BAB 14
Aku pandang Izak, tak berkelip. Aku cari kepastian. Mamat ni, misteri betul. Sat gay, sat tak gay. Mana satu yang betul ni? Gay ke tidak? Kalau tak gay, kenapa tak beritahu awal-awal yang dia tak gay? Kenapa nak tipu? Kalau betul gay, tak payahlah kata tak. Sebab awal-awal dah kata gay. Nak ubah statement pula. Ini bukan dalam mahkamah!
Tapi aku cuma pandang Izak. Aku diam. Aku pause.
"Kenapa? Marah? Nak tuduh menipu."
"Cepat sikit bawa kereta tu, Dee nak pergi toilet."
"Abang singgah kedai minyaklah."
"Tak nak. Nak Aeon!"
Nasib baik dah dekat. Sampai saja Aeon, aku terus menghilang ke bilik air. Aku suruh Izak naik ke tempat wayang dulu. Belilah tiket atau popcorn atau apa yang patut. Sebab aku nak call penasihat 25% aku tu kejap!
"Kau tahu tak, Gee..."
"Tahu apa? Kau tak beritahu, macam mana aku nak tahu."
"Dia bukan gay! Dia mengaku dia bukan gay dengan aku."
"Siapa?"
"Izak."
"Bila? Kenapa kau cakap macam bergema ni?"
"Aku kat dalam toilet. Aku kat Station 18 ni. Aku keluar dating dengan Izak."
"Wah... Dating! Progress bagus. Untunglah dia bukan gay. So, kau teruskanlah bercinta dengan dia. Mana tahu ada jodoh. Mana tahu, inilah pertemuan yang dirancang Allah S.W.T untuk kau."
"Whattt? Kau gila ke apaaa?"
Dahi aku berkerut. Mujur waktu pagi. Orang pun tak ada dalam bilik air. Bolehlah buat gaya terkejut beruk. Peliknya Gee, sebab dia langsung tak terkejut bila aku cakap Izak mengaku yang dia bukan gay.
Adakah Gee dan Eff...
"Kenapa kau tak terkejut? Kau dan Eff set up aku, eh?"
"Kau nak boyfriend, aku bagi kau boyfriend. Kau nak tuduh aku set up kau pula? Kalau aku tahu Izak tu mamat kekwat anak mak Datin tu, of courselah aku reject awal lagi. Untung aku dapatkan boyfriend untuk kau. Syukur bukan gay. Bercintalah betul-betul. Rezeki dari langit tu. Atau kau nak aku set up dengan Rian pula?"
"Rian pun dah putus tunang."
"Whattt?" Kali ni Gee pula yang terkejut.
"Dia ada benda nak confess dengan aku. Izak beritahu dia pula yang aku ni keluar dating dengan Izak. Izak kata, Rian ada hati dengan aku. Aku macam... Ya ke? Selagi tak dengar daripada mulut Rian sendiri, aku tak boleh nak assume. Ini semua kau punya pasal. Aku terima Izak sebab Izak gay tau. Tak adalah aku sangkut dengan amaran ibu. Sekarang ni macam mana?"
"Dulu time nak... Siapa pun tak nak. Sekarang time tak nak, dua sekali dapat."
"Tu laaa pasal."
"Maknanya jodoh nak dekatlah tu."
"Jodoh tahi untalah."
"Boleh kita naik pelamin sekali lepas tu beranak sekali. Katil sebelah-sebelah."
Haih, Gee...
Benda serius ni.
Aku tarik 5 peratus baru tahu!
"Gee!"
Aku serius kut!
"Okey... Okey! Aku rasa kau kena tanyalah Izak tentang gay tak gay ni. Sebab aku sendiri pun tak tahu kenapa kejap gay kejap tidak. Takkan cepat sangat berubah alam lepas jumpa kau. Tapi hidayah Allah S.W.T siapa tahu? Sat boleh buka tudung, sat boleh pakai tudung. Sat boleh jadi pondan, sat jadi jantan. Trend sekarang!"
Aku menepuk dahi.
Haih, Gee!
"Aku rasa Izak ada agenda lain. Tapi serius, aku tak bohong kau Dee, Eff sendiri cakap yang Izak tu gay. Takkanlah Eff nak tipu aku pula?"
Aku diam.
"Lagipun, Izak tu tak kawan sangat dengan perempuan, Dee. Dia kawan dengan lelaki saja. Nampak macam betullah dia seperti apa yang Eff cakap tu. Cuba kau tanya kenapa? Mesti dia ada alasan, kan!"
Untungnya ada kawan baik sebab dia boleh tunjukkan jalan. Tapi, kawan yang benarlah. Kalau kawan yang hansuang... Memang merewanglah!
Keluar saja bilik air...
Terkejut apabila Izak menunggu aku di depan.
"Eh... Dah beli tiket?"
"Belum. Tunggu Dianlah. Lama kat dalam? Abang dah dekat nak masuk tau. Sakit perut? Tahi keras? Kita kena pergi beli serat kejap lagi."
Eh...
Tahi keras dia cakap aku.
Dia tu yang tahi keras.
Aku diam. Aku tengah cari ayat yang sesuai untuk aku memulakan percakapan dengan Izak. Yalah... Salah cakap, aku pula yang makan hati. Mulut mamat ni memang boleh bernanah hati aku nanti.
"Jomlah."
Tapi belum sempat aku nak naik ke atas, Izak menarik aku ke luar. Duduk di atas bangku luar. Mujur panas pagi. Dapat vitamin D.
"Kita kena cakap."
"Cakap apa?"
"Tentang hal ini."
Aku diam. Aku tak jumpa ayat lagi. Penulis bukannya pendebat yang baik. Aku kalau dapat pen atau komputer sekarang... Mahu satu cerpen, dalam 5000 patah perkataan aku maki dia. Tapi, aku sabarkan hati sebab bak kata Gee... Izak mesti ada alasannya.
Tapi...
Apa alasan itu?
"Gay atau tidak, you are my girlfriend and I am your boyfriend now. Kenapa? Takut untuk jatuh cinta for real? Tak percaya pada jodoh? Tak percaya pada Tuhan?"
Dia rukun iman kan aku pula!
"Kenapa tipu?"
"Siapa tipu?"
"Kenapa mengaku yang awak tu gay?"
"Mana ada abang mengaku yang abang gay. Dian yang cakap abang gay. Abang sikit pun tak cakap yang abang ni gay. Cuba Dian ingat balik."
Kalau benda ni dalam manuskrip, senanglah aku nak skrol bab-bab atas!
"Gee yang cakap pada Dee yang abang ni gay. Takkanlah tiba-tiba Dee nak cakap abang ni gay pula!"
"So, salahkan Gee pula?"
"Masalahnya, Gee cakap yang Eff cakap abang tu gay. So, apa motif Eff?"
Izak menjongket bahu. Pening kepala aku!
"Biarlah orang nak cakap apa pun. Yang Dian tak nak tanya abang dulu, kenapa? Kenapalah tak tanya dulu sebelum mengagak? Tak baik assume orang macam tu. Tak pasal dapat dosa free. Fitnah tu lebih teruk daripada membunuh tau. Ini dah jatuh fitnah dah ni."
Patah balik kepada aku pula!
"Apa makna cakap nak berubah bagai?"
"Just play along..."
Ceh!
"Kalau abang bukan gay... Dee tak boleh terima abang jadi boyfriend Dee."
"Sebab?"
"Sebab ibu tak bagi mainkan perasaan orang. Perasaan orang bukannya boleh dibuat uji kaji. Kalau abang gay, so... Okeylah! Tapi, sebab abang bukan gay..."
Possibility untuk hati dan perasaan tu accident... Tinggi!
Risiko kut!
"Abang tak suka Dian. Dian tak suka abang. So? Apalah nak takut. Atau Dian dah jatuh cinta dengan abang?" Izak pandang aku, senyum senget.
"Ohhh, please!"
"Abanglah satu-satunya peluang untuk Dian siapkan manuskrip tu. You can do whatever you want with me. Abang tak kesah. Lagipun, Dian dah accept my prescription. Abang dah baca manuskrip Dian. Takkan Dian nak bazirkan masa abang baca manuskrip bodoh tu."
Manuskrip bodoh dia cakap!
Anginnyaaa aku.
Pantang betul orang cakap manuskrip aku tu, manuskrip yang bodoh!
Mulut loji tahi unta betul!
"Sekarang manuskrip tu kosong... Cinta tu tak ada. Let me help you. Masa yang sama, Dian boleh tolong abang. Tiga bulan saja. Hasilnya nanti, sayang akan dapat apa sayang nak... So, do I."
Aku pandang Izak. "Apa abang nak?"
"Yakinkan mama, Dian ni girlfriend abang. So, I won't marry Sera."
"Dr. Serafina tu?"
"Yes. Sebenarnya timbul cerita tentang gay tu sebab abang kena paksa kahwin dengan Sera. Tapi sekarang, alasan gay tu dah tak boleh pakai. Sebab abang tak macam gay pun, jadi mama tak percaya. Memang bukan gay, nak jadi gay celah mana? Tapi, abang tak pernah mengaku pun abang ni gay. Orang cakap, abang gelak saja."
Ohhh...
Now it make sense.
Patutlah Serafina tu tengok aku... Lain macam.
Tapi...
"Kalau habis tiga bulan, Dee dah tak jadi girlfriend abang, abang still kena kahwin juga dengan Serafina tu. Apa pointnya?"
"Dalam tiga bulan lagi, abang akan pindah hospital. I've got better offer at Singapore's hospital. So, manalah tahu ada jodoh menanti kat sana. Jauh sikit daripada mama... Tak adalah nak desak tentang kahwin. Senang sikit nak tipu."
Betul pula cakap Gee. Ada alasan dia buat begitu. Aku merenung sejenak. Berfikir.
Aku ada deadline. Izak pun ada deadline.
Aku ada misi. Izak ada agenda.
Matlamat yang sama.
Dua-dua nak lari daripada sesuatu. Aku nak lari daripada manuskrip masuk ke dalam tong sampah. Izak nak lari daripada kena kahwin dengan pilihan mak Datin.
Okeylah tu, kan?
Tak ada sesiapa yang rugi.
Mana lagi hati yang aku nak cari untuk aku eksperimen kan? Hanya Izak saja. Tak ada volunteer! Takkan nak minta tolong Rian. Belum tentu dia suka aku pun. Aku? Suka ke kat dia?
Hesy...!
"I can help you with Rian too."
"Ehhh jangan. Nanti kantoilah Dee bukan girlfriend abang."
"So, are you okay with me for being straight?"
"Janji jangan beritahu ibu yang abang bukan gay."
"Janji dengan janji..."
"Janji apa?"
"Janji untuk all out jadi girlfriend abang."
"Yes of course, kita ada 12 Ahad saja, kan!"
Izak tersenyum. "Love you."
Aku hanya senyum.
"Where is my love you more?"
"Hah?"
"Nia kan akan balas pada Rain kalau Rain cakap love you, Nia cakap love you more."
"Kan dah kata, tak payah ikut manuskrip."
"Rasanya dalam manuskrip tu, maintainkan ayat love you, love you more. Sebab... Itu saja yang make sense. Yang lain macam mengarut."
Ohhh...
Itu tak fiksyen pulak?
Aku pandang dia...
Atas bawah...
Atas bawah!
Sakit pula hati aku ni... Haih, I hate you more and more!
"Abang tunggu ni..."
"Hmmm... Love you more!"
Tak ikhlas!
"So, sayang kena belanja abang tengok wayanglah kejap lagi."
"Sebab?"
"You love me more right?"
"Ceh!"
Aku mencebik. Haih, kenapalah aku pi buat karakter Nia macam sweet, macam cute... Yang sangat hopeless romantic macam tu? Kan ambil ubat!
"Tapi, kata suruh jadi diri sendiri. 1000mg pula tu... Sama dengan dua biji Panadol."
"You are what you write, Dian. A writer, kan? Always a hopeless romantic. Lagilah penulis novel cinta."
"Masalahnya, ini baru pertama kali tulis novel cinta yang 110% cinta."
"Tak kesahlah."
"Hesy!"
Kenakan kita pula... Aku mencebik lagi. Izak tersengih.
"Jomlah. Nanti terlepas show tu."
Aku bingkas bangun tapi, langkah aku terhenti apabila ada mesej masuk.
Tolong lepaskan Rian. – Helena
Dahi aku berkerut. Nak lepaskan apa... Kalau tak pernah memiliki pun!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro