Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 5

Seawal pagi aku bangun untuk menulis. Pukul 4 pagi sudah terpacak di depan komputer. Kadang-kadang aku solat tahajud terus sebelum menulis. Solat tahajud ini bukan saja menenangkan tetapi juga mempermudahkan segala urusan aku. Ada sebab kenapa Allah S.W.T selalu bangunkan aku pukul 4 pagi.

Tapi hari itu, aku tak menulis di bilik tidur. Aku menulis di dapur. Dapur antara tempat kegemaran aku... Bukan sebab mudah dapat idea tapi sebab senang nak buat air Nescafe.

Heh!

Lagipun, Helena sedang nyenyak tidur. Tak naklah kacau dia dengan bunyi ketukan bunyi keyboard aku ni. Kalau Nian ada pun, aku tak tulis dalam bilik. Yalah, ketuk-ketuk keyboard ni, walaupun dalam silent mode tapi cahaya komputer tu mengganggu tidur orang. Ada sesetengah orang tak boleh tidur walaupun ada cahaya sikit.

Helena!

Semalam dia banyak bersembang dengan ibu. Tak sempat aku nak korek banyak pasal dia. Lagipun, dia sembang pun... Tak ada sembang sangat pasal dia dan Rian. Seakan-akan dia dengan Rian tak ada apa-apa hubungan pun!

Ya...

Apa maksud mungkin lepas ini?

Aku baru teringat hal itu pukul 4 pagi ini...

Ceh!

Helena nak balik dah pun pagi ni, mana sempat nak korek. Tapi, mendengar apa yang dia cerita pada ibu... Dia dan Rian berkawan sejak kecil tapi abang Helena, Herlan lebih baik dengan Rian kerana sebaya.

Tersama pula dengan jalan cerita dalam manuskrip aku. Tapi, aku tak adalah buat yang Elena tu ada abang pula. Sebab itu Elena menganggap Rain sebagai abang sebab dia tak ada abang.

Hmmm...

Berbalik pada Rian dan Helena. Keluarga Rian dan keluarga Helena merupakan kawan lama kerana bapa Rian dan bapa Helena, merupakan doktor pakar, satu universiti, satu hospital juga.

Keluarga doktorlah ni.

Helena pun doktor juga tapi doktor biasa. Bukan doktor pakar. Beza usia Helena dan Rian dalam lapan tahun. Kalau aku dan Rian bezanya enam tahun maknanya Helena muda dua tahun daripada aku, so, Helena 28 tahun.

"Pertunangan atas dasar keluarga."

"Ohhh... Bila nak kahwin?"

"Jangkanya hujung tahun."

Hujung tahun? Hujung tahun ni dah tak lama sangat pun. Lagi tiga bulanlah? Sama bulan pesta buku satu Malaysia pula!

"Tak lama tu. Dah berapa lama bertunang?"

"Dah masuk empat bulan. Itulah mak cik, lagi tiga bulan saja nak langsung. Nak tak nak, terpaksalah saya datang ke sini untuk jumpa dengan Abang Rian nak selesaikan hal kahwin inilah, sebab dia tu sibuk sangat!"

"Itulah. Mak cik tak pernah nampak Rian balik ke KL sejak tiga bulan dia menyewa rumah mak cik. Sibuk kerja saja. Tak tengok kiri kanan pun!"

"Dia tu macam papa, patient paling utama."

"Patutlah dia 36 tahun dah!" sampuk aku.

"Dia cita-cita nak jadi konsultan cardiologist sebelum usia dia 40 tahun. So, he need more hours and more experience."

Rian gila kerja.

Rain?

Alahhh, aku buat dia orang yang sama sajalah. Pening-pening buat apa. Sebab Elena meminta Rain untuk bertunang olok-olok, Rain anggap dia tak ada jodoh dengan Elena dan terus bercita-cita untuk menjadi doktor pakar seperti ayahnya. Sehinggalah Rain bertemu dengan Nia.

Akulah tu, yang telah berjaya membuka pintu hatinya.

Konon!

Tapi realitinya, Rian milik Helena.

Aku melihat manuskrip aku. Aku mula mewarnakan font... Mana satu yang perlu aku ubah. Warna ini menimbulkan mood. Kadang-kadang manuskrip aku berwarna-warni. Kadang-kadang font pula bukan Times New Roman. Macam-macam style.

Tapi bila nak bagi kat Kak Adibah, aku tukarlah balik. Semuanya itu hanya nak mengembalikan mood. Nak cari mood bukannya mudah. Kadang-kadang idea ada, tapi mood menulis hilang. As professional writer, sukar untuk idea lari sebab aku disiplin dalam menulis. Tapi, yang selalu lari... Mood.

Susah kut nak jaga mood sendiri.

Aku mula menaip...

Kata Bee... Rain tu playboy! Bee tahulah, dia kerja kat farmasi di hospital tu. Satu hospital kata Bee tahu Rain tu playboy, rajin layan jururawat kat situ. Bertukar jururawat yang teman dia, lunch ke... Brunch ke... Dinner ke!

Tapi, aku tak nampak pun... Rain tu playboy!

Mamat serius macam tu, playboy ke? Atau dia jadi macam tu... Sebab ada sebab? Yalah, tak nak kecilkan hati orang yang ajak dia lunch ke brunch ke dinner ke? Orang lain yang gatal, bukan dia. Sebab kat rumah ni, Rain tak macam tu pun. Tak pernah pula dia nak gatal dengan aku!

"Kau tanya tentang dia banyak-banyak ni... Apa hal? Kau suka dia, ya? Tak payahlah Nia... Kau anggap Rain tu penyewa kat rumah sewa kau sudah. Dia penyewa, kau tuan rumah sewa. Enough! Aku takut kau menyesal kemudian hari..."

Heh...

Bee dalam ni ialah Gee.

Beza Bee dan Gee ialah Gee kawan baik aku yang aku boleh minta apa saja. Dia tu memang pegawai farmasi yang hebat. Kau mintalah ubat apa pun... Semua ada. Macam itulah, kau minta tolong apa pun... Semua boleh!

Tapi sejak bercinta ni...

Payah sangat nak jumpa!

Kalau jumpa pun, mesti terselit Effan. Tahulah bercinta satu hospital, tak payahlah nak selitkan Effan sekali. Kalau Effan tak ikut dating, celah kut mana pun cerita tentang Effan mesti ada juga. 90% pula tu!

Stress aku!

Nama orang tengah hangat bercinta... Kan! Bila masa suka, cinta tu diumpamakan bunga, belum kembang pun dah harum semerbak. Tapi, bila tengah bergaduh ke, tengah marah ke, mulalah samakan cinta itu seperti siput babi - datang macam siput, pergi macam babi!

"Teruk sangat ke Rain?"

"Playboy aku kata..."

"Tapi dia tak nampak pun macam tu. Entah-entah nurse tu yang gatal. Kau pun tahu, nurse kat hospital kau tu, pantang nampak doktor dahi licin. Test powerlah! Untung sabut tenggelam..."

"Suka hati, aku bukannya akauntan nak kira kau punya untung ke kau punya rugi ke. Aku ini pegawai farmasi. Kalau ada side effect... aku tak bagi kau makan ubat tu! Tapi kalau nak juga... emergency room ada."

"Ceh!"

Aku tersengih.

"Ehemmm..."

Aku tersentak terus menoleh ke arah suara yang berdehem.

"Hesy, ibu ni... Bagilah salam dulu! Buat kak terkejutlah!"

"Tersengih-sengih tengok komputer. Apa hal? Sakit ke? Kalau sakit, ibu nak panggil Dr. Rian."

"Orang tengah menulis ni..."

"Tahulah. Saja nak bergurau. Kalau tak boleh bergurau, pi la dok surau!"

Haih...

Melayang semangat aku.

Dahlah aku ni suka menaip dalam gelap. Aku tak tahu kenapa... Aku memang suka menaip dalam gelap. Bukan terang tak boleh menulis. Tapi, gelap lagi feel. Nanti Gee bisinglah dengan aku bila dia proof read manuskrip aku, banyak ejaan yang salah. Selalunya satu G akan jadi double G. Gee selalu cakap... Kalau sayang dia, tak payahlah nak sebut nama dia banyak kali!

Perasan!

"Ibu..."

"Hmmm..."

"Sat lagi kak nak pi hospital."

"Nak buat apa? Hang sakit ka?"

"Dak aih... Nak jumpa Gee."

"Ohhh... Lama tak dengaq kak dok cerita pasai dia."

"Sebab dia dok bercinta la ni. Jaranglah nak jumpa dia."

"Tu ka! Kawan baik hang pun dah bercinta, hang bila pula, kak?"

"Bila apa?"

"Bercinta?"

"Ohhh... Esok kak start."

Confident!

"Start apa?"

"Start bercintalah. Gee dah dapatkan kak seorang boyfriend. Lepaih ni, ibu jangan kompelin kalau kak tak lekat di rumah sebab kak pi dating tauuu..."

Ibu memandang aku...

Membulat matanya!

"Ehhh... Hang jangan nak buat cinta tu sebagai satu eksperimen dan buat boyfriend hang tu macam hero fiksyen dalam cerita hang tu, kak. Haaa... Perasaan ni bukannya boleh diupah-upah. Sat lagi terpeleot... Naya!"

Aku terdiam.

"Bukan semua cerita boleh jadi macam dalam cerita novel hang tu kak, oiii. Berapa kali ibu nak pesan kat hang, kena ada beza realiti dan fantasi. Ini bukan Akademi Fantasia yang ajaq hang berangan. Realitinya, ada saja penyanyi yang keluaq tak dak job!"

Ibu...

Kalau dengaq dek Astro ni...

Mampuih tak ada orang nak ambil novel aku jadi adaptasi!

"Depa tak dak job, tak boleh salahkan Akademi Fantasia tu, bu. Depa tak dak job, sebab tak berusaha."

"Ada saja nak menjawab. Hantaq pi kelaih bisu baru ada akai!"

Aku terdiam.

Toinggg kenaaa!

"Cinta tu adalah satu perasaan yang tak boleh nak diuji kaji. Bukan barang eksperimen yang boleh dilihat melalui mikroskop. Ini adalah perasaan yang timbul yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. Yang lebih indah bila dihalalkan. Ibu tak maulah hang buat hati dan perasaan orang tu lagu tu, kak. Kalau hang buat... Ibu tak reda kalau hang tak menikah dengan dia."

Pulak!

Takkan nak cakap kat bakal boyfriend aku tu... Kita kahwin naaa lepaih kita dating ni kalau dak, ibu saya tak reda kalau kita setakat dating saja?

Gilaaa ka apa? 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro