nak menyelak. Hujung selimut itu dipegang, lalu menarik selimut itu ke bawah.

Dan apa yang dilihat buat dia hampir mencarut.





"LUTFI," dia mengalih pandangan ke arah punca suara. Dari jauh kelihatan Evelin yang berpakaian kasual mendekati Lutfi yang bercangkung di luar bilik. Ketika itu, pasukan penyiasatan sudah pun sampai dan memulakan tugas masing-masing.

"Eve," beban di bahu terasa ringan melihat kehadiran Evelin. Senyum nipis dihadiahkan bagi menutup perasaan terkejut yang terang-terangan menghiasi muka.

"You memang tak ada call I, kan?"

Evelin menggeleng. Telefon ditarik keluar dari poket, dibuka lalu dihulurkan kepada Lutfi.

"You boleh tengok sendiri log masuk dengan chat I yang terbaru. Kalau you nak hantar ke jabatan pun boleh," Lutfi tidak menyambut huluran itu. Hanya sekadar angguk.

"I percayakan you," lega hati Evelin mendengarkan ayat itu. Risau jika dirinya dianggap sebagai suspek.

"You dah masuk dalam balik?"

"Belum. Tengah ambil semangat"

"You tak nak masuk pun tak apa. Biar I je yang masuk," niat Evelin segera dihalang.

"Wife I kata, I kena teman you kat sini," kata-kata yang keluar dari mulut Lutfi itu mudah saja buat Evelin rasa berbunga.

Lutfi bangun dari terus bercangkung. Seiringan dia berjalan dengan Evelin masuk ke dalam bilik 4123.

Keadaan bilik sama sahaja dengan bilik yang menjadi lokasi kematian YB Yew. Yang berbeza cuma lukisan yang tergantung atas kepala katil.

Windsor Castle in Modern Times; Queen Victoria, Prince Albert and Victoria, Princess Royal yang dilukis Sir Edwin Henry Landseer. Lukisan minyak atas kanvas itu memaparkan kehidupan hakiki sebuah keluarga. Biarpun Ratu Victoria adalah seorang penguasa ketika itu, si suami - Putera Albert hakiktanya penguasa sebenar sepanjang pemerintahan Ratu Victoria disebabkan peranan baginda putera sebagai ketua keluarga.

Walaupun lukisan minyak itu sekadar memaparkan kehidupan keluarga, makna sebenar hanya mampu ditafsirkan oleh mereka yang peka.

Kuasa.

Dan melalui laporan ahli forensik yang lain, mangsa kali ini juga mempunyai kaitan dengan kuasa. Sama seperti YB Yew.

"Adam Aziz. 32 tahun," Evelin menyambut huluran ahli forensik berdekatan dengan katil. Mata mengimbas maklumat pada kad itu.


Evelin menarik keluar telefon dari poket. Nombor yang tertera pada kad tersebut dimasukkan pada papan dail.

"Helo?" suara di sebelah sana menjawab terlebih dahulu.

"Hai. Boleh saya bercakap dengan Encik Adam Aziz?"

"Siapa tu, cik?" balasan itu membuatkan Evelin menoleh ke arah Lutfi.





"SCAMMER?"

"Database kata macam tu," wanita berinsignia satu jalur benang perak yang tercetak Mary pada tag namanya menyuakan skrin monitor ke arah Evelin yang sudah menunduk. Di skrin itu, terpapar maklumat tentang Adam Aziz.

"Kiranya, dia salah seorang penjenayah profil tinggi?"

"Mengikut laporan, gayanya macam tu," Mary mengiyakan.

Adam Aziz. Boleh tahan juga.

Antara salah seorang penjenayah paling dikehendaki oleh pihak berkuasa. Dengan jumlah laporan yang dibuat, tak keterlaluan untuk Evelin katakan bahawa Adam Aziz seorang yang licik. Mana tidaknya, dia melakukan jenayah menggunakan nama asal seperti yang didaftar pada kad pengenalan diri.

Tak cukup dengan itu, Adam Aziz menyamar di sebalik jawatan sebagai penasihat kewangan di bank besar. Sudah tentu kerja kotornya lebih sukar dihidu pihak berkuasa.

"Dia dah berkahwin, ada seorang anak. Tapi baru-baru ni dia baru berpisah," Mary sekadar menyimpulkan segala maklumat diri Adam Aziz yang terpapar. Intuisi polisnya merasakan bahawa kematian Adam Aziz ada kaitan dengan isterinya.

"Kenapa berpisah?" Evelin kurang jelas dengan perkataan itu. Mengapa tak disebut sebagai bercerai sahaja?

"Tak ada dalam sistem yang Adam Aziz bawa kes ni ke mahkamah. Sebelum ni, alamat isteri dia adalah alamat rumah dia sendiri. Tapi beberapa bulan lepas, isteri dia tukar ke alamat lain. Adam Aziz masih guna alamat yang sama," serta-merta kepala Evelin teringat akan undang-undang keluarga yang pernah dia baca semasa masih bergelar pelajar.

Seseorang itu akan dibatalkan perkahwinan mereka jika perempuan tersebut memberitahu penjaga asalnya akan kesalahan yang dibuat oleh si suami mengikut apa yang termaktub dalam akta undang-undang keluarga negeri.

"Dia ada berjumpa dengan Adam Aziz dalam masa terdekat ni?" Mary berpaling memandang Evelin yang mengajukan soalan itu. Tanpa bicara, Evelin memahami apa yang cuba disampaikan oleh Mary.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro