
BAB 6
Tak pasal-pasal aku kena sound dengan ibu.
Macam tahu-tahu saja dia, agenda dalam kepala otak aku.
"Hesy, ibu ni... Jodoh tu kan di tangan Tuhan. Kalau bercinta tapi tak ada jodoh nak buat lagu mana, takkan nak paksa juga? Kak tak eksperimenlah soal hati dan perasaan ni... Kak belum tahap gila nak pi sakitkan hati sendiri. Kak sungguh nak pi bercinta ni, ibu. Tak tipu. Memanglah untuk buku tapi, untuk diri sendiri juga."
Aduh...
Sungguh kaaa aku dah ready untuk diri sendiri ni?
Macam tak saja!
"Yalah tu... Hang nak buat cerita bunuh-bunuh pun, hang eksperimen daging kambing ibu, sampai hancur daging tu dibuatnya. Sampai daging kambing pun dah tak serupa daging kambing dah. Dah dekat nak jadi daging ayam pun ada. Inikan pula nak buat cerita cinta. Jangan, Dian... Jangan cari pasai, nanti menyesai!"
"Taulah, kak..."
"Jangan buat."
"Yaaa... Tak buat."
"Ibu tak reda."
"Yalah Puan Seri Diana binti Haji Daud."
Ibu ni...
Dah buat aku tak sedap hati pula. Kalau buat benda yang tak ada berkat dan reda ibu... Memang tak akan jadi punya! Aku baru ingat nak cari boyfriend dan paksa boyfriend tu buat macam Rain bercinta dengan Nia. Aku baru nak bagi dia manuskrip ni dan buat cara Rain mengambil hati Nia.
Haih...
Ibu ni...
Spoil!
Anti-klimaks betul.
Kalau boyfriend tu... Sesuai, kan? Why not?
Tapi...
Aku tak ada feel nak bercinta langsunglah!
Pagi itu, aku macam biasa membeli nasi lemak sebelah rumah Rian untuk sarapan. Setiap pagi, ibu tak sempat pun nak buat sarapan sebab lepas solat subuh terus kuliah subuh di masjid. Aku pula, kalau pukul 8 pagi tak makan lagi... Mulalah kelaparan. Yalah, otak bekerja daripada pukul 4 pagi, mestilah lapar. Banyak tenaga sudah dikeluarkan!
"Empat bungkuslah Kak Siti, saya bayar. Satu bungkus tu, Kak Siti letak plastik asing."
"Beres!"
Baru aku nak bayar, Rian dah bayarkan untuk aku. Rian memberikan aku satu plastik yang mengandungi tiga bungkus nasi lemak.
"Nak pi hospital dah?"
"Ya. Ada OT hari ni."
"Oh... Tak nak jumpa Helena dulu?"
"Dia dah bangun ke?"
"Dah... Kut!"
Tak tengok pula aku kalau dia dah bangun ke belum. Dahlah kut, takkan tak bangun solat subuh? Tadi aku solat kat bilik bawah saja. Tak ada pula aku nak naik atas, kejutkan Helena. Takkan subuh pun nak kena gerak pula? Dah besar kut!
"Tak apalah. Saya dah lambat."
Pelik pula aku tengok Rian. Macam nak cepat-cepat sangat nak pergi kerja. Selalunya, pukul 8.30 pagi baru nak jalan. Ini, belum pukul 8.00 pagi pun dah nak cepat-cepat pergi. Mungkin betul juga dia dah lewat. Takkan operation jantung orang nak lambat-lambat pula. Sat lagi qulhu, naya pula!
"Nak pesan apa-apa tak pada Helena?"
"It's okay. Nanti saya WhatsApp dia."
Elok aku masuk rumah, kereta Rian pun hilang. Pelik bin ajaiblah hubungan mereka ni. Tak nampak macam tunang pun. Tapi adatlah orang bertunang kan, cabarannya memang besar. Tu sebab kalau boleh aku tak nak bertunang. Aku nak kahwin terus. Kalau bolehlah. Kalau lelaki tu rasa nak bagi banyak cincin, ikutlah... Stadium Ipoh aku bagi!
Ceh.
Calon pun tak ada.
Nak kahwin terus konon!
"Eh, dah bangun rupanya. Saya ingatkan awak belum bangun."
Terkejut aku bila aku buka pintu, Helena terpacul depan muka aku. Ingatkan tak bangun lagi!
"Dah... Dah mandi pun."
"Eloklah. Tunang awak dah belikan sarapan untuk awak. Jom kita makan."
"Abang Rian belikan breakfast? Dia kat mana?"
"Dia ke hospital."
"Tak cakap pun dia nak ke hospital awal pagi ni."
"Errr... Dia kata nanti dia WhatsApp awak."
"Oh... Okeylah."
"Nescafe?"
"Boleh."
Aku membancuh Nescafe dan Helena mengambil pinggan. Nampak seperti sudah biasa dengan dapur. Ada setengah orang nampak kekok. Mesti pandai memasak ni...
Sebagai penulis...
Aku suka memerhati dan berfikir. Otak aku ni, kalau dikira berat, lebih berat daripada badan. Kalau dikira beban... Beban memikir lagi banyak!
Tapi dia pun doktor...
Ada ke masa nak memasak?
Aku yang menulis dok di rumah 24 jam pun, jumpa senduk jarang-jarang. Bukan tak tahu masak, tapi, menulis resipi lebih hebat daripada menggunakan resipi tu.
"Sedap juga nasi lemak ni. Abang Rian beli kat mana?"
"Kat sebelah rumah dia."
"Ohhh..."
"Kak tu kerja kilang. Sebelum pi kerja, dia jual depan rumah dia dulu."
"Sedap. Rasa lemaknya. Tak kedekut santan. Nak rasa lagi lemak, petua orang tua-tua kata kena letak garam sikit."
Kalau Helena boleh cakap macam ni, confirm pandai masak. Aku? Pandai Google. Pandai Google pun jadilah, daripada tak pandai langsung... Kan?
"Awak mesti seorang yang pandai masak."
"Taklah pandai. Tapi saya suka baking bila tak kerja."
"Untunglah Rian, tunang dia bukan saja berjaya dalam kerjaya tapi pandai memasak dan cantik pula tu. Susah tau nak dapat semua tu dalam satu pakej!"
"Saya ada kekurangan, Dian. Bukan semua benda Allah bagi kat saya..."
Lain macam statement ni.
Tahu.
Aku faham tentang konsep perlu dan mahu.
"Maksud awak?"
"Yalah, macam soal cinta, kan? Saya tak boleh memilih."
"Bagus apa orang tua pilihkan untuk kita. Rian bukan calang-calang orang pun."
"Saya tak kata dia tak bagus. Tapi, bahagia ke cinta kalau kita yang nak bercinta ni, tak diberikan pilihan?"
Aku terdiam.
Mana mahunya nak bahagia...
Tapi, kalau dah jodoh?
"Kalau dah jodoh..."
"Itu statement orang putus asa, Dian!"
"Or tu statement orang putus cinta?"
Wajah Helena sedikit terkejut dengan kenyataan aku. Seakan-akan menjawab, kesilapan mesej Rian semalam bukanlah sebab auto replace. Ini reaksi automatik orang memang putus cinta. Adakah benar kisah Helena seperti Elena?
Dan dannn...
Telefon bimbit Helena berdering.
"Sorry... Saya jawab ni kejap. Call daripada abang saya."
Aku mengangguk dan Helena bingkas bangun meninggalkan meja makan. Kalau dalam cerita aku sekarang, Elena mungkin dapat panggilan daripada hospital... No... Bukan hospital... Daripada Rain? Oh tak... Ini confirm daripada abangnya tentang papanya!
Sakit jantung?
Nak mati?
Dan perkahwinan perlu dipercepatkan!
Apa akan jadi pada cinta Rain pada Nia?
Pergh... Konflik cerita dalam kepala otak aku, memang hebat. Kalau aku ialah Nia, aku tak kejarlah cinta aku tu sebab confirm Rain bukan untuk aku. Kalau tidak, kenapa Elena perlu muncul pada saat bahagia antara Rain dan Nia? Kebetulan pula Elena terjumpa manuskrip aku dan dia berikan manuskrip itu untuk dibaca oleh Rain.
Habis.
So... Aku dah dapat ending aku. Balik kepada ending yang superb, di mana berakhirnya percintaan Nia dan Rain tu.
Itu cerita Nia, Rain dan Elena.
Cerita Dian, Rian dan Helena... Macam mana?
Sekali lagi, kenapalah Dian masuk dalam cerita ini? Aku bukan protagonis! Aku seperti tritagonis... Membantu watak protagonis menyiapkan manuskrip tu.
"Errr... Trying to call Abang Rian tapi tak dapat. Awak tahu ke Abang Rian kerja kat hospital mana?"
"Tahu."
Tempat kerja Rian dan Gee... Sama.
"Mungkin Rian dah dalam OT. Tadi dia kata, dia ada OT pagi ni."
"Alamak! This is urgent, Dian. Papa saya masuk hospital. He need to see both of us before it's too late."
Aku...
Tersentak.
Bukan alamak dah... Ni Alagappa's buat kari ikan daaa!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro