Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 8

Sahihlah aku ni jadi...

Ba baa black sheep!

Ada ke patut aku dikambing hitamkan Si Rian?!

Tak jadi aku balik, aku tunggu sampai tengah hari di kafe. Bergelas-gelas sudah Nescafe aku minum. Dah naik kembung perut aku, barulah Gee sampai.

"Entah-entah betul dia jatuh cinta dengan kau, tapi kau saja yang tak tahu."

"Hesy... Aku dengan Rian tu, biasa sajalah. Tak ada pun yang luar biasa. Cakap biasa-biasa. Aku cakap dengan dia pun, hal kedoktoran dia. Kan kau tahu, aku jadikan dia subjek dalam manuskrip aku."

"Siram pokok herba?"

"Dia ada tunjukkan pada aku pokok-pokok herba yang dia tanam sebab dia tengah buat uji kaji apa herba yang sesuai bagi mengelakkan strok. Dia suruh ibu makan sebab ibu kan ada darah tinggi. Aku dan ibu pun ada tanam juga pokok herba yang Rian tanam tu. Kongsi minat, tu saja. Ke arah kebaikan kut!"

Memang banyak pokok herba yang Rian tanam depan rumah tu. Apa salahnya kalau aku siram pokok di rumah aku, aku siram sekalilah pokok di rumah dia. Selalu juga aku buat kerja tu kalau dia di hospital berjam-jam.

Biasa...

Jiran tolong jiran. Takkan siram pokok pun boleh jatuh cinta pula? Siram pokok saja pun, bukannya siram hati. Lainlah Nia... Aku bukan Nia. Aku penciptanya. Itu saja. Aku tak feel pun!

"Dia tak cakap pun apa-apa pasal perasaanlahhh!"

"Doktor kan macam tu. Apa lagi pakar jantung!"

"Kenapa? Apa kena dengan doktor?"

"Bukan fiksyen macam kau tulis tu."

"Kenapa? Pakar jantung... Mesti mahir pasal jantunglah. Jantung hati... Cinta... Rasa. Itulah fiksyen."

"Ini pakar jantung... Jantung betul. Jantung yang ada dalam badan kita ni yang terletak di sebelah kiri sedikit dari tengah dada, belakang sternum yang diselaputi perikardium yang dikelilingi peparu. Jantung tu laaa minah. Bukannya lagu dangdut Si Jantung Hati tu!"

Ceh.

Dia sainskan kita pulak!

Aku bukannya ambil biologi dulu. Cakap pasal jantung, aku tahu jantung dok di kiri sajalah. Kiri ke kanan? Errr... Kiri... Kiri! Apa jadah dium... num... Manalah aku tahu? Dah rasa macam jampi Harry Porter pula aku rasa!

"Dah... Dah. Aku rasa dia ba baa black sheep aku saja. Aku stick to that plot. Sebabnya dia cemburulah Helena tu ada boyfriend lain. Dia tak naklah kalah. Jadi, dia jadikan aku subjek dialah."

"Okeylah tu. Macam kau jadikan dia protagonis dalam cerita kau. Win win situation. Sekarang ni, kau dah dapat cerita kau, kau dah dapat apa kau nak... Kau cuma nak dapat cinta saja, kan?"

"Aaahhh..."

"Kejap lagi kau dapat cinta kau. Mungkin lambat sikit sebab assistant nurse dia kata, dia ada patient tadi."

"Okey."

"Lepas tu, selesai masalah kau, kan?"

"Aaahhh... Siaplah manuskrip aku tu tak lama lagi. Aku bajet dalam sebulan dualah. Ada gap sebulan untuk cetak. Lagipun, ini bukannya nak tulis dari awal, lebih kepada re-write. Badan tu dah ada."

"Eloklah."

"Awat?"

"Aku nak bertunang."

Aku pandang Gee. Terkejut. "Whattt???"

"Eff cakap dengan aku semalam. Dia nak hantar rombongan merisik dan bertunang sekali gus minggu depan, tapi, aku tak nak."

Dahi aku berkerut. "Sebab apa pula kau tak nak?"

"Kau sibuk dengan manuskrip kau sekarang dan I need my bestfriend! Jadi, aku suruh dia hantar rombongan tu, seminggu selepas kau selesai dengan pesta buku."

Alah... So thoughtful! Tangguhkan kebahagiaan untuk kawan baik... Sweet sangat!

Aku tersengih. "Aku ingat, kau dah lupakan aku."

"Mana boleh lupa... Kau kan satu-satunya kawan baik aku. Siapa nak teman aku pergi buat baju tunang, handle hantaran dan pelamin. Eff? Apalah lelaki tu tau! Manalah boleh aku nak harapkan abang-abang aku tu. Mak pun, sibuk dengan ayah aku yang kena buat dialisis tu. Aku nak kau yang uruskan bersama-sama aku."

Aku mencebik. Masa ni baru nak ingat aku... Ciskek! Tapi, aku terharulah, Gee sanggup postponed hari bahagia dia semata-mata aku nak kena siapkan manuskrip. Tahu sangat dia bila aku tengah ada deadline... Tak boleh nak interrupt! Nanti manuskrip aku jadi cacamarba. Chacha Maembong tak paaa lagi!

Sebut pasal manuskrip...

Huh...

Teringat!

"Kadang-kadang aku rasa..."

"Apa?"

"Apa yang aku tulis itu seperti satu doa."

"Sebab?"

"Apa yang aku fikirkan, tiba-tiba jadi kenyataan. Macam dalam manuskrip ni, kawan baik Nia, Si Bee tu nak bertunang dengan Lee! Tak sangka, Eff melamar kau pula..."

"What a coincident!"

"Masa hari pertunangan Bee, Rain datang dan bacakan ending buku tu pada Nia. Nia tak sangka yang Rain sanggup beli buku tu masa keluar secara eksklusif di pesta buku. Rain beli semata-mata nak tahu ending antara dia dan Nia apa!"

Wajah Gee teruja. Aku suka cerita pada Gee. Sebab dia selalu teruja mendengar cerita aku. Seorang penulis, perlu ada seorang kawan yang macam ni. Sebab, penulis bukan saja menulis, tetapi suka bercerita. Kadang-kadang dengan bercerita, dia akan mendapat idea. That's why Gee selalu ada dalam penghargaan aku dan dia selalu berbangga bila nama dia ada dalam tu. Konon-konon dia seakan co-writer.

"Rain cakap apa?"

"Since dalam buku, akhirnya Nia dengan Rain. Tapi, realitinya dalam buku, Nia dan Rain... Terpisah. Yalah, sebab Elena kantoikan Nia. So, Rain pegang buku tu dan tanya depan Nia... Is it true? The ending will be you and me... Together? Tapi sekarang, kenapa kita menjauh?"

"Perghhh... No wonder Kak Adibah tu kata ending kau tu superb."

"Kannn?

"Sweet sangat. Tak sabar rasanya aku nak bertunang!"

"Awat pulak?"

"So, Rian akan tanya Dian... Kenapa kita menjauh, Dian? Why? Whyyy?"

"Tak payah nak dramatik sangatlah!"

"Kata doa!"

"Bukan kau yang menulisnya."

"Bukan kau yang tulis takdir kau, Dian. Tapi Allah S.W.T."

Haih...

Kadang-kadang aku tak tahu sama ada aku berkawan dengan pakar ubat atau pakar psikologi.

"So, lepas bertunang ni kau nak langsungkan perkahwinan tu bila? Bila tarikh keramatnya?"

"Aku cadang nak bertunang selama 6 bulan. Tapi Eff tak nak bertunang lama sangat. Dia nak maksimum 3 bulan. Tapi, aku pula yang tak nak."

"Sebab?"

"Aku nak kau naik pelamin dengan aku sekali. Jadi, aku bagi kau tempoh selama 6 bulan untuk kau cari pasangan kau dan kita kahwin dan beranak seperti yang kita janji dulu masa kecil-kecil."

Aku gelak besar...

"Kau biar betul, Gee? Seperti yang kau cakap, bukan aku yang tulis takdir aku sendiri."

"Tapi, pencarian boyfriend untuk manuskrip kau ni, menunjukkan ini satu petanda yang baik, Dee. Apa yang kau perlu buat ialah go with the flow. Manalah tahu, bila kau merasa apa itu cinta, pintu hati kau akan terbuka. So, aku letak tempoh kat kau... 6 bulan. Kalau tak, aku tak nak kahwin lagi. Aku sanggup tunggu sehingga kau jumpa apa yang kau nak cari."

Eh...

Gila minah ni.

"Eff tahu tak tentang ni?"

"Tahulah."

"Apa dia kata?"

"Benda belum dapat... Ya sajalah."

Memang kerja gila depa ni. Aku ni penulis buku fiksyen, bukannya penulis lohmahfuz! Tu Allah S.W.T punya kerja!

"Mana dia nyaaa?"

"Sabarlah."

"Aku ada deadline tau."

"Bukannya itu jam kau boleh rasa cinta pun sampai boleh siap manuskrip dalam sehari. Jom kita cerita benda yang boleh killing time..."

"Apa?"

"Tema warna hantaran."

"Arghhh... Of course green. Typical Fauziah Ismani binti Fauwaz. Kalau baju farmasi kau ni, boleh tukar macam-macam warna, kau akan tetap pakai hijau macam pokok bergerak!"

Gee mencebik. Agak dah. Dia peminat warna hijau. Aku peminat warna biru. Warna tak sama tapi undi... Kan rahsia, heh!

"Baju tak boleh hijau."

"Sebab?"

"Kau nak orang kata kau bertunang dalam hutan ke? Buatlah warna dusty pink ke... Hijau kau buat hijau mint. Nanti hantaran kau tu, selitlah warna hijau mint tu sikit. Barulah blend in! Atau pun... Kau nak buat terbalik. Baju warna hijau mint, pelamin warna dusty pink."

"Wow!"

"Wow, kan?"

"Yalah. Keep that in mind. Aku boleh bayangkan aku nampak stunning kat atas pelamin tu. Dengan lampu-lampu dan bunga-bunga... Huh. Aku nak baju macam baju nikah Bella Dally, cantik kut."

"Tu design Nurita Harith. Tak payah membazir. Tunang saja pun. Ada satu baju ni, aku nampak kat satu butik. Kau ingat tak baju yang aku nak beli untuk wedding cousin aku kat butik mak datin yang anaknya kekwat tu?"

"Haaa... Sampai kau tak jadi belilah."

"Tau tak paaa... Sebab mamat tu kata, aku badan pendeklah, tak sesuailah apalah, sampai aku stress dan tak jadi beli baju tu."

"Ya... Ya. Kau ada cerita kat aku."

"Kat situ ada satu baju hijau mint yang cantik. Aku tak pasti ada warna dusty pink ke tidak. Tapi, boleh riki la tengok. Dress dia lawa-lawa juga. Boleh beli, boleh sewa."

"Cantiklah. Nanti kau teman aku pi butik tu, eh?"

"Boleh. Aku nak balas dendam kat mamat tu."

"Kenapa? Kau dah berjaya tinggikan badan kau ke?"

"Hesy!"

Gee ketawa besar.

Siot betul kawan aku ni.

Sama saja macam mamat kekwat bajet bagus tu. Ada ke dia kata aku ni minah badan pendek so, tak elok kalau nak pakai baju yang aku suka tu. Kena macam tu laaa... Kena macam ni laaa... Takkan aku nak pi operate tulang belakang suruh jadi tinggi pula? Mengarut saja mamat tu! Bijak macam doktor tulang pula! Aku tulangkan dia baru dia ada akai...

"Amboi... Seronoknya. Siapa yang nak tinggikan badan tu? I can help..."

"Dian ni buat lawak pula, ada ke dia nak tinggikan badan dia. Anyway, kenalkan kawan saya, Dian Aryani. Dian, inilah Dr. Izak Ashaal, doktor yang aku nak kenalkan kat kau tu."

Aku menoleh dan memandang dia. Aku agak tersentak. Dia memandang aku dan terus tergelak.

"What a small world... Minah badan pendek!"

Aku...

Nak nangis! 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro