Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 3

Aku memandang Rian dan Helena bercakap di ruang tamu aku dari dapur. Mujurlah dari dapur aku ni, aku boleh melihat setiap sudut dalam rumah. Yalah, senang... Kalau ibu ada kat dapur, dia sedar ada orang di luar. Duduk berdua di dalam rumah yang besar, perlulah berhati-hati.

Lama juga aku dan Helena menunggu Rian balik dari hospital. Takkan aku nak suruh Helena tu duduk kat dalam rumah Rian pula? Walaupun aku ada kunci, tak eloklah pula. Sendiri punya undang-undang, sendiri nak langgar pula. Nak tak nak, kenalah duduk kat rumah aku. Tapi, aku tak adalah nak korek apa-apa daripada Helena. Nampak macam sedih dan serius saja wajahnya. Tak berani pula aku nak melebih-lebih. Kalau ikut hati, banyak benda aku nak tahu.

"Kak..."

"Hmmm..."

"Dah bertunang rupa-rupanya Rian tu, noh..."

"Doktor, handsome, anak Tan Sri Dr. lagi... Confirmlah dah ada tunang ibu, oiii. Silap hari bulan, dah nak kahwin kut!"

"Melepaihlah ibu."

"Takkanlah ibu nak kahwin dengan Rian pula?"

"Hesy, kak ni... Melepaih jadi menantu ibulah. Ibu ingat sesuailah, Rian dan Dian. Elok pula nama anak-anak ibu semua dekat-dekat. Rian... Dian... Adik kamu, Nian. Nanti dapat cucu nama Pian."

Aku tergelak. "Siannn ibu... Tak payah nak beranganlah, ibu. Tak ada maknanya nak jodoh rumah sebelah, eh."

"Bukan senang nak dapat doktor. Statistik mengatakan, Malaysia ni kekurangan doktor pakar. Pelik tak pelik, ada doktor pakar sewa rumah panjang kita tu. Haaa... Tak mustahillah, kan?"

Aku tergelak lagi. Banyaklah ibu punya statistik, tahulah bekas cikgu matematik!

Aku memandang lagi ke arah Rian dan Helena... Serius nampak perbincangan itu. Kalau tak serius, kenapa Helena datang dengan beg bajunya sekali? Kenapa tak call saja? Atau WhatsApp? Lagipun, KL dengan Ipoh... Tak adalah jauh mana. Kenapa sampai nak bawa kain baju? Boleh balik hari kut!

"Depa tu macam ada masalah..."

"Hang ni kak..."

"Dak aih, sungguh. Cuba ibu tengok. Ibu kan dah banyak pakai kuali. Takkan asam dan garam bertemu... Ibu tak boleh nampak kut?"

"Asam dan garam bertemu tu namanya jodoh."

"Kuali yang rosak ni..."

"Awat?"

"Jodoh putus tengah jalan."

"Eloklah. Bertemulah dengan garam yang lain. Garam kat dapur ibu!"

"Ada ke situ pula ibu ni..."

Ibu tersengih. Mereka tengah ada masalah... Bukannya nak tolong selesaikan masalah, tapi nak tambah masalah. Eh... Aku ni? Dian, dalam cerita kau, Nia tu protagonis... Nia tu kau. Takkan jadi terbalik, Nia tu jadi antagonis pula? Si Helena ni jadi protagonis?

No...

Bukan Helena...

Mana boleh letak nama sebenar.

Kena letak...

Elena!

Yes!

Cepat-cepat aku capai kertas nota yang tertampal atas peti sejuk. Aku tulis.

ELENA

Antagonis?

Tunang?

Aku terdiam. Berfikir. Takkan nak tulis yang Nia tu, perampas? Ohhh tak boleh. Nanti aku kena rombak the whole manuskrip. Kerja gila, Dian!

Nia bukan perampas.

Cuma Nia tak tahu yang Rain tu dah bertunang. Rain rahsiakan hubungan dia dengan Elena.

Yes!!!

I've got the plot.

Tapi, kenapa... Perlu rahsiakan?

"Tu dapat idealah tu..."

Aku tersengih. Aku pandang ibu. "Manuskrip kak kena re-write."

"Awat? Depa reject ka?"

"Re-write, ibu. Belum kena reject. Ada beza tu!"

"Yalah, penulis."

"Shhh... Nanti orang tahu pula, kak ni penulis."

"Tak dak siapa yang ada kat dapur ni kak, oiii. Kita berdua saja."

"Sat lagi terdengaq depa dua kat depan tu. Naya kak!"

"Apalah tak mau habaq kat orang, hang tu penulih terkenal satu Malaysia ni. Kalau orang tau, beratuqqq orang minta sign hang. Senang ibu, tak payah nak cari penyewa. Satu sign juai RM5."

Amboi...

Senang buat duit.

Yang lenguh tangannya aku!

"Kalau orang tau, depa tak mau kawanlah dengan kak. Susahlah kak nak dapat cerita."

"Bukan susah pun nak dapat cerita. Sang kancil dan buaya berkawan baik. Tiba satu musim kemarau, buaya kelaparan. Buaya nak makan sang kancil tak sampai hati jadi buaya dapat idea nak perangkap kancil. Kalau sang kancil jatuh dalam perangkapnya, dia tak risau sangat nak makan sang kancil. Tapi sang kancil bijak, sang kancil dapat agak idea buaya... Akhirnya, buaya yang kena perangkap. Kannn senang tu!"

Aku pandang ibu...

"Perangkappp!!!"

Ibu terus memegang dadanya. "Terkejut ibu! Kak niii... Awatnyaaa?"

"Perangkap! Rain dapat tahu yang Elena cuba perangkap untuk kahwin dengan dia sebab ada agenda keluarga dia yang sangat tamak tu. Rain terus melarikan diri dan anggap pertunangan tu dah putus! YES!!! Sebab itulah dia biarkan dirinya jatuh cinta dengan Nia!"

"Hesyyy, budak ni kannn!"

"Kak dah dapat konflik, kak. Thanks, ibu. Ibu memang terbaiklah."

"Terbaik-terbaik juga. Royalti dapat, kena share. Sharing is caring."

"Ceh."

"Rasulullah S.A.W kata, sedekah yang paling afdal dan utama ialah sedekah yang paling dekat dengan kita iaitu ibu kita. Tau."

"Baikkk, ibu. Lepas tu, ibu boleh melabur kat go shop tu!"

"Pandai anak ibu."

Cepat aku tulis konflik yang aku dapat tadi dalam kertas. Tapi, cerita ini tak akan habis kat sini saja. Kalau novel, konflik kena ada banyak dan bersambung-sambung. Tapi, mainframe... Macam itulah yang aku dapat. Konflik kecil-kecil akan muncul bila aku mula tulis nanti. Lagipun, idea tu... Bukannya datang sekali gus. Kadang-kadang, idea yang baik tu datang bila dah habis manuskrip!

Tak pasal-pasal kena rombak...

"Errr... Mak cik, Dian... Helena nak balik dah."

Terkejut aku bila Rian tiba-tiba muncul di dapur bersama Helena. Terus aku simpan kertas dalam poket seluar.

"Eh... Cepatnya nak balik? Balik KL terus ke?"

"Tak. Saya tak balik KL dulu. Malam ni saya tidur hotel, esok baru saya balik. Kat sini, mana hotel yang terdekat, ya?"

Aku pandang ibu. Aku kemudian pandang Helena.

"Tak payahlah duk hotel. Tidur sini pun tak apa. Kan, ibu?"

"Boleh. Tak dak masalah."

Helena memandang Rian. Rian memandang ibu.

"Tak menyusahkan mak cik ke?"

"Hesy... Susah apanya, Rian? Tak apalah, biarlah Helena tidur di sini. Hang pun senang kalau nak jenguk-jenguk Helena tang ni. Tak daklah hang risau..."

Aku senyum.

Yes!

"Jom... Saya tunjukkan bilik. Bolehlah awak rehat-rehat."

Cepat saja aku ambil beg Helena dan tunjukkan bilik aku. Biar dia tidur saja dengan aku malam ni. Bolehlah aku korek sikit-sikit... Hal Rian dan Helena nanti. Bolehlah aku tambah-tambah cerita dalam buku aku tu.

"Bilik ni ada toilet sekali. Senang."

"Oh... Saya tumpang mandi kejap. Nak solat."

"Boleh. Nanti saya bentangkan sejadah."

"Thanks, Dian."

"No hal..."

Helena mengambil tuala dari dalam begnya dan menghilang ke dalam bilik air. Aku membentangkan sejadah untuknya dan duduk di tepi birai katil. Bilik aku ni, ada dua katil single. Walaupun banyak bilik, tetap aku dan adik nak duduk sekali. Sekarang, Nian masih belajar dalam bidang perubatan di UKM, aku sendirilah dalam bilik ni.

Haih manuskrip...

Aku mengeluh.

Antagonis dah ada. Plot dah ada. Konflik dah timbul. Rasa dan cinta protagonis ni... Celah mana nak cari? Takkan nak iklankan dalam fan page aku pula?

Saya mencari calon boyfriend yang sudi untuk bercinta dengan saya bagi membantu saya untuk siapkan manuskrip.

Font : Times New Boyfriend

Spacing : Single dan available

Words : I love you

Deadline : URGENT

Gila hang!

Kalau ibu tahu, mahu dia ligan aku satu kampung. Boleh mampuih macam ni. Haih... Nampaknya aku kenalah minta tritagonis tolong. Apa guna ada watak pembantu tapi tak boleh nak bantu, kan?

Gee... Kau kan kawan baik aku, dunia dan akhirat. – Dian

Kau nak test persahabatan kita ke? – Gee

Yalah. – Dian

Sekarang ke? – Gee

Yalah. – Dian

Aku tengah kerja ni, Dee! Patient tengah nak beli ubat ni Dee... – Gee

Adakah ini namanya sahabat? – Dian

Hesy! Kau nak apa? – Gee

Aku perlukan seseorang sekarang... Kau kena carikan orang tu. – Dian

Siapa? – Gee

Boyfriend... – Dian

Gila! – Gee

Cepatlahhh bagi satu, nanti manuskrip aku kena masuk dalam tong sampah ni... – Dian

Yalah... Nanti aku carikanlah! Bila kau nak? – Gee

Esok. – Dian

Okey! Gerak lu... Apa-apa aku roger... – Gee

Selesai masalah!

Tiba-tiba mesej masuk sekali lagi. Takkan cepat sangat cari boyfriend Si Gee ni? Jangan dia ambil cleaner kat hospital tu sudah! Asal boleh saja minah tu...

Sekali...

Dian... Thanks! – Rian.

Ingatkan mesej Gee yang muncul. Rupa-rupanya Rian yang mesej.

No hal... – Dian

Apa-apa awak beritahu saya okey... – Rian

Okey! – Dian

Dia dalam kondisi tak okey tu... Dia baru putus cinta. – Rian

Hah? 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro