
BAB 13
"Hai, sayang..."
Izak muncul dengan T-shirt Polo berwarna biru cair dan seluar jean hitam. Kebetulan aku pun pakai baju warna biru. Aku kan suka biru. Sedondonlah pula, dah macam first hari raya. Simple. Sempoi. Smart.
Buat aku tak jadi nak marah apabila dia berikan aku sejambak bunga. Benda ni tak ada dalam manuskrip. Kan aku kata, Izak kena jadi diri sendiri. Lupa pulak! Adakah ini personaliti gay dia? Hmmm... Not bad! Untunglah awek gay dia. Errr... Awek ke, bro?
"Senang cari rumah?"
"Senang. Terus masuk ke dalam hati."
Amboi...
Pick up line tak agak-agak.
"Tak nak kenalkan boyfriend kak tu pada ibu ke?"
Aku menoleh. Tak perasan ibu kat belakang. Ingatkan intai dari dalam. Sibuk betul. Bukannya dia tak tahu, ini bukan boyfriend betul-betul aku.
"Ibu, ini Dr. Izak Ashaal. Ini ibu Dee, Puan Seri Diana."
Karang bersaya awak... Kena marah pula. Aku bahasakan diri Dee, senang cerita. Takkan nak bahasakan sayang? Geli aku. Nia bolehlah!
Izak menyalami ibu. "Sekarang saya tahu daripada mana Dian dapat kecantikan dia."
"Tak payah nak up ibulah. Ibu tahu semuanya yang abang tu bukannya boyfriend betul-betul saya."
"Abang puji ikhlas kut, sayang."
Haih...
Mamat ni kan.
Malu pula aku, bersayang abang depan ibu. Ibu mesti fikir aku yang bukan-bukan. In character ibu, in character! Tak dak maknanya betul-betul. Ini semua satu permainan yang pastinya tidak mengusik hati dan perasaan sebab mamat tu gay!
"Biaq pi lahhh... Orang nak cakap ibu cantik. Hang jealous pasai apa?"
Aku mencebik.
"Mak cik... Saya nak minta izin bawa Dian keluar tengok wayang, boleh? Saya janji akan bawa dia balik sebelum malam."
"Tak bawa balik pun tak paaa aih, Izak."
"Sporting betul bakal ibu mentua saya ni. Saya janji akan bawa Dian balik secara halal, mak cik. Insya-Allah."
Aku memandang Izak. Mamat ni biar betul? Halal apa ke benda? Ini kan eksperimen untuk tiga bulan. Mengarut betul mamat ni.
Tapi kalau aku Nia... Aku kenalah...
"Apa abang ni... Buat malu saja cakap macam ni depan ibu!"
Menggedik!
Hati tu bagai digeletek!
Kalau Dian?
Tak pasai lah!
Lagi sakit hati bila dia gosip pasal aku pada Rian. Apa motif Izak? Spy aku ke apa? Sahih dia tak percaya aku dan Rian tak ada apa-apa. So, apa makna preskripsi yang dia bagi kat aku tu, TRUST ME sampai 1000mg? Sama dengan dua biji Panadol tu. Makan terus segar lagi-lagi kalau Panadol ActifFast. Buat apa nak suruh aku percayakan dia, kalau dia sendiri tak percayakan aku?
Ibu pandang aku senyum-senyum. Balik nanti, aku akan betulkan senyuman sumbing ibu tu. Sekarang, dah lewat. Nanti terlepas show pukul 11 pagi. Aku tak nak balik lewat sangat. Esok aku tak boleh nak bangun pagi. Rugilah terlepas pukul 4.00 pagi nanti. Itu saja waktu ideal untuk dapat idea gempak untuk manuskrip aku tu.
Lagipun...
Aku ada benda nak tanya Rian. Cerita dengan Rian tadi belum selesai. Aku tak nak persoalan itu mengganggu dating aku dengan Izak. Nanti aku tak boleh nak tulis manuskrip pula. Silap hari bulan, manuskrip jadi manuskrap!
Bukan senang nak pergi dating.
30 tahun hidup... Ini pertama kali pergi dating tau!
Soalan pertama, bila aku masuk saja ke dalam kereta Izak...
"Dee nak tanya abang, apa motif abang cakap kat Rian?"
"Cakap apa?"
"Yang kita dua ada dating pagi ni..."
"Rian ke yang beritahu Dian?"
"Taklah... Ada toyol beritahu Dee. Of courselah dia yang beritahu. Abang ni!"
"Saja. Nak tengok reaksi."
"Reaksi apa?"
"Dia ada perasaan kat Dian atau tak."
"So, dia ada ke?"
"Ada."
"Mana abang tahu?"
"Sebab dia beritahu Dian dan abang rasa, Dian pun ada perasaan kat dia."
Aku ketawa. "Mengarut."
"Sebab itu, masuk dalam kereta terus tanya abang. Haaa... Itu tandanya apa? Itu tandanya ada perasaan. Tak sempat nak tekan gear tau!"
"Mana ada."
"Ya ke?"
"Dee ada boyfriend, kan? Lagipun, boyfriend Dee tu dah bagi Dee preskripsi, TRUST ME 1000mg. What about that?"
"What about what?"
"Mana trust tu? Sendiri bagi ubat, sendiri kenalah makan ubat tu. Jangan nak main bagi saja. Nak spy orang, cakap sajalah nak spy. Kalau tak dak trust dalam relationship... Tak payahlah sibuk nak tulis ubat untuk orang. Sendiri kena ubat diri sendirilah dulu."
"Sorry..."
Aku diam.
"Janji tak buat dah. Bukan spy apa pun. Sajalah nak kepastian. Yalah, sebab dalam manuskrip tu, Nia betul-betul sukakan Rain dan Rain betul sukakan Nia. Tak sedaplah tiba-tiba abang jadi watak jahat nak rampas pula. Lagipun, abang tanya dia sebelum Dian call semalam lagi."
Aku diam lagi.
"Lagipun, 1000mg tu tak tinggi sangat dosnya. Lagi rendah nombor tu, lagi tinggi dos. But it's okay, for our start. Nanti bagi tinggi, takut tak tahan pula!"
Aku mencebik.
Loji!
Takkan sebab itu Rian balik? Sebab nak tahu sama ada betul ke aku keluar dengan Izak. Apa makna tu? Rian sukakan aku ke? Kalau dia tak suka, kenapa pula dia tanya tentang aku nak keluar dengan Izak? Hmmm... Cemburu? Bagus juga teknik Si Izak ni. Boleh masuk dalam next manuskrip.
Cemburu kan tanda sayang. Bukan itu mesti ada dalam percintaan ke?
Tiba-tiba teringat kata-kata Izak. So, Izak... dia cemburu sungguh ke sebab itu dia spy Rian?
"Marah ke?"
"Tak. Tapi ada satu kemusykilan."
"Apa dia?"
"Betul ke abang ni gay?"
Izak ketawa besar.
Kemusykilan aku tak berjawab.
"So, cerita apa nak tengok nanti? Abang okey aje mana-mana cerita."
Cerita lain pula yang keluar. Aku? Lagi bertambah musykil. Sebab aku tak nampak langsung ciri-ciri gay dalam diri Izak. Aku rasa... Aku kena buat sesuatu. Aku takut sebenarnya dia nak prank aku saja. Yalah, mana tahu dia tak puas nak kenakan aku masa kat butik mak Datin dulu. Manusia ni, rambut saja sama hitam tapi, hati tu lain-lain.
Aku ada idea!
Hanya seorang gay yang akan kenal seorang gay.
Aku keluarkan telefon dan cuba cari kawan aku yang gay. Harith. Dia gay. Tapi nampak maskulin dan aku tak sangka dia seorang gay. Dia merupakan trainer gym kat di Meru tu. Aku kenal dia masa aku selalu pergi gym kat situ. Sebagai seorang penulis, kena ada ramai kawan. Pelbagai jenis kawan, senang nak buat kajian. Harith tak kesah untuk beritahu cerita hal gay dia pada aku walaupun aku selalu nasihatkan dia supaya kembali ke pangkal jalan. Lagipun, apalah nikmatnya bercinta dengan pasangan sejenis? Yerks!
Tapi, bila aku keluarkan telefon bimbit...
"Abang ada rules."
Aku pandang Izak. "Rules?"
"Masa kita bersama, telefon ini simpan dalam beg. Kalau Dian tak nak simpan, Meh... Abang simpankan. You are dating an orthopedist. Hari ini saja abang free. Hari lain mungkin tak free. Jadi, tolonglah jangan bazirkan hari kita bersama dengan telefon bimbit. Kita hanya ada 12 Ahad saja, sayang. Kadang-kadang 12 Ahad boleh jadi, 2 atau 3 Ahad saja yang free."
Alaaa... Baru nak tekan contact number Harith!
Dan aku...
Terpaksalah simpan telefon tu.
"Thanks."
"Tapi, soalan Dee abang belum jawab."
"Soalan apa?"
"Betul ke abang ni gay?"
"Tak."
Glup!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro